Isnin, November 17, 2014

10 Pengusaha IKS sertai Myshopping

BERITA : 10 PENIAGA DAN PENGUSAHA IKS SERTAI MYSHOPPING
Bernama Thu, Jul 4, 2013

ALOR SETAR, 4 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 peniaga dan pengusaha Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) menyertai perkhidmatan terbaharu Pos Malaysia Berhad,
MyShopping untuk membolehkan barangan dan produk mereka dijual dan diperkenalkan
kepada pelanggan oleh Pos Malaysia.


Menerusi MyShopping, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pembelian
barangan terus ke pintu rumah mereka melalui pengedaran risalah dan borang
tempahan barangan yang akan dibawa oleh posmen yang berdaftar sebagai ejen
jualan.

MyShopping yang merupakan projek di bawah PosEdaran itu diwujudkan untuk
memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan Pos Malaysia yang sedia ada seperti
MyDespatch dan MyDistribution.

Ketua Pegawai Operasi Communications and Distribution Solutions (CDS) Pos
Malaysia Berhad Hasnul Haniff berkata MyShopping yang dilancar Disember tahun
lepas memfokuskan kepada barangan dan produk tempatan terutama daripada IKS.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat MyShopping peringkat
negeri Kedah di sini hari ini, beliau berkata perkhidmatan seperti itu memberi
peluang kepada peniaga dan pengusaha IKS untuk meluaskan perniagaan di seluruh
Malaysia.

Beliau berkata perkhidmatan MyShopping ini juga turut disediakan di Sabah
dan Sarawak dan harga barangan yang dihantar adalah sama seperti harga di
pasaran dan tiada caj penghantaran dikenakan.

Bagi peniaga dan pengusaha IKS yang ingin menyertai MyShopping, mereka boleh
menghubungi nombor telefon yang akan disediakan di katalog yang akan dibawa oleh
posmen atau ke pejabat pos berdekatan untuk mendapatkan maklumat mengenai
perkhidmatan itu.

Sumber : BERNAMA

Tag : Berita

Baca : 10 Pengusaha IKS sertai Myshopping - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 30 - Matlamat 57
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon