Khamis, November 12, 2015

Resepi Kuih Gandus

Resepi Kuih Gandus - Tidak ramai yang tahu akan wujudnya kuih yang satu ini, nama yang diberi ialah kuih gandus, saya pernah makan kuih ini sekali sahaja seumur hidup masa bulan ramadan bila berkunjung mencari menu dan makanan untuk berbuka puasa dan membeli kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar. Di pasar malam atau gerai makan pun memang susah nak jumpa kuih gandus ni, serius selain pasar Datuk Keramat. Jadi yang ingin sangat nak merasa atau makan kuih ini untuk rasa kesedapan kuih gandus boleh cuba ikut cara buat dan resepi masakan yang mudah untuk dikongsikan oleh Hajah Zahara Sudi seperti dibawah ini.

Resepi Kuih Gandus

Resepi Kuih Gandus
Kuih gandus yang sedang dimasak

Resepi Masakan : Kuih muih tradisi

Bahan dan cara buat kuih gandus

Bahan-bahan

  1. 600 gm tepung beras
  2. 200 gm tepung gandum
  3. 2 sudu makan tapai nasi
  4. 500 gm kelapa muda parut putih
  5. 1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
  6. 1 bungkus yeast kering
  7. garam secukup rasa
  8. gula merah (gula tanjung)
  9. Inti / Jem nenas / pilihan lain boleh pilih coklat, strawberry, kelapa.


Cara buat kuih gandus


  1. Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.
  2. Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.
  3. Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian.
  4. Letak jem nenas atau pilihan inti yang digemari, kemudian ditutup lagi dengan adunan tepung agar jem tenggelam lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga kuih gandus tadi kuning keemasan dan masak.


Ini sahaja perkongsian bagi cara buat dan juga resepi kuih gandus, semoga bermanfaat. Suka entri ini boleh share di laman sosial dibawah untuk berkongsi, terima kasih.

Tag : Masakan

Baca : Resepi kuih gandus - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 29-Masakan346>www.inamurni.com Copyright © 2015

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Resepi Kuih Gandus
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan update terbaru.

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih