Jumaat, Januari 29, 2016

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam - Sudah lama tidak update entri terbaru kerana kesibukan menguruskan hal yang lebih penting, kali ini saya ingin kongsikan satu resepi masakan asam pedas ayam, bahan asam pedas seperti biasa kita buat dengan ikan tetapi ayam juga sesuai untuk dijadikan asam pedas yang sangat menyelerakan.

Kami kongsikan juga sebelum ini kepelbagaian masakan asam pedas, ia salah satu hidangan kegemaran saya, dibawah serba sedikit resepi dan cara masak.

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam

Resepi Masakan : Asam pedas

Bahan dan cara buat resepi asam pedas ayam

Bahan bahan asas
  1. 1/2 daging ayam dipotong dan bersihkan lalu digoreng dengan sedikit minyak hingga separuh masak
  2. 2 batang bunga kantan di potong 
  3. 1-2  cawan air asam jawa, ikut selera anda.
  4. 2 batang serai di titik.sedikit gula.
  5. Sedikit minyak masak.
  6. Garam  secukupnya.
  7. Bahan yang di kisar/tumbuk
  8. 8 sudu makan cili kisar.
  9. 5 ulas bawang kecil.
  10. 5 ulas bawang putih.
  11. 1 biji bawang besar.
  12. 2 cm kunyit hidup.
  13. 2 cm belacan.

Bahan untuk tumisan
  1. 2 biji bawang kecil di hiris.
  2. 1 biji bawang putih di hiris.

Cara buat asam pedas ayam
  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati.
  3. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar.
  4. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
  5. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masuk air terpulang kepekatan kuah asam pedas.
  6. Bila kuah mendidih baru masukkan ayam tadi dan perasakan dengan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
  7. Kemudian masukkan pula bunga kantan. 
  8. Masak sehingga ayam itu empuk dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba asam pedas ayam yang mudah dan senang disediakan ini semoga perkongsian ini bawa manfaat pada semua.

Tag: Masakan

Baca: Asam Pedas Ayam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 34-Masakan369>www.inamurni.com Copyright © 2016
Baca selengkapnya