Sabtu, Oktober 25, 2014

Tentang produk kerepek bawang

Info serta resepi bagi kerepek bawang

Dalam kepelbagaian kami di Ina Murni Enterprise berlokasi di Sungai Besar pembekal dan menjual Aneka kerepek serta memberi sedikit info cara pemprosesan kami mengenai penghasilan kami membuat kerepek bawang. Kerepek ini menjadi kegemaran bagi penduduk Malaysia, makanan ringan ini sesuai untuk majlis kenduri dan doorgift bagi yang berminat boleh membuat tempahan awal.

Sedikit info kerepek bawang

Tentang kerepek bawang ialah tidak diperbuat sepenuhnya dari bawang tetapi kenapa ia diberi nama kerepek bawang disebabkan oleh jalur lapisan permukaan kerepek sama dengan bentuk hirisan dalaman sebiji bawang. Proses untuk membuatnya juga amat rumit dari mula mengadun bahan, melempeng, mengulung, memotong dan seterusnya mengoreng.

Contoh gambar kerepek bawang >

++ Gambar kerepek bawang sedia untuk dihidang

Istilah kerepek bawang pula adalah dari potongan dan hirisan nipis dan proses itu  untuk menjadi kerepek bawang. Ia adalah salah satu kerepek kesukaan saya kerana mempunyai rasa sedikit pedas dan  ada seperti sedikit juga berperisa bilis, sesuai sebagai kudapan untuk sebarang majlis dan boleh juga dijadikan cenderahati atau goodies kahwin perayaan dan sebagainya. Kami ingin berkongsi serba sedikit cara membuat kerepek bawang dan dibawah ada sedikit info tentang resepi mudah membuat kerepek bawang sedap lagi rangup, kalau anda hendak lagi senang cuma beli sahaja dari kami kerena kerepek bawang ini banyak terjual.

Resepi kerepek bawang yang rangup lagi sedap :

Bagikan dua bahagian untuk doh bagi membuat satu kerepek bawang yang sedap lagi rangup.

Bahan-bahan Resepi untuk doh kerepek bawang :
- 1 biji bawang besar diblend tanpa air

- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 gengam ikan bilis
- 1 Sudu Garam
- Tepung gandum secukupnya

Bahan- bahan resepi untuk doh tepung :
- Tepung gandum secukupnya

- Minyak masak 50gm
- Garam secukup rasa dan air secukupnya.

1- Cara-cara mengadun bahan untuk doh bawang :
Tepung diuli bersama bawang blended dicampur dengan semua bahan tadi dan tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan dan proses melempeng bahagian ini sehingga nipis, bagi memastikan layer atau warna garisan seperti hirisan bawang berlapis, sudah namanya kerepek bawang betulkan.

2- Cara - cara mengadun bahan untuk doh tepung :
Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti diatas.
melempengkan jadi bahagian nipis tadi secara berasingan.

Letakkan doh bawang di atas doh tepung dan gulung, semasa gulung spray air pada permukaan tepung supaya gulungan menjadi rapat dan tidak terbuka. Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk dalam masa 2-3 jam kemudian keluarkan dan hiris nipis.

Proses mengoreng kerepek bawang :

Selanjutnya goreng kerepek bawang tadi dengan minyak yang penuh dan panas sehingga warna seakan kekuningan dan coklat kemudian toskan, sedia untuk dihidang. Itulah serba sedikit info tentang kerepek bawang yang kami ingin kongsi. Tips mengoreng kerepek bawang ialah pastikan minyak tadi tidak terlalu panas.

Tempahan kerepek bawang :

Jika ingin membuat tempahan kerepek bawang untuk majlis tertentu atau perayaan boleh klik link kami di sini - Kerepek Bawang Perisa Asli

Harga kerepek bawang :

Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami :
Berat Dan Pakaging 
Jumlah
Harga
Kerepek Bawang  5 kg
1 BundleRM55.00
Kerepek Bawang 1 kg
1 PekRM15.00
Kerepek Bawang 500 gm
1 PekRM8.00
Kerepek Bawang  Pek Kecil
1 Pek
RM2.00


Jualan : - Kerepek Bawang Perisa Asli
Label : - Kerepek

Selamat datang ke inamurni semoga perkongsian dari kami membawa sedikit manfaat.

Tag : Info

Update : 15/07/2018

Baca : Tentang produk kerepek bawang - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon