Selasa, Oktober 21, 2014

Tentang produk kerepek ubi keledek

Info proses kerepek ubi keledek

Dalam kepelbagaian kerepek INA MURNI ENTERPRISE di Sungai Besar, membuat dan menjual Aneka kerepek, dan untuk itu kami akan beri sedikit info tentang proses yang dijalankan. Anda mesti mengetahui asal usul kerepek ubi keledek tersebut dan sumber bahan mentah. Keledek ialah tumbuhan melata diatas tanah dan ubinya di dalam tanah. Keledek juga ada pelbagai jenis, untuk buat kerepek mengunakan keledek warna unggu yang menjadi pilihan.

Tentang pokok ubi keledek >

++ Gambar Pohon ubi keledek yang menghijau

Info asal "kerepek ubi keledek" dan ingin mengenali mesti dari pohon dan pokoknya, berikut gambar pokok ubi keledek yang sedang matang menanti untuk dituai. Banyak kegunaan lain ubi keledek selain dibuat kerepek, ubi keledek goreng juga sedap dimakan panas dan pelbagai lagi. Daun keledek juga boleh dimasak dan ubi keledek juga untuk kueh mueh dan masakan kuah pekat.

Isi ubi keledek

++ Gambar ubi keledek  2 varian berbeza

Ubi keledek (juga dikenali sebagai Ubi jalar, Ubi jawa, Ubi ketela, Ubi setela dan Ubi rambat) ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatasialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di pasar.

Sumber : wikipedia

Bekalan  ubi keledek

Senang diperolehi kerana ramai menanamnya. Memandangkan permintaan sentiasa ada. Mencari bekalan ubi keledek adakala sangat sukar kerana permintaanya, jadi pengeluar seperti kami perlu memastikan bekalan bahan mentah ini sentiasa mencukupi. Biasa tiada bekalan kami membeli yang telah siap.

Harga ubi keledek

Harga ubi keledek juga mengikut pasaran semasa ada musim murah dan mahal bergantung pada hasil pengeluaran bahan mentah itu. Tidak semua jenis ubi keledek sesuai dijadikan kerepek kerana pelbagai jenisnya. Hanya ubi keledek jenis unggu yang sesuai untuk dijadikan kerepek. Yang penting dan pertama adalah ubi keledek yang boleh digunakan untuk dijadikan kerepek hanya mengunakan ubi keledek yang matang. Sangat sesuai kerana tektur yang pejal dan tidak lembek.

Proses bahan mentah ubi keledek

Seterusnya apabila mendapat bahan mentah, kupas kulit ubi keledek dan cuci di bawah air yang mengalir untuk memudahkan kulit dibuang dan membuang segala kekotoran. Kemudian, ubi keledek direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa masin kepada kerepek ubi keledek. Ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan rasa kerepek keledek yang tidak begitu masin. Setelah direndam beberapa minit di dalam air garam, ubi keledek disejat keluar dari larutan air garam dan diparut menjadi hirisan nipis menggunakan alat pemarut. Jika tidak mempunyai alat pemarut bolehlah menggunakan pisau, tetapi pastikan hirisan yang dibuat adalah nipis. Jika tidak, kerepek akan berasa liat dan tidak rangup. Sebaik-baiknya parutkan hirisan ubi keledek terus ke dalam kuali untuk mengelakkan hirisan ubi keledek melekat antara satu sama lain.

Proses mengoreng kerepek keledek

Sebelum memasukkan hasil parutan ke dalam kuali, pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah cukup panas. Anggaran ubi keledek yang boleh diparut masuk terus ke dalam kuali semasa menggoreng adalah antara 1/2 biji, bergantung kepada saiz kuali. Ketika menggoreng, kerepek keledek tadi perlulah sentiasa dikacau supaya masak sama rata. Warna kerepek keledek yang sudah masak adalah kuning keemasan. Setelah digaulkan kerepek ubi keledek ini diletakkan atas Meja. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek keladek ini ditarik kedalam bekas melalui sudut yang lain. Setelah produk kerepek ubi keledek sudah siap tiba masa untuk pembungkusan dalam jumlah dan berat yang sesuai.

Dibawah adalah produk kerepek keledek yang biasa dihasilkan oleh setiap pengusaha iks di Sungai Besar.

Tempahan kerepek ubi keledek

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian. Terima kasih bagi setiap kerepek ubi keledek boleh didapati di sini - Kerepek Keledek Unggu Asli
Berat Dan Pakaging 
Jumlah
Harga
Kerepek Keledek  5 kg
1 BundleRM85.00
Kerepek Keledek 1 kg
1 PekRM21.00
Kerepek Keledek 500 gm
1 PekRM11.00
Kerepek Keledek Pek Kecil
1 Pek
RM-


Tag : Info

Last update : 15/07/2018

Baca : Tentang produk kerepek ubi keledek - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon