Rabu, Oktober 29, 2014

Kerepek pisang dan maruku syawal

Kerepek Pisang Dan Muruku Jadi Rebutan Sempena Syawal

Berita : sumber bernama

KUALA SELANGOR, 25 Julai (Bernama) Selain biskut raya, keenakan dan kerangupan kerepek pisang dan muruku turut mencuri tumpuan sempena Syawal ini, apabila permintaan terhadap produk tersebut meningkat sepanjang bulan Ramadan.

Gambar.. Kerepek pisang ina murni

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kamsani Mohd Salleh, 54, berkata permintaan terhadap produk itu disifatkan luar biasa apabila beliau tidak menang tangan menyiapkan semua tempahan yang diterima.

Menjalankan operasi perniagaan di kediamannya di Kampung Bukit Kucing, Jeram di sini sejak Jun tahun lalu, Kamsani bertuah apabila perniagaan diusahakan bersama keluarga turut mendapat sokongan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau berkata pada hari biasa, mereka hanya mengeluarkan sekitar tujuh hingga lapan kilogram kerepek dan muruku, namun pada bulan puasa, jumlahnya meningkat sekitar 15 kilogram sehari.

"Bagi hari-hari biasa, pasaran kerepek dan muruku lebih bertumpu kepada pelanggan kami di pasar tani di Shah Alam, Putrajaya dan Kelana Jaya berikutan kami membuka tapak jualan di situ.

"Tetapi sepanjang bulan Ramadan ini permintaan meningkat dua kali ganda kerana kami bukan sahaja menerima tempahan khas daripada orang perseorangan, tetapi juga beberapa syarikat yang memuatkan kerepek kami dalam hamper raya mereka," katanya kepada Bernama.

Kamsani berkata bagi mengatasi masalah kekurangan stok, pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan sebelum produk itu dapat disediakan.
"Kerepek pisang dan muruku ini seakan sudah menjadi menu wajib setiap kali menjelang Syawal, mungkin kerana ia sesuai sebagai kudapan sebab itu banyak permintaan.

"Bagi mengelak sebarang masalah, kita nasihatkan pelanggan yang nak beli dalam kuantiti yang banyak, supaya buat tempahan kepada kita dahulu sebab sekiranya kita ada kekangan untuk peroleh bahan mentah seperti pisang, sekurang-kurangnya kita boleh maklum kepada pelanggan," katanya.
Beliau berkata kerepek pisang dan muruku itu dijual pada harga RM10 bagi setiap 1kg.

"Selain tidak menggunakan mesin, kesemua produk kami dihasilkan menggunakan ramuan asli...tidak mengandungi pewarna atau perisa tambahan dan faktor inilah yang menjamin kepuasan pelanggan kami," kata Kamsani.

Sumber : BERNAMA

Tag : Berita

Baca : Kerepek pisang dan maruku syawal - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 06 - Matlamat 24
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon