Resepi Masakan

Semua entri masakan yang kami kongsikan ada dibawah mengikut kategori masakan, Harap perkongsian tidak seberapa ini, masakan ini dibuat oleh adik saya, atau saya sendiri, ada juga resepi dari makcik saya dan juga masakan ibu. Masakan seperti masak lemak atau gulai, masak sambal tumis, masak kerabu, masak stim, masak sup, masak mee bihun dan kuey tiaw, masak umai, masak cekodok atau cucur, masak goreng gorengan dan juga masakan western serta kuih muih tradisi.

Dibawah antara menu dan resepi masakan yang kami kongsikan :


Burger Homemade
Burger Homemade
Resepi Burger Homemade ringkas
Kami ingin membuat kelainan dan ini ingin berkongsi sedikit resepi burger homemade ringkas dan mudah untuk dibuat. Daging yang dibeli menggunakan daging burger jenama ramly untuk dikisar. Bawah ada bahan untuk resepi burger homemade simple kami.


Resepi Kerabu Kerang
Resepi Kerabu Kerang
Hari ini masakan untuk jom makan untuk kali ini memasak dengan sangat ringkas dan mudah untuk dibuat, potong - potong siap, apalagi ialah resepi kerabu kerang yang sedap dan spesial yang ingin dikongsi untuk anda semua.

Sambal sotong cili padi
Resepi Sambal Sotong Cili Padi
Balik dari candat sotong Pulau Kapas Terengganu' banyak sotong dalam peti ais yang belum dimasak, tak tau nak masak apa, bahan dalam peti ais pun terhad, cari bahan apa yang ada' dan yang paling ringkas dan sedap, cepat dimasak dan cepat dimakan haha.
Sambal sotong cili padi pedas bila dimakan dengan nasi panas, sungguh menyelerakan, dibawah bahan-bahan untuk masak sambal sotong yang ringkas lagi mudah sangat disediakan.

Sotong masak stim lemon
Resepi Sotong Masak Stim Lemon
Semalam baru share resepi sambal sotong cili padi' sedap makan pedas-pedas dan panas, bahan dalam peti ais pun terhad je hari2, cari bahan apa yang ada' dan yang paling ringkas dan sedap, cepat dimasak dan cepat untuk dimakan ia juga mudah disediakam. Sotong masak stim lemon, bila rasa dimakan dengan nasi panas, sungguh menyelerakan, dibawah ada bahan-bahan untuk masak stim sotong yang ringkas lagi mudah la sangat disediakan.

Cekodok sotong
Resepi Cekodok Sotong
Resepi cekodok sotong ringkas
Malam ini share resepi makanan laut, sotong yang kami candat di Pulau Kapas, masih tidak kehabisan lagi, kebiasaan cekodok udang, kali ini buat kelainan sikit, sotong pun boleh dibuat cekodok, sedap tau! dan mesti sedap punya, jangan risau.. mabeles dan terbaik.

Resepi umai ikan puput
Resepi Umai Ikan Puput
Resepi umai ikan puput
Ikan yang tidak perlu dimasak mengunakan dapur gas, dah jimatkan duit belanja dapur' hanya potong hiris2 dah siap. Umai ini asal dari melanau dan negeri Sarawak amya.

Mee sup daging ala vietnam
Resepi Mee Sup Ala Vietnam
Resepi mee sup daging ala vietnam
Hari ini nak masak menu mee sup pula, cari resepi dan lihat menu di internet dan ubah suai sedikit, kat youtube punya tutorial ni' punyalah susah jugak bila nak ikut, dah la line internet slow macam siput kat sini" jadi untuk itu kami buat resepi mee sup cara ala  vietnam spesial sedikit. Menu ni makanan yang sihat, tidak berminyak sesuai juga bagi yang berdiet.

Resepi sup daging cendawan
Resepi Sup Daging Cendawan
Resepi sup daging cendawan
Senang mudah cepat dan ringkas, sup daging bersama bunga kobis, tambah cendawan tiram yang sebenarnya makcik saya yang masak dan boleh juga lagi sempat saya salin resepi sup yang mudah dan sedap ini, hari ini buka puasa dengan keluarga lagi ramai2 memang rasa sedap sangat sup daging yang ringkas ini, alhamdullilah.

Resepi ketam masak lemak cili padi
Resepi Ketam Masak Lemak 
Resepi ketam masak lemak cili padi
Masakan ketam yang kami buat ini resepi yang paling ringkas dan senang, kalau nak buat lagi hebat, kita belum ada rasa nak cuba buat lagi buat masa ini yang paling senang mudah dengan bahan-bahan yang sentiasa ada didapur.

Resepi cekodok sosej
Resepi Cekodok Sosej 
Masakan kali ini nak share satu resepi adik yang sangat ringkas dan mabeles kipidap, sebelum ini ada buat resepi cekodok sotong dari Pulau Kapas yang kami kongsikan. Kalau orang selalu sebut cucur dan asal goreng tepung je kami selalu panggil cekodok. Kali ini kami nak buat pula guna sosej, cari bahan senang je, simple dan sedap. Jemu dah buka puasa beli makanan kat bazar ramadan. Jom masak resepi cekodok sosej dan bahanya seperti dibawah.

Resepi masak lemak cekur ikan keli
Ikan Keli Masak Cekur
kali ini kisah saya kongsikan resepi masak guna cekur, jarang orang melayu yang masak mengunakan cekur atau kencur dalam bahasa jawa, sebab bau aroma yang kuat dari cekur itu tadi buat orang jawa sudah biasa, cekur diminati lebih lagi bila masak lemak cili padi dan akhir sekali tambah cekur untuk tambah aroma wangi dan hilangkan rasa hanyir ikan.

Resepi kerabu daging
Resepi Kerabu Daging
Resepi kerabu daging
Hari ini buat satu hidangan mudah juga sedap iaitu resepi bagi kerabu daging, sebelum ini ada kongsikan juga resepi kerabu kerang dan ini kali kawan ada buat satu hidangan istimewa iaitu kerabu daging, kongsepnya lebih kurang juga sama, tapi bahannya sangat ringkas dan juga senang dibuat, bawah ini ada senarai bahan dan cara buat, selamat mencuba.

Resepi ayam masak lemak cili padi
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi 
Resepi ayam masak lemak cili padi
Bau aroma yang sangat asyik bila kita dapat rasakan masak lemak cili padi yang pedas, berlemak dan sedap ini. Makan dengan nasi panas, nak best lagi kalau ada ikan masin goreng kan lagi layan. Makcik saya yang masak untuk juadah berbuka hari ini, resepi biasa2 sahaja..k. Kalau rajin sikit tu boleh cuba resepi kami yang sangat ringkas mudah untuk disediakan.

Resepi sambal tumis udang
Resepi Sambal Tumis Udang 
Resepi sambal tumis udang
Kali ini nak kongsikan masakan sambal tumis udang, ia adalah salah satu hidangan dan makanan kegemaran yang saya suka, ia pedas sedap dan juga sangat menyelerakan, hari ini makcik saya masak sambal tumis pedas guna cili kering pula, kebiasaan guna cili padi yang sebelum ini kami kongsikan. Memang masa nak menumis tu dia punya naik bau aroma yang sangat menusuk hidung.

Resepi tempe goreng berempah
Resepi Tempe Goreng Berempah 
Resepi tempe goreng berempah
Siapa suka makan tempe boleh salin resepi ringkas ini, tempe bersama rempah dan digoreng ia rangup di luar dan lembab didalam. Kalau orang jawa tak makan tempe bukan orang jawa namanya. Tempe yang sedap cara tradisi yang dibalut dengan daun pisang, goreng kosong pon sodap. Tapi kali ini resepi istimewa sikit dengan rempah, bau wanggi rempah sebati dengan tempe setelah diperap meresap kedalam tempe itu tadi. Bawah ada bahan dan cara buat tempe goreng berempah.

Tempe goreng berempah
Resepi Sotong Tumis Kunyit
Resepi sotong tumis kunyit
Balik sahaja dari bazar ramadan Sg Hj Dorani, jam menunjukkan sudah jam 6.30 petang, biasa waktu begini untuk masak hidangan berbuka untuk hari ini. Sotong lagi kali ini dan terbaik kali ini masak tumis kunyit campur serai, daun kari ha spesial kan. Bahan sama macam masak rebus2 je tapi tetap sotong tumis kunyit letak juga cili padi. Kami kongsi juga resepi sambal sotong cili padi yang dibuat adik.

Resepi masakan sambal sotong petai
Resepi Sambal Tumis Sotong Petai
Resepi sambal tumis sotong petai
Masak sambal tumis lagi, kali ini sotong besar atau sotong rendam bersambal bersama petai, sambal yang mudah disediakan dan juga sedap, sebelum ini ada buat dan juga kongsikan resepi sambal tumis udang yang mabeles makcik saya masak.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak 
Ikan patin masak tempoyak
Hari ini saya dan adik pergi ke Bandar Pusat Jengka mencari lampu dan mentol serta wayar untuk dipasang dirumah mak, balik dari sana teringin pula nak makan gulai tempoyak yang adik suka makan tu, selalu pergi Pekan Temerloh dapat juga singgah di Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh tetapi kali ini nak merasa masak sendiri di rumah, kebetulan dirumah mak ada banyak lagi tempoyak, ni yang kenan tu.

Resepi sambal tumis ikan cencaru
Resepi sambal tumis ikan cencaru
Kali ini nak kongsikan masakan sambal tumis ikan cencaru pula, ia adalah salah satu hidangan dan makanan kegemaran yang saya sangat suka, ia pedas sedap dan juga sangat menyelerakan, hari ini makcik saya masak sambal tumis pedas guna cili kering, kebiasaan guna cili padi yang sebelum ini kami kongsikan. Bahan sedikit sama dengan sambal tumis udang yang sebelum ini kami kongsikan. Memang masa nak menumis tu dia punya naik bau aroma yang sangat menusuk hidung.


resepi sup tulang
Resepi sup tulang ringkas
Senang mudah cepat dan ringkas, sup tulang ini masakan makcik, saya salin resepi sup tulang yang mudah dan sedap ini, Kalau nak sedap makan dengan sambal kicap, fuhh memang terbaik. Lagi makan ramai2 memang rasa sedap sangat sup tulang yang ringkas dan mudah disediakan ini, alhamdullilah.

Resepi ayam tumis kicap
Resepi ayam tumis kicap
Kali kedua masakan yang menyelarakan untuk dikongsi iaitu resepi berasaskan masakan dari ayam, pertama iaitu resepi ayam masak lemak cili padi dan untuk kali ini kita cuba masak tumis kicap pula, resepi ni senang je nak buat dan mudah disediakan. Janji ada kicap dirumah dan sedikit barang didapur boleh cuba salah satu resepi kegemaran saya ini. Tanpa membuang masa jom cuba buat.

Resepi cucur bilis mudah
Resepi cucur bilis mudah

Pagi ini nak share satu lagi resepi cekodok atau cucur ikan bilis yang mudah dan ranggup makcik buat, pasti semua orang suka makan cekodok kan makan ngan kopi panas juga sangat sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang, kena pula hari hujan..pergg" layan cucur bilis yang sedap memang mengasyikkan. Itulah serba sedikit ilmu dan kogsi resepi masakan


Tiwul gablek Restoran S.Solinada
Tiwul gablek Restoran S.Solinada 
Tiwul gablek Restoran S.Solinada 
ia adalah makanan tradisi masyarakat jawa yang tidak dilupakan, mungkin generasi muda tidak mengenali tiwul sebagaimana orang tua dulu-dulu termasuk saya. Dapat tau kuih tiwul ini pun dari makcik yang membawa kuih ini dari Restoran S.Solinada. Bau dari tiwul memang sedikit lain daripada yang lain dan semacam, ada yang kata bau dia buruk tapi rasa dia juga boleh tahan sedap. Bila buat carian di google kebanyakan menuju ke resep dan menunjukkan yang resepi bagi tiwul kebanyakkan ditulis oleh blogger di Indonesia dan resepi ini memang salinan terus diambil dari sana. Boleh juga dibuat gatot.


Asam pedas isi ikan merah
Asam pedas isi ikan merah
Asam pedas isi ikan merah 
Menu yang baik bagi masak makan malam kami ialah Resepi masakan untuk kali ini ialah masak asam pedas dan yang lebih istimewanya dengan kehadiran isi ikan merah yang pejal dan segar. Tapi kalau dapat kepala ikan merah jika buat masakan asam pedas lagi sedap dan sangat terbaik, tapi apa daya bagi kepala ikan merah ini harganya sangat mahal dan jadi beli isi ikan merah bagi kami sudah memadai untuk makcik saya membuat dan memasak asam pedas yang mudah dan ringkas disediakan.

Karipap kentang sosej
Karipap Kentang Sosej
Siapa suka sangat makan karipap, boleh ikut resepi adik saya. Inti karipap hanya kentang dan sosej, Resepi Masakan mudah dan ringkas sahaja bagi yang ingin cuba membuatnya. Karipap yang pedas bersama adunan kentang dan sosej terbaik dari ladang.

Resepi Bingka Bakar Ubi Pandan
Bingka Bakar Ubi Pandan
Salam satu Malaysia, nak kongsi satu resepi kuih tradisi untuk kali ini ialah bingka bakar mini yang dibuat oleh makcik saya di Klang Selangor, kebiasaan bagi Resepi Masakan untuk kuih bingka bakar ubi pandan itu di letak pada bekas loyang yang besar dan bila sudah sejuk barulah dipotong mengikut saiz dan kesesuaian selera masing masing, ada yang suka tabur bijan, bingka bakar ubi kami saiznya agak kecil sedikit dan sangat ngam dimulut juga tanpa bijan. Bingka bakar berasas ubi kayu berperisa aroma bau daun pandan sangat menambah seri dan rasa kuih bingka bakar yang asli.

Resepi Kuih Cara Berlauk
Kuih Cara Berlauk
Salam sejahtera semua, kategori kuih muih tradisi yang saya suka ialah Kuih Cara Berlauk, Resepi Masakan inilah juadah minum petang sesuai bagi seisi keluarga. Bagi kuih cara berlauk ini sangat sesuai di makan bila-bila masa. Kalau tidak habis dimakan boleh dijadikan sarapan pagi. Resepi ini mudah sahaja dan kalau anda ingin mencuba dan merasa itu bolehlah membuatnya sendiri. Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan.

Nasi impit rendang daging pedas
Nasi impit rendang daging pedas
Masa sambutan shawal dan juga perayaan hari raya, rendang daging adalah satu kemestian masakan yang kemestian kebanyakan orang akan buat, makan bersama nasi impit, ketupat dan juga sesuai juga makan dengan lemang. Resepi Masakan untuk kali ini nak kongsi cara buat nasi impit bersama lauk rendang daging pedas yang dibuat makcik saya di Klang, nasi yang dibalut dengan daun pisang menaikkan aroma bau dan rasa nasi impit itu tadi, dibawah kami beri satu menu untuk dikongsikan serta cara buat dan juga resepinya.

Resepi ayam goreng berempah
Ayam goreng berempah
Siapa suka makan ayam goreng boleh salin resepi sangat ringkas ini, ayam goreng bersama rempah dan digoreng rangup bahagian luar dan lembab didalam. Kanak - kanak juga sangat suka makan ayam goreng berempah yang tidak terlalu pedas. Ayam perlu diperap lama bagi semua rempah itu meresap, bila digoreng bau aroma wangi dari bumbu perapan dan dibawah ada bahan dan cara buat bagi resepi ini.

Resepi Kuih Gandus
Kuih Gandus
Tidak ramai yang tahu akan wujudnya kuih yang satu ini, nama yang diberi ialah kuih gandus, saya pernah makan kuih ini sekali sahaja seumur hidup masa bulan ramadan bila berkunjung mencari menu dan makanan untuk berbuka puasa dan membeli kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar. Di pasar malam atau gerai makan pun memang susah nak jumpa kuih gandus ni, serius selain pasar Datuk Keramat. Jadi yang ingin sangat nak merasa atau makan kuih ini untuk rasa kesedapan kuih gandus boleh cuba ikut cara buat dan resepi masakan yang mudah untuk dikongsikan oleh Hajah Zahara Sudi seperti dibawah ini.

Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa
Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa
Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa
Masakan kali ini ialah kombinasi hebat antara bahan seperti mee, kuey tiaw bersama sup ayam ringkas dengan sambal kicap lagi istimewa makan dengan racikan ayam goreng menjadikan mee kuey tiaw sup ayam ini sangat istimewa dan sedap, nak tambah sedap lagi taburkan bawang goreng lebih harum dan wanggi. Resepi Masakan ini citarasa disukai makcik saya yang buat secara ringkas, senang dan yang penting inshaallah ia mudah dibuat untuk hidangan anda itu nanti, selamat mencuba masakan ini yea.

Sambal hitam Pahang
 Sambal Hitam Pahang
Masakan Sambal Hitam Pahang
Berkongsi sedikit info tentang asal usul serta Resepi Masakan bagi sambal hitam dari asal negeri Pahang darul Makmur yang sangat terkenal dan disukai bagi semua kebanyakan rakyat disana. Bagi orang yang berasal dari negeri Pahang tengah, masak sambal hitam adalah menu yang wajib disukai dan digemari selain dari gulai tempoyak, gulai serong dan sebagainya. Sudah lama saya menetap dan tinggal di kawasan felda Jengka22, Pekan Bandar Pusat berada di tengah negeri Pahang Darul Makmur.

Tag : Masakan
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 30-Resepi Masakan349>www.inamurni.com Copyright © 2015

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih