Rabu, November 12, 2014

2014 tahun perkasakan usahawan IKS

Berita : Tahun 2014 untuk perkasakan IKS di Malaysia

December 21, 2013

KOTA BHARU - Lebih 600,000 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh negara akan diperkasakan lagi pada tahun hadapan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
  
Beliau berkata ia penting bagi membawa usahawan IKS itu ke arah yang lebih jauh sejajar dengan kemodenan negara agar mereka tidak ketinggalan terutama usahawan Bumiputera.
  
"2014 adalah tahun untuk perkasakan lebih 600,000 usahawan IKS ini agar mereka tidak ketinggalan dan segala program akan diselaras bagi tujuan itu.
  
"Kerajaan melalui Miti juga mahu melihat terutamanya usahawan Bumiputera ini menjadi usahawan berjaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Kecemerlangan Usahawan PKS Miti Kelantan 2013 di sini, hari ini.
  
Beliau berkata lebih 90 peratus syarikat dalam negara milik usahawan IKS dan mereka perlu dibantu dan diberi bimbingan mengenai hala tuju syarikat mereka.
  
Sementara itu, beliau berkata Institut Keusahawanan Negara (Insken) akan mula mengorak langkah menarik minat rakyat negara ini menjadi usahawan bermula daripada peringkat sekolah lagi.
  
"Pendedahan ini perlu diberikan di peringkat sekolah dan di universiti agar mereka ini berminat menceburi bidang keusahawanan ini dan Insken akan bersama Miti untuk menjayakan program yang sangat penting itu," katanya.
  
Turut hadir Pengarah Miti Kelantan, Azran Deraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha dan lebih 600 usahawan PKS seluruh Kelantan. - Bernama
Sumber : Sinar harian

Tag : Berita

Baca : 2014 tahun perkasakan usahawan IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 21 - Matlamat 46
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon