Jumaat, Oktober 17, 2014

Tentang produk kerepek ubi kayu

Info proses kerepek ubi kami

Bercakap tentang kerepek ubi kayu mesti setiap orang sudah mengetahui dan saya hendak cerita dari permulaan sebuah perusahaan Aneka kerepek di Sungai Besar seperti INA MURNI ENTERPRISE memproses produk kerepeknya dari permulaan pohon ubi kayu melalui proses dan menjadi produk kerepek ubi masin, kerepek ubi masin tadi juga boleh hasilkan lagi kerepek yang berperisa seperti Bbq, Pedas Kering, Pedas Basah dan juga Perisa Lada Hitam. Berikut adalah penerangannya.

Pohon ubi kayu >

++ Pohon ubi kayu menghijau

Info asal "kerepek ubi kayu" dan ingin mengenali mesti dari pohon dan pokoknya, berikut gambar pokok ubi kayu yang sedang matang menanti untuk dituai. Banyak kegunaan lain ubi kayu selain dibuat kerepek, daun juga boleh dimakan sebagai sayuran bagi masakan orang melayu.

Berkenaan pokok ubi kayu >

++ Ubi kayu yang berhasil

Tentang Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Sumber : wikipedia.

Harga ubi kayu

Harga ubi kayu bergantung harga pasaran semasa, dan ia ada turun dan juga naik sesuai permintaan pada ubi kayu tersebut, jadi perusahaan iks seperti produk kerepek amat bergantung pada kestabilan harga dan bekalan ubi kayu sentiasa mencukupi bagi kehendak pasaran dan juga pelanggan.

Pembekal ubi kayu

Pekebun kecil masih lagi menanam pokok ubi kayu sebagai sumber pendapatan dengan industri kerepek di Sungai Besar yang pesat menjadi sumber pendapatan kepada petani yang berterusan memandangkan ubi kayu bukan lagi makanan ruji rakyat Malaysia, kepelbagaian produk sangat penting bagi memastikan ubi kayu akan terus mendapat perhatian tempatan dan juga untuk pasaran luar negara.

Proses kerepek ubi kayu

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara mudah tetapi tidak mudah dan senang hendak buat kerepek. Penghasilan ini bermula daripada ubi kayu itu sebagai bahan mentah penting. Ubi kayu yang sesuai untuk buat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya berwarna kuning dan berumur, tiada lebih ia daripada Lapan bulan. Maknanya ubi kayu kandungan putih tidak sesuai dijadikan kerepek. Namun Jika ingin membuat kerepek ubi kayu yang rasanya keras, lebih lagi ubinya yang sudah tua menjadi kayu.Ubi kayu Kandungan putih amatlah sesuai untuk buat kuih muih seperti bengka, kuih lain, pengat, tapai ubi dan sebagainya.

Pelbagai jenis kuih tradisional melayu yang lain atau hendak mudah ubi kayu Kandungan putih kita rebus kemudian makan dengan kelapa parut muda ataupun makan dengan ikan gelama kering yang digoreng panas, ataupun kita Boleh makan dengan ikan kembung goreng sambil menghirup secawan kopi pekat, memang sangat sedap.

Peringkat proses ubi kayu

Berbalik kepada hendak buat kerepek ubi kayu ini. Teknologi Makanan membuat kerepek ini bermula apabila ubi sudah sedia ditangan kita. Kulit ubi kayu ini akan dikupas, kemudian ia di basuh dengan air paip yang mengalir supaya kotoran tanah tidak melekat pada isi ubi kayu tadi. Kulit ubi kayu dibuang dan lihat isinya warna kuning.selepas di buang Kulit ubi kayu ini dibasuh dan selepas potong pun hirisan dibasuh sekali lagi. Lihat ditepi imej hirisan siap sedia untuk dibasuh sehingga betul bersih pastikan ia tahap yang memuaskan.

Peringkat hirisan ubi kayu

++ hirisan mengunakan mesin lebih mudah

Setelah ubi kayu dibasuh bersih ia dipotong nipis dengan mesin alat pengamatan ini. Mesin ini sangat memudahkan kerja pemotongan dengan sekata dan cantik. Di bina sendiri oleh Usahawan dan mungkin boleh bertanya  di Kedai hardware yang menjual mesin ini. Pemotongan lebih cepat berbanding secara manual mengunakan cara lama.

Peringkat memasak goreng

++ Proses mengoreng dan tos'kan

Setelah dihiris ubi kayu akan ditoskan, ia digoreng mengunakan mesin yang dikilang. Ia auto goreng dan Boleh mengikut masa sesuai, berapa lama dan siap goreng nanti ubi kayu yang siap dimasak di angkat sendiri dan ditos diatas kuali pengoreng ini. Namun Jika nak buat di rumah pakai sahaja periuk dengan minyak yang banyak bagi memastikan ia garing dan ranggup. Selepas Buang minyak, Jika nak buat kerepek ubi kayu masin maka kita gaul dengan sedikit garam. Namun Jika hendak buat kerepek ubi kayu pedas manis kena gaulkan dengan perencah pedas manis. Untuk buat perencah pedas manis biasa, cili boh boleh guna, sedikit asam garam dan gula ditumis hingga pekat dan likat didalam kuali kemudian perencah ini digaulkan sedikit demi sedikit dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi.

Jika hendak buat kerepek ubi kayu dengan lain perisa seperti perisa Lada hitam, perasa barbeku, perasa keju dan macam-macam lain perisa peroleh perisa ni dikedai dan gaulkan dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi dengan sekata. Pada sesetengah usahawan sedikit kunyit digaulkan kepada hirisan ubi kayu yang telah dibasuh tadi untuk memberikan warna kuning bungkusan kepada gorengan kerepek ubi kayu. Setelah kerepek ubi kayu sejuk ia boleh ditimbang dan dimasukkan dalam plastik untuk makan sendiri atau dijual. Selepas goreng kerepek ubi kayu dibuang ke minyak dengan mesin pembuang minyak. Jika kerepek ubi kayu banyak dan meresap minyak, ia akan cepat rosak dan selalunya berbau tengik.

Peringkat gaulan kerepek ubi

Untuk buat gaulan, mesin pengaul ini digunakan kerepek ubi kayu yang siap goreng dimasukan kedalam mesin pengaul dan perisa di tabur sedikit demi sedikit hingga sekata mengikut resepi sendiri dan jika garam terlebih ia akan terlampau masin. Ada perisa masin, Perisa seperti Bbq, pedas basah, pedas kering dan juga lada hitam blackpapper dicampurkan.

Peringkat simpan siap

Setelah digaulkan kerepek ubi kayu ini diletakkan atas Meja. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek ubi kayu ini ditarik kedalam bekas melalui sudut yang lain. Apabila kerepek tadi sudah sejuk ia boleh ke proses pembungkusan.

Pembungkusan kerepek ubi

Setelah produk kerepek ubi sudah siap tiba masa untuk pembungkusan dalam jumlah dan berat yang sesuai. Pakaging ini mengikut berat dalam jumlah bundle kebiasaan 5 kilo dan seterusnya.

Harga kerepek ubi



Harga bagi setiap kerepek ubi boleh didapati di sini mengikut pakej dan pek sebagai contoh seperti ini, Pakej niaga dan pek kecil, Pek kerepek ubi 500g,Pek kerepek ubi 1kg, Pek bundle kerepek ubi 5kg dan semua detail ada pada link produk seperti dibawah ini mengikut jenis kerepek ubi :

Produk Kerepek Ubi

1 - Kerepek Ubi Masin

2 - Kerepek Ubi Racik Jejari

3 - Kerepek Ubi Pedas Kering

4 - Kerepek Ubi Pedas Basah

5 - Kerepek Ubi Lada Hitam

6 - Kerepek Ubi Bbq

*Harga berlainan, mengikut berat produk.

Tempahan kerepek ubi

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian 014-6932278 dan juga melalui aplikasi WhatsApp. Terima kasih.

Tag : Info

Last update : 13/07/2018

Baca : Tentang produk kerepek ubi kayu - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

4 comments

Salam ina murni..saya minat sangat tetang memhasilkan produk ubi kayu ina murni..klau tuhan izin kan saya nk lihat sendiri tempak proses ubi kayu itu sebabkan saya minat sangat2.tolong info ina murni?

Salam en marzuki zuki, jika berminat boleh hubungi kami di talian " atas header " label Hubungi ada no tel yang tertera.. terima kasih

saya berminat nak menjual kerepek kerepek dari tuan

Boleh hubungi kami di talian, terima kasih berminat

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon