Selasa, Oktober 28, 2014

Cara buat resepi Biskut Almond London

Info cara mudah tentang buat resepi biskut almond london dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut almond london bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Almond London bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut almond london

Biskut Almond London
++ Gambar biskut almond london yang sedap

Tentang almond london

Resepi Biskut Almond London, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Almond london ini sangat sedap, ia juga lembut dan bila kita makan ia akan cair di mulut dan didalam mengandungi kacang badam, Pasti berbaloi mencuba biskut almond london yang sedap ini.

Resepi cara buat biskut almond london yang sedap

Bahan-bahan untuk buat biskut almond london

  1. 300 gm - tepung gandum
  2. 200 gm - tepung jagung
  3. 2 sudu besar - tepung beras
  4. 250 gm - mentega (buttercup)
  5. 1 biji telur50 gm serbuk badam
  6. 1 sudu teh - baking powder
  7. 1/4 cawan - gula castor (kalu nak manis lg, letak 1/2 cwn)
  8. 1/2 sudu teh - garam halus
  9. 100 biji - badam biji (dipanggang sehingga rangup)
  10. coklat compoud - dicairkan melalui double boiled.
  11. 1 sudu teh - esen vanilla
Cara-cara penyediaan biskut almond london

  1. Mula-mula panggang kacang badam di dalam oven selama lbh kurang 7-10 minit dan sentiasa perhatikan takut hangit. sejukkan.
  2. Ayak tepung gandum,tepung jagung,tepung beras bersama baking powder.
  3. pukul mentega, garam dan gula castor sehingga kembang dan bila dah kembang masukkan telur. pukul sebati.
  4. Masukkan esen vanila, dan serbuk badam dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan lembut dan boleh dikepal.
  5. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil / lonjong & masukkan badam didalamnya.
  6. Kemudian letakkan diatas dulang pembakar yg telah disapu sedikit mentega.
  7. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.
  8. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boiled" dan masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan celupkan biskut tadi ke dalam coklat masakan.
  9. aburkan sedikit badam cincang utk hiasan. Biarkan ia kering seketika dan sedia untuk dimakan.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut almond london yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut almond london

Tempahan awal biskut almond london boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut almond london kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut almond london

Harga biskut almond london kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi almond london dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut almond london
Update : 03 OGS 2018

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Almond London - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon