Selasa, Oktober 28, 2014

Saranan Agromas untuk IKS di Malaysia

Berita sumber sinar harian untuk IKS tempatan

IKS disaran jadikan 'Agromas' jenama tunggal produk

December 18, 2012

KUALA SELANGOR -  Industri Kecil dan Sederhana (IKS) disaran supaya menjadikan 'Agromas' yang diperkenalkan Fama sebagai jenama produk mereka bagi memudahkan usaha promosi terutamanya di luar negara.

Logo AgroMas Malaysia

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ketika menyarankan perkara itu berkata ketika kementeriannya mengadakan pameran produk IKS di Morocco dan Romania baru-baru ini, pihak media di sana menghadapi masalah untuk mempromosikan produk Malaysia kerana terlalu banyak jenama.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Memproses Makanan Fama di Sungai Terap di sini semalam. Beliau berkata, pada masa ini terdapat 64 produk di bawah jenama Agromas dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 250 produk menjelang 2020. Katanya, peningkatan itu bermakna lebih banyak peluang terbuka kepada para petani untuk membekalkan hasil tanaman mereka untuk diproses sebagai produk pertanian bernilai tambah.

Noh berkata, antara hasil pertanian yang masih kekurangan daripada segi bekalan ialah ubi kayu yang amat diperlukan oleh IKS dalam perusahaan membuat kerepek ubi.
"Bekalan ubi kayu terpaksa diimport dari Indonesia tapi malangnya ubi yang tiba tidak dapat diproses kerana tidak menepati standard yang diperlukan," katanya.

Noh juga meminta Fama supaya menambah pusat memproses makanan seperti di Sungai Terap yang menyediakan kemudahan dan peralatan pemprosesan, pembungkusan dan pelabelan bagi meningkatkan daya saing hasil-hasil pertanian dan produk usahawan pengusaha kecil dan sederhana. Katanya, buat masa ini terdapat dua lagi pusat pemprosesan sedemikian iaitu di Banting Selangor dan Rengit Johor.

Pusat pemprosesan FAMA di Sungai Terap mampu memproses satu tan kerepek ubi dan satu tan produk rempah-ratus sebulan. - Bernama

Sumber : Sinar harian

Tag : Berita

Baca : Saranan Agromas untuk IKS di Malaysia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 04 - Matlamat 18
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon