Rabu, November 12, 2014

IKS Malaysia dan BNM

Pembangunan Usahawan Bumiputera dan Peranan ERF Sdn Bhd

Pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) secara bersepadu adalah penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berterusan. Perancangan tersusun dan bersepadu serta suasana pelaburan yang baik adalah penting dalam perlaksanaan strategi pembangunan IKS. Pada masa yang sama, strategi pembangunan industri IKS juga mampu bertindak sebagai pemangkin terhadap pembangunan sosio ekonomi negara. Untuk menjayakan matlamat ini, semua pihak termasuk agensi Kerajaan, institut latihan dan pembangunan, institusi kewangan, pertubuhan perniagaan, pengguna, dewan-dewan perniagaan, serta usahawan itu sendiri perlu memainkan peranan masing-masing secara berkesan.
Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau pembangunan IKS untuk memastikan sektor ini terus mendapat sokongan pembiayaan dan khidmat nasihat khususnya dari institusi kewangan. Sehubungan ini, BNM telah memperkenalkan 15 tabung-tabung khas khusus untuk membantu IKS sejak tahun 1988, dimana 7 daripadanya masih dibuka seperti berikut:

Nama Tabung
Tarikh Ditubuhkan
Jum. Peruntukan (RM '000)
Jum. Diluluskan (RM '000)
Tabung Untuk Perkapalan 1
30-Okt-92
600,000
573,717
Tabung Untuk Makanan 2
4-Jan-93
1,300,000
1,110,112
Tabung Pemulihan Industri Kecil dan Sederhana
23-Nov-98
500,000
298,112
Tabung Projek Usahawan Bumiputera 3
10-Feb-00
300,000
225,380
Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 4
15-Apr-00
400,000
524,716
Tabung Pemulihan & Pembangunan Usahawan 3
3-Jul-01
500,000
900
Tabung Usahawan Baru 2 4
15-Jul-01
250,000
311,063

Nota - Tabung diuruskan oleh:
1 Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad
2 Bank Pertanian Malaysia
3 ERF Sdn Bhd
4 Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Bhd

BNM juga telah memperkenalkan garispanduan berian pinjaman kepada IKS serta garispanduan lain mengenai piagam pelanggan, penubuhan unit aduan dan unit pembangunan Bumiputera yang perlu kepada institusi kewangan. Di samping itu, BNM sedang mengkaji secara menyeluruh kedudukan semasa pembangunan IKS serta isu-isu berkaitan, bagi menggubal pendekatan-pendekatan yang sesuai dan menyeluruh untuk pembangunan IKS. Ini termasuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur, mempertingkatkan keupayaan perniagaan melalui latihan dan memperluaskan akses pembiayaan kepada IKS.

Untuk melengkapkan pendekatan sedia ada, BNM juga telah menubuhkan Unit Pembangunan Bumiputera sejak 1 Januari 2000 khusus untuk membantu usahawan yang menghadapi masalah pembiayaan dengan institusi kewangan. Unit ini telah mengendalikan hampir 500 aduan dan pertanyaan dalam tahun 2001 sahaja, dimana hampir 50% daripadanya telah dapat diselesaikan. 

Berkuatkuasa 3 Jun 2002, fungsi dan peranan Unit Pembangunan Bumiputera ini telah dipindahkan ke ERF Sdn Bhd (ERF). Fungsi pembiayaan dan penyediaan khidmat pelanggan telah dikemaskini untuk memantapkan proses pengendalian isu-isu pembiayaan dan khidmat nasihat para usahawan Bumiputera. Dengan pemindahan fungsi ini, ERF akan bertindak sebagai special purpose vehicle untuk BNM serta menjadi pusat serenti (one stop-centre) dalam menangani isu-isu pembangunan usahawan Bumiputera termasuklah penyediaan pembiayaan, latihan serta khidmat nasihat serta menyiasat segala aduan usahawan Bumiputera terhadap institusi perbankan.

ERF Sdn Bhd adalah sebuah syarikat di mana BNM adalah pemegang saham terbesar. Ia ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mengurus Tabung Pemulihan Usahawan, sebuah skim pemulihan perniagaan usahawan Bumiputera dengan peruntukan sebanyak RM500 juta daripada BNM. Pada masa ini, ERF bertindak sebagai pengurus dan urusetia kepada skim-skim pembiayaan dan pemulihan perniagaan usahawan Bumiputera iaitu Tabung Projek Usahawan Bumiputera dan Tabung Pemulihan dan Pembangunan Usahawan, di samping Tabung Pemulihan Usahawan.

Para usahawan Bumiputera yang ingin mendapatkan khidmat ERF boleh berurusan dengan ERF Sdn Bhd yang berpejabat di Tingkat 7, Bangunan SIME Bank, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur (Tel : 03-20781378).

Sumber : BNM

Tag : IKS Malaysia

Baca : IKS Malaysia dan BNM - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 05 - Matlamat 47
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon