Rabu, Oktober 29, 2014

Produk IKS Malaysia ke Jepun

Produk IKS Malaysia masuk pasaran Jepun

Wartawan Sinar Harian

December 27, 2011

TOKYO - Produk tempatan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia kini memasuki pasaran Jepun dengan pelancaran program Taste of Malaysia (TOM) di pasaraya AEON Jusco di Koshigaya Lake Town di sini, semalam.


Program dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menyaksikan 74 produk keluaran IKS tempatan dijual di pasar raya tersebut dan 194 produk dipamerkan di program TOM.

Ismail Sabri berkata, program TOM bermatlamat menyenaraikan produk Malaysia di dalam hipermarket asing di Malaysia yang mempunyai cawangan di negara luar, agar lebih mudah untuk memasarkan produk Malaysia di negara luar.

“Jadinya hipermarket ini akan komited untuk memasarkan produk kita di luar dan ini adalah kerjasama menang-menang di antara kita di Malaysia dengan hipermarket asing yang mempunyai perniagaan di Malaysia.

“Kita bagi peluang mereka untuk berniaga di Malaysia dan dalam masa sama mereka juga mesti memberi peluang kepada IKS kita untuk memasarkan produk di cawangan mereka di seluruh dunia,” katanya selepas melancarkan program itu.

Ismail Sabri berkata, kerajaan menyasarkan 100 produk tempatan akan dipasarkan setiap tahun dan angka itu dijangka bertambah setiap tahun.

Dalam masa sama, beliau menasihati pengusaha tempatan supaya melakukan kajian pasaran dan strategi pemasaran dalam usaha untuk menembusi pasaran luar.

“Pihak kerajaan hanya membuka jalan, membuka peluang melalui hipermarket ini, selepas ini mereka sepatutnya meneruskannya dari segi pemasaran, penambah baikan produk.

“Seperti kita tahu bukan produk Malaysia sahaja berada dalam pasar raya-pasar raya di luar negara ini, tetapi kita terpaksa bersaing dengan produk tempatan dan dari negara pesaing,” kata beliau.
Ismail turut menasihati pengusaha IKS supaya mengeluarkan produk yang bertepatan dengan citarasa rakyat tempatan.

“Contohnya pelabelan, kefahaman tentang bahasa Inggeris di sini kurang, jadi kita perlu keluarkan produk yang ada label bahasa Jepun dan kena bersesuaian dengan negara di mana kita ingin pasarkan produk kita,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan AEON Co (M) Bhd Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, pihak AEON akan memperomosikan produk IKS di lima lokasi di pusat beli-belah AEON Jusco di sini.

Sumber : Sinar harian

Tag : Berita

Baca : Produk IKS Malaysia ke Jepun - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 07 - Matlamat 25
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon