Jumaat, Oktober 03, 2014

Cara buat resepi Biskut Makmur

Info cara mudah tentang buat resepi biskut makmur dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut makmur bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Makmur bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan juga enak.

Cara buat dan resepi biskut makmur

Kuih Biskut Makmur
++ Gambar Biskut makmur yang cantik lagi sedap

Tentang biskut makmur

Resepi Biskut Makmur, Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini. Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dahulu, memang menjadi kegemaran orang kampung dahulu sebab agak senang juga hendak buat biskut makmur ini.

Bahan-Bahan untuk buat biskut makmur

Bahan untuk doh
  1. 500g tepung gandum
  2. 2/3 cawan gula icing
  3. 1 tin kecil minyak sapi
  4. Paper cup
Bahan untuk inti
  1. 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  2. 3/4 cawan gula icing
  3. 1 sudu besar mentega kacang,optional.
Bahan untuk salut
  1. Sedikit gula icing
Cara buat Penyediaan resepi biskut makmur
  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.
  2. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  3. kemudian kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  4. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat biskut yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.
  5. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  6. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
  7. Sudah siap dan sedia untuk proses pembungkusan dalam balang dan bekas yang cantik serta kedap udara.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut makmur yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut makmur

Tempahan awal biskut makmur boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut makmur kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut makmur

Harga biskut makmur kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut makmur dan semoga perkongsian ini di inamurni membawa manfaat untuk anda semua.


Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat resepi biskut makmur
Update : 29 Jul 2018

Tag : Resepi

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

This Is The Oldest Page

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon