Isnin, November 10, 2014

Almond London dapat sambutan aidilfitri

SETIAWAN 22 Sept. - Umat Islam kini sibuk membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran yang akan disambut minggu depan.

Selain rendang, lemang, dodol dan ketupat, pelbagai biskut turut menjadi juadah di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Biskut almond London merupakan antara biskut paling popular pada setiap musim perayaan Aidilfitri.


Pemilik YSH almond London Cookies Enterprise dan Frozen Food yang terletak di bandar Setiawan, Perak, Jason Yam berkata, syarikatnya sering menerima permintaan yang tinggi terhadap almond London setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri.
Tahun ini, katanya, dia telah menerima tempahan untuk biskut itu sejak 1 Julai lalu.

''Saya mengeluarkan di antara 20,000 hingga 28,000 keping Almond London sehari," kata Jason ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Jason, syarikatnya mula memasarkan biskut tersebut sejak 1998.
Katanya, biskut almond London keluaran syarikatnya yang dijual pada harga RM16 bagi paket berisi 50 keping itu boleh tahan dalam simpanan sehingga setahun

Selain itu, Jason berkata, beliau turut menghasilkan beberapa biskut lain seperti tat nanas, almond shortbread cookies, hazel Malaysia, batik makmur dan ice-cream Manjung, almond Sitiawan, hazel shortbread dan dua produk terbaru iaitu tat prunes dan cheese.

Katanya, berikutan tempahan tinggi pada perayaan Aidilfitri ini, Jason telah menambah pekerja yang terdiri daripada suri rumah bagi memastikan tempahan siap pada masa yang dijanjikan.
''Saya mempunyai 28 pekerja untuk memastikan tempahan sepanjang bulan ini dapat dipenuhi," katanya.

Biskut-biskut itu, katanya diedarkan di seluruh negara menggunakan khidmat syarikat penghantaran.
Menyentuh mengenai soal kebersihan dan status halal, Jason menggunakan sepenuhnya tenaga kerja wanita beragama Islam. Selain itu, syarikatnya turut mendapat sijil pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Jason bercadang mengembangkan perniagaan biskutnya melalui kerjasama dengan sesiapa yang berminat memajukan perniagaan biskut di negara ini.
Katanya, mereka yang berminat boleh menghubunginya melalui laman web www.almondlondoncookies.com.

Sementara itu, seorang suri rumah, Mariah Mohd. Isa, 47, berkata, beliau tidak melepaskan peluang membeli biskut keluaran YSH Almond London Cookies Enterprise dan Frozen Food.

"Saya membeli kira-kira 300 kotak biskut keluaran syarikat ini sebagai persiapan hari raya.
Seorang warga emas, Halimah Badaruddin, 65, berkata, beliau membeli biskut di sini untuk dibekalkan kepada anak cucu yang pulang pada musim perayaan ini.

"Saya beli di sini kerana sudah terbukti biskut yang dihasilkan sedap dimakan dan halal," katanya.
Sumber : Utusan Online

Tag : Berita 

Baca : Almond London dapat sambutan aidilfitri - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 18 - Matlamat 42
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon