Sabtu, November 01, 2014

200 Produk IKS Malaysia ke Mesir

Berita : 200 produk usahawan IKS Malaysia di pasarkan ke Mesir

BUTTERWORTH: Syarikat Al-Araby Holdings (M) Sdn Bhd merancang memasarkan sekurang-kurangnya 200 produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia di pasaraya milik syarikat itu di Mesir.

Peta Mesir

Pengerusinya Ahmad Sani Araby Abdul Halim Araby berkata produk yang terpilih dan memenuhi kriteria pasaran di Mesir itu dijangka mula dijual di pasaraya "Seven Days Store&Wholesale" (7Days Store) mulai bulan Jun ini.

"Usaha itu merupakan salah satu cara untuk mempromosi dan memasarkan produk buatan Malaysia ke peringkat antarabangsa serta meningkatkan ekonomi usahawan IKS kita", katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Al-Araby Holdings adalah sebuah syarikat Bumiputera yang membuat pelaburan membuka pasaraya di Mesir. Beliau berkata produk buatan Malaysia mempunyai pasaran di timur tengah kerana ia mementingkan taraf halal serta berkualiti.

Ahmad Sany sebelum itu menganjurkan taklimat khas peluang eksport produk IKS untuk pasaraya syarikat itu yang disertai oleh lebih 70 usahawan di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini.

Katanya pihaknya melabur RM250,000 untuk membuka 7Days Store di tengah bandar Nasr, Mesir dan pasaraya itu kini dalam proses pengubahsuaian akhir.

"Dengan anggaran 89 juta penduduk dan lebih 11,500 pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir, kita percaya produk yang akan dijual di pasaraya itu nanti mampu memenuhi permintaan di sana," katanya.

Selain itu, beliau berkata masyarakat di timur tengah juga mulai mengemari produk Malaysia berdasarkan permintaan terhadap beberapa barangan yang memang dijual di sana.

"Sebagai contoh, beberapa produk seperti kopi segera mula diterima baik di sana kerana penyediaanya yang lebih mudah berbanding kopi mereka yang masih menggunakan proses tradisional," katanya.

Usahawan yang berminat bagi memasarkan produk mereka di pasaraya 7Days Store boleh menghubungi talian bebas tol 1300-88-1818. - BERNAMA

Sumber : mstar

Tag : Berita

Baca : 200 Produk IKS Malaysia ke Mesir - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 14 - Matlamat 37
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon