Memaparkan catatan dengan label IKS MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKS MALAYSIA. Papar semua catatan

Ahad, Jun 21, 2015

Promosi produk IKS Malaysia

Promosi produk IKS Malaysia - Kami di INA MURNI ENTERPRISE berbesar hati mempelawa mana- mana pengusaha IKS, juga suri rumah dan lain-lain yang mengusahakan produk makanan tradisional, juga pengusaha biskut- biskut lama dan moden dan juga produk seperti dibawah dengan sukacita kami beri peluang pasarkan produk IKS dan anda pada pelanggan dan juga penguna bagi jualan untuk sambutan aidilfitri yang tidak lama lagi.


Promosi produk IKS Malaysia

Produk - produk seperti :

Kuih raya, makanan tradisional dan makanan ringan bagi tujuan untuk meletakkan produk anda di Gerai Syawal kami yang berada di tepi jalan besar menuju arah Sungai Besar, yang akan dibuka pada minggu kedua Ramadan ini secara consignment.

Lokasi operasi kami

Hubungi kami untuk info lanjut

LOKASI PUSAT JUALAN SYAWAL KAMI
  1. Kami merupakan sebuah pengusaha makanan tradisi yang terletak di Sungai Besar.
  2. Mempunyai 1 lokasi Pusat Jualan yang stategi iaitu jalan utama bagi orang ramai pulang ke kampung ke arah  utara.
  3. Kami menyediakan khemah diluar untuk jualan hari raya.
  4. Dibuka setiap hari bermula minggu kedua Ramadhan.
  5. Promosi: Banner akan digantung dijalan utama untuk tujuan promosi

PRODUK MESTILAH
  1. Muslim-bumiputera sahaja
  2. Homemade
  3. Sedap
  4. Dibungkus cantik dan kemas
  5. Mempunyai sticker nama pengusaha nama produk, expired date, dsb
  6. Ketahanan produk sekurang-kurangnya 3 bulan iaitu sehingga sebulan selepas raya.

CONSIGNMENT
  1. Letakkan produk anda dahulu dan serahkan DO (delivery order)
  2. Ambil bayaran di hujung bulan Syawal
  3. Kami akan bayar pada produk yang terjual sahaja.
  4. Dan produk yang tidak terjual boleh diambil semula.
  5. Penghantaran produk dilakukan sendiri oleh pengusaha ke Gerai kami.

BERMINAT?

Hubungi 011-11904437 013-2026549 untuk maklumat dan urusan lanjut.
Produk boleh mula dihantar pada hari ini hingga minggu kedua Ramadhan.


PEMBEKAL PRODUK IKS SEPERTI BERIKUT :
-
-
-
-
-

Tag : IKS MALAYSIA

Baca : Promosi produk iks Malaysia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 14- Matlamat 248>www.inamurni.com Copyright © 2015

Baca selengkapnya

Selasa, Jun 16, 2015

Peluang pasarkan produk IKS

Peluang pasarkan produk IKS untuk promosi dan juga bagi memasarkan produk anda, tawaran hebat. Jika anda ada produk yang baik sedap dan juga bagus untuk dipasarkan, boleh sahaja pasarkan produk anda itu pada kami jika berminat dengan medium pemasaran juga promosi online untuk ketengah produk anda.

Kami bantu pasarkan produk anda

Memasarkan produk anda
Review produk anda disini

Peluang pasarkan dan juga promosi produk IKS anda ke seluruh Malaysia itu pada kami. Inshaallah hasil usaha yang sedikit anda itu pasti tidak akan kami sia-siakan, semoga mendapat keberkatan hendaknya. Jika anda berminat pasarkan produk anda boleh buat temu janji dahulu dan pergi ke lokasi kami seperti berikut.

Lokasi operasi pembuatan kami Ina Murni Enterprise di Google maps
Berada di google maps -> search ina murni

Kami di INA MURNI ENTERPRISE juga sangat berbesar hati memberi peluang pada usahawan yang juga mempunyai produk untuk dipasarkan bagi yang berminat memasarkan produk untuk makanan tradisional juga makanan ringan seperti contoh berikut :


Kami pasarkan juga dari selain itu juga kuih raya, popia mini, kueh siput dan yang lain-lain lagi seperti untuk pihak pembekal kepada pemborong makanan ringan tradisi bagi juadah untuk sambutan aidilfitri yang akan disambut tidak berapa lama lagi dari sekarang.

Lokasi kami sangat strategik bagi siapa yang ingin pulang ke kampung menuju arah utara, ramai penguna jalan raya akan melalui jalan ini. Tepi jalan besar sahaja menuju kearah utara, jalan akan sedikit sibuk bila tiba dekat nak menyambut sambutan aidilfitri, jika ingin tahu lokasi gerai kami seperti berikut, kami akan tawarkan harga belian terbaik untuk anda semua.

Gambar Gerai Kami di tepi jalan besar seperti gambar dibawah
Kami share lokasi penjualan produk bagi pusat pengumpulan aneka kuih raya pasaran iks di Sungai Besar.


Tempoh terhad untuk perayaan bagi sambutan hari raya untuk tahun 2015 ini sahaja. Akan dibuka minggu depan semasa bulan ramadan dapat juga akan memberi peluang kepada semua pengusaha untuk meletakkan produk mereka, bagi kami ia dapat juga membantu sedikit untuk promosikan produk anda. Jika ingin letak produk anda ke premis kami, syaratnya mudah sahaja' bagi kami rasa sample produk anda pada kami dan jika kami setuju anda boleh hantar produk anda terus pada kami, inshaallah kami akan usaha menjualnya. Ia mengikut budi bicara persetujuan dan terma dan syarat pihak kami dan anda.

Tawaran yang lebih lagi hebat - Jangan lepaskan peluang

Lagi lebih tawaran hebat dari kami, Jika ingin iklan dan review produk anda di website inamurni, kami akan promosikan mengikut syarat yang kami tetapkan. Produk anda akan kekal berada di internet dan juga google + page kami, lebih lagi yang istimewa ialah dapat share di page facebook yang baru kami bina.

Paparan Mobile-friendly

Lebih baik lagi ialah blog ini sangat seo friendly, dan mobile friendly dan ia mesra penguna inshaallah doakan bagi keyword untuk perniagaan anda akan kekal berada ditangga teratas untuk carta carian di google, dan yang paling istimewa untuk anda ia adalah secara percuma, betul ! serius dan ia hanya percuma dan kami akan cuba bantu anda yang sangat berminat dengan syarat yang sunguh mudah seperti dibawah ini.

Ikuti syarat kami yang mudah seperti berikut

Syarat-syaratnya seperti dibawah

1- Follow google + page kami


Untuk kami mengenali anda, dan kami akan follow anda juga, boleh beri kami masa.

2 - Like page Facebook kami


Sama tujuan seperti diatas, untuk mengenali anda dan beri kami masa.

3 - Hantar email gambar produk, nama produk anda, ayat promosi anda, detail produk, berkenaan produk anda pada kami dan ia penting bagi kami untuk review produk anda secara terbaik dan emailkan ke alamat berikut :

[+] - akan update

Tips : jika tidak dapat hantar gambar atau pandai melalui email, boleh beri link gambar anda pada kami, sangat mudahkan.

Sebagai contoh anda akan dapat juga promosikan produk anda di website inamurni secara percuma, entri ini adalah contoh seperti dibawah. Page pertama di google dengan keyword.

Contoh :


Lebih baik jika anda ada mempunyai blog shop anda sendiri, anda akan dapat backlink secara percuma dari kami terus ke laman blog anda, baik untuk seo dan inshaallah dapat trafik juga secara percuma dari kami pada blogshop anda.

Yang hebatnya adalah percuma, tiada bayaran RM dikenakan bagi promosi produk anda pada website kami. Dapat jual produk dan juga promosi produk anda dapat kedua sekaligus juga dapat share terus dari kami.

Sangat mudah, beserta ayat promosi anda serta gambar produk yang anda ingin pasarkan. Inshaallah produk baik anda akan kami promosikan dengan label produk iks. Kunjungi produk bagi keluaran iks terbaik seperti dibawah. Itu hasrat kami untuk membantu usahawan iks memasarkan produk mereka.

Perusahaan dan produk terbaik iks

[+] Produk IKS


KAMI AKAN BANTU PROMOSI DAN KAMI AKAN BANTU JUAL. Keterangan lanjut boleh hubungi kami di talian berikut : 011-11904437 - Ahmad Munir
( admin inamurni.) Atau terus ke : 013-2026549 - Kak Ina
(Pengurus Ina Murni Enterprise)

TEMPAT ADALAH TERHAD - Siapa yang cepat dia yang akan dapat.
Berminat boleh juga isi dikotak komen dibawah.

Kami kongsi pantun untuk anda :
Biar kulit segelap ALMOND LONDON, Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT. Biar iman sekental DODOL, Jangan senipis TEMPEYEK. Biar jiwa selembut BAHULU, Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA. Senyumlah semanis WAJIK, Agar lebaran yang disambut lebih bermakna.

Terima kasih

Tag : IKS MALAYSIA

Baca : Peluang pasarkan produk IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 13- Matlamat 243>www.inamurni.com Copyright © 2015

Baca selengkapnya

Ahad, Jun 14, 2015

Cara untuk memulakan perniagaan

Cara bagi orang yang baru untuk memulakan perniagaan

Cara untuk memulakan perniagaan bagi permula dan yang berminat memulakan perniagaan, apa yang perlu ada bagi usahawan IKS seperti berikut, dan yang perlu diusahakan.

Lesen bagi perniagaan

Lesen dan Permit
Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan, rujuk topik Industri > Pertanian dan Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit.

Pinjaman pada usahawan

Pembiayaan dan Geran
Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.
  • Geran dan Insentif
  • Pinjaman

Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS:
  • Institusi kewangan kerajaan
  • Bank komersial
  • Syarikat kewangan
  • Skim Khas Bank Negara

Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan.

Nasihat dan perundingan

Khidmat Nasihat dan Perundingan
Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa badan yang lain.
  1. Khidmat nasihat dan sokongan teknikal
  2. Panel penasihat pakar EKS (SEAP)
  3. Infrastruktur
  4. Skim khidmat pakar perunding MARA
  5. Bahagian pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI)
  6. Seksyen pembangunan industri kecil dan sederhana
  7. UKM Pakar Runding Sdn Bhd
  8. Persatuan IKS Malaysia

Latihan pada usahawan

Program Latihan dan Pembangunan
Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. 
  • Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)


Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.
  • Program rantaian industri
  • Program pembekal global
  • Program peningkatan kemahiran
  • Headstart 500
  • Enterpris 50


Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA:
  • Latihan Keusahawanan
  • Skim Latihan perintisan

Program promosi pemasaran

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MECD:
  • Latihan asas perniagaan (LAP)
  • Latihan Asas Keusahawanan Siswazah
  • Program pemasaran bersepadu perabot
  • Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian Latihan Keusahawanan
  • Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  • Program Latihan Anjuran Bahagian Francais dan Vendor
  • Sumber : Gov-my

Tag : IKS Malaysia

Baca : Cara untuk memulakan perniagaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 12- Matlamat 240>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, Mac 05, 2015

Pedagang maya di facebook

Pedagang maya di Facebook - Ramai usahawan dan ahli perniagaan kecil atau besar termasuk usahawan IKS Malaysia perlu lebih celik It menjadikan facebook sebagai medium terbaik pemasaran bagi pelbagai produk untuk lebih dikenali umum bagi membina satu jenama. Oleh itu kami baru sahaja membina satu Facebook page bagi tujuan untuk merealisasikan impian tersebut.
pedagang maya di facebook
Membina hubungan di facebook

Lawati juga facebook page kami - Facebook Page Ina Murni Enterprise.

Kenapa pedagang maya memilih Facebook
  • Salah satu punca ialah sumber trafik yang tinggi di facebook, jadi peluang untuk pedagang maya maju memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.
  • Medium kepercayaan kepada orang ramai terhadap produk yang dihasilkan.
  • Boleh membina ratu rangkaian atau memberi peluang perniagaan pada orang lain.
  • Membina hubungan baik sesama pengunjung dan bakal pembeli.
  • Mendapat maklum balas yang baik dari pelangan, penting bagi pedagang maya membina reputasi.

Banyak lagi peluang terbaik bagi pedagang maya di Facebook untuk berjaya, terpulang kepada kehendak dan usaha yang berterusan dari usahawan IKS Malaysia, Peluang cerah bagi yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan dan salah satu medium pedagang maya untuk maju dan berjaya ialah laman sosial seperti di Facebook.

Saingan bagi pedagang maya di Facebook

Itu lumrah bagi setiap perniagaan, Untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, pedagang maya perlu jadikan saingan sebagai satu motivasi dan semangat untuk jadi yang terbaik.

Like facebook page kami

Lawati juga page kami di facebook dan jika sudi boleh tekan butang like, Cita cita kami ingin menjadi pedagang maya yang berjaya di Facebook, insyaallah.

Tag: IKS Malaysia

Baca: Pedagang maya di facebook - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 11- Matlamat 147>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Sabtu, Januari 31, 2015

Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia

Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia

Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia - mengatasi cabaran terbesar yang dihadapi oleh syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia, Ingram Micro Malaysia dan Microsoft Malaysia hari ini melancarkan satu set aplikasi Mercado dengan kerjasama Mercado agar dapat membantu syarikat-syarikat IKS tempatan untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat (IT) dan kadar produktiviti di tempat kerja.

Set aplikasi Mercado ini merupakan produk keluaran syarikat tempatan dengan matlamat“satu harga untuk sebuah syarikat selama setahun”. Produk dengan harga lebih mampu milik, praktikal serta berupaya menampung lambakan kerja ini memudahkan syarikat-syarikat IKS tempatan menikmati dan menggunakan solusi IT bagi meningkatkan kadar produktiviti kerja. Ini sekali gus dapat mengatasi pelbagai isu yang menyebabkan syarikat IKS enggan menerima penggunaan solusi IT seperti bebanan kos serta kekurangan teknologi yang dapat menampung lambakan kerja.

Lebih 50 pemborong telah hadir untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam majlis pelancaran hari ini berhubung tanggungjawab mengedar dan memasarkan semula produk tersebut di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ingram Micro juga menyasarkan penglibatan seramai 500 orang pemborong dengan bilangan pelanggan tetap set aplikasi Mercado yang mencecah 10,000 orang menjelang 2015 nanti.

Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran itu, Pengurus Besar Ingram Micro Malaysia, CY Leong berkata Mercado berfungsi sebagai satu stor aplikasi tempatan yang membolehkan syarikat IKS tempatan memilih mengikut keperluan pada harga yang berbaloi. Konsep tersebut juga akan diperluas ke peringkat pasaran IKS serantau.

“Yuran pendaftarannya hanya serendah RM1,500 untuk setiap syarikat dan tiada had bilangan pengguna. Malah, latihan juga akan disediakan secara percuma. Justeru, Mercado adalah langkah paling kos efektif untuk membantu meningkatkan kadar produktiviti kerja,” katanya.
Tambahnya lagi, langkah memperkenalkan Mercado di pasaran Malaysia adalah seiring dengan matlamat kerajaan agar sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan menyumbang hingga 40% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

“Malaysia merupakan negara pertama yang berpeluang mengakses Mercado. Selepas Malaysia, kami akan memperluaskan penggunaan Mercado di pasaran ASEAN. Semua aplikasi ini dapat diakses dengan mudah melalui tablet dan telefon pintar serta boleh didapati dalam pelbagai bahasa. Misalnya bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Cina dan bahasa Vietnam,” tambah Leong.
Set aplikasi Mercado yang direka khas untuk syarikat IKS tempatan ini berfungsi di atas platform Microsoft Office 365 dengan 99% kelancaran operasi selama 24 jam sehari. Setakat ini, hanya terdapat tujuh aplikasi dan bilangan aplikasi dijangka meningkat kepada 30 hingga 35 jenis menjelang 2015.

Syarikat-syarikat IKS hanya perlu membayar yuran tahunan yang rendah bagi menikmati perkhidmatan mengakses sejumlah aplikasi tanpa had seperti aplikasi Sumber Manusia, sistem automasi pejabat, pengurusan inventori dan sebagainya.

“Hakikatnya, penerimaan dan penggunaan IT dalam kalangan syarikat IKS merupakan satu cabaran besar. Bukan setakat di Malaysia, malah di rantau ini. Namun, syarikat IKS sedar bahawa penggunaan IT adalah satu keperluan dan langkah strategik kepada keseluruhan nilai rantai bagi meningkatkan tahap produktiviti. Oleh itu, Mercado adalah produk terbaik mampu milik yang dapat memenuhi keperluan syarikat IKS ini,” jelas Pengurus Besar Mercado, Poo Ching Loong.

“Kami amat mengalu-alukan lebih ramai penjual atau pembekal perisian (ISV) agar menyertai atau menyokong inisiatif Mercado ini. Dengan penglibatan lebih banyak pihak, baik golongan ISV mahupun pelanggan, aplikasi Mercado ini akan bertambah baik. Model produk ini cukup unik kerana ia dihasilkan mengikut kehendak pasaran,” terang Poo.

Aplikasi Mercado ini menawarkan banyak manfaat. Antaranya termasuk:
· Kaedah penggunaannya mudah dengan hanya tiga klik
· Hanya satu bayaran untuk lesen sebuah syarikat dan tiada had bilangan pengguna
· Latihan kemahiran disediakan secara percuma. Majikan boleh membuat tuntutan daripada Dana 

Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)
“Kerjasama dengan Mercado ini telah mempertingkatkan taraf solusi pengkomputeran awan untuk rangkaian pemborong kami, sekali gus mewujudkan keberkesanan operasi perniagaan yang lebih baik dan cemerlang. Sebagai pengedar utama Microsoft Cloud, kami perlu merapatkan tali persahabatan dengan semua peniaga solusi pengkomputeran awan tempatan bagi meningkatkan nilai dan kedudukan solusi ini di pasaran,” jelas Leong.

Tag: IKS Malaysia

Baca: Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 10 - Matlamat 122>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Ahad, Disember 28, 2014

Asas perakaunan untuk sme dan iks

Asas perakaunan untuk sme dan iks

Akaun bisnes kecil cara mudah

Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes part-time, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline.


Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya.


Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun.


Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.

Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.


(DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis). Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah, tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah:

1. Akaun bank berasingan
Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat, anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd), maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.


Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan, buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda.


Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan anda. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman.

Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih.

2.  Kos inventori (Belian)
Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung, gula, icing, etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan, kasut).

Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual. Itu sahaja. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat.
Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Column yang perlu ada ialah tarikh, item, kuantiti, harga, dan penjual. Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai, bukannya kredit. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja.

3. Jualan
Sekali lagi, saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak, mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). Tunai adalah “lifeblood” bagi perniagaan kecil, jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.
Untuk setiap jualan, anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran. Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Sekarang kita sudah ada dua jadual, Belian dan Jualan.

4. Kos-kos lain (Expenses)
Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya. Sekali lagi, saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet. Ini adalah jadual ketiga anda, selepas Belian dan Jualan.

5. Ambilan dan Modal
Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Contohnya, jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri, ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod. Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan, atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga perlu dicatat. Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat, sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan).

Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction, iaitu tiada belian atau jualan kredit, atau pinjaman. Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda. Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine.

Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. Dengan ini, tunai bisnes anda akan berkurang. Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0.50.

Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement, cashflow statement, dan balance sheet. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman, atau ingin memohon geran.

Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Tak perlu pening-pening kepala, cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy, nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda.

Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e.g. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda, disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah, tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut.


Jika perniagaan anda dah besar nanti, baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Untuk peniaga kecil, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.
Semoga berjaya!

Tag IKS Malaysia

Baca : Asas perakaunan untuk sme dan iks - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 09 - Matlamat 89
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Ahad, Disember 21, 2014

Kepentingan IKS

Kepentingan IKS pada kemakmuran negara

Kepentingan IKS yang anda perlu ketahui.

Kepentingan perusahaan dan perniagaan IKS penting pada bangsa dan negara seperti berikut.
1 - Membekalkan peluang pekerjaan
 2 - Menggantikan barangan import
 3 - Memenuhi pasaran tempatan
 4 - Memaksimumkan penggunaan bahan-bahan mentah tempatan
5 - Menjimatkan pertukaran mata wang asing
6 - Menjadi teras kepada aktiviti-aktiviti perniagaan mencipta dan mengagihkan pendapatan
7 - Meninggikan taraf hidup masyarakat

Kepentingan perusahaan dan perniagaan IKS menguntungkan tiga pihak yang utama termasuk.
1 - Tenaga kerja dan penduduk setempat
 2 - Masyarakat 
 3 - Negara

Tag : IKS Malaysia

Baca : Kepentingan IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 08 - Matlamat 78
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Sabtu, Disember 20, 2014

Masalah IKS

Masalah yang sering IKS hadapi

IKS tidak dapat lari dari menghadapi masalah-masalah seperti berikut
1 - Masalah pemasaran
2 - Produktiviti dan teknologi yang rendah
3 - Persaingan hebat daripada pelaksanaan AFTA
4 - Kekurangan modal dan pembiayaan
5 - Masalah pengurusan dan pentadbiran
6 - Masalah teknikal
7 - Kawalan mutu keluaran
8 - Masalah lokasi
9 - Masalah kekurangan bahan mentah
10 - Hubungan jalinan dengan industri berat

Masalah-masalah tersebut menjelaskan perkembangan dari segi
1 - Tahap produktiviti
2 - Liputan pasaran di dalam dan luar negeri
3 - Kaedah pengeluaran
4 - Faedah berbanding
5 - Mutu keluaran
6 - Kekalan dan kekuatan undustri dalam pasaran
7 - Kecekapan ekonomi IKS

Cara-cara mengatasi masalah IKS
1 - Program rantaian industri
2 - Program pembangunan infrastuktur untuk menyediakan tapak perkilangan
3 - Program pembangunan dan peningkatan
4 - Program peyelidikkan dan pembangunan
5 - Pembangunan pemasaran

Tag : IKS Malaysia

Baca : Masalah IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 07 - Matlamat 72
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, November 13, 2014

Antara IKS di Sabak Bernam Selangor

Antara IKS di Sabak Bernam - Di daerah Sabak Bernam, terdapat banyak pengusaha-pengusaha IKS dan antara yang terkenal ialah Mus Pau di Kampung Parit Baru, Rempeyek Moon Snack di Kampung Batu 38 dan sambal pecal di Kampung Batu 37 Darat.

Mus Pau
Sekiranya anda ke Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor pasti tidak sempurna jika anda tidak singgah ke projek pemprosesan kuih pau Pn.Musringah Bt. Ismun dan suaminya En. Mohd Nor bin Mosnan yang terletak di Jln Besar, pekan Parit Baru iaitu kira-kira 35km dari pekan Sg. Besar. Berhadapan dengan kedai pembangunan luar bandar, berhampiran dgn Pejabat Adun Sg. Air Tawar serta Dewan Orang Ramai Parit Baru.

Projek pemprosesan kuih pau ini bermula pada tahun 1998 secara kecil-kecilan. Modal pemulaan sebanyak RM50.00 digunakan. Semasa itu beliau hanya mengunakan cara tradisional dan hanya mampu menguli hanya 2kg tepung sekali setiap hari. Pasaran hanyalah bergantung kepada pasaran setempat di mana ianya hanya diletakkan di kedai-kedai minum atau mengikut tempahan jiran sekampung dan kawan-kawan.

Hasil daripada ketekunan dan kesabaran tanpa mengira penat lelah, Pn. Musringah bersama suami serta dibantu oleh 7 org pekerja telah berjaya mengeluarkan purata 5000 biji pau sehari dengan 8 jenis perisa. Pendapatan kasar sebulan juga telah meningkat ke RM 8 ribu - RM 10 ribu sebulan. Pn. Musringah juga banyak dibantu oleh Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam dari segi khidmat nasihat dan juga peralatan.

Beliau juga telah banyak menerima anugerah, antaranya Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang Negeri Selangor 2004 dari Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Anugerah Tokoh Usahanita Negeri Selangor 2004 dan juga Anugerah Tokoh Usahanita Daerah Sabak Bernam 2004 dari Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Negeri Selangor.

Pn. Musringah juga berhasrat membesarkan lagi perusahaan beliau dan menembusi pasaran di pasar raya-pasar raya sertahypermarket, di mana kini beliau telah pun memasarkan produk beliau ke seluruh negeri Selangor dan sekitar Negeri Perak. Beliau juga berharap agar produk yang dihasilkan dapat dipasarkan ke seluruh Malaysia.

Berkat usaha gigih Pn. Musringah dan suami serta khidmat bimbingan daripada agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Pertanian, AIM dan lain-lain, beliau telah membuktikan keupayaan dalam bidang keusahawanan yang dijalankan iaitu pemprosesan pau dan pau segera (sejuk beku).

Kerepek Bawang

Kerepek Bawang Enterprise (M) Sdn. Bhd. merupakan salah satu perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kampung Sungai Apong. Pengusahanya, Ahmad Tajuri Ahmad Shukor, memulakan perusahaan ini sejak tahun 1990 dengan membuat kerepek bawang. Sehingga ke hari ini, pelbagai jenis kerepek telah dipasarkan oleh syarikatnya. Kerepek Bawang Enterprise diberi nama bersempena dengan produk pertama syarikat tersebut iaitu kerepek bawang. Mempunyai kekuatan rasa kerepek bawangnya yang rangup dan enak, menjadikan produk kerepek bawang Ahmad Tajuri mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar.

Ahmad Tajuri tidak bersendirian kerana beliau turut dibantu isterinya dalam meluaskan perusahaan mereka dengan mempelbagaikan jenis produk kerepek. Selain kerepek bawang, kerepek lain yang dijual ialah kerepek jari lemak, ubi masin, ubi pedas basah, pisang manis dan masin serta lain-lain. Bukan sekadar itu, mereka turut menjual kuih tat nanas dan kuih mazola. Syarikat tersebut turut bersedia menerima tempahan pada musim perayaan.

Selain harganya yang murah, Kerepek Bawang Enterprise menawarkan produk berkualiti dan kebersihannya terjamin 100 peratus. Biasanya pada musim perayaan, kuih tat nanas sentiasa menerima permintaan yang tinggi. Pastrinya yang gebu serta kemanisan inti dan saiznya besar membuatkan peminat tat nanas tidak melepaskan peluang untuk membuat tempahan apabila menjelang musim perayaan.

Syarikat ini mempunyai 20 orang tenaga kerja dan rata-ratanya ialah kaum wanita dari Kampung Sungai Apong. Mereka menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk menambah sumber pendapatan keluarga mereka.

Sumber : Pejabat daerah Sabak Bernam Selangor

Tag : IKS Malaysia

Baca : Antara IKS di Sabak Bernam Selangor - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 06 - Matlamat 50
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya