Selasa, November 18, 2014

Famaco bantu IKS pasar produk


FAMACO Bantu IKS Pasar Produk Ke Peringkat Global

SERDANG, 15 Ogos (Bernama) -- Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara telah menembusi pasaran global dan berjaya mendapat permintaan yang menggalakkan.


Pengerusi Fama Corporation Sdn Bhd (FAMACO), Datuk Zuraidah Atan berkata antara negara yang berjaya ditembusi ialah Asia Barat, Eropah, China serta Jepun.

Anak syarikat FAMA itu mengambil alih peranan pasaran eksport, dengan fungsi utama memastikan produk IKS menembusi pasaran global.

"Ini kerja kita, kita tolong IKS untuk eksport produk mereka. Mereka tidak mahir dalam aspek pemasaran, jadi kita tolong mereka untuk mengeksport... kita buat pemasaran eksport," katanya ketika ditemui media selepas majlis lawatan isteri Perdana Menteri dan anggota Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) di sini hari ini.

Zuraidah berkata tidak ada gunanya jika sesuatu produk berkenaan bagus, promosi hebat, namun tidak mempunyai keupayaan untuk menjualnya. Oleh itu fungsi FAMACO bukan setakat pemasaran, malah membantu menjualnya.

Katanya selain itu, produk buah-buahan segar tempatan seperti betik dan belimbing, turut mendapat sambutan menggalakkan di luar negara.

Peluang ini patut diambil petani untuk meningkatkan pengeluaran mengikut standard yang diperlukan untuk eksport, katanya.

"Ada masanya, jika nak eksport, produk selalu tak cukup, jadi saya serulah kepada petani yang mempunyai tanah terbiar supaya mengambil peluang ini untuk mengusahakan tanah," katanya.

Memandangkan usaha mengembangkan pertanian memerlukan sumber kewangan dan cara pengurusan yang tersusun, FAMACO akan mengadakan bengkel setengah hari Isnin ini, bersama Maybank, di Menara Maybank.

Mereka yang berminat boleh menghubungi FAMACO di talian 03-61351301 atau laman web www.famaco.com.my untuk maklumat lanjut mengenai bengkel berkenaan.

Sumber : BERNAMA

Tag : Berita

Baca :Famaco bantu IKS pasar produk - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 31 - Matlamat 58
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon