Khamis, Oktober 30, 2014

Peluang produk IKS Malaysia ke China

My Agro Hypermart pasar produk PKS ke China

Sumber : Bharian

MY Agro Hypermart menerusi Rukun Saksama Sdn Bhd akan mengeksport produk keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bernilai RM15 juta ke China bermula bulan ini susulan kerjasamanya dengan pemborong negara itu.


Sehingga kini 28 jenis produk PKS sudah dipasarkan di China dengan menggunakan jenama One Malaysia Best dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan usaha gigih kerajaan mempromosikan produk tempatan di luar negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata pihaknya juga telah meminta FAMA mewujudkan Agro Bazar di luar negara seperti London bagi memasarkan hasil keluaran pertanian negara.

“Syarikat ini (My Agro Hypermart) menjadi pusat pengumpulan hasil PKS untuk dipasarkan di luar negara dan mereka tidak mendapat sebarang suntikan modal ataupun pembiayaan daripada kerajaan. Pihak kerajaan hanya bekerjasama dalam memberi bimbingan serta nasihat.

“Melalui pasar raya besar ini lebih 2,000 produk PKS dipasarkan di sini dan kita sememangnya mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat swasta untuk mewujudkan pusat sehenti sebegini bagi memasarkan produk tempatan. Bayangkan kita mempunyai 13,000 produk keluaran IKS.

“Kabinet sudah meluluskan penggunaan jenama One Malaysia Best bagi terhadap semua produk tempatan yang akan memasuki pasaran antarabangsa,” katanya ketika merasmikan My Agro Hypermart di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Rukun Saksama Sdn Bhd, Datuk Jamal Yunus yang turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan FAMA, ASIA SHANGTEX serta usahawan IKS.

Noh berkata, walaupun ‘One Malaysia Best’ adalah jenama tunggal bagi produk PKS untuk memasuki pasaran antarabangsa, namun, syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan masih boleh mengekalkan jenama mereka.

Beliau berkata, penggunaan jenama tunggal itu adalah bagi membolehkan produk berkenaan senang memasuki pasaran antarabangsa selain memastikan produk terbabit mematuhi piawaian ditetapkan.

“Melalui jenama tunggal berkenaan kita akan memastikan setiap produk mematuhi piawaian seperti kualiti, aspek kesihatan dan keselamatan serta jaminan halal,” katanya.

Sementara itu, Jamal berkata, beliau yakin jumlah produk yang akan dipasarkan pasar raya besar berkenaan akan meningkat kepada 3,000 produk dalam tempoh terdekat ini.

Sumber : Bharian

Tag : Berita

Baca : Peluang produk IKS Malaysia ke China - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 08 - Matlamat 27
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon