Rabu, Oktober 22, 2014

Berita cabaran peniaga kerepek

Berita sumber : MalaysiaGazzete

Senang cakap, memang payah berniaga sekarang

Gambar

cabaran peniaga
Bersama produk keluaran kami INA MURNI ENTERPRISE


Sekarang ini bukan ikan sahaja mengalami kekurangan bekalan akibat perubahan cuaca tetapi turut berjangkit kepada pisang.

Masalah bekalan pisang terutama pisang abu berlaku sejak tiga tahun kerana pokok-pokok pisang berkenaan didakwa mengalami kerosakan semasa proses pertumbuhannya di peringkat anak pokok.

Anak-anak pokok pisang abu yang ditanam dikatakan terbelah semasa mula membesar menyebabkan ia mati.

Akibatnya bekalan pisang itu untuk membuat kerepek pisang semakin terhad. Situasi itu pula dijadikan kesempatan oleh pemborong atau penjual pisang menaikkan harga pisang berkenaan hampir sekali ganda.

Pembuat kerepek terkenal di Kuala Selangor, Jumaaiah Salim atau lebih dikenali dengan nama Ina Murni berkata, pisang abu yang memang cukup tinggi permintaan dalam industri kerepek dahulunya hanya berharga 80 sen sekilo tetapi kini harganya mencecah RM1.50 sekilogram.

Demi kelangsungan perniagaan yang diterokai sejak bertahun-tahun lalu, Ina Murni Enterprise yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu terpaksa membeli juga pada harga berkenaan.

"Memandangkan bekalan berkurangan saya beli saja apa yang ada sebab perniagaan kerepek ini perlu diteruskan kerana saya sudah mempunyai pelanggan tetap yang memborong makanan ringan ini.

"Di Kuala Selangor ini bekalan pisang abu semakin sukar dan saya terpaksa mendapatkan bekalan dari Perak pula," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di sini.
Selain membuat kerepek daripada pisang abu, Ina Murni juga menghasilkan kerepek pisang tanduk dan ubi kayu.

Katanya, beliau memerlukan 300 kilogram pisang pada satu-satu masa dan 500 kilogram ubi. Tambah beliau, biarpun harga pisang abu meningkat hampir 100 peratus tetapi kenaikan itu tidak pernah dijadikan alasan untuk menaikkan harga. Harga kerepek pisang abu masih dijual RM8 sekilogram cuma margin keuntungan semakin tipis.

Ina Murni mengakui bukan mudah untuk menaikkan harga meskipun kenaikan harga barangan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. "Kalau saya naikkan macam mana pemborong saya hendak meletakkan harga kepada pembeli pula," ujarnya namun tidak menolak pemborong yang menjual kerepek keluarannya mengambil keuntungan berlipat kali ganda.

Sebagai contoh katanya, kerepek pisang abu dijual sebanyak RM8 sekilogram tetapi di Kuala Lumpur kerepek ini dijual sehingga antara RM10 hingga RM12.
Ini bermakna pemborong kerepeknya mampu meraih keuntungan antara RM2 dan RM4 tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Beliau yang juga membuat kuih raya turut menjangkakan usahawan semakin sukar berniaga apabila semua barang naik tetapi bukan pembekal produk sepertinya.

"Bila tarif elektrik naik, gula naik dan bahan-bahan asas bakeri naik macam mana peniaga kecil seperti saya hendak menyerap kos yang meningkat secara serentak.
"Hendak jual mahal, siapa pula hendak beli barang sebab produk biskut raya atau kerepek semakin banyak, sedap atau tidak lain cerita.

"Kalau tak berniaga siapa hendak bayar hutang. Barang-barang yang beribu-ribu harganya hendak buat apa pula. Senang cakap, memang payah berniaga sekarang," tambahnya.- MalaysiaGazette.

Sumber : MalaysiaGazette

Tag : Berita

Read : Berita cabaran peniaga kerepek - INA MURNI ENTERPRISE

update : 23/01/ 2015
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 02 - Matlamat 07
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon