Isnin, Oktober 20, 2014

Tentang produk kerepek ubi keladi

Info proses kerepek ubi keladi kami

Dalam kepelbagaian kerepek INA MURNI ENTERPRISE di Sungai Besar, membuat dan menjual Aneka kerepek, dan untuk itu kami akan beri sedikit info tentang proses yang dijalankan. Anda mesti mengetahui asal usul kerepek ubi keladi tersebut dan sumber bahan mentah.

Tentang pokok ubi keladi >

++ Gambar Pohon ubi keladi menghijau

Info asal "kerepek ubi keladi" dan ingin mengenali mesti dari pohon dan pokoknya, berikut gambar pokok ubi keladi yang sedang matang menanti untuk dituai. Banyak kegunaan lain ubi keladi selain dibuat kerepek, ubi keladi goreng juga sedap dimakan panas dan pelbagai lagi. Batang keladi juga sedap dibuat masakan seperti asam pedas dan pelbagai lagi.

Isi ubi keladi

++ Gambar ubi keladi

Pokok ubi keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium danDieffenbachia, semuanya dalam subfamiliAraceae.[1][2][3] Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam,Colocasia esculenta.[4][5] Keladi berasal dariIndia Selatan dan Asia Tenggara.[6] Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup. Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

Sumber : wikipedia

Bekalan  ubi keladi

Sangat susah diperolehi kerana tidak ramai menanamnya. Memandangkan permintaan sentiasa ada. Mencari bekalan ubi keladi adakala sangat sukar kerana permintaan yang tinggi, jadi pengeluar seperti kami perlu memastikan bekalan bahan mentah ini sentiasa mencukupi. Biasa tiada bekalan kami membeli yang telah siap.

Harga ubi keladi

Harga ubi keladi juga mengikut pasaran semasa ada musim murah dan mahal bergantung pada hasil pengeluaran bahan mentah itu. Tidak semua jenis ubi keladi sesuai dijadikan kerepek kerana pelbagai jenisnya. Hanya ubi keladi jenis... yang sesuai untuk dijadikan kerepek. Yang penting dan pertama adalah ubi keladi yang boleh digunakan untuk dijadikan kerepek hanya mengunakan ubi keladi yang matang. Sangat sesuai kerana tektur yang pejal dan tidak lembek.

Proses bahan mentah ubi keladi

Seterusnya apabila mendapat bahan mentah, kupas kulit ubi keladi di bawah air yang mengalir untuk memudahkan kulit dibuang dan membuang segala kekotoran. Kemudian, ubi keladi direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa masin kepada kerepek ubi keladi. Ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan rasa kerepek keladi yang tidak begitu masin. Setelah direndam beberapa minit di dalam air garam, ubi keladi disejat keluar dari larutan air garam dan diparut menjadi hirisan nipis menggunakan alat pemarut. Jika tidak mempunyai alat pemarut bolehlah menggunakan pisau, tetapi pastikan hirisan yang dibuat adalah nipis. Jika tidak, kerepek akan berasa liat dan tidak rangup. Sebaik-baiknya parutkan hirisan ubi keladi terus ke dalam kuali untuk mengelakkan hirisan ubi keladi melekat antara satu sama lain.

Proses mengoreng kerepek keladi

Sebelum memasukkan hasil parutan ke dalam kuali, pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah cukup panas. Anggaran ubi keladi yang boleh diparut masuk terus ke dalam kuali semasa menggoreng adalah antara 1/2 biji, bergantung kepada saiz kuali. Ketika menggoreng, kerepek keladi tadi perlulah sentiasa dikacau supaya masak sama rata. Warna kerepek keladi yang sudah masak adalah kuning keemasan. Setelah digaulkan kerepek ubi keladi ini diletakkan atas Meja. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek keladi ini ditarik kedalam bekas melalui sudut yang lain. Setelah produk kerepek ubi keladi sudah siap tiba masa untuk pembungkusan dalam jumlah dan berat yang sesuai. Dibawah adalah produk kerepek keladi yang biasa dihasilkan oleh setiap pengusaha iks di Sungai Besar.




Tempahan kerepek ubi keladi

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian, harga kerepek keladi bagi setiap kerepek boleh didapati di sini - Kerepek Keladi Perisa asli

Last update : 15/07/2018

Tag : Info

Baca : Tentang produk kerepek ubi keladi - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon