Rabu, Oktober 29, 2014

Cara buat resepi Biskut Mama Carry

Info cara mudah tentang buat resepi biskut mama carry dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut mama carry bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Mama Carry bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut mama carry

Biskut Mama Carry
Biskut mama carry sedap
Tentang mama carry

Resepi Biskut Mama Carry, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Mama carry ini sangat sedap, ia juga lembut dan bila kita makan ia akan cair di mulut dan gebu, Bahagian atas sedikit rangup dan manis. Pasti berbaloi mencuba biskut mama carry yang sedap ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut mama carry
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015

Resepi cara buat biskut mama carry yang sedap

Bahan-bahan untuk buat biskut mama carry
  1. 400g tepung gandum*
  2. 300g mentega2 sudu besar tepung 
  3. jagung*(diayak bersama)
  4. 100g gula aising
  5. 1sudu kecil esen vanilla
Bahan-bahan untuk aicing dia pula
  1. 2 biji putih telur
  2. 150g gula aising
  3. 1 sudu kecil tepung jagung
  4. pewarna coklat/serbuk koko untuk hiasan/lorekan corak
Cara-cara penyediaan biskut mama carry

  1. Pukul mentega,gula aising sampai kembang boleh guna planta untuk biskut kali ini.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla kedalam adunan tadi, kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tidak melekat di tangan atau menjadi doh.
  4. Selepas tu canaikan doh tadi dan mula terapkan acuan
  5. Susun diatas dulang yang telas dicalitkan dengan mentega.
  6. Ketepikan dulu biskut tadi dan kita buat aising dia pula.
Untuk ising biskut mama carry
  1. Putarkan putih telur sehingga kembang.
  2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit diikuti dengan tepung jagung dan putar sehingga sebati.
  3. Asingkan sedikit untuk dijadikan hiasan.
  4. Masukkan pewarna/serbuk koko ke dalam adunan yang diasingkan jika ingin guna warna lain boleh juga.
  5. Sapukan aising tadi ke atas biskut mama carry tadi.
  6. Kemudian boleh lorekkan warna coklat tadi keatas biskut.
  7. Hiasan ikut suka dan kreativiti sendiri, inilah masa hendak tunjuk kebolehan sendiri.
  8. Bakar biskut mama carie ni selama 20 minit dengan suhu 180c.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut mama carry yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Mama carry kami

Tempahan biskut mama carry

Tempahan awal biskut mama carry boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut mama carry kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut mama carry

Harga biskut mama carry kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.
Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut mama carry dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Mama Carry - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 06 - Matlamat 22
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon