Memaparkan catatan dengan label Ucapan Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan Raya. Papar semua catatan

Selasa, Julai 28, 2015

Pintu gerbang hari raya 2015

Pintu gerbang hari raya 2015 - Dalam hari kita menyambut syawal juga aidilfitri dan hari raya, Sekarang saya di lokasi kini di Kg Tok Muda dan juga Kg Sg Serdang, Jeram Selangor. Cantik dengan sangat meriah akan kelipan cahaya dari pelita dan juga lampu yang bewarna warni aidilfitri. Dapat pusing keliling kampung di setiap lorong jalan sangat gah dengan pintu gerbang hari raya pelbagai corak dan bentuk dengan dihiasi lampu neon LED warna warni mewarnai tema sambutan hari raya bagi tahun 2015. Bagi saya untuk tahun 2015 yang ketara dan menarik seperti dibawah.

Rumah mini tradisi


Paling menarik di Jalan Masjid Kg Tok Muda tahun ini dengan tema rumah tradisi mini yang cantik, terletak betul di tepi jalan dan simpang, dekat dengan sekolah rendah, sangat cantik. Dihiasi lagi dengan lampu led warna warnu berkelipan.

Dibawah antara pintu gerbang raya yang berjaya diambil gambarnya.

Pintu gerbang Jalan Bukit Kerang


Pintu gerbang Kg Sungai Serdang


Ucapan Raya

Walaupun dah masuk hari ke 11 Syawal, berkesempatan masa ini, kami di ina murni ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada pelanggan kami, juga pelawat dan juga rakyat Malaysia amnya.

Tag : Ucapan Raya

Baca : Pintu gerbang raya 2015 - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 23- Santai Riadah278>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Rabu, Jun 24, 2015

Cerita Biskut Raya

Cerita biskut raya, Salam ramadan Semua dari kami semua Ina Murni Enterprise group ucapkan pada semua pelanggan dan rakyat Malaysia amnya, selamat menyambut puasa dan semoga anda semua dilimpahi keberkatan bulan ramadan hendaknya.

Nak Cerita BISKUT Raya ni

Aneka pilihan biskut raya dan cerita
suku je ni, banyak lagi biskut raya kami

intro :
Salute pada negara, salute pada agama, salute berbilang bangsa, macam dalam iklan tv pulak, Ini kali la nak cerita bab biskut raya sebenarnya. Kawan selalu sangat nak bertelagah dengan saya berkenaan dengan sebutan dan ejaan "biskut" nak cakap ejaan biskut bagi dia sebenarnya salah, dia kata kuih raya dan kalau nak tahu sebenarya biskut ni apa? Kat google betul je, itu dah jadi trademark kita kan.

Asal usul perkataan biskut

Cari kalau jumpa info ini di wikipedia, kau ado" berkenaan pengunaan perkataan biskut, "biscuit" dalam perkataan bahasa inglish diterjemah ke bahasa melayu dengan sebutan baru "biskut" jadi perkataan asli bagi kita yang sebenarnya tiada, "la ni nak sebut apa" Jadi nak dibezakan antara kuih dan biskut. Jadilah ikutan kita biskut, tiru mat salleh lagi dan lahirlah pula "Biskut Raya" pulak.

Cerita saya disebalik biskut raya

Masa kecil2 dulu, sudah terbiasa sebut biskut marry, lagenda ini. Selain juga orang tua-tua yang suka sangat bila dapat makan biskut kering "biskut tawar" Boleh juga sesuai dihidang dengan jiran sebelah rumah kan, jangan pula hidang orang jauh ngan biskut kering, Kesian pula orang yang datang dari jauh tu "penat2 berjalan hidang biskut kering je". Ingat boleh lupa bila biskut tawar tu cicah dengan kopi panas "Pergh memang sangat mengujakan" ikut style dan cara arwah nenek saya dulu suka sangat rendam biskut tawar ngan air gula. Sudah lembut baru makan, memang sedap k, faham-faham la kan orang tua sudah tiada gigi. Ada 2 jenis aje, memang 2 jenis pun. Ini je yang saya tau dan selalu dibeli , Biskut marry, Biskut tawar.

Biskut raya pilihan akhir

Adik beradik kurang suka la sangat makan Biskut Raya semuanya sekali. Terutamanya orang lain yang suka sangat beli, makcik saya yang sponsor semua biskut raya yang ada, dah tokey kuih raya biskut raya kan. Sebab itulah jarang sangat beli biskut raya, gemar? akhir pilihan, bukan tak sedap' sedap sangat sampai sayang nak makan. Kebiasaan dah habis menu juadah yang lain baru serang dan hadap biskut raya, alang2 dah tinggal serdak pun rasa terbaik dan sedap je.

Kalau dah biskut Raya tu pun bikin sekali setahun, itu yang seronoknya, nak buat baru sibuk cari resepi, tapi sekarang ini senang je, pakcik google kan ada, haha masuk keyword aku. Memang banyaklah yang nak buat sendiri, kalau malas sangat nak buat senang beli je, tunjuk ngan duit" kan banyak pilihan yang anda akan dapat nanti, tak pening kepala, anda senang kami gembira, adilkan hmm.

Kenapa sibuk buat website

Orang lain ada blog, kita nak ada blog jugak, walaupun blog ini yang tak berapa cukup sifat haha...trafik nak mencanak hari2 'bedo'oh, la.. itu pun kalau ada visitor sesat sudi datang" dah rasa sangat happy dan OK je, no komen. Warna blog ini kuning oren pilihan sesuai dengan perasa kari. Tu sedap weyh jadinya! Macam rasa makan kari mamak. Makcik suruh buat blog, lagi pun sekarang ini zaman it dan juga teknologi, jadi saya tolong buatkan satu. Jadilah inamurni dot com. Berminat nak buat, boleh contact saya, lagipun saya suka buat benda ni. Promote barang tanpa rasa malu huhu.

Senarai biskut raya

Bekas makwe dulu suka sangat biskut semperit! Tak tau la kenapa dia suka sangat semperit, malas nak tanya lebih2. Orang sebok buat, dia pun sibuk buat, teringin nak buat jugak hehe. Orang lain punya jadi, dia punya hmm no komen. Biskut top carian macam biskut makmur, mazola, almond london, kacang hijau, kelapa, semperit bunga, oat coklat, aiskrim dan banyak lagi. Masa famous almond london, semua sibuk ngan almond london, tak payah pergi London pun dapat biskut tu, hebat.

Raya tahun ni, biskut apa lagi yang terbaru, sekarang tren biskut Itali pula, almond biscotti yang ini suka betul makan, rangup je serupa makan kopok, memang best. Florentine ada pernah dengar, serius korang tak tau punya dan tau makan je. Dah rasa dan namanya sedap, nama apa ada hal, Janji Itali mari.

Bila ternampak ada jual biskut mazola kat econsave masa teman kawan beli barang, gila murah, RM10.50 je, tengok! Beli la, 1 balang dan dalam saiz mini, bulat kecil rasanya mesti buat guna mesin. Belum puasa dah rasmi biskut raya, ni dah jadi rekod peribadi ni. Kalau nak rasa biskut yang sedap' tetap buatan homemade yang terbaik. Kami keluarkan biskut raya pada anda semua, gerenti terbaik.

Biskut homemade seperti dibawah

Biskut makmur, Biskut tart nenas, Biskut oat coklat, Biskut almond london, Biskut semperit bunga, Biskut mama carry, Biskut mazola, Biskut cornflake, Biskut kacang hijau, Biskut lapis strawbery, Biskut kelapa, Biskut badam cincang, Biskut coklat oren, Biskut nestum, Biskut cendawan, Biskut suji almond, Biskut badam, Biskut aiskrim, Biskut royal cookies, Biskut coklat chip, Biskut salju, Biskut marble, Biskut coklat rice, Biskut Florentine, Biskut Almond Biscotti, Biskut Tart Cheese dan banyak lagi.

Ucapan raya tahun ini

Selamat makan biskut raya anda dengan senang hati, ceria selalu dan toksah skema sangat, salam aidilfitri pada yang suka makan biskut raya je. Hahaha.

Tag : Ucapan raya

Baca : Cerita Biskut Raya - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 22- Santai Riadah251>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Rabu, April 08, 2015

Ucapan Hari Raya pelbagai bangsa

Ucapan Hari Raya pelbagai bangsa

Ucapan Selamat Hari Raya dari pelbagai negara dan pelbagai bahasa.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami ucapkan.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Berbagai Bahasa dan pelbagai benua negara.

Malaysia : Salam Aidilfitri
Banjar : Salamat Bahari raya
Jawa : Sugeng Riyadin
Padang : Selamet Idul Fitri
Sunda : Wilujeng boboran siyam
Afghanistan : Kochnay Akhtar
Arab : Aid Mubarok
Bangladesh : Rojar Eid
Belanda : Eigendom Mubarak
Bosnia : Ramazanski Bajram
Bulgaria : Pritezhavani Mubarak
Chech : Vlastnictvi Mubarak
Cina : Guoyou Mubalake
Denmark : Ejet Mubarak
Finland : Omistama Mubarakiin
Inggeris : Happy Eid El Fitr
Israel : Bebe’lanat Mawba’rak
Itali : Proprieta Mubarak
Jepun : Chuuko Mubaraku
Jerman : Besitz Mubarak
Korea : Junggo mubarakeu
Croatia : Vlasnistvu Mubarak
Kurdishtan : Cejna RemezanĂȘ
Mesir : Ed Karim atau Eid Sahid

Tag: Ucapan Raya

Baca : Ucapan Hari Raya pelbagai bangsa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 01- Santai Riadah186>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya