Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Khamis, Februari 04, 2016

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa - Salah satu ikan dengan harga pertengahan yang sedap untuk dinikmati, apa itu masak tiga rasa. Melalui pengalaman makan di kedai seafood ala thai yang sangat menggemari masakan tiga rasa yang mewakili rasa masam manis pedas dan ada lagi masin, empat rasa dah tu. Hari ini kongsi resepi ikan siakap masak tiga rasa yang kami sauk di kedai ikan.

Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Bahan masakan tiga rasa


Bahan-bahan
  1. 1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan tepung, perapkan.
 
Bahan lain
  1. 5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
  2. 3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
  3. 2" halia - dimayang halus
  4. Sedikit bunga kobis
  5. 6 biji cili padi - dihiris nipis
  6. Sedikit daun bawang
  7. garam
  8. gula
  9. 1/2 cawan air 
  10. Bahan sos:-
  11. 3 sdm sos cili
  12. 3 sdm sos tomato
  13. 2 sdm sos tiram


Cara cara masak
  1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing lalu ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit untuk menumis.
  3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
  4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah ditumbuk.
  5. Tumis sehingga kekuningan dan agak garing dan masukkan bunga kobis.
  6. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.
  7. Masukkan garam dan gula. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dengan sedikit air dan campuran tepung jagung.
  8. Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi, tabung daun bawang siap untuk dihidangkan.


Itulah sahaja resepinya, kalau makan kat restaurant anda perlu sediakan poket tebal, masak sendiri lebih jimat dan juga mengikut selera anda, selamat mencuba.

Tag: Masakan

Baca: Ikan Siakap Masak Tiga Rasa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 36-Masakan373>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah - Malam hari ini menoleh kedapur untuk makan malam untuk hari ini, berkongsi cara buat dan juga resepi masakan ayam yang paling simple dan juga sangat mudah untuk dibuat. Ada goreng ayam dengan garam dan kunyit biar ia sedang-sedang garing dan boleh sediakan bumbu untuk masak merah ayam yang menyelerakan.

Resepi Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Resepi Masakan : Sambal Tumis

Bahan penting ayam masak merah

Bahan-bahan:
  1. Ayam setengah ekor gaul dengan garam kunyit dan digoreng separuh masak.
  2. 4 Ulas Bawang Putih *
  3. Halia Sebesar Ibu Jari *
  4. Cili Kering (Ikut tahap kepedasan yang korang suka) rendam dulu dalam air panas *
  5. * Kisar
  6. Sebatang serai - diketuk
  7. Sebiji Tomato - potong 4
  8. Sebiji Bawang Besar
  9. Minyak Masak secukupnya (boleh guna balik minyak goreng ayam)
  10. Sos Cili - Sedang jangan banyak sangat, nanti manis.
  11. Garam secukup rasa


Cara buat Ayam Masak Merah

Cara-caranya:
  1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan Sos Cili
  3. Lepas tu, baru masukkan garam, Ayam yang dah digoreng , sos cili, serai dan tomato. gaulkan.
  4. Dah mendidih, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
  5. Gaul dan biar sebati dan masak.


Sudah siap boleh makan dengan nasi biasa atau boleh juga dengan nasi minyak serta acar untuk menambah selera, selamat mencuba.

Tag: Masakan

Baca: Ayam Masak Merah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 35-Masakan372>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Jumaat, Januari 29, 2016

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam - Sudah lama tidak update entri terbaru kerana kesibukan menguruskan hal yang lebih penting, kali ini saya ingin kongsikan satu resepi masakan asam pedas ayam, bahan asam pedas seperti biasa kita buat dengan ikan tetapi ayam juga sesuai untuk dijadikan asam pedas yang sangat menyelerakan.

Kami kongsikan juga sebelum ini kepelbagaian masakan asam pedas, ia salah satu hidangan kegemaran saya, dibawah serba sedikit resepi dan cara masak.

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam

Resepi Masakan : Asam pedas

Bahan dan cara buat resepi asam pedas ayam

Bahan bahan asas
  1. 1/2 daging ayam dipotong dan bersihkan lalu digoreng dengan sedikit minyak hingga separuh masak
  2. 2 batang bunga kantan di potong 
  3. 1-2  cawan air asam jawa, ikut selera anda.
  4. 2 batang serai di titik.sedikit gula.
  5. Sedikit minyak masak.
  6. Garam  secukupnya.
  7. Bahan yang di kisar/tumbuk
  8. 8 sudu makan cili kisar.
  9. 5 ulas bawang kecil.
  10. 5 ulas bawang putih.
  11. 1 biji bawang besar.
  12. 2 cm kunyit hidup.
  13. 2 cm belacan.

Bahan untuk tumisan
  1. 2 biji bawang kecil di hiris.
  2. 1 biji bawang putih di hiris.

Cara buat asam pedas ayam
  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati.
  3. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar.
  4. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
  5. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masuk air terpulang kepekatan kuah asam pedas.
  6. Bila kuah mendidih baru masukkan ayam tadi dan perasakan dengan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
  7. Kemudian masukkan pula bunga kantan. 
  8. Masak sehingga ayam itu empuk dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba asam pedas ayam yang mudah dan senang disediakan ini semoga perkongsian ini bawa manfaat pada semua.

Tag: Masakan

Baca: Asam Pedas Ayam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 34-Masakan369>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Ahad, November 22, 2015

Asam pedas ikan mayong

Asam pedas ikan mayong - Masakan untuk kali ini sekali lagi masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga iaitu dengan ikan mayong, sebelum ini pernah juga kami kongsikan resepi masakan iaitu asam pedas isi ikan merah yang mudah serta ringkas untuk disediakan. Beli ikan mayong tapi tak tau nak masak apa. Masak singgang macam tak sesuai dan selain dari itu boleh juga masak lemak cili padi, fikir punya fikir nak pilih masak apa dan keputusan yang diambil masak asam pedas dengan ikan mayong juga sesuai dan juga pilihan yang tepat.

Saya beli ikan mayong atau ikan duri di baroh Sg Hj Dorani, harga ikan ini tidak mahal dan murah terutama masa beli awal pagi dan tempat ikan baru naik. Dua ekor ikan mayong yang agak sedikit besar berharga hanya RM12.00. Suka makan ikan mayong dari bahagian kepala hingga ke isi, daging ia tidak hanyir serta manis dan lembut, sesuai dengan masak asam pedas bersama dengan ikan mayong yang kami ingin kongsikan resepi mudah seperti dibawah.

Asam pedas ikan mayong

Asam pedas ikan mayong

Resepi Masakan : Asam pedas

Bahan dan cara buat resepi asam pedas ikan mayong

Bahan bahan asas
  1. 2 ekor ikan mayong potong dan bersihkan
  2. 2 batang bunga kantan di potong 
  3. 1-2  cawan air asam jawa, ikut selera anda.
  4. 2 batang serai di titik.
  5. sedikit gula.
  6. Sedikit minyak masak.
  7. Garam  secukupnya.

Bahan yang di kisar/tumbuk
  1. 8 sudu makan cili kisar.
  2. 5 ulas bawang kecil.
  3. 5 ulas bawang putih.
  4. 1 biji bawang besar.
  5. 2 cm kunyit hidup.
  6. 2 cm belacan.

Bahan untuk tumisan
  1. 2 biji bawang kecil di hiris.
  2. 1 biji bawang putih di hiris.


Cara buat asam pedas ikan mayong

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. 
  3. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
  4. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
  5. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masuk air terpulang kepekatan kuah asam pedas.
  6. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
  7. Kemudian masukkan pula bunga kantan. 
  8. Masak sehingga ikan itu empuk dan sedia untuk dihidang.

Masak asam pedas sesuai makan dengan nasi yang lembut sedikit serta mudah resap terasa bila makan asam pedas tadi. Boleh juga makan dengan telur masin, sayur tumis. Sedikit info yang ingin kami kongsikan, selamat mencuba ya ibu, makcik, akak sekalian.. Suka entri ini boleh share yea.. Terima kasih.

Tag : Masakan

Baca : Asam pedas ikan mayong - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 33-Masakan366>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, November 19, 2015

Sambal ikan kerisi cili padi

Sambal ikan kerisi cili padi - Masakan untuk kali ini ialah sambal cili padi yang pedas sedikit kering dan juga sedap. Sambal tumis ini sesuai untuk semua jenis lauk seperti ikan, pilihan ikan itu terpulang pilihan anda tetapi bahan untuk bumbu adalah sama, untuk kali ini ikan kerisi yang berwarna merah sepang menjadi pilihan bagi sambal tumis cili padi yang pedas dan menyelerakan. Sesuai untuk hidangan makan tengahari dan juga untuk Resepi Masakan ini banyak orang yang sudah tahu membuatnya, bagi yang tidak tau masak langsung sambal tumis ini ia adalah sangat  mudah untuk anda sediakan, bahan juga sedikit dan senang untuk dapat di bahagian dapur.

Sambal ikan kerisi cili padi


Sambal ikan kerisi cili padi
Sambal ikan kerisi yang menyelerakan

Resepi Masakan : Masak Sambal Tumis

Bahan untuk sambal ikan kerisi cili padi

Bahan-bahan

  1. 8 ekor ikan kerisi , selain ikan ini boleh ikut suka anda.
  2. 7 biji cili merah dan
  3. cili api/padi mengikut kepedasan yang diinginkan.
  4. 2 ulas bawang besar
  5. 5 ulas bawang putih
  6. Sedikit belacan mengikut citarasa.
  7. Semangkuk air asam jawa bersama biji.
  8. Sedikit garam mengikut rasa.
  9. 3 sudu besar gula.
  10. Sedikit minyak masak menumis.

Cara buat sambal ikan kerisi cili padi


  1. Goreng ikan kerisi dahulu sehingga masak kekuningan.
  2. Campurkan semua bahan bumbu diatas, ditumbuk, kecuali ikan dan minyak,bahan tersebut hingga srbati.
  3. Panaskan sedikit minyak masak.
  4. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehinggan naik minyak.
  5. Masukkan ikan kedalam kuali dan balikkan supaya bahan tumisan tersebut sebati bersama ikan.
  6. Kemudian hidangkan kedalam pinggan yang cantik.
  7. Pastikan rasa terlebih dahulu untuk memastikan masakan berasa garam,pedas dan juga sedap, sedia untuk dihidangkan.


Sedikit resepi ringkas masakan tumis sambal ikan kerisi cili padi yang kami kongsikan, rasanya semua orang sudah tahu resepi mudah lagi senang untuk disediakan ini, ikan carilah yang segar dengan daging yang kenyal baru sambal tumis cili padi kita sedap, selamat mencuba dan terima kasih sudi baca.

Tag : Masakan

Baca : Sambal ikan kerisi cili padi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 32-Masakan358>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Rabu, November 18, 2015

Masakan Sambal Hitam Pahang

Masakan Sambal Hitam Pahang - Berkongsi sedikit info tentang asal usul serta Resepi Masakan bagi sambal hitam dari asal negeri Pahang darul Makmur yang sangat terkenal dan disukai bagi semua kebanyakan rakyat disana. Bagi orang yang berasal dari negeri Pahang tengah, masak sambal hitam adalah menu yang wajib disukai dan digemari selain dari gulai tempoyak, gulai serong dan sebagainya. Sudah lama saya menetap dan tinggal di kawasan felda Jengka22, Pekan Bandar Pusat berada di tengah negeri Pahang Darul Makmur.

Sejarah bagi sambal hitam pahang

Sambal hitam Pahang
Contoh gambar sambal hitam

Pembuka selera ini cukup dikenali sebagai Sambal Hitam yang sangat terkenal di Pahang Barat. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selain boleh dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh juga dibuat sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya. Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan. Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah sumber pendapatan penduduk setempat.


Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Masakan dan penyediaan untuk membuat sambal ini juga sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain.

Kita Imbau masa lampau zaman orang tua dulu kala bagi sambal hitam ialah dari segi ketahanan makanan itu sendiri, semua orang maklum pada zaman itu belum wujud lagi peti sejuk bagi untuk mereka menyimpan makanan dan masakan mereka, belimbing buluh yang sudah direbus bersama garam hingga berwarna coklat jadi awet untuk senang disimpan dalam bekas menjadi seperti perkasam serta tahan agak lama dan mudah untuk dimasak. Bila waktu yang sesuai untuk dimasak sahaja tinggal ambil sahaja belimbing buluh yang sudah berwarna hitam itu jadilah masakan sambal hitam Pahang yang hebat dan pedas, masam, masin serta cukup rasa dan yang penting ia sangat sedap.

Bahan penting yang wajib pada sambal hitam Pahang

Buah Belimbing buluh
Buah belimbing buluh
Contoh gambar buah belimbing buluh

Antara bahan terpenting untuk membuat sambal hitam ialah belimbing buluh yang rasanya sangat masam, bahan wajib ini rasanya sangat baik untuk awet supaya tahan lebih lama, banyak tumbuh di kampung dan sesuai sangat dengan iklim di Malaysia termasuk di negeri Pahang itu sendiri. Masakan lain seperti asam ikan, sambal belacan dan Sayang bagi buah ini akan gugur dan busuk jika tidak dipetik lalu di buat dan dijerukkan menjadi warna perang coklat untuk dibuat sambal. Diatas gambar pokok dan buah belimbing buluh bagi yang tidak mengetahui langsung akan tumbuhan dan kewujudan pokok tersebut.

Ikan Bilis
Ikan bilis segar
Gambar contoh ikan bilis terbaik

Belimbing buluh hitam bercampur dengan ikan bilis untuk lauknya, sangat sesuai masin kombinasi terbaik rasa masam dan manis ikan bilis, nak sedap carilah ikan bilis yang bagus dan berkualiti nescaya sambal hitam itu menjadi sangat sedap. Ikan bilis hendaklah ditumbuk separa halus dan yang sedang sahaja yang penting ia setia huhu.. Macam lagu dan melodi. Tumbuk sedang sebelum itu buang taik ikan bilis, nanti pahit pula sambal hitam yang ingin kita masak. Rendam ikan bilis pada air untuk melembutkan sedikit untuk mengurangkan masin serta mudah ditumbuk separa lumat. Suka akan ikan bilis boleh letak banyak sedikit ikan bilis, baru sedap.

Cili padi
Cili padi yang segar
Cili padi yang segar

Kalau tiada cili padi, tidak sedap akan sambal hitam kita, lagi pula orang Pahang terkenal dengan masakan yang pedas belaka, cili padi yang kecil, bukan cili tomyam atau cili besar yang tidak pedas. Lagi pedas sangat bagus ia akan lebih sedap, tumbuk separa halus untuk tumisan sambal hitam yang terbaik dan sedap. Cili padi terpulang selera anda, suka pedas boleh lebihkan cili padi dan bagi yang tidak makan pedas sangat, boleh letak cili padi sekadar cukup rasa untuk kesesuaian anak anak anda ya, ajar ia makan masakan tradisi dari Pahang ini.

Bawang merah
Bawang merah besar
Contoh gambar bawang merah

Untuk aroma wangi tumisan kita, penting ada bawang merah antara satu bahan penting bagi sambal hitam, bau serta khasiat bawang merah yang banyak juga dapat membantu menyedapkan lagi sambal pedas hitam, ingat warna hitam putih ingat negeri Pahang. Bawang dikupas kulit, lalu ditumbuk untuk bahan menumis hingga naik bau.

Kicap

Sedikit rasa manis, masin selain itu sedikit minyak masak, sedikit garam dan gula tumis bahan tadi, kicap terpulang minat dan citarasa anda, banyak jenama kicap boleh disesuaikan untuk sambal hitam kita, pilihlah kicap yang terbaik, sebab kicap boleh mengurangkan sedikit rasa pedas cili padi. Orang dulu kalau makan pedas mesti dengan kicap bagi mengurangkan sedikit rasa pedas dimulut. Kesan dari kicap selain menyedapkan makanan. Dibawah ada sedikit perkongsian dari resepi masakan sambal hitam Pahang bagi yang ingin sangat mencuba resepi dan cara membuatnya.

Sambal Hitam Pahang

Resepi Masakan : Sambal Tumis

Cara buat dan resepi Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahan
  1. 10 biji belimbing buloh.
  2. 1/2 cawan cili padi
  3. 2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan serta dikupas.
  4. 6 biji bawang merah ditumbuk
  5. 5 sudu besar kicap
  6. 1 cawan minyak masak
  7. garam dan gula secukup rasa


Cara buat sambal hitam Pahang

  1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  5. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  6. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.


Cara makan Sambal Hitam Pahang

Sesuai makan dengan nasi untuk penambah selera anda, cicah dengan ubi rebus juga sangat sesuai, cicah lempeng dengan sambal hitam, cekodok atau cucur untuk minum petang bersama dengan keluarga, serius saya cakap, cekodok yang tak sedap tadi akan jadi lebih sedap kalau ia cicah dengan sambal hitam, terliur je dengarkan. Ini serius melalui pengalaman saya sendiri.

Produk Sambal Hitam Pahang

Sekarang ini lebih mudah kerana sambal hitam ini sudah mula di komersialkan dan dijual siap, buka pek terus makan. Kalau dipasar ada juga jual belimbing buluh segar dan perang, hitam yang sudah di jeruk untuk masakan dirumah. Kalau tidak tau masak atau sibuk seharian bekerja, beli yang sudah siap pek menjadi produk bagi kebangaan sambal hitam pahang dengan pek produk yang sangat menarik dan cantik. Produk dari makanan tradisi kampung yang telah dimodenkan juga sekarang sudah dijual online di internet.

Promosi Sambal Hitam Pahang Dari Dapur Mieza

Produk dari rakan lama sekolah menengah agama di sekolah pondok MIPA di Kampung Awah Chenor Pahang, selain dari ini, dia juga membuat tempahan untuk kek perkahwinan dan juga harijadi dan selain dari kek juga pelbagai jenis roti. Hari ini promosi untuk produk sambal hitam buatan tempatan dan semestinya home made dari negeri Pahang Darul Makmur.

Hubungi :
Nor Miza Mohd Razmi
013-7638087
Facebook Page :
Facebook.com/DariDapurMieza

Untuk lebih mengetahui produk ini sila klik link dibawah :
[+] Sambal hitam Dari Dapur Mieza

Semoga perkongsian masakan sambal hitam ini bawa manfaat untuk anda, selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Masakan Sambal Hitam Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 31-Masakan354>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, November 15, 2015

Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa

Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa - Masakan kali ini ialah kombinasi hebat antara bahan seperti mee, kuey tiaw bersama sup ayam ringkas dengan sambal kicap lagi istimewa makan dengan racikan ayam goreng menjadikan mee kuey tiaw sup ayam ini sangat istimewa dan sedap, nak tambah sedap lagi taburkan bawang goreng lebih harum dan wanggi. Resepi Masakan ini citarasa disukai makcik saya yang buat secara ringkas, senang dan yang penting inshaallah ia mudah dibuat untuk hidangan anda itu nanti, selamat mencuba masakan ini yea.

Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa


Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa
Makan panas panas sedap sup ini

Resepi Masakan : Sup / mee / Kuey tiaw

Bahan bahan nak buat Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa

Bahan untuk sup
  1. 1/4 ekor ayam / bahagian tulang seperti leher, selangka, kaki
  2. 1 sup bunjut adabi
  3. 1 biji bawang besar - hiris nipis
  4. 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  5. 1 inci halia - hiris halus
  6. 1 pokok daun sup - cincang kasar
  7. Air secukupnya
  8. Sedikit bawang goreng, untuk tabur akhir

Bahan asas penting
  1. 1 pek / bag mee segera
  2. 1 pek kuey tiaw basah

Bahan untuk goreng ayam
  1. 1/2 bahagian daging, untuk digoreng.
  2. Sedikit Serbuk Kunyit
  3. Garam
  4. Minyak masak

Bahan sambal kicap
  1. Sedikit cili padi
  2. Kicap


Cara Masak Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa
  1. Masukkan semua bahan untuk sup kecuali daun sup ke dalam periuk dan didihkan di atas api.
  2. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa serta kacau hingga rata.
  3. Teruskan proses memasak menggunakan api sederhana besar, perlahan sehingga tulang ayam itu sedikit empuk. 
  4. Masukkan daun sup, kacau rata. boleh tutup api dan siap untuk sup kita buat mee dan kueytiaw pula.
  5. Celurkan mee, kueytiaw dengan air panas dan toskan, siap.
  6. Ayam pula, perap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam lalu goreng garing, angkat boleh racikkan isi ayam itu tadi, siap.
  7. Sambal kicap lagi mudah, tumbuk cili padi campur kicap, siap.


Sedia untuk dihidangkan, tabur bawang goreng sedikit, campurkan 4 bahan yang sudah dimasak tadi siap sudah menu resepi masakan kombinasi hebat hidangan mee kuey tiaw sup ayam istimewa.

Selamat mencuba yea, terima kasih sudi baca.

Tag : Masakan

Baca : Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 30-Masakan349>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, November 12, 2015

Resepi Kuih Gandus

Resepi Kuih Gandus - Tidak ramai yang tahu akan wujudnya kuih yang satu ini, nama yang diberi ialah kuih gandus, saya pernah makan kuih ini sekali sahaja seumur hidup masa bulan ramadan bila berkunjung mencari menu dan makanan untuk berbuka puasa dan membeli kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar. Di pasar malam atau gerai makan pun memang susah nak jumpa kuih gandus ni, serius selain pasar Datuk Keramat. Jadi yang ingin sangat nak merasa atau makan kuih ini untuk rasa kesedapan kuih gandus boleh cuba ikut cara buat dan resepi masakan yang mudah untuk dikongsikan oleh Hajah Zahara Sudi seperti dibawah ini.

Resepi Kuih Gandus

Resepi Kuih Gandus
Kuih gandus yang sedang dimasak

Resepi Masakan : Kuih muih tradisi

Bahan dan cara buat kuih gandus

Bahan-bahan

  1. 600 gm tepung beras
  2. 200 gm tepung gandum
  3. 2 sudu makan tapai nasi
  4. 500 gm kelapa muda parut putih
  5. 1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
  6. 1 bungkus yeast kering
  7. garam secukup rasa
  8. gula merah (gula tanjung)
  9. Inti / Jem nenas / pilihan lain boleh pilih coklat, strawberry, kelapa.


Cara buat kuih gandus


  1. Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.
  2. Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.
  3. Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian.
  4. Letak jem nenas atau pilihan inti yang digemari, kemudian ditutup lagi dengan adunan tepung agar jem tenggelam lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga kuih gandus tadi kuning keemasan dan masak.


Ini sahaja perkongsian bagi cara buat dan juga resepi kuih gandus, semoga bermanfaat. Suka entri ini boleh share di laman sosial dibawah untuk berkongsi, terima kasih.

Tag : Masakan

Baca : Resepi kuih gandus - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 29-Masakan346>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Isnin, November 09, 2015

Resepi ayam goreng berempah

Resepi ayam goreng berempah - Siapa suka makan ayam goreng boleh salin resepi sangat ringkas ini, ayam goreng bersama rempah dan digoreng rangup bahagian luar dan lembab didalam. Kanak - kanak juga sangat suka makan ayam goreng berempah yang tidak terlalu pedas. Ayam perlu diperap lama bagi semua rempah itu meresap, bila digoreng bau aroma wangi dari bumbu perapan dan dibawah ada bahan dan cara buat bagi resepi ini.

Bahan lebih kurang sama dengan Resepi tempe goreng berempah, cuma ketiadaan tepung beras. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda seisi sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi ayam goreng berempah

Resepi ayam goreng berempah
Rangup dan sedap ayam goreng berempah ini

Resepi Masakan : Masak Goreng / Gorengan

Bahan ayam goreng berempah cara buat

Bahan bahan
  1. 1 ekor ayam, potong kecil, bersih dan toskan
  2. 5 ulas bawang putih*
  3. 2 biji bawang besar*
  4. 1 inci halia*
  5. 5 batang serai*
  6. 2 sudu jintan manis*
  7. 1 sudu besar ketumbar, sangai atau goreng tanpa minyak*
  8. *ditumbuk atau dikisar kering
  9. 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  10. 1 sudu besar serbuk cili
  11. 1 sudu teh serbuk kunyit


Cara buat ayam berempah

Goreng ayam berempah
Proses mengoreng ayam berempah
  1. Tumbuk serai, bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, rempah biji ketumbar, garam dan serbuk perasa.
  2. Masukkan serbuk kari sedikit, serbuk cili dan serbuk kunyit.
  3. Potong ayam sedang2, masukkan ke bancuhan tadi dan gaulkan.
  4. Bahan tadi perap selama 5 - 10 jam ikut sesuai dan selera anda.
  5. Keluarkan perapan ayam berempah tadi dari simpanan.
  6. Sedia untuk digoreng, panaskan minyak masak, goreng hingga kekuningan dan masak, sedia untuk dihidang.


Rasa ayam berempah ini sedap, boleh nak makan macam itu sahaja atau makan dengan nasi, ikut kesesuaian dan selera anda.

Tag : Masakan

Baca : Resepi ayam goreng berempah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 28-Masakan343>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya