Khamis, November 13, 2014

Mosti gesa iks kuasai e-dagang

Berita : usahawan IKS di Malaysia mesti jadikan e-dagang medan memasarkan produk mereka

KUALA LUMPUR — Komuniti perniagaan Malaysia terutama industri kecil dan sederhana (IKS) digesa menembusi pasaran global menerusi e-dagang bagi mempertingkat aliran perolehan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Ewon Ebin berkata IKS meliputi 97 peratus daripada sektor perniagaan di Malaysia.
“Bagaimanapun kira-kira 70 peratus daripada mereka tidak mempunyai laman sesawang yang memaparkan maklumat syarikat,” katanya semasa berucap dalam Persidangan E-Dagang 2014, di sini Khamis.

Katanya jika diwujudkan perkhidmatan dalam talian, usahawan dapat menarik lebih banyak pelanggan sekali gus meningkatkan sumbangan IKS dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“IKS hanya menyumbang 33 peratus kepada KDNK dan kita boleh meningkatkan pertumbuhan KDNK menerusi IKS dengan membantu mereka mengembangkan potensi masing-masing,” katanya.
Menurut Ewon pada tahun lepas, pasaran e-dagang Malaysia bernilai RM3.65 bilion dengan RM1.82 bilion disumbang oleh perdagangan menerusi peranti mudah alih.

“Untuk tahun ini kita masih meneliti nilai sasaran. Saya harap kita boleh meningkatkan angka itu,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya juga menganjurkan program pengkomersialan yang menyediakan bantuan dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan produk e-dagang.

“Di bawah program ini, Mosti menghasilkan 58 produk e-dagang menerusi program penyelidikan dan pembangunan yang dilaksana kementerian bagi mencapai sasaran 60 produk e-dagang menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata Malaysia mencatatkan penggunaan Internet harian tertinggi dalam kalangan negara Asean yang mencipta peluang pasaran untuk komuniti perniagaan. – BERNAMA

Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca : Mosti gesa iks kuasai e-dagang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 22 - Matlamat 48
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon