Ahad, Oktober 19, 2014

Tentang produk kerepek sukun

Info proses kerepek sukun

Dalam kepelbagaian kerepek INA MURNI ENTERPRISE di Sungai Besar, membuat dan menjual Aneka kerepek, dan untuk itu kami akan beri sedikit info tentang proses yang dijalankan. Anda mesti mengetahui asal usul kerepek sukun tersebut dan sumber bahan mentah. Buah sukun juga dalam kategori sangat sukar diperolehi sebab tidak ramai yang menanamnya.

Tentang pokok sukun >

++ Gambar Pohon pokok sukun menghijau

Info asal "kerepek sukun" dan ingin mengenali mesti dari pohon dan pokoknya, berikut gambar pokok sukun yang sedang matang menanti untuk dituai. Banyak kegunaan lain sukun selain dibuat kerepek, sukun goreng juga sedap dimakan panas dan pelbagai lagi. Hanya buah sahaja ia boleh dimanfaatkan.

Buah sukun

++ Gambar buah sukun

Pokok Sukun atau kulur, nama saintifiknyaArtocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraccea. Dalam famili ini terdapat juga pokok lain seperti pokok Nangka dan pokok Cempedak. Pokok sukun yang dipercayai berasal dariPolynesia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain. Di Malaysia, buah sukun terdiri dari dua variasi iaitu berbiji dan tanpa berbiji. Varieti berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.

Sumber : wikipedia

Bekalan buah sukun

Sangat susah diperolehi kerana tidak ramai menanamnya. Memandangkan permintaan sentiasa ada. Mencari bekalan buah sukun adakala sangat sukar kerana permintaan yang tinggi, jadi pengeluar seperti kami perlu memastikan bekalan bahan mentah ini sentiasa mencukupi. Biasa tiada bekalan kami membeli yang telah siap. Harga buah sukun juga mengikut pasaran semasa ada musim murah dan mahal bergantung pada hasil pengeluaran bahan mentah itu. Sukun yang sesuai untuk dijadikan kerepek sukun mesti tidak terlalu masak kerana ia akan lembek. Yang penting dan pertama adalah sukun yang boleh digunakan untuk dijadikan kerepek hanya mengunakan sukun yang muda sebelum masak. Sangat sesuai kerana tektur yang pejal dan tidak lembek.

Proses bahan mentah sukun

Seterusnya apabila mendapat bahan mentah, kupas kulit sukun di bawah air yang mengalir untuk memudahkan kulit dibuang dan untuk mengelakkan getah sukun melekat di tangan. Selepas mengupas kita boleh buat proses seterusnya. Kemudian, sukun direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa masin kepada kerepek sukun. Ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan rasa kerepek sukun yang tidak begitu masin. Setelah direndam beberapa minit di dalam air garam, sukun disejat keluar dari larutan air garam dan diparut menjadi hirisan nipis menggunakan alat pemarut. Jika tidak mempunyai alat pemarut bolehlah menggunakan pisau, tetapi pastikan hirisan yang dibuat adalah nipis. Jika tidak, kerepek akan berasa liat dan tidak rangup. Sebaik-baiknya parutkan hirisan sukun terus ke dalam kuali untuk mengelakkan hirisan sukun melekat antara satu sama lain.

Proses mengoreng kerepek sukun

Sebelum memasukkan hasil parutan ke dalam kuali, pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah cukup panas. Anggaran sukun yang boleh diparut masuk terus ke dalam kuali semasa menggoreng adalah antara 1/2 biji, bergantung kepada saiz kuali. Ketika menggoreng, kerepek sukun tadi perlulah sentiasa dikacau supaya masak sama rata. Warna kerepek sukun yang sudah masak adalah kuning keemasan. Setelah digaulkan kerepek sukun ini diletakkan atas Meja. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek sukun ini ditarik kedalam bekas melalui sudut yang lain. Setelah produk kerepek sukun sudah siap tiba masa untuk pembungkusan dalam jumlah dan berat yang sesuai.

Dibawah adalah produk kerepek sukun yang biasa dihasilkan oleh setiap pengusaha iks di Sungai Besar.


Tempahan kerepek sukun

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian, Terima kasih. Harga bagi setiap kerepek sukun boleh didapati di sini - Kerepek Sukun Perisa Asli
Berat Dan Pakaging 
Jumlah
Harga
Kerepek Sukun  5 kg
1 BundleRM85.00
Kerepek Sukun 1 kg
1 PekRM21.00
Kerepek Sukun 500 gm
1 PekRM11.00
Kerepek Sukun  Pek Kecil
1 Pek
RM-


Tag : Info

Last update : 15/07/2018

Baca : Tentang produk kerepek sukun - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon