Isnin, November 03, 2014

Libya berminat tentang IKS Malaysia

Libya Berminat Belajar Tentang IKS Malaysia - Hasan Malek

PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) -- Libya menyuarakan hasrat untuk belajar daripada kejayaan Malaysia membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.


Katanya perkara itu dinyatakan oleh Duta Libya ke Malaysia Dr Anwar A.Y Elfeitori yang mengetuai delegasi enam anggota ketika melakukan kunjungan hormat di pejabatnya di sini.

"Mereka ingin membangunkan semula ekonomi selepas kejatuhan akibat pemberontakan pada 2011," kata Hasan kepada pemberita selepas menerima kunjungan tersebut Selasa.

Menurut Hasan, Libya ingin tahu semua aspek pembangunan IKS Malaysia termasuk dari segi pembiayaan, bimbingan serta latihan.

Lawatan itu juga atas nasihat Bank Pembangunan Islam (IDB) yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi dan bertanggungjawab memantau ekonomi 56 negara anggota termasuk Libya serta menggalakkan pertukaran pengalaman antara satu sama lain.

"IDB melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dari segi IKS dan pada tahun lepas Bank Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai berpotensi berada dalam senarai 10 negara paling mudah menjalankan perniagaan di dunia," katanya.

Sumber : BERNAMA

Tag : Berita

Baca : Libya berminat tentang IKS Malaysia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 16 - Matlamat 39
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon