Khamis, Oktober 16, 2014

Berita kosmo kerepek Sungai Besar

Berita kosmo kerepek Sungai Besar






Kerepek Sungai Besar

Keratan Berita - sumber kosmo

Sagat pisang, ubi selepas subuh


SETIAP kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, peniaga kerepek tidak menang tangan. Bahkan, mereka merupakan golongan yang paling sibuk selain pembuat biskut raya dan tukang jahit.
Keadaan itu diakui sendiri oleh pemilik Ina Murni Enterprise, Jumaiah Salim. Kesibukan yang luar biasa bersama 10 pekerja memaksanya mengambil pekerja sementara seramai 20 orang.
Menjalankan operasi perniagaan di kediaman Lokasi di Lorong Laverda Peket 60, Sungai Nipah di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, Jumaiah, 46, yang dikenali dengan nama Ina berkata, pekerjanya akan memulakan tugas menyagat bahan-bahan mentah seperti pisang dan ubi selepas solat Subuh.
Dia bernasib baik kerana kerja-kerja mengupas bahan mentah itu diagih-agihkan kepada penduduk kampung terutama golongan suri rumah yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan.
"Saya menawarkan pelbagai jenis aneka kerepek seperti ubi masin, barbeku, lada hitam, racik, pedas basah dan kering.
"Bagi kerepek pisang pula, kami membekalkan kerepek pisang manis dan masin mini rempeyek, kuih sepit, loyang dan kerepek bawang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagi bekalan bahan mentah, Ina mendapatkannya daripada pembekal di Perak kerana bekalan ubi dan pisang di Selangor berkurangan sejak dua tahun kebelakangan ini.
Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, tempahan bekalan itu ditambah daripada lima tan metrik bagi ubi dan pisang kepada lapan tan metrik sejak awal bulan Ramadan lalu.
"Disebabkan kami menerima bekalan bahan mentah yang terhad, harga borong untuk kerepek pisang sejak dua tahun kebelakangan ini agak mahal sedikit kerana kami mengimport kerepek dari Indonesia bagi menampung permintaan," ujarnya.
Penglibatan awal
Menyentuh latar belakang perniagaannya, Ina yang tidak pernah merasa suasana bekerja di pejabat mahupun sebagai operator pengeluaran berkata, dia sebenarnya bukan jenis wanita yang suka duduk diam di rumah dan hanya menerima wang saku daripada suami pada hujung bulan.
Bertitik tolak dari situ, dia yang pernah menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk jualan langsung membongkar penglibatannya dalam bisnes tersebut. Ina mula tertarik membuat mini rempeyek apabila melihat jirannya aktif menjalankan perniagaan kerepek.
"Pada peringkat awal, saya sendiri yang mencari bahan-bahan mentah dan menggoreng menggunakan kuali kecil sahaja.
"Kerja-kerja menggoreng hanya dilakukan di belakang rumah," jelasnya yang memiliki enam kuali kawah dan satu kuali besar yang diubah suai bagi menggoreng kuih sepit.
Berkat kegigihannya, Ina mendapat pinjaman perniagaan dan bantuan peralatan daripada Jabatan Pertanian. Bahkan dia juga diberi peluang mengikuti pelbagai kursus termasuk kursus produk halal dan pemasaran.
Sejak sedekad lalu, produk keluaran syarikatnya mendapat perhatian daripada peniaga kerepek di Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak serta Pulau Pinang.
Persaingan
Lebih menggembirakan Ina apabila rata-rata pelanggannya memberi maklum balas positif mengenai rasa dan kerangupan kerepeknya.
Ditanya mengenai persaingan daripada pengusaha industri kecil dan sederhana di kawasan tersebut, Ina melihat keadaan itu sebagai satu persaingan yang sihat.

MOHD. HAFIZUDDIN menyusun kerepek di gerai bapanya.


Malah, Ina gembira kerana masing-masing sepakat dalam menentukan harga dan saling membantu meminjamkan kerepek masing-masing sekiranya ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu menyediakan bekalan berdasarkan permintaan pelanggan.
"Dalam kalangan kami juga tiada perasaan hasad dengki, sebaliknya kami saling membantu antara satu sama lain.
"Saya tidak pernah sabotaj mana-mana pengusaha kerepek di sini kerana percaya rezeki masing-masing ditentukan Allah," katanya.
Lebih 30 jenis
Sementara itu, bagi Mohd. Hafizuddin Mohd. Yunus yang membantu menjalankan perniagaan jualan kerepek milik bapanya, Mohd. Yunus Gama di Simpang Lima, Sungai Besar, produk makanan yang dihasilkan oleh peniaga IKS itu sememangnya sering dicari oleh pelanggan yang singgah di gerai mereka.
Malah, ada dalam kalangan pelanggannya bukan sahaja datang dari sekitar Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang mahupun Kuala Selangor tetapi ada juga dari Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Kami menawarkan lebih 30 jenis kerepek dan yang paling popular ialah kerepek pisang dan ubi.
"Namun kami turut menyediakan pilihan lain seperti kerepek jari udang, tempe, sukun, rempeyek dan bermacam-macam lagi yang dijual pada harga antara RM9 sekilogram (kg) hingga RM26 kg," katanya.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Mohd. Hafizuddin yang turut dibantu dua orang pekerja iaitu Nurahayu Nanak, 36, dan Nurul Jannah Mohd. Salleh, 20, melanjutkan masa perniagaan sehingga pukul 1 pagi.
"Memandangkan gerai ini terletak di hadapan rumah, jadi ia memudahkan kami bergilir-gilir menjaganya," kata Mohd. Hafizuddin bahawa pelanggan yang melalui jalan tersebut lazimnya dari Klang menuju ke Teluk Intan."Biasanya gerai ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 malam setiap hari tetapi pada 10 hari terakhir Ramadan lalu kami membuka gerai selepas solat tarawih sehingga pukul 1 pagi.


"Biasanya gerai ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 malam setiap hari tetapi pada 10 hari terakhir Ramadan lalu kami membuka gerai selepas solat tarawih sehingga pukul 1 pagi.
Mengenai bekalan bahan jualan, selain mengambil bekalan daripada peniaga di sekitar Sungai Besar, mereka turut mendapatkan bekalan di tempat lain termasuk negara jiran.
Bekalan makanan ringan seperti popia gulung, pisang dan kekacang dari Bandung manakala pisang tanduk dari Medan, Indonesia.
"Biasanya kami mempunyai stok bekalan sekitar 30 hingga 40 kilogram bagi setiap jenis kerepek, tetapi untuk menampung permintaan musim perayaan ini, jumlah bekalan diterima melebihi 100 kilogram setiap jenis.
"Kami turut menghasilkan kerepek sendiri seperti rempeyek biasa, rempeyek bilis dan bayam yang dihasilkan oleh penduduk tempatan," ujarnya.
Sumber Berita : Kosmo Online


Keratan akbar Kosmo 


Muka hadapan keratan akbar Kosmo Kerepek Sungai Besar

Entri bertajuk sagat pisang, ubi selepas subuh

Mengenai kami dalam akbar kosmo

Gambar keratan akbar berita kosmo pada edisi ogos 2013 mengenai perusahaan iks tempatan dalam menyediakan peluang dan sumber pendapatan serta industri kerepek Sungai Besar dan kawasan sekitarnya. Jika berminat membuat tempahan produk kami sila Hubungi kami.

Sumber : Kosmo

Tag : Berita

Read : Berita kosmo kerepek Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE

23:14 RABU 21 JAN 2015
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 01 - Matlamat 01
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon