Jumaat, Oktober 24, 2014

Tentang produk kerepek emping malinja

Info proses dan jualan emping malinja atau melinjo

Dalam kepelbagaian jenis kerepek dari kami INA MURNI ENTERPRISE di Sungai Besar, membuat dan menjual Aneka kerepek  atau melinjo dan untuk itu kami akan beri sedikit info asal tentang pokok untuk mengetahui asal usul kerepek malinja tersebut dan sumber asal usulnya.

Tentang pokok malinja atau melinjo

Gambar.. Pohon malinja yang menghijau

Info asal "kerepek emping malinja" dan ingin mengenali mesti dari pohon dan pokoknya, berikut gambar buah malinja yang sedang matang menanti untuk diproses. Banyak kegunaan lain buah malinja selain dibuat kerepek.

Buah malinja atau melinjo

Gambar.. Buah malinja yang masak ranum

Sebenarnya keseluruhan pokok malinja, melinjo atau belinjau ini berguna. Batang pokok boleh dibuat papan sementara daunnya yang muda atau pucuk boleh dimakan sebagai ulam atau sayur. Daun yang tua, lebar daun yang agak besar pula boleh digunakan untuk membungkus tapai pulut sekiranya daun jambu laut atau daun getah tiada. Buahnya yang masih muda boleh direbus bersama sedikit garam dan dimakan begitu saja.

Buah yang telah masak berwarna merah, dibuang kulit lalu digoreng dan rasanya sungguh enak, suatu ketika dahulu buah malinja yang digoreng di dalam pasir pantai  banyak dijual di pesta Pantai Batu Burok Kuala Terengganu. Kulit buah malinja yang masak amat digemari oleh ayam dan menjadi snek istimewa bagi ayam-ayam kampung di Terengganu atau di kampung penulis.  Kata orang-orang tua, jika ayam memakan kulit buah malinja yang masa berwarna merah, bila bertelur, bahagian kuning telur amat cantik warnanya iaitu kuning kemerahan.

Daun yang tua, lebar daun yang agak besar pula boleh digunakan untuk membungkus tapai pulut sekiranya daun jambu laut atau daun getah tiada.

Rujukan : indahnyatrg.blogspot.com

Tidak banyak sumber tentang pokok malinja tetapi bagi saya sangat suka akan rasa kerepek malinja yang seakan pahit dan rangup. Rasa gurih dan sedap bagi yang amat mengemari keenakan rasa kerepek malinja lagi - lagi dihidang bersama kopi panas, memang terangkat.

Sedikit info tentang kerepek emping malinja

Kerepek emping malinja ini adalah snek istimewa yang terdapat di Terengganu dan Ia juga dipanggil keropok belinjau atau malinja. Orang Terengganu menyebut kerepek ini dengan sebutan ‘khepek minja’. Dibuat daripada buah belinjau atau malinja yang masak. Kebanyakan orang Terengganu menyebut buah malinja sebagai buah cokok. Buah ini ada banyak jenis dan yang dibuat kerepek dari jenis yang saiz buahnya agak besar sedikit.

Proses pembuatan kerepek malinja

Untuk membuat kerepek terlebih dahulu buah malinja yang masak digoreng tanpa minyak di atas api yang sederhana. Gorengan ini dibuat separuh masak untuk membuang kulit luaran sehingga warna biji kekuningan, selepas itu proses mengetuk kerana ini akan membantu memudahkan proses meleperkannya untuk dijadikan kepingan nipis.

Proses meleperkan buah malinja ini dibuat dengan menggunakan lesung batu atau kayu. Pada hari ini kebanyakan pengusaha kerepek ini menggunakan mesin. Walau bagaimana dari segi keaslian kerepek ini, proses terbaik meleperkannya adalah dengan menggunakan lesung batu atau lesung kayu. Empingan yang telah siap dijadikan kerepek dan mula pula proses untuk digoreng. Selepas goreng sehingga warna kuning keemasan dan sudah sedia untuk dihidang.

Info tambahan kerepek emping malinja

Bagi orang Terengganu, kerepek malinja juga boleh di sira dengan air gula dan rasa kepahitan kerepek akan berkurangan sedikit dan bagi saya ada rasa sedikit pahit itu sangat unik.

Khasiat dan info kerepek malinja

Walaupun rasanya kepahitan tetapi buah malinja ini mempunyai khasiat tertentu seperti vitamin, protein, kalsium dan beberapa zat lain tetapi tidak boleh diambil secara keterlaluan kerana boleh mendatangkan penyakit pula. Kerepek emping malinja mempunyai rasa sedikit kepahitan bagi mereka yang kurang menggemarinya. Namun begitu rasa kepahitan itulah kerepek malinja ini snek istimewa yang enak dan berkhasiat.

Gambar kerepek malinja

Kerepek malinjo sedap sangat

Harga kerepek emping malinja

Harga bagi setiap kerepek malinja boleh didapati di sini ---> HARGA

Tempahan kerepek emping malinja

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian 012-2102654

Terima kasih

Tag : Info


Update : 26/10/2015

Baca : Tentang produk kerepek emping malinja - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 03 / 06 - Matlamat 10
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon