Sabtu, Oktober 18, 2014

Tentang produk kerepek pisang

Info proses kerepek pisang kami

Kami juga di INA MURNI ENTERPRISE di Sungai Besar, membuat dan menjual Aneka kerepek, dan untuk itu kami beri sedikit info tentang proses yang dijalankan. Anda mesti mengetahui asal usul kerepek pisang tersebut dan sumber bahan mentah. Banyak petani dan pekebun kecil mengusahakan tanaman pisang, pisang yang selalu mendapat permintaan ramai seperti pisang tanduk, pisang abu, pisang awak, pisang nangka dan juga pisang berangan. Hasil tanaman pisang juga boleh mendatangkan hasil yang lumayan dan juga harga pisang yang stabil mahal serta banyak permintaan yang tinggi.

Tentang pokok pisang

++ Gambar Pohon pisang menghijau

Info asal "kerepek pisang" dan ingin mengenali mesti dari pohon dan pokoknya, berikut gambar pokok pisang yang sedang matang menanti untuk dituai. Banyak kegunaan lain pisang selain dibuat kerepek, pisang goreng, lepat dan pelbagai lagi. Daunnya juga boleh membuat bungkusan kuih mueh serta bungkusan nasi lemak.

Buah Pisang

++ Gambar buah pisang tanduk

Tentang Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas,berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Sumber : wikipedia

Bekalan buah pisang

Banyak pekebun menanam pisang sebagai sumber rezeki yang halal ia memandangkan permintaan sentiasa ada. Mencari bekalan pisang adakala sangat sukar kerana permintaan yang tinggi, jadi pengeluar seperti kami perlu memastikan bekalan bahan mentah ini sentiasa mencukupi. Cabaran lain ialah penyakit pada pokok pisang serta permintaan pisang yang sangat tinggi.

Harga buah pisang

Harga pisang juga mengikut pasaran semasa ada musim murah dan mahal bergantung pada hasil pengeluaran bahan mentah itu. Pisang yang sesuai untuk dijadikan kerepek pisang seperti jenis dibawah. Yang penting dan pertama adalah pisang yang boleh digunakan untuk dijadikan kerepek hanya mengunakan pisang yang muda sebelum masak. Sangat sesuai kerana tektur yang pejal dan tidak lembek.
  1. Kerepek pisang tanduk
  2. Kerepek pisang abu
  3. Kerepek pisang nangka
  4. Kerepek pisang berangan
Proses bahan mentah pisang

Seterusnya apabila mendapat bahan mentah, kupas kulit pisang di bawah air yang mengalir untuk memudahkan kulit dibuang dan untuk mengelakkan getah pisang melekat di tangan. Selepas mengupas kulit kita boleh buat proses seterusnya. Kemudian, pisang direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa masin kepada kerepek. Ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan rasa kerepek pisang yang tidak begitu masin.

Proses terus direndam beberapa minit di dalam air garam, pisang disejat keluar dari larutan air garam dan diparut menjadi hirisan nipis menggunakan alat pemarut. Jika tidak mempunyai alat pemarut bolehlah menggunakan pisau, tetapi pastikan hirisan yang dibuat adalah nipis. Jika tidak, kerepek akan berasa liat dan tidak rangup. Sebaik-baiknya parutkan hirisan pisang terus ke dalam kuali untuk mengelakkan hirisan pisang melekat antara satu sama lain.

Proses mengoreng kerepek pisang

Sebelum memasukkan hasil parutan ke dalam kuali, pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah cukup panas. Anggaran pisang yang boleh diparut masuk terus ke dalam kuali semasa menggoreng adalah antara 1-2 biji, bergantung kepada saiz kuali. Ketika menggoreng, kerepek pisang tadi perlulah sentiasa dikacau supaya masak sama rata. Warna kerepek pisang yang sudah masak adalah kuning keemasan.

Peringkat simpan siap

Setelah digaulkan kerepek pisang ini diletakkan atas Meja. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek pisang ini ditarik kedalam bekas melalui sudut yang lain. Proses seterusnya setelah produk kerepek pisang sudah siap tiba masa untuk pembungkusan dalam jumlah dan berat yang sesuai.

Jenis produk Kerepek Pisang


Dibawah adalah produk kerepek pisang yang biasa dihasilkan oleh setiap pengusaha iks di Sungai Besar. Kerepek ini dipasarkan ke pekan besar dan juga permintaan dari peniaga kerepek. Kerepek pisang juga boleh dipelbagaikan produknya seperti contoh dibawah.

Tempahan kerepek pisang

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian 014-6932278 
Terima kasih


Tag : Info

last update : 12/07/2018

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon