Rabu, Oktober 29, 2014

Cara buat resepi Biskut Mazola

Info cara mudah tentang buat resepi biskut mazola dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut mazola bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Mazola bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut mazola

Biskut Mazola
Gambar.. Biskut Mazola yang sedap

Tentang mazola

Resepi Biskut Mazola, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Mazola ini sangat sedap, ia juga lembut dan bila kita makan ia akan rasa kacang, Bahagian atas sedikit rangup dan manis. Pasti berbaloi mencuba biskut mazola yang sedap ini.

Resepi cara buat biskut mazola yang sedap

Bahan-bahan untuk buat biskut mazola ( 1 balang )
  1. 200gm tepung gandum
  2. 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus yang ini kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, hendak rasa kacang lebih kacang.
  3. 100 gm gula -kisar halus
  4. 1 botol kecil minyak mazola/secukupnya, guna minyak canola pun boleh, tapi jangan guna minyak masak biasa sebab kenapa guna minyak mazola, nama sudah biskut mazola.
  5. Kuning telur untuk sapuan
  6. Sedikit garam tambahan, untuk rasa lemak sikit.
  7. 2 sudu besar peanut butter.
Cara-cara penyediaan biskut mazola
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dengan mentega.
  4. Sapukan diatasnya dengan kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut mazola yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut mazola

Tempahan awal biskut mazola boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut mazola kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut mazola

Harga biskut mazola kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda. Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut mazola dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.


Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut mazola
Update : 03 OGS 2018

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Mazola - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon