Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 26, 2015

Cara Jadikan Blog Perusahaan

Cara Jadikan Blog Perusahaan - Tips untuk jadikan blog dan menjadi blogger dalam perusahaan dan perniagaan ialah keazaman dan usaha gigih yang berterusan.  Blog akan jadi satu perniagaan dan sebagai sumber rezeki, jadi yang paling penting adalah usaha anda dan blogger itu sendiri  adalah satu kunci bagi kejayaan. Perusahaan dalam blogger perlu ambil insentif atau kreativiti membuat satu laman blog yang baik untuk promosikan produk anda bagi pasaran yang lebih jauh. Apa yang perlu ada pada blog dan laman web perniagaan adalah seperti berikut.

Blog dalam perusahaan

blogger dalam perusahaan
Kedai Online, contoh baju raya

Produk
Paling penting untuk jadikan blog perniagaan adalah produk, tanpa produk ia tidak menjadikan anda sebuah blog perniagaan, apa produk yang ingin dijual, selain produk juga boleh juga perkhidmatan yang ingin diberikan. Produk adalah perkara asas dan selepas itu baru boleh membina jenama, penting mengambil insentif promosikan produk anda didalam blog bagi memberi tahu dan memperkenalkan produk anda kepada umum dan penguna internet. Contoh bagi Info Produk yang dihasilkan oleh saya sendiri berkenaan info bagi produk tersebut.

Lokasi
Selepas anda buat berkenaan produk serta info bagi produk anda, penting juga adalah Lokasi, Dalam anda ingin jadikan blog dalam perusahaan dan perniagaan sangat penting anda meletakkan lokasi perniagaan seperti alamat premis bagi memudahkan pelanggan yang ingin membeli produk anda secara terus. Saya sarankan anda mendaftar di google dan google+ page serta membina google maps bagi memudahkan pengunjung yang ingin datang ke premis perniagaan anda. Bagaimana ingin membina google maps? Jika ada yang bertanya inshaallah saya boleh bantu.

Hubungi
Produk dan lokasi sudah, yang ketiga paling penting ialah meletakkan nombor panggilan dan handphone 'HP' dan sekurang-kurangnya ialah email bagi memudahkan pelanggan yang berminat menghubungi perniagaan anda. Ada yang membina laman blog perniagaan tanpa dapat dihubungi, ia menyukarkan pengguna yang ingin berurusan dengan anda. Sebagai contoh blog ini membina page Hubungi bagi memudahkan pelanggan yang ingin berurusan dengan kami.

Promosi
Bab ini yang paling penting bagi jadikan blog perusahaan, 'promosi' ada dua kategori iaitu promosi percuma dan promosi berbayar, terpulang anda mengikut bajet bagi perniagaan anda. Jika ingin percuma ialah blogspot adalah salah satu medium yang mudah dan percuma dan selain itu banyak laman sosial lainya. Tapi anda boleh jadikan ia berbayar dengan menaja dan sponsor add di blog lain bagi meletakkan iklan anda bagi tujuan promosi dan mengembangkan perniagaan. Laman sosial juga ada jika anda ingin beriklan dengan syarat anda berduit.

Harga
Paling sukar untuk jadikan blog perusahaan ialah tag harga, bukan tidak ingin meletak harga tetapi seiring masa berjalan dan juga harga berubah, jadi perlu anda rajin update dan jika tidak boleh beri pilihan tidak meletakkan tanda harga seiring perubahan tersebut. Contoh seperti entri bagi tiga tahun lepas beserta harga, tidak mungkin sekarang harga sama dan tiada perubahan disebabkan kenaikkan kos. Pilihan jika ingin meletakkan tag harga di di blog perniagaan ialah tempatkan di satu sahaja page sebagai contoh Senarai Harga bagi produk anda. memudahkan anda dan juga pengunjung jika ingin tahu sebut harga.

Matlamat dan jadikan ia penting bagi blog perniagaan mempunyai anda yang pertama ialah produk dan perkhidmatan untuk jualan disertakan lokasi seperti google maps, nombor yang boleh dihubungi pelanggan, promosi yang berterusan dan yang paling penting kebanyakan pengguna ingin tahu ialah harga. Semoga perkongsian berkenaan cara jadikan blog perusahaan ini membawa makna dan manfaat pada anda yang ingin jadikan perusahaan dalam blogger menjadi kejayaan.

Sekian terima kasih, jika anda suka entri ini boleh share di laman sosial dan boleh ikuti kami juga melalui email di kotak bawah yang disediakan.

Selamat maju jaya.

Tag : Blogger

Baca : Cara Jadikan Blog Perusahaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 11 / 02- Blogger324>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, Oktober 25, 2015

Perusahaan dalam blogger

Perusahaan dalam blogger - Banyak usahawan menjadikan medium online sebagai promosi bagi memperkenalkan produk mereka kepada umum sejak meletus dunia tanpa sepadan dengan gadget yang pelbagai jenis dan dunia hanya dihujung jari anda. Carian juga pelbagai berada di internet, blog dan blogger juga tumbuh bagai cendawan ada yang guna blogspot atau wordpress dalam membina laman website perniagaan mereka, blogger baru atau yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogger di Malaysia, atau ada juga blog yang tinggal tidak diuruskan atau sudah lama tidak di update. Harap admin dan penulis bagi blog itu kembali aktif dan memeriahkan suasana dunia blogging di Malaysia tidak kira blog itu peribadi atau perusahaan dalam blogger.

Kerepek Sungai Besar
Niche kami di inamurni.com

Blog blogger kerepek

Banyak blog blogger yang berniche kerepek di Malaysia, inamurni.com niche kerepek Sg Besar termasuk dalam salah satu perusahaan dalam blogger yang aktif hingga kini Alhamdullilah, keyword perniagaan kerepek terlalu banyak jika ingin nak dimasukkan dalam page ini. Perkongsian ini menunjukkan perusahaan iks di Malaysia telah celik it dan bagi mereka internet sebagai lubuk atau carian pendapatan dalam mencari pelanggan. Contoh blog yang berniche kerepek dan sangat jelas perniagaan mereka menjual dan membuat kerepek serta perusahaan makanan tradisi, bab ini belum lagi mengunakan laman sosial lainnya seperti contohnya di facebook.

Antara pengusaha kerepek dan perusahaan dalam blogger :

  1. Raja Kerepek - kerepekjohor.blogspot.com
  2. kerepek Corner - kerepek-corner.blogspot.com
  3. d'melur kerepek - dmelurkerepek.blogspot.com
  4. Kerepek Mesrinah - kerepekmesrinah.blogspot.com
Sebenarnya banyak lagi blog yang menjual atau perusahaan kerepek di Malaysia, saya ambil ini di carian google dengan carian " kerepek " yang lain ada banyak lagi dan jangan kecil hati pula blog bagi perusahaan anda tidak tersenarai didalam entri ini, sebenarnya bila saya ada masa atau tiada halangan ingin juga membuat satu label tag " blogger " tentang blog perusahaan yang berada di Malaysia, agak mustahil jika ingin senaraikan kesemuanya kerana ia terlalu banyak.

Perusahaan dalam blogger

Seperti diatas saya sebutkan usahawan dan perusahaan dalam blogger hanya kategori kerepek, macam mana pula perniagaan lain seperti " Biskut Raya " yang boleh tahan juga banyak senarainya. Usahawan seperti " Bahulu dan kek " serta " doorgift goodies bag " atau makanan tradisi seperti dodol, kuih atau restoran kedai makan dan katering, itu baru sahaja kategori perusahaan bagi makanan belum masuk blog perlancongan seperti juga termasuk homestay, banyak juga blog berkenaan Homestay di Malaysia atau blog berkaitan perkhidmatan yang diberi dan kategori selainnya. Dibawah senarai blogger dan blog perusahaan yang ingin dikongsi sebagai rekod dalam tag blogger kami sebagai rujukan.

Cita-cita kami ingin menyenaraikan semua blog yang berkaitan perusahaan dalam blogger untuk rujukan kami dan juga umum. Harap perkongsian ini membawa manfaat untuk sama mengembangkan perniagaan masing-masing menuju era globalisasi dan diharap maju jaya pada semua dalam perniagaan masing-masing. Dibawah jika ada senarai blog perusahaan dan dengan kategori sekali.

Senarai blogger dan blog perusahaan

1-
2-
3-
4-
5- update akan datang... coming soon

Senarai blog bagi perusahaan dalam blogger belum siap sepenuhnya, nantikan update terbaru label tag ini di entri akan datang, anda boleh langgan juga entri terkini di ruang kotak   author dibawah. Akan datang juga berikan tip blog bagi cara jadikan blog perusahaan dan perniagaan, bagaimana ingin membina blog yang mudah navigasinya. 

Tag : Blogger

Baca : Perusahaan dalam blogger - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 11 / 01- Blogger323>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya