Khamis, Februari 18, 2016

Cakar Ayam Gula Melaka Mama

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Cakar Ayam Gula Melaka Mama

Kuih cakar ayam gula asal dari negeri Melaka ini sangat terkenal dengan pengeluaran dodol pelbagai jenis dan perisa, bahan-bahan campuran bersama ubi keledek dan gula melaka dan sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Produk dari edaran iks di Umbai Melaka dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan


Harga Cakar Ayam Gula Melaka Mama
Berat : 200 gram
Harga : RM4.00


Diedarkan oleh :
Mamaku Food Industry
Alamat perusahaan :
Km 15, Kg Seri Minyak, 77300 Umbai, Melaka


Tag : Produk IKS

Baca : Cakar Ayam Gula Melaka Mama - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 48- Matlamat 377>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Aneka Dodol Kiub Mama

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item aneka dodol kiub mama

Dodol asal dari negeri Melaka ini sangat terkenal dengan pengeluaran dodol pelbagai jenis dan perisa, bahan-bahan campuran bersama gula, tepung pulut dan santan, gula melaka, glugose dan sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan doorgift dengan warna yang menarik seperti coklat asli, hijau pandan, merah dan juga kuning. Produk dari keluaran iks di Umbai Melaka dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan


Harga Aneka Dodol Kiub Mama
Berat : 500 gram
Harga : RM9.00


Diusahakan oleh :
Hamidah Food Industry
Alamat perusahaan :
3537, Km 15 Jln Melaka-Muar, Bkt Gereja 77300 Umbai, Melaka

Diedarkan oleh :
Mamaku Food Industry
Alamat perusahaan :
Km 15, Kg Seri Minyak, 77300 Umbai, Melaka


Tag : Produk IKS

Baca : Aneka Dodol Kiub Mama - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 47- Matlamat 376>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Keropok Biscuit Piring Wafer

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Keropok Biscuit Piring Wafer

Keropok Biscuit Piring Wafer ini dibuat oleh Yakim Food diperbuat dari Telur, Tepung, Santan, Gula, Tepung Jagung, Air dan bahan perisa yang dibenarkan. Sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja ketika menonton tv dan minum petang mengikut cara sesuai anda hidangkan, sangat sesuai untuk anda seluruh seisi keluarga.

Produk IKS untuk jualan


Harga Keropok Biscuit Piring Wafer
Berat : 30gram / Bag
Harga : RM-

Diusahakan oleh :
Yakim Food Industries
Pengedar :
Sinya International Import & Export Plt
No 1&3 Jalan Budi 10, Taman Wawasan Perindustrian, 83000 Batu Pahat, Johor
Hubungi :
Tel : 07-4286686
Fax : 07-4285029

Tag : Produk IKS

Baca : Keropok Biscuit Piring Wafer - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 46- Matlamat 375>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Khamis, Februari 04, 2016

Asam Thailand JeedJard

Produk keluaran bukan tempatan : Nama item asam thailand JeedJard

Asam Thailand ini dibuat di Pattani Thailand oleh Zakiah Bt Hj Abd Rahman. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk juga dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda sekeluarga. Produk dari keluaran kampung Rhu Pattani dan semestinya juga keluaran muslim.

Antara perisa pilihan :
Tamarind
Tamarind Plum Flavor
Mango Blink


Produk IKS untuk jualan

Asam Thailand JeedJard

Harga asam Thailand
Berat : 250 gram
Harga : RM5.00


Diusahakan oleh :
Zakiah Bt Hj Abd Rahman
Alamat perusahaan :
619/12 Kampung Rhu Sembilang Pattani, Thailand


Diedarkan Oleh :
Che Rosadi Che Ibrahim
Alamat :
197 Duty Ferr Area, Pengkalan Kubur.
Hubungi
Tel : -
Fax : -


Tag : Produk IKS

Baca : Asam Thailand JeedJard - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 45- Matlamat 374>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa - Salah satu ikan dengan harga pertengahan yang sedap untuk dinikmati, apa itu masak tiga rasa. Melalui pengalaman makan di kedai seafood ala thai yang sangat menggemari masakan tiga rasa yang mewakili rasa masam manis pedas dan ada lagi masin, empat rasa dah tu. Hari ini kongsi resepi ikan siakap masak tiga rasa yang kami sauk di kedai ikan.

Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Bahan masakan tiga rasa


Bahan-bahan
  1. 1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan tepung, perapkan.
 
Bahan lain
  1. 5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
  2. 3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
  3. 2" halia - dimayang halus
  4. Sedikit bunga kobis
  5. 6 biji cili padi - dihiris nipis
  6. Sedikit daun bawang
  7. garam
  8. gula
  9. 1/2 cawan air 
  10. Bahan sos:-
  11. 3 sdm sos cili
  12. 3 sdm sos tomato
  13. 2 sdm sos tiram


Cara cara masak
  1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing lalu ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit untuk menumis.
  3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
  4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah ditumbuk.
  5. Tumis sehingga kekuningan dan agak garing dan masukkan bunga kobis.
  6. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.
  7. Masukkan garam dan gula. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dengan sedikit air dan campuran tepung jagung.
  8. Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi, tabung daun bawang siap untuk dihidangkan.


Itulah sahaja resepinya, kalau makan kat restaurant anda perlu sediakan poket tebal, masak sendiri lebih jimat dan juga mengikut selera anda, selamat mencuba.

Tag: Masakan

Baca: Ikan Siakap Masak Tiga Rasa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 36-Masakan373>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah - Malam hari ini menoleh kedapur untuk makan malam untuk hari ini, berkongsi cara buat dan juga resepi masakan ayam yang paling simple dan juga sangat mudah untuk dibuat. Ada goreng ayam dengan garam dan kunyit biar ia sedang-sedang garing dan boleh sediakan bumbu untuk masak merah ayam yang menyelerakan.

Resepi Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Resepi Masakan : Sambal Tumis

Bahan penting ayam masak merah

Bahan-bahan:
  1. Ayam setengah ekor gaul dengan garam kunyit dan digoreng separuh masak.
  2. 4 Ulas Bawang Putih *
  3. Halia Sebesar Ibu Jari *
  4. Cili Kering (Ikut tahap kepedasan yang korang suka) rendam dulu dalam air panas *
  5. * Kisar
  6. Sebatang serai - diketuk
  7. Sebiji Tomato - potong 4
  8. Sebiji Bawang Besar
  9. Minyak Masak secukupnya (boleh guna balik minyak goreng ayam)
  10. Sos Cili - Sedang jangan banyak sangat, nanti manis.
  11. Garam secukup rasa


Cara buat Ayam Masak Merah

Cara-caranya:
  1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan Sos Cili
  3. Lepas tu, baru masukkan garam, Ayam yang dah digoreng , sos cili, serai dan tomato. gaulkan.
  4. Dah mendidih, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
  5. Gaul dan biar sebati dan masak.


Sudah siap boleh makan dengan nasi biasa atau boleh juga dengan nasi minyak serta acar untuk menambah selera, selamat mencuba.

Tag: Masakan

Baca: Ayam Masak Merah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 35-Masakan372>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Rabu, Februari 03, 2016

Keropok Udang Galah ITECC

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Keropok Udang Galah Itecc

Keropok udang galah atau boleh juga dikenali sebagai lobster crackers ini dibuat oleh ITECC Enterprise dari Pulau Pinang, keropok udang terbaik ini diperbuat dari tepung udang, minyak masak, gula, garam. Sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja ketika menonton tv dan minum petang mengikut cara sesuai anda hidangkan, sangat sesuai untuk anda seluruh seisi keluarga. Produk terbaik dan semestinya dari keluaran iks tempatan dan juga produk keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Keropok Udang Galah

Harga Keropok Udang Galah
Berat : 90 gram / Bag
Harga : RM-

Diusahakan oleh :
ITECC Enterprise

Alamat perusahaan :
17&19, Lorong Impian Ria 1, Taman Impian Ria, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Hubungi :

Fax : -
Facebook : -

Tag : Produk IKS

Baca : Keropok Udang Galah ITECC - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 44- Matlamat 371>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya

Selasa, Februari 02, 2016

Tentang Produk Opak-Opak Ubi Kayu

Info tentang opak-opak ubi kayu

Opak-opak ubi kayu adalah sejenis kerepek yang tentunya dibuat dari ubi kayu seperti kerepek ubi kayu yang dibuat dengan lebih ringkas tapi cara pembuatan opak-opak lebih susah untuk dibuat. Bagaimanapun kaedah dan cara pembuatannya yang agak sedikit rumit mempunyai beberapa kelebihan dan berpotensi besar untuk kita majukan dan seterusnya untuk dieksport keluar negara.

Opak-opak ubi kayu

Opak opak ubi kayu

Untuk kongsian kali ini, saya akan menerangkan teknik dan kaedah pembuatannya secara tradisional. Cara inilah yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu tanpa menggunakan peralatan khusus. Memang leceh tetapi mereka tetap bekerjasama dan bergotong-royong seisi kampung menghasilkan satu produk makanan. Hasilnya, kerja yang rumit menjadi lebih mudah dan hubungan sesama mereka akan bertambah erat.

Cara pembuatannya ada sedikit persamaan dengan pembuatan keropok, kerepek, tebaloi dan sebagainya. Bagaimanapun kaedah tradisional ini sangat unik dan kreatif. Amat sesuai sekali untuk diceritakan disini. Pernah juga, saudara mara yang datang berkunjung berasa hairan bagaimana saya memasak opak-opak ini. Mereka lihat saya mengeluarkan opak-opak yang siap dikukus sekeping demi sekeping dari periuk tetapi setiap kali mereka menjengah periuk mereka mendapati periuk itu hanya berisi air mendidih sahaja. Bila diingat-ingat semula, rasa nak tergelak pulak. Kalau nak tahu apa uniknya cara membuat opak-opak ubi kayu, mari teruskan membaca. Hanya memerlukan ubi kayu sahaja.

Bahan-bahan untuk Opak-Opak Ubi Kayu Tradisional
  1. 1 kg Ubi Kayu
  2. 1 cmt Garam
  3. Minyak untuk menggoreng tenggelam
  4. Air untuk mengukus


Cara membuat Opak-opak Ubi Kayu Tradisional
  1. Ubi kayu diparut sehingga habis.
  2. Perah ubi kayu menggunakan kain maslin dan airnya disimpan.
  3. Air ubi kayu yang diperah dibiarkan mendak selama lebih kurang setengah jam.
  4. Sementara itu, ubi kayu yang telah diperah dikisar lagi untuk menjadikannya lebih halus jika perlu. Lebih halus ubi kayu dikisar, lebih nipislah opak-opak ubi kayu yang boleh dihasilkan. 
  5. Setelah air ubi kayu mendak, buangkan airnya dan ambil sagunya termendak.
  6. Campurkan sagu dan garam kedalam ubi kayu yang telah dikisar halus. Kacau sehingga sebati dan garam betul-betul larut.
  7. Dapatkan sebuah periuk dan beberapa keping tutup periuk.
  8. Masak air dalam periuk sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan ia sentiasa merenih perlahan.
  9. Sementara itu, tepekkan campuran ubi kayu tadi dibahagian bawah tutup periuk. Dapatkan senipis yang mungkin.
  10. Tutupkan periuk menggunakan penutup periuk yang telah ditepekkan dengan ubi kayu tadi dengan keadaan ubi kayu berada didalam periuk. Biarkan ubi kayu terkukus selama 10 saat.
  11. Setelah masak, angkat tutup periuk dan biarkan sejuk sedikit. Sementara itu kukuskan ubi pada tutup periuk yang lain.
  12. Tanggalkan ubi kayu yang telah dikukus daripada penutup periuk dan letakkan diatas dulang. Tutup periuk boleh digunakan semula untuk menepek dan mengukus ubi kayu yang lain.
  13. Ubi kayu yang telah dikukus perlulah dijemur dan dibiarkan kering selama 2 hingga tiga hari.
  14. Setelah, ubi kayu benar-benar kering, goreng didalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Opak-opak ini akan mengembang besar jadi sila gunakan kuali yang besar. Opak-opak yang separuh kering juga boleh digunting agar saiznya lebih kecil dan mudah digoreng.
  15. Opak-opak ubi kayu sedia dinikmati.

Tip Masakan Komersial
  1. Anda boleh menjadikan opak-opak lebih menarik dengan menambah warna yang sesuai. Sewaktu menepek atas tudung periuk, gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan pelbagai corak dengan warna yang sesuai.
  2. Anda boleh menyapukan sedikit minyak masak diatas tudung periuk agar ubi kayu yang siap dikukus mudah ditanggalkan. Sapukan satu lapisan nipis sahaja sebaik-baiknya menggunakan tisu. Biasanya hanya perlu menyapukan sekali sahaja pada permulaan mengukus. Setelah itu ubi tidak akan melekat lagi.
  3. Opak-opak yang telah betul-betul kering, boleh disimpan untuk tempoh yang lama, jadi kudapan ini memang sesuai dikeluarkan secara besar-besaran untuk menjana pendapatan.
  4. Memang opak-opak telah lama ada dipasaran jadi anda perlu memberikan nafas baru dalam menjadikan opak-opak keluaran anda lebih unik. Anda boleh memberikan perisa untuk opak-opak sama ada dimasukkan dalam kisaran ubi kayu atau ditaburkan keatas opak-opak siap digoreng. Anda juga boleh menghasilkan opak-opak dengan bentuk tetap dan menarik untuk menambahkan minat pelanggan terutama kanak-kanak. Boleh juga membuat opak-opak yang sangat nipis untuk menghasilkan persembahan seperti potato chips (pringles atau mr.potato)
  5. Untuk pengeluaran berskala besar, sudah tentu anda memerlukan mesin untuk penghasilan yang cepat. Opak-opak separa kering sebenarnya boleh digelek untuk menjadikannya lebih nipis.

Sedikit info perkongsian mengenai opak ubi kayu, rasa ranggup dan gurih sesuai untuk minum petang seisi keluarga.

Tag: Info

Baca: Tentang Produk Opak-Opak Ubi Kayu - INA MURNI Enterprise
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 03 / 18 - Matlamat 370>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya