Memaparkan catatan dengan label Jom Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Makan. Papar semua catatan

Selasa, November 24, 2015

Makan di R&R Genting Sempah Pahang

Makan di R&R Genting Sempah Pahang - Perjalanan kami balik ke Jengka 22 Pahang, Kami dapat singgah dulu makan di kawasan puncak bukit genting sempah berhampiran dengan terowong dan juga tempat bersempadan antara kedua negeri Pahang dan juga negeri Selangor. Kawasan ini tempat untuk istirehat yang sangat popular bagi penguna jalan raya untuk ke pantai timur. Dekat sahaja dengan kawasan perkampungan Janda Baik juga jalan utama untuk masuk ke Genting Highland.


Kawasan R&R rawat dan rehat Genting Sempah ini juga sangat selesa, punyai tempat parking kereta yang agak luas juga bertingkat, premis dapat dilihat tahap kebersihan kedai dari segi penyediaan makanan juga banyak yang mendapat taraf gred A mengikut kategori kebersihan restoren di kawasan negeri Pahang. Gred taraf kebersihan restoren sentiasa dipantau pihak berkuasa yang berwajib. Jadi kalau nak pilih tempat makan boleh lihat dulu. Banyak juga menu masakan malam ini, masakan Pahang yang terkenal seperti ikan patin masak tempoyak, lauk pauk dan lain-lain, masakan panas juga western food selain makanan ringan. Kami makan apa kat R&R Genting Sempah ni..layan jom makan kali ini.

Jus air markisa


Pernah minum air markisa, tidak pernah minum sebab itu yang nak mencuba tu. Air yang lain semua pernah minum tapi bagi saya air jus markisa ini buat pertama kali. Serius siapa yang nak minum air markisa kena fikir dua tiga kali sebelum order.. MASAM.. Serius masam lain macam, bagi yang suka air yang masam, markisa ialah jawapanya. Minum sampai berkerut dahi hihi.. Harga jus air markisa RM4.00 dapat air super masam. Adik pula makan ikan patin masak tempoyak bersama masak lemak rebung. Masak ikan patin kat sini kurang sikit rasanya terlebih manis rasanya, satu rasa muak, biar manis ikan jangan manis gula.

Nasi goreng usa


Pernah makan sekali nasi ayam disini, sedap" itu yang nak rasa nasi goreng usa kat kedai makan ini. Nasi goreng biasa, daging masak merah rasa sedikit manis, bersama sup nasi ayam dan saya ambil sambal kicap, kebiasaan nasi goreng usa ini kurang pedas. Rasa nasi goreng usa di R&R Genting Sempah ok boleh tahan sedap, lagi pula perut lapar dan hujan dalam perjalanan tadi. Harga nasi goreng usa kat sini RM7.00 sedang tidak mahal sangat saya rasa.

Penjaja luar, kawasan sekitar


Kawasan sekitar R&R Genting Sempah kelihatan juga penjaja tepi jalan menjual buah berangan, kalau suka makan sambil berangan boleh la beli. Makan sambil berangan di perjalanan nanti haha, gurau je.. Sambung perjalanan kami dapat lihat jalan sebelah yang tanah runtuh itu sedang dalam proses dibaiki. Hujan sekejap lebat sekejap renyai, sampai Temerloh jam 10.30 sudah dekat nak sampai ke rumah. Kami sampai rumah mak jam 11 malam.. Alhamdulillah.

Memo : kawasan R&R Genting Sempah sedang dalam proses pembaikkan, ia bagi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Tag : Jom Makan

Baca : Makan di R&R Genting Sempah Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 40- Santai Riadah367>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, November 21, 2015

Lempeng dan sambal hitam Pahang

Lempeng dan sambal hitam Pahang - Malas nak masak yang susah dan rumit, lempeng adalah jawapan yang tepat, hanya tepung gandum, air dan garam cukup rasa dan sedikit minyak masak, cara begini dapat makan lempeng yang sedap juga kan, lebih-lebih lagi sudah ada pencicah serta juga sambalnya, cari sesuatu, tapi kali ini kita ada lebihan masakan yang sangat istimewa iaitu sambal hitam Pahang yang saya dapat beli sambal itu secara online dan produk keluaran bumiputera iks tempatan ini ialah Sambal Hitam Dari Dapur Mieza.

Lempeng dan sambal hitam Pahang bersatu serasi

Lempeng dan sambal hitam Pahang

Kombinasi terbaik antara lempeng dan sambal hitam

Jom Makan lempeng bersama sambal hitam - Masak lempeng yang dibuat secara agak ringkas sedikit, lempeng ini tidak terlalu tebal, lagi nipis ia lebih sedap, tapi bila kita dapat cicah sahaja dengan sambal hitam dari Pahang ini gajah lalu depan mata pun tak perasan tau huhu.. bertambahlah sedap selera, tak percaya anda kena buat dan mencubanya sendiri. Selain lempeng boleh juga mencicah cucur bilis dan sambal hitam. Tapi dengan lempeng, makan je mesti teringat masa kecil dahulu, lagi saya pernah makan di satu tempat dan restoren yang juga  bernama lempeng sayang, cicah lempeng dengan sambal bilis merah dan kalaulah saya dapat bagi cadangan pada tuan kedai makan itu supaya meletakkan sambal hitam sebagai pencicah lempeng di restoren mereka sudah tentu ia menarik pelangan untuk mencuba menu yang asing bagi mereka. Ayat ini sudah tulis semalam, buat ulangan.

# jom makan hari ini tidak keluar mana-mana lagi, besok mungkin akan berangkat ke Pahang. Hari ini hanya duduk dirumah dapat makan lempeng cicah sambal hitam macam semalam pula, cucur bilis dan sambal hitam Pahang, minum pula dengan kopi panas, tidak pula hujan hari ini yea.

Tag : Jom Makan

Baca : Lempeng dan sambal hitam Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 39- Santai Riadah364>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Jumaat, November 20, 2015

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang - Waktu hujan malam hari begini dapat makan cucur bilis sedap juga kan, lebih-lebih lagi dapat cicah dengan sesuatu dan kebiasaan hanya dengan sos cili sahaja, tapi kali ini kita ada menu masakan yang sangat istimewa iaitu sambal hitam Pahang yang saya dapat beli secara online dan produk keluaran bumiputera iks tempatan ini ialah Sambal Hitam Pahang Dari Dapur Mieza.

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang bersatu serasi

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang
Kombinasi terbaik antara cekodok dan sambal hitam

Jom Makan cucur bilis bersama sambal hitam - Makan cucur bilis yang dibuat secara agak ringkas sedikit, cucur ini tidak terlalu pedas dan sedikit tawar, tapi bila kita dapat cicah sahaja dengan sambal hitam dari Pahang ini buat cekodok atau cucur bilis tadi bertambahlah sedapnya, tak percaya anda kena mencuba sendiri baru tahu. Selain cekodok atau cucur boleh juga mencicah sambal hitam dengan lempeng, ingat lagi saya pernah makan di satu restoren yang bernama lempeng sayang, cicah lempeng dengan sambal bilis merah dan kalaulah saya dapat bagi cadangan pada tuan kedai makan itu supaya meletakkan sambal hitam sebagai pencicah lempeng di restoren mereka sudah tentu ia menarik pelangan untuk mencuba menu yang asing bagi mereka.

# jom makan hari ini tidak keluar mana-mana, hanya dirumah makan cucur bilis cicah sambal hitam Pahang tengah hujan lebat, dengan kopi panas, layan.

Tag : Jom Makan

Baca : Cucur bilis dan sambal hitam Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 38- Santai Riadah363>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Selasa, November 17, 2015

Corner Kick Cafe Sungai Besar

Corner Kick Cafe Sungai Besar - Makan malam hari ini bagi meraikan kejayaan anak buah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan mendapat kelas mumtaz, datang ke restoren di Corner Kick Cafe dalam keadaan hujan renyai renyai yang sudah menandakan musim tengkujuh sedang bermula sekarang.

Papan tanda Corner Kick Cafe
Corner Kick Cafe Sungai Besar
petugas dan pekerja Corner Kick Cafe

Nama kedai seperti meraikan peminat bola sepak dengan logo bola sebagai tema, restoren ini juga menyediakan masakan western, masakan ala kampung bagi yang ingin mencuba boleh datang kesini. Lokasi Corner kick cafe ini betul berhadapan Petronas dan juga mc donald di Sungai Besar. Hari ini memang hari untuk makanan barat, uji tekak.

Chicken chop


Chicken Chop Corner Kick Cafe Sungai Besar
Chicken Chop dengan sos istimewa

Sudah lama sebenarnya saya tidak makan chicken chop, peha ayam digoreng bersama tepung dan sos istimewa, salad kobis segar, timun, tomato, kentang goreng dan telur goreng. Kuah sedap tapi tidak pedas, saya lebih suka kalau ia pedas dengan rempah seperti lada hitam atau sulah, biar terasa. Salad kobis biasa, cuma kurang akan mayonis.

Lamb chops


Lamb Chops Corner Kick Cafe Sungai Besar
Suka kambing, meh mehh

Kambing seperti dibakar, sos dan persembahan seperti juga chicken chop tiada perbezaan, bagi yang mengemari daging kambing boleh cuba lamb chop sebagai menu makan malam anda.

Tempat makan


Tempat Makan Corner Kick Cafe Sungai Besar
Meja makan cukup sekeluarga

Ruang makan juga terbahagi kepada dua, terbuka dan juga tertutup bagi yang sukakan privasi boleh pilih tempat duduk tertutup didalam siap ada penghawa dingin dan juga tv, mungkin sesuai untuk menonton siaran live bola sepak barangkali kerana tema kedai makan ini yang bernama Corner Kick Cafe Sungai Besar.

Sebelah hujung dari restoren ini terkenal dengan sate di Sungai Besar, tapi hari ini isnin kelihatan tidak kedai makan itu tutup barangkali tidak berniaga malam ini.

Snap gambar


Corner Kick Cafe Sungai Besar
Papan tanda atas restoren

Corner Kick Cafe Sungai Besar
Simply the best

Terima kasih makcik yang belanja makan malam untuk kita malam ini, semoga bertambah rezeki, amin. Review ringkas kami disini.

Tag : Jom Makan

Baca :  Corner Kick Cafe Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 37- Santai Riadah352>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, November 15, 2015

Mee kari udang lipan Sg Besar

Mee kari udang lipan Sg Besar - Nak makan mee kari yang spesial disini menu restoren ini ialah udang lipan, lagi" bukan itu sahaja semua ada termasuk nasi goreng udang lipan, udang lipan goreng rangup salut tepung, mee goreng udang lipan dan macam-macam lagi menu yang lainnya.

Tempat dan lokasi ini terletak berhampiran sangat di kg Sg Hj Dorani, berhampiran sahaja lokasi saya makan cendol yang sedap di Cendol Atok Sg Besar. Banyak menu berasas udang lipan, jadi pertama kali jejak kaki kat sini teruja nak makan mee kari udang lipan menu tagline kedai makan ini.

Mee kari udang lipan


Mee kari udang lipan

Nampak' gambar je dah terliurkan? Mee kari ini kuahnya pekat, udang lipan yang sudah dibuang kulit, yang kita semua ketahui kulit udang lipan ini agak sukar dikopek' siap tinggal makan je. Senang tapi isi udang lipan ni manis, bersama tauhu memang kena dengan mee kari, juga sebiji telur puyuh, comel je! kebiasaan telur ayam rebus.

Rasa sangat kurang pedas, juga sesuai untuk semua orang dan kalau nak rasa pedas, sambal kicap dan cili jeruk juga disediakan. Mee kari yang tidak terlalu berminyak dan rasa lemak santan itu yang membuatkan setiap kuah kari untuk mee kari ini bertambah sedap, sayur cuma tauge je, kalau banyak sayur tentu meriah dan mengenyangkan. Rasa, ok.. Sedap.

Permandangan biasa di mee kari udang lipan

Restoren Mee Kari Udang Lipan

Persekitaran di tepi jalan, kawasan perkampungan diteduhi rimbunan pokok sawit. Kalau nak cari lokasi ini bagi yang tidak mengetahui mungkin agar sukar sedikit, jalan dalam dari Kg Sg Hj Dorani menuju ke pekan Sg Besar, ketiadaan lagi papan tanda. Tau fu fah, karipap kuih juga ada. Rasa nak makan udang lipan goreng salut tepung, tengok orang order dan nampak sedap je.

Sekitar halaman restoren dan tempat makan

Halaman sekitar Mee kari udang lipan

Kalau nak makan udang lipan boleh datang sini, tidak banyak restoren yang menghidang udang lipan sebagai menu. Makan menu mee kari disini bersama sirap limau baru RM6.00 siap kuih karipap 2 ketul, alhamdulillah.

Tag : Jom Makan

Baca : Mee kari udang lipan Sg Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 36- Santai Riadah350>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, November 12, 2015

Nasi lemak Kak Yam Tepi Sungai Kapar

Nasi lemak Kak Yam Tepi Sungai Kapar - Label Jom Makan, Sudah lama tidak bersarapan di sini semenjak duduk di Pekan Sungai Besar Selangor, Menetap lama di Pekan Kapar banyak kenangan suka duka saya menetap disini. Bila tiba waktu pagi memang banyak gerai yang menjual nasi lemak pelbagai jenis lauk dan juga pilihan. Lokasi terletak di bahagian hadapan restoren mamak Mahbooba Kapar di persimpangan tiga jalan utama. Sarapan pagi saya di nasi lemak kak yam yang saya suka ialah lauk rendang kerang bersama telur goreng. Nasi lemak yang sedap dan yang paling penting sambal yang cukup menepati selera.

Nasi lemak rendang kerang bersama telur

Nasi lemak rendang kerang kak yam
Nasi lemak kerang telur - Kak Yam Tepi Sungai

Nasi bersama sambal yang sedikit pedas dan manis, makan pula dengan rendang kerang, telur goreng, kerang pun sudah mahal sekarang ini. Selain lauk rendang kerang kebiasaan nasi lemak disini berlauk ayam goreng, sambal sotong dan sambal udang, bercakap tentang sambal udang kami kongsikan juga masakan kami di sini baca resepi sambal tumis udang kalau makan dengan nasi lemak juga sangat sesuai.

Pandangan hadapan Nasi Lemak Kak Yam Tepi Sungai di Kapar Selangor

Hadapan nasi lemak kak yam
Restoran Mahbooba Pekan Kapar

Nasi lemak Kak Yam Tepi Sungai ini buat saya teringat akan Nasi lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan dengan sambal nasi lemak serta lauk di asingkan, sedap juga menyelerakan. Pelbagai juga disini lauk serta sambalnya cuma ia tidak bersinar. Makan nasi lemak tidak sah dengan ikan bilis, timun dan juga telur rebus. Yang menjaja tepi jalan juga banyak disini jika nak makan nasi lemak bungkus, selain Kak Yam Tepi Sungai nasi lemak Juragan juga sedap dan tidak jauh dari lokasi ini.

Waktu buka tidak menentu, ada masa awal pagi, kadang matahari dah cerah baru buka, kebiasaan jam 8 atau 9 pagi, hanya untuk sarapan pagi sahaja. bila waktu cuti umum dan sabtu ahad nasi lemak Kak Yam ini kebiasaan ramai pengunjung, mungkin hari tidak bekerja. Kalau hari biasa banyak yang beli bungkus sahaja.

- Gambar lama, ambil dari laman website bahasa ingeris saya, kesian website itu sudah lama tidak ber update..

Tag : Jom Makan

Baca : Nasi lemak Kak Yam Tepi Sungai Kapar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 35- Santai Riadah345>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, Oktober 24, 2015

Masak lemak ketam makcik masak

Masak lemak ketam makcik masak - malam ini memang tidak pergi mana atau pergi makan diluar, makcik pula rajin hari ini mamasak menu istimewa iaitu masak lauk ketam pada malam ini, nak tulis entri bagi resepi masakan sudah dibuat, jadi sekarang versi jom makan dan juga kongsi dan baca resepi ketam masak lemak cili padi yang dibuat dan ikuti atau baca link yang diberikan sebentar tadi atau pilihan anda boleh buat carian di kotak diberikan diatas.

Masak lemak ketam

masak lemak ketam makcik
Layan masak lemak ketam

Jom makan kali ini tidak ada lain nak makan ketam, bukan senang kalau nak menikmati isi manis ketam ini, kulit dan cengkerang keras menjadi penghalang, kuah ketam juga manis dan sedap, tips bagi yang ingin menikmati kuah masak lemak ketam yang sedap perlulah mencari ketam yang segar dahulu. Kedua ialah jantina ketam, ketam betina lebih banyak isi berbanding ketam jantan dan kalau lebih untung anda dapat telur ketam, sangat sedap rasa dia.

Beza ketam jantan betina

Bagi yang sudah tahu abaikan entri ini, beza ketam jantan dan betina ialah dibawah dan bahagian belakang ketam jika kopak dan punggung besar itu betina, jika kecil ia jantan. Ada juga mitos atau khabar jika nak beli ketam waktu bulan penuh sebab isi ketam ini padat berbanding bulan separuh. Siang ketam juga senang, belah dua dah siap untuk dimasak. Kebiasaan masak lemak yang sedap, kalau masak kari ketam sedap juga seperti pengalaman saya makan mee kari ketam di restoran berikut, baca.

Tempat saya makan mee kari ketam di :


Jika nak makan ketam goreng juga ada, buat kelainan sedikit boleh makan ketam yang digoreng, kalau nak cari makanan ini boleh baca entri iaitu bazar ramadan Sg Hj Dorani, masa jualan bazar ternampak peniaga yang menjual ketam goreng salut tepung yang ranggup, tapi saya lebih suka ketam masak lemak cili padi, boleh hirup kuah dan makan dengan nasi panas.

Itu serba sedikit cerita pasal nak makan ketam juga kongsi resepi dan juga tempat makan atau restoren yang saya terjah, jom makan bagi yang berminat dengan isi dan manis ketam.

Tag : Jom Makan

Baca : Masak lemak ketam makcik masak - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 34- Santai Riadah322>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, Oktober 22, 2015

Punten di Sg Haji Dorani

Punten di Sg Haji Dorani - Kalau waktu petang macam ini di baroh Sg Haji Dorani mesti tengah ramai orang yang datang kesini cari panganan atau makanan. Pernah tak dengar nama makanan 'Punten' ia adalah makanan popular orang Jawa sebelah Sabak Bernam terutama kaum kerabat saya. Selain dari punten makanan jawa lainya baca juga Tiwul gablek Restoran S.Solinada, Juadah ini terutamanya selalu dimakan waktu sarapan pagi atau petang. Kalau nak cari restoran yang buat punten ini tak banyak, rare la kira. Search di google juga tiada saingan mengenai makanan orang jawa yang satu ini.

Punten Sg Hj Dorani

Punten Sg Haji Dorani
Contoh gambar punten

Orang zaman sekarang sudah jarang jumpa sangat rasanya. Ia sebenarnya berupa nasi impit tatapi letak santan dan berlemak atau nasi lemak versi impit. Buatnya macam nasi lemak juga bahan seperti santan dan garam. Selepas itu air kena banyak seperti ingin buat bubur atau nasi impit. Makan punten ini dengan sambal bilis atau udang kering dan isi ikan goreng, dan ditumis dengan cilipadi serta juga bawang.  Ada daerah yg makan punten dengan sambal tumis biasa atau sardin mengikut selera anda.

Bahan membuat punten

Bahan-bahan
  1. 1 cawan beras
  2. 1 cawan santan
  3. 1 sk garam
  4. Air yang banyak 1/3 periuk 1.8 ltr

Cara membuat punten
  1. Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam. Boleh guna periuk elektrik dan biarkan sampai suis naik sendiri. selalunya belum cukup kering.  Kalau tak cukup kering, sambung atas dapur biasa sembil sekali sekala mengacau nasi.
  2. Bila air nasi sudah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan2 dengan daun pisang atau plastik. Ratakan, memang agak melekat, tapi bila dah sejuk semakin elok.
  3. tekan sampai rata dan padat tunggu sejukkan sebelum dipotong dan dimakan. Boleh juga nak uli buat bentuk macam batu ladung.

Cara buat sambal untuk punten
  1. Tumbuk bawang putih, Bawang Merah, cili Padi dan Udang Kering atau Ikan Bilis.
  2. Tumis dengan minyak sampai garing, masukkan sedikit garam.
  3. Kalau nak bagi ia cair sedikit, bila masa bahan dah garing, baru tuang sikit air dan biarkan sampai ia naik mendidih boleh angkat dan hidangkan.

Pasar Sungai Haji Dorani

Pasar Sg Haji Dorani
Pelbagai barang pilihan

Saya sekarang duduk berhampiran Sg Haji Dorani, jom makan dan bila  jadi atau kalau teringin nak makan punten kebiasaan beli je! Kawasan baroh atau pasar petang Kat sini senang nak cari makanan pelbagai jenis, tapi kalau diluar kawasan ini agak mustahil untuk saya mencari restoran yang membuat punten.

Tag : Jom Makan

Baca : Punten di Sg Haji Dorani - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 33- Santai Riadah321>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya