Memaparkan catatan dengan label Jom Jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Jalan. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 18, 2015

Bukit Melawati Kuala Selangor

Bukit Melawati Kuala Selangor - Saya berpeluang mengunjungi sebuah tempat menarik dan bersejarah yang terletak di Bukit Melawati, Kuala Selangor ketika cuti hari minggu waktu tengah jerebu teruk melanda, suasana redup dan nyaman je, tanda seakan hari nak hujan. Bawa bersama makcik dan anak-anaknya bercuti disini kerana dekat dengan lokasi kami dan juga satu destinasi bajet yang tidak mengeluarkan belanja yang besar. Salah satu ialah pelajaran ditempat yang sangat bersejarah bagi negeri Selangor, kubu kuat dan juga pertahanan dan sistem pentadbiran, ikuti sejarah Bukit Melawati dibawah.

Sejarah Bukit Melawati Kuala Selangor

Muzium sejarah Bukit Melawati
Muzium sejarah Bukit Melawati

Bukit Melawati Kuala Selangor adalah merupakan pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19. Sultan Ibrahim (1782-1826) telah mendirikan sebuah kota di Bukit Melawati bagi mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda.

Kota tersebut bagaimanapun telah jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan "Kota Altingsburg" bersempena nama Gabenor Belanda di sana. Namun Sultan Ibrahim telah berjaya menawan kembali kota tersebut pada Januari 1785 dengan bantuan pahlawan-pahlawan dari Pahang. Ini adalah kejayaan pertama seorang Sultan dari Tanah Melayu berjaya mengalahkah satu kuasa besar Asing di Tanah Melayu. Kota Melawati ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 September 1977.

Antara tempat menarik Bukit Melawati

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor adalah muzium menyimpan segala khazanah sejarah kesultanan dan cerita disebalik Bukit Melawati yang menjadi rebutan disebabkan kawasan dan tempat yang sesuai dijadikan peninjau untuk pertahanan, Banyak kisah sejarah jika anda lawati muzium sejarah Bukit Melawati ini.


Pintu gerbang Bukit Melawati

Pintu gerbang Bukit Melawati
Menurun bukit menuju Pintu Gerbang

Pintu gerbang yang akan menggamit kehadiran pelancong, Bukit Melawati terkenal dengan tempat pelancongan wajib daerah Kuala Selangor, Bukan pintu gerbang sahaja yang menarik disini bila cuti umum atau hari minggu disediakan trak train untuk anda bersiar siar diatas, tidak dibenarkan membawa kenderaan anda sendiri. Replika Rumah Api Kuala Selangor antara mercu tanda anda sudah sampai di Bukit Melawati.

Daerah Kuala Selangor adalah merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Ia dibahagiakan kepada beberapa daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Di Kompleks ini masih terdapat berbagai tinggalah Sejarah diantaranya ialah tembok Kota yang masih berdiri teguh, bekas tapak istana, rumah Api, Batu Hampar dan lain-lain. 

RUMAH API

Rumah api Bukit Melawati
Rumah api Bukit Melawati


Rumah Api yang terletak di atas Bukit Melawati juga dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg bersempena dengan nama Gabenor General Belanda dibina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasminya pada 1910. Ketinggian Rumah Api ini adalah 25.3 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer. Bukit Melawati juga adalah salah satu lokasi tempat melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal setiap Tahun. Bangunan disebelah meriam itu adalah tempat untuk melihat anak bulan dilakukan.

BATU HAMPAR

Mengikut sejarah dari zaman ke zaman, batu hampar ini dikatakan berasal dari batu tambatan bahtera. Batu berukuran  5 x 5 kaki ini dikatakan pernah menjadi tempat seorang dayang istana yang dipancung kepalanya akibat perbuatan zina yang menyebabkan Sultan menjadi murka. Darahnya dikatakan disimbah disekitar kota Melawati sebagai pengajaran kepada rakyat agar tidak melakukan perbuatan zina. Selepas kejadian itu juga dikatakan , sebatang pokok yang terletak berhampiran dengan batu hampar itu akan berdarah sekiranya ditoreh seolah-olah terkena sumpahan akibat hukuman itu. Pernah berlaku beberapa orang anggota ekspedisi menjelajah Kuala Selangor dilihat cuba menoreh batang pokok angsana itu dan ternyata ia mengalirkan getah berwarna merah.

BUSUT MALAWATI

Terletak kira-kira 80 ela di hadapan pintu kota, terdapat pohon Sena yang telah berusia 200 tahun. Ia dikatakan adalah tempat Sultan bersemayam untuk berihat dan menyaksikan ayam bersabung. 

MAKAM DIRAJA DAN MERIAM PENGGAWA

Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:

  1. Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
  1. Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
  1. Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ianya ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih. Dinamakan Meriam Penggawa adalah atas kerana inisiatif Datuk Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor yang membawa meriam itu ke tempatnya sekarang. Pernah diceritakan bahawa meriam ini pernah 2 kali meletup dengan sendirinya.

PERIGI BERACUN

Perigi Beracun Bukit Melawati
Perigi Beracun

Perigi ini airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor. Jika anda berkunjung ke Bukit Melawati boleh la singgah ke perigi beracun sebagai tinggalan sejarah.

Lutong Silverliaf Monkey

Lutong / Silverleaf Monkey
Lutong / Silverliaf Monkey

Lutong adalah species yang berada dalam kategori 'Hampir terancam'. Kewujudan populasi Lutong spesis Trachpithecus cristatus yang hidup dalam kelompok yang besar di Bukit Melawati di Kuala Selangor kerana terdapatnya kawasan pemeliharan hutan paya bakau berhampiran bukit dan kaki bukit. Lutong ini nampaknya dah biasa dengan manusia, boleh bagi makan dan duduk meriba dan memanjat. Makanan lutong pun ada dijual disini, mereka memang jinak tetapi boleh bersifat aggresif sekiranya diganggu, berkesempatan bergambar bersama lutong, kami dapat anak lutong yang comel dan manja dengan kami. nak beri nama simanja di Bukit Melawati.

Kepada mereka yang berkesempatan ke Kuala Selangor, jangan lupa untuk singgah ke Bukit Melawati kerana terdapat banyak pemandangan yang menarik disamping dapat juga untuk kita menghayati kesan-kesan sejarah tinggalan nenek moyang kita yang tidak dapat dilupakan juga berkenalan dengan lutong-lutong yang jinak di sini, rindu pula pada mereka ni sebenarnya, tengok telatah mereka diberi makan, tetapi kena hati-hati pjika nak beri mereka makan, mungkin lutong ini sedikit nakal hehe. Pelancong asing juga rata-rata kagum dengan lutong  atau monkey at Bukit Melawati.

Trak Train

Trak Train Bukit Melawati
Trak train Bukit Melawati

Satu lagi tarikan di Bukit Melawati ialah dengan kehadiran trak train yang baru, kos naik untuk dewasa ialah RM5 siap pakej lawatan ke Puncak Bukit Melawati dan juga Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor. Ramai penumpang boleh naik bagi pelancong yang ingin merasa naik trak train boleh berkunjung bila cuti umum dan hari minggu. Boleh bergambar sebab trak train ni tiada tingkap atau open air terbuka tu yang bagus dan best sangat tu.

Kawasan sekitar yang menarik

Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor
Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor antara salah satu pakej jika anda berkunjung disini, disediakan trak train untuk mendaki Bukit Melawati dan juga pakej melawat akuarium dan pertunjukan ikan air tawar, serta ayam, burung merak dan peralatan memancing zaman dahulu serta bubu juga ada. Ikan ada yang kecil dan juga besar, cuma saiz tempat ini kecil, masuk tampa pakej kat sini RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor
Taman Alam Kuala Selangor

Sudah tengok ikan, tiba masa nak tengok burung pula, Taman Alam Kuala Selangor menyajikan spesis dan pemuliharaan dan taman serta syurga bagi burung yang berhijrah dan yang menetap disitu, jadi bagi yang menyukai spesis burung boleh datang ke kaki Bukit Melawati, chalet dan penginapan juga ada disediakan. Tempat ini luas dengan hutan paya bakau yang berada di kaki Bukit Melawati tempat sangat sesuai untuk burung tingal dan mencari makan, jika minat sangat nak lihat pelbagai spesis burung boleh datang sini mencari ketenangan minda.

Itulah sahaja cerita lawatan kami ke Bukit Melawati Kuala Selangor, yang ingin dikongsi dan selamat melawat negeri Selangor dan selamat datang kami ucapkan.

Tag : Jom Jalan

Baca : Bukit Melawati Kuala Selangor - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 08 - Santai Riadah314>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, Oktober 10, 2015

Sambungan perjalanan Kota Bharu

Sambungan cerita perjalanan ke Kota Bharu Kelantan yang asyik tertunda kerana ada sahaja cerita lain yang keluar, jom jalan diteruskan. Perjalanan dari perhentian r&r Gua Musang terasa jauh dan asing, lalu di daerah Kuala Krai yang sebelum ini dilanda musibah banjir besar, dapat lihat kesan sehingga ke hari ini. Kalau lalu daerah ini sangat terkenal dengan lemangnya. Sepanjang tepi jalan banyak gerai jualan menjual lemang, makan pula dengan serunding daging. Tapi saya tidak singgah cuma hanya lalu sahaja, dapat bau pun jadi hmm.

Gambar sekadar hiasan


Rasa tak sabar nak sampai ke Kota Bharu, boleh check inn hotel merehatkan badan yang rasa kepenatan. Boleh pusing pusing bandar KB dan sebelum sampai KB banyak pula laluan altenatif menuju ke Kota Bharu, banyak jalan dan lorong, kalau tak biasa kat sini boleh sesat juga jadinya. Nasib ada bawa gps boleh juga jejak jalan yang baru dilalui, tidaklah pening kepala jadinya. Dah sampai sini tanya la adik makanan yang spesial orang Kelantan atau kedai makan yang femes kat sini.

Makanan orang Kelantan

Nasi air, ha pelik bunyinya dan rupa macam bubur lambuk pon ada, tapi boleh la sedap juga. Pergi Pasar malam kat Pengkalan Chepa Kelantan berdepan dengan UMK adalah pasar malam besar, banyak juga pelbagai jenis makanan yang lazim dan terkenal kat sini. Coconut shake besar, banyak pula jual kat pasar malam depan UMK ni. Kuih apa lagi banyak pula jenis yang saya tak tau namanya. Makan malam hari ni kerabu maggi, masam tapi ok, sedap jugak. Ok lepas dapat lihat rumah sewa adik kat Pengkalan Chepa kami balik semula ke hotel, esok boleh la jalan jalan cari makan.

Tempat makan yang best

Salah satu, Nasi Lemak TC, yang ini rancangan hari pertama untuk sarapan pagi, lagi satu Nasi Ulam Cikgu juga terkenal kat sini. Makan nasi ulam boleh cicah budu dan ada tempoyak ada pelbagai sambal serta ikan bakar walahh.. Cerita dah sampai ke Hotel untuk check inn di Destiny Hotel yang betul betul tepi sungai Kelantan. Boleh juga nak lihat permandangan matahari terbenam kat sini, cantik juga. Adik juga ada cerita kesedapan sosej pulut bakar, kalau kat selangor tak pulak pernah dengar sosej pulut bakar, ni yang nak rasa ni, serius sedap.

Petang kami singgah Pasar Siti Khatijah nak cari ole ole untuk dibawa pulang, keropok semestinya, opok durian dan dodol Kelantan yang pelbagai perisa. Pasar Siti Khatijah ni terletak berhampiran sahaja dari tempat penginapan kami. Lepas itu untuk cenderahati boleh la pergi pusat kraftangan kat KB ni untuk kenang-kenangan. Itu tepat menarik yang kami lawati, malam ini nak berangsur balik. tiket bas pun dah beli. OK by.

# masalah gambar, masalah hp, takde bateri.. huhu sedih

Tag : Jom Jalan

Baca : Sambungan perjalanan Kota Bharu - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 07 - Santai Riadah309>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Sabtu, September 12, 2015

Perjalanan ke Kota Bharu Kelantan

Perjalanan ke Kota Bharu Kelantan - Sudah lama tidak menulis tentang jom jalan dan kali ini admin dengan adik ingin membuat perjalanan ke Kota Bharu Kelantan, hanya membawa kenderaan produa kancil ez 850 auto yang sudah diservis untuk memulakan perjalanan jauh dari Felda Terkis Jengka 22. Sudah ada pengalaman sebelum ini mengunakan kenderaan yang sama dan jarak yang harus ditempoh sejauh 386 kilometer, sangat jauhkan.

Permandangan perjalanan

Jalan ke Gua Musang
Highway menuju ke Gua Musang

Jam 8.30 pagi sudah mula gerak, kami  ikut arah jalan ke Jerantut, jalan selesa dan lurus melalui kebun kelapa sawit. Sampai bandar Jerantut, isi minyak penuh dan melalui jalan yang sempit serta bengkang bengkok dan mencabar melalui jalan hutan dan banyak perkampungan pendalaman sehingga ke persimpangan Benta, mujur jalan ini cantik dan tidak berlubang, dari Benta baru jalan sedikit selesa dan lebar.

Kecantikan gunung ganang

Gua Musang
Kecantikan keindahan jalan

Perjalanan diteruskan, cadang nak berehat di R&R Gua Musang. Paling best jalan dan suasana di daerah Gua Musang dengan keindahan bukit dan gunung batu kapur yang cantik membuat mata terpegun. Highway sudah mula boleh dilalui walaupun tidak siap sepenuhnya, ini yang membuatkan perjalanan yang lancar serta jimat masa. Sepanjang dari perjalanan kami dekat dengan daerah Gua Musang, lihat dibahu jalan ada jualan buah, jeruk dan hasil dari Kampung. Kami sampai ke R&R Gua Musang jam 12.05 pm.

Jalan lengang dan selesa

Area Gua Musang
Menikmati keindahan alam

R&R Gua Musang

Air Minuman Gua Musang
Cantik bekas air kat R&R Gua Musang ni

Sampai sahaja R&R Gua Musang, untuk hilangkan penat memandu, nak makan tengahari, sebab mak ada bekalkan nasi serta sambal tempoyak dengan ayam goreng, ada juga dibawakan ayam masak kicap, tapi segan pula nak bawa bekalan makan kat R&R ni. Rehat pastu beli hot n roll, beli air minum. Bersambung k, sebenarnya malas nak tulis entri ni panjang2 hek2.. Teruskan Sambungan Perjalanan Kota Bharu Kelantan.

Tag : Jom Jalan

Baca : Perjalanan ke Kota Bharu Kelantan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 06 - Santai Riadah293>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, Jun 11, 2015

Keropok Lekor / Keping Marang

Keropok Lekor / Keping Marang - Carian bermula selepas makan tengahari di kedai makan Zainah waterfront Jeti Marang selepas Hasil candat sotong di Pulau Kapas selesai dibahagikan bila waktu tengahari kami menuju ke  Pantai Kelulut pula, kawasan sekitar pantai terdapat banyak kedai makan dan juga chalet untuk disewa. Juga premis menjual keropok di sepanjang jalan. Cari keropok tak sah, lagi dikawasan ini yang popular di kawasan Pantai Kelulut Marang, katanya keropok lekor sedap dan terbaik kawasan ini, kami pun tidak mau ketinggalan untuk rasa keropok lekor yang paling sedap dan yang terkenal mempunyai peminat yang ramai. Terliur dah ni nak balik nanti makan kopok selepas penat trip kami pergi Candat sotong Pulau Kapas Terengganu .

Mercu tanda pekan Marang Terengganu

Pekan Marang Terengganu
Mercu tanda pekan Marang Terengganu

Banyak jual keropok sepanjang jalan di Marang

Pada sesiapa yang pernah melalui kawasan Marang, pasti tidak terlepas melihat betapa banyaknya gerai keropok dan hasil laut hanya ditepi jalan, mula dari Pantai Kelulut, Rhu Muda, Seberang Marang, Marang Paya, Kijing, Rhu Rendang, Rhu Sila, Rhu Dua, Rhu Renggeh ada berapa jumlahnya, tapi kalau ada lebih dari 30 gerai. Chalet dan rumah tumpangan pun banyak, kerana Marang ini adalah kawasan yang berpantai, dan pulau kapas jelas kelihatan dari kawasan tepi pantai jelas kelihatan jika cuaca berkeadaan baik.

Cari lokasi dan tempat keropok lekor / kering di Marang

Orang marang pasti tahu dimana nak dapatkan keropok keping dan keropok lekor yang sedap dan betul betul puas hati nak makan, bagi orang luar dari kawasan marang yang ingin tahu, Jika keropok lekor yang famous adalah Keropok Lekor 008, ia terletak ditepi jalan di kawasan pantai semarak, kelulut, berhampiran rumah rehat semarak, kalau dari jauh sudah kelihatan ramainya pelanggan beratur, lebih kalau hari cuti. Nak beli tak kesampaian sebab orang sudah beratur panjang, jadi batalkan hasrat itu termasuk saya. Tak mau baratur kami ke lokasi kedua, ke kilang keropok keluarga Dani.

Lambang keropok di Marang

Trademark kedai ini adalah bangunannya berwarna kuning, keropok lekor kat sini memang unik, keropok lekor losong pun kalah. Keropok lekor 008 ini amat lembut isi dan rasa ikan memang jelas terasa, pelanggan boleh pilih nak Keropok Lekor Wakaf Kuning atau keropok lekor 008 contohnya bukan saja terkenal namanya. Banyak juga dapat liputan dari blogger dan alam maya. Resepi kelembutan isi dalamnya adalah rahsia, tiada orang dibenarkan masuk kedalam premis untuk melihat proses dan cara pembuatan, cuma dari jauh kita boleh lihat pekerja sedang buat menguli dan menggentel keropok lekor sebelum direbus dan digoreng, pilih mana yang anda mahu.

Perjalanan sekitar pekan Marang

Baca juga Perjalanan kami ke Marang Terengganu, Hanya dalam dua hari di Marang yang boleh tahan luas kawasannya, mula dari sempadan marang dungun di Kuala Abang hinggalah ke sempadan Marang Kuala Terengganu di sekitar Chendering, tapi marang yang dirujuk orang adalah dari Pantai Kelulut hingga Kampung Rusila Marang dimana Chalet yang kami sewa, yang benar adalah bandar Marang yang ada replika sotong dan udang, kerang mulai dari jambatan Marang (dari Dungun) dan dari trafic light Marang(dari Kuala Terengganu, itulah bandar Marang.

Tak dapat keropok lekor 008 kelulut

Keropok Kelulut 008 Marang
Kami dah sampai di 008 Kelulut, tapi ramai orang

Sebab ramai sangat yang berbaris panjang nak keropok lekor, sekarang masuk bab keropok keping marang, yang paling terkenal dan tersohor adalah keropok lekor perusahaan keluarga Dani, terkenal dan mampu buat sesiapa sahaja teruja dengan kerangupan dan rasanya.

Kelebihan keropok di Terengganu

Kelebihan keropok keping keluarga dani terletak pada rasa dan saiznya yang mengembang 3x ganda apabila digoreng, amat rangup dan rasanya amat sedap, tapi tidak boleh dibiarkan terdedah lama selepas digoreng, nanti lemau atau masuk angin, keropok yang belum digoreng boleh tahan setahun, boleh dimakan begitu sahaja jika perut tahan. Kerana keropok itu telah direbus, dihiris, dijemur, dan dipek kan, rahsia kesedapan keropok ini adalah kerana mereka hanya menggunakan satu jenis ikan sahaja, tidak dicampur dengan ikan lain dan jika mereka guna ikan tambang, maka ikan tambang sahaja digunakan, jika ikan buru, ikan buru sahaja digunakan, jika ikan parang, maka ikan parang saja digunakan, tidak boleh dicampur dengan ikan lain kerana ia akan menyebabkan keropok hancur dan patah ketika direbus dan rasa juga akan kurang sedap jika dicampur, lagi satu, mereka tidak menggunakan mesin pengasing tulang sebaliknya menggunakan tenaga manusia, adi air dalam isi ikan akan kekal berbanding jika menggunakan mesin, air dalam isi ikan akan turun kebawah mesin menyebabkan keropok menjadi tawar.

Rahsia keropok di Marang

Mereka jarang sekali menggunakan penambah perisa, dan jika mereka guna, jumlahnya amat sedikit berikutan keadaan ikan yang telah lama disimpan atau ikan yang diperolehi telah lama disimpan dalam ais, jika ikan tersebut adalah segar, mereka hanya menggunakan sagu, garam dan tepung ubi sahaja, bau semerbak itu memang best, terutama selepas direbus, tapi ia bukan keropok lekor, jadi saiznya amat besar bagi sebatang keropok tu adalah lebih kurang 1 kilogram lebih besar dari biasa.

Kilang keropok di Terengganu

Kilang keropok tersebut yang letaknya cuma beberapa km dari Pantai Kelulut dan satu lagi keunikan adalah keropok yang dihiris dengan mesin penghiris itu akan dijemur dibawah cahaya terik matahari selama lebih kurang 7-9 jam, lebih. Dijual dalam paket 1 bag RM8.00 dan saya beli 4 bag keropok untuk dibawa pulang.

Lokasi kilang keropok di Marang

Lokasinya adalah di kampung seberang marang, jika nampak masjid seberang marang, masuk kiri dari dungun atau masuk kanan jika dari Kuala Terengganu jika nak mudah, tanya orang kat situ mana keropok Haji Bakar atau keropok keluarga Dani, dekat pek tertera keropok cap ikan keluarga Dani, nak beli ' jangan beli sikit kerana ia tidak dijual di pasaraya, susah nak cari kat mana-mana kedai, pernah diberitahu bahawa keropok selalu orang luar terengganu akan datang borong banyak.

Cadangan jika nak beli keropok

Jika mahukan keropok Marang, ingat dua nama ini, untuk keropok lekor KEROPOK LEKOR GERAI KUNING - KEROPOK LEKOR 008 untuk keropok keping, KEROPOK KEPING KELUARGA DANI, CAP IKAN - KEROPOK HAJI BAKAR.

Keropok keluarga Dani cap ikan
Keropok keluaran keluarga Dani, Cap Ikan

Panggilan nama keropok

Keropok lekor kalau di belah negeri Terengganu dipanggil keropok gete atau keropok gonde, tapi sekarang semua sudah panggil keropok lekor, cuma orang tua dia panggil gete atau gonde, selamat mencari keropok. Selesai beli keropok kami berangkat pulang dari Marang menuju ke Selangor kampung halaman kami.

Tag : Jom jalan

Baca : Keropok Lekor / Keping Marang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 05 - Santai Riadah239>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Rabu, Jun 10, 2015

Hasil candat sotong di Pulau Kapas

Hasil candat sotong di Pulau Kapas , Terengganu - Sambungan dari cerita pengalaman perjalanan kami hingga berada di Marang dan pergi ke tengah lautan untuk membuat trip Candat sotong Pulau Kapas Terengganu yang lalu. Kali ini nak cerita tentang hasil candat sotong yang kami dapat dan juga gambar sotong saiz besar dan mega yang berjaya kami candat serta naikkan begitu juga cerita perjalanan pulang kami kedaratan atau pekan Marang.

Hasil candat sotong Pulau Kapas

Hasil Sotong
Hasil kami mencandat malam itu

Beza besar sotong
Perbezaan saiz sotong dan botol air 1 liter

Bangun dari tidur

Sambungan saya dari tertidur lena dibuai ombak, pada jam 5.00 am, bangun dari tidur sebab sudah rasa kesejukan apabila badan terkena embun, dan angin waktu pagi itu. Matahari akan terbit tidak lama lagi, dan sempat melakukan kewajipan. Selepas itu sambung lagi candat sotong, joran entah kemana campak, pinjam joran kawan yang masih lena dibuai mimpi.. Alhamdulillah tidak sampai seminit umpan kedasar telah disambar 2 sotong serentak.. Teruja tak terkata.. Selepas itu sambutan sotong yang kami candat hambar.. Puas menunggu, nak cuba main apollo pagi2, mana tau untung nasib dapat ikan.

Cuba nasib main apollo pula

Apollo dicampak dengan umpan sesunggut sotong, tidak sampai seminit disambar ikan, rasa dah macam dapat ikan besar' hanya seekor yang naik, ikan kerisi merah lewat pancing kami, tekong mula beri arahan simpan peralatan, bot sudah dihidupkan enjin, tanda tamat trip candat sotong kami di perairan Pulau Kapas.

Perjalanan pulang ke Marang

kelihatan Pulau Kapas
Pandangan Pulau Kapas pagi2

Perjalanan pulang dari Pulau Kapas
Onway untuk pulang ke Jeti Marang

Jam 7.00 am bot gerak pulang ke pantai Marang, melalui tepi Pulau Kapas, dapat dilihat pandangan cahaya matahari terbit timur yang menerangi Pulau. Bot yang lain juga banyak berangsur pulang ke jeti menandakan tamatnya trip candat sotong kami kali ini. Sekali lagi lalu ditepi Pulau Kapas disinari mentari terbit matahari.

Gambar sotong yang berjaya dinaikkan

Selfie bersama sotong
Selfie bersama sotong

Selfie bersama sotong
Hasil candat sotong yang lumayan

Selfie bersama sotong, dalam perjalanan pulang, lihat hasil candat sotong kami di dalam peti, boleh tahan hasilnya. Malam semalam tak sempat nak bergambar bersama sotong, masa nak balik baru sibuk nak bergambar dengan sotong2 yang kami candat malam tadi. Sotong dalam box gambiran..Selfie bersama sotong di perairan Pulau Kapas.

Bot sudah sampat ke pantai

Pulang dari candat sotong
Naikkan peralatan dan hasil ke bot kecil

Jeti Marang
Alhamdulillah selesai mendarat

Dapat lihat group lain yang baru juga pulang dari mencandat sotong, kebanyakan orang luar dari daerah Terengganu. Sudah sampai ke pantai, masa untuk pengagihan sotong yang kami candat semalam. Sotong dibahagi sama rata, pada semua peserta group trip kami kali ini. Setelah penat melayan dan candat sotong malam tadi, ke banyak layan tidur huh.. Haha..

Pantai Marang
Bot di Pantai Marang

Sotong yang dicandat
Berbagi hasil laut

Selesai pengagihan, mula nak cari sarapan pagi.. Kami sekali lagi ke pekan Marang, kedai makan Zainah waterfront, ada yang order roti canai sebelah, adik cakap sedap roti canai dia, saya makan nasi lemak ikan tongkol.. Selesai sarapan kami balik semula ke chalet untuk istirehat dan mandi, ada yang tertidur kepenatan berjaga malam mencandat sotong.

Restauran Zainah Marang
Kedai makan Zainah

Tengahari, nak beli ole2 dan cari kopok atau keropok losong ke lekor.. Cakap disini keropok 008 kelulut sedap dan juga terkenal di sekitar Marang dan Terengganu. Jadi rancangan kami untuk kesana. Bersambung.. Entri cari Keropok Lekor / Keping Marang Terengganu.

Tag : Jom jalan

Baca : Hasil candat sotong di Pulau Kapas - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 04 - Santai Riadah237>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Isnin, Jun 08, 2015

Candat Sotong Pulau Kapas Terengganu

Candat Sotong Pulau Kapas Terengganu - Mula bersambung dari perjalanan kami ke Marang Terengganu, Bertolak dari chalet ke Jeti Marang untuk mula trip candat sotong group kami berjalan, jarak tidak jauh dari sini, hanya ambil masa 5 minit sudah sampai ke lokasi bot dan tekong yang menunggu untuk membawa kami ke perairan sekitar Pulau Kapas Terengganu. Di jeti sudah terlihat banyak bot nelayan yang pelbagai aneka saiz bentuk dan warna.

Perjalanan ke Pantai

Candat Sotong
Kelihatan banyak bot nelayan

Candat Sotong Pulau Kapas
Banner peserta candat sotong Pulau Kapas

Perjalanan ke tengah lautan

Jam 5.30 pm tekong bot sudah sedia mula menunggu dan kami juga mula sibuk menaikkan peralatan masing-masing diatas bot kecil menuju ke bot besar. Ramai peserta mula memenuhi pantai dari group lain juga pergi untuk mencandat sotong pada musim tahun ini,  Sambungan cerita pengalaman kami dari  Perjalanan ke Marang Terengganu untuk trip candat sotong ke Pulau Kapas 2015. Jet ski petang itu pun turun, untuk bermain di dalam kawasan sekitar. Luar jeti juga dibina tembok bagi menghalang ombak besar menghanyutkan bot nelayan disini.

Candat Sotong Pulau Kapas
Suasana meriah dengan peserta candat sotong

Suasana indah Jeti dan bot di Marang


Teruja nak candat sotong nih..

Bot mula gerak ke perairan Pulau Kapas

Melalui Pulau Kapas Terengganu

Saya duduk depan sekali..best

Bot kami bertolak juga melalui Pulau Kapas dan dapat dilihat ada rumah dan chalet di pulau, pokok dan batuan dengan bentuk yang cantik mengamit pandangan kami, lihat matahari terbenam dibelakang bot, tanda hari sudah masuk senja, bot lain juga banyak menuju ketengah laut untuk trip candat sotong mereka dan tak lupa juga niat kami untuk datang kesini dengan hasil candat yang lumayan.

Keindahan alam
Pulau Kapas di kejauhan, indahkan

Bermula untuk candat sotong di Pulau Kapas


Lebih kurang hampir sejam perjalanan tekong bot terus memberhentikan bot dan sauh pun dilabuh. Tanda pertama candat sotong bermula kira-kira 7.00 pm. Kami hulur joran masing-masing, air laut juga tenang hari ini, ombak juga tidak beralun dan kami boleh candat sotong dengan senang hati. Kawan masing-masing galak melayan candat sotong saiz mega, jarang tengok sotong yang besar' tu jakun sikit, sumpitan sotong mengamit memori berada disini, ia memang seronok. Saya masih lagi tiada rezeki untuk candat sotong yang pertama. Lesen belum ada nih.. Sabar.

Hari semangkin senja, Bot kami mula berlabuh

Lampu bot dipasang, untuk menarik kehadiran sotong, umpan yang berkilat dan bercahaya dapat menarik perhatian sotong untuk menyambar umpan, ada pelbagai jenis warna umpan untuk candat sotong, tapi masih tak tau yang mana terbaik.

Sotong sudah sunyi sepi, kemana mereka

Malam tenang, hasil candat sotong kami juga di perairan Pulau Kapas permulaanya galak menjadi kurang, sedikit. Saya dapat candat sotong yang kecil untuk pengalaman pertama dan yang berikut dapat candat sotong yang agak lebih besar. Gembira juga walaupun rakan lain dah berjaya dengan hasil yang sedikit lumayan. Ini pun sebab bertukar joran yang lebih lembut dan ringan sedikit. Mungkin perambut rapela dan kekili yang dipilih  tidak sesuai digunakan untuk candat sotong di perairan Pulau Kapas dan nasib juga lantai dasar laut landai dan tidak berbatu, selamat sikit daripada sangkut dan tengelamkan rapela perambut dan kekili candat kami. Tekong juga ada mengajar cara membuat perambut yang sesuai jika ingin mencandat sotong di sini.

Makan malam dilautan, masak dilaut, makan dilaut

Makan malam dalam bot, memang best.. Lapar je rasa perut, tekong masak kari sotong dan ikan haruan tasik yang berjaya dipancing malam ni, memang rezeki kami hari ini, bau dari aroma kari' lagi-lagi di tengah laut..hmm susah di bayangkan lagi nak dapat pengalaman macam ini. Makan malam dengan selera sekali dan selepas saja makan kami berangkat ke lokasi kedua dan jarak sedikit jauh ketengah lautan, harap dapat candat sotong yang lebih besar lagi bila ketengah. Lampu dari bot lain jelas kelihatan di kejauhan, seperti pesta dari tapak pasar malam. Teruja pergi lokasi kedua untuk candat sotong yang lebih besar dan jumpa lubuk sotong" ada ke lubuk sotong kat Pulau Kapas ni.

Bergerak ke lokasi kedua, tumpuan bot group lain

Meriah malam hari dilautan

Jam 11.30 malam, gerak ke lokasi kedua jauh ketengah, nak mula candat sotong, malangnya habis tali joran saya menjadi mangsa, tidak cukup panjang untuk sampai kedasar lautan. Rugi umpan dan perambut rapela yang baru dibeli di pekan Marang untuk candat sotong malam ini hanyut kelaut. Jam menunjukkan ketengah malam, sotong banyak juga dapat di candat, suasana meriah dengan bot lain yang turut beraksi mencandat sotong pada malam ini. Sesekali mencuba nasib campak joran berumpan untuk memancing ikan.

Rasa tarikan sotong Pulau Kapas

Bot peserta candat sotong yang lain

Tekong bot juga mencandat cara sendiri, selain dapat sotong jarum yang panjang, kami dapat juga 4 sotong katak, kadang dapat candat 2 sotong serentak, tarikan lemah tak macam kita mancing ikan, tapi bila dapat sotong, perasaan gembira tak terkata. Sotong yang dicandat ada yang berwarna sedikit merah dan ada juga yang berwarna putih. Kawan ada yang ingin mancing ikan bila tiba sambutan sotong menjadi hambar.
Mata dah mula mengantuk

Jam 1.00 mata dah ngantuk sangat, mungkin kesan dari ubat mabuk laut yang saya makan, kawan ada yang dah tidur cari port masing- masing atas bot, tempat nak baring memang terhad diatas bot, jadi saya baring atas bumbung bot, bot berayun macam kena buai, lagi layan mata yang sudah mengantuk dan penat kami dalam sambungan perjalanan kami ke Marang Terengganu siang tadi terus candat sotong kesini, lewat malam berlabuh lalu saya terlelap dan tertidur. Bersambung, baca juga Hasil candat sotong Pulau Kapas Terengganu di entri selepas ini.

Tag : Jom jalan

Baca : Candat Sotong Pulau Kapas Terengganu - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 03 - Santai Riadah233>www.inamurni.com Copyright © 2014

Baca selengkapnya