Sabtu, November 14, 2015

Cara buat resepi Biskut Bangkit Santan

Info cara mudah tentang buat resepi biskut bangkit santan

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut bangkit santan bagi sambutan hari raya. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Bangkit Santan bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut dan kuih bangkit santan

Biskut Bangkit Santan
Contoh gambar biskut bangkit

Tentang Biskut Bangkit Santan

Resepi Biskut Bangkit Santan, adalah antara Kuih Raya yang paling ramai yang suka, ia popular dan diminati. Nama yang unik, warna putih gebu, cair dimulut, juga sangat sedap dengan rasa manis. Sempena kedatangan Syawal yang mulia, antara persediaan kita ialah membuat kuih raya untuk tetamu yang berkunjung. Salah satu biskut raya yang popular ialah biskut bangkit santan. Hari ini nak kongsi resepi dan cara buat.

Kategori : Resepi Biskut Raya

Tajuk entri : Cara buat biskut bangkit santan
Rank : 04/01 - p1
Update : 14 NOV 2015


Bahan-bahan biskut bangkit santan

Bahan bahan

  1. 340 gram tepung ubi
  2. 95 gram tepung gandum
  3. 37 gram gula halus
  4. 3 biji kelapa -santan pekat-
  5. 3 helai daun pandan
  6. 2 biji telur 
  7. Sedikit garam

Cara buat biskut bangkit santan

  1. Masak terlebih dahulu  santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat.
  2. Pastikan ia tidak bergentel dengan mengacaunya selalu.
  3. Satukan tepung ubi dan tepung gandum.
  4. Goreng tanpa minyak hingga ringan.
  5. Angkat dan sejukkan.
  6. Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi.
  7. Uli hingga sebati.
  8. Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan mengikut bentuk anda.
  9. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.


Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut bangkit santan yang mudah dan juga sedap, semoga dengan perkongsian ini membawa satu manfaat pada anda semua.

Biskut bangkit  juga ada pelbagai jenis rasa dan perisa seperti berikut :
  1. Biskut bangkit kelapa
  2. Biskut bangkit kacang hijau
  3. Biskut bangkit cheese / keju
  4. Biskut bangkit sagun
  5. Biskut bangkit durian
  6. Biskut bangkit nestum
  7. Biskut bangkit keladi
  8. Biskut bangkit bijan


Tempahan biskut bangkit santan

Tempahan awal bangkit santan boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut bangkit santan yang sedap dan istimewa anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk ini. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut bangkit santan

Harga biskut bangkit santan juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut bangkit santan dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Bangkit Santan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 31- Matlamat 348>www.inamurni.com Copyright © 2015

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Cara buat resepi Biskut Bangkit Santan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan update terbaru.

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih