Selasa, November 24, 2015

Makan di R&R Genting Sempah Pahang

Makan di R&R Genting Sempah Pahang - Perjalanan kami balik ke Jengka 22 Pahang, Kami dapat singgah dulu makan di kawasan puncak bukit genting sempah berhampiran dengan terowong dan juga tempat bersempadan antara kedua negeri Pahang dan juga negeri Selangor. Kawasan ini tempat untuk istirehat yang sangat popular bagi penguna jalan raya untuk ke pantai timur. Dekat sahaja dengan kawasan perkampungan Janda Baik juga jalan utama untuk masuk ke Genting Highland.


Kawasan R&R rawat dan rehat Genting Sempah ini juga sangat selesa, punyai tempat parking kereta yang agak luas juga bertingkat, premis dapat dilihat tahap kebersihan kedai dari segi penyediaan makanan juga banyak yang mendapat taraf gred A mengikut kategori kebersihan restoren di kawasan negeri Pahang. Gred taraf kebersihan restoren sentiasa dipantau pihak berkuasa yang berwajib. Jadi kalau nak pilih tempat makan boleh lihat dulu. Banyak juga menu masakan malam ini, masakan Pahang yang terkenal seperti ikan patin masak tempoyak, lauk pauk dan lain-lain, masakan panas juga western food selain makanan ringan. Kami makan apa kat R&R Genting Sempah ni..layan jom makan kali ini.

Jus air markisa


Pernah minum air markisa, tidak pernah minum sebab itu yang nak mencuba tu. Air yang lain semua pernah minum tapi bagi saya air jus markisa ini buat pertama kali. Serius siapa yang nak minum air markisa kena fikir dua tiga kali sebelum order.. MASAM.. Serius masam lain macam, bagi yang suka air yang masam, markisa ialah jawapanya. Minum sampai berkerut dahi hihi.. Harga jus air markisa RM4.00 dapat air super masam. Adik pula makan ikan patin masak tempoyak bersama masak lemak rebung. Masak ikan patin kat sini kurang sikit rasanya terlebih manis rasanya, satu rasa muak, biar manis ikan jangan manis gula.

Nasi goreng usa


Pernah makan sekali nasi ayam disini, sedap" itu yang nak rasa nasi goreng usa kat kedai makan ini. Nasi goreng biasa, daging masak merah rasa sedikit manis, bersama sup nasi ayam dan saya ambil sambal kicap, kebiasaan nasi goreng usa ini kurang pedas. Rasa nasi goreng usa di R&R Genting Sempah ok boleh tahan sedap, lagi pula perut lapar dan hujan dalam perjalanan tadi. Harga nasi goreng usa kat sini RM7.00 sedang tidak mahal sangat saya rasa.

Penjaja luar, kawasan sekitar


Kawasan sekitar R&R Genting Sempah kelihatan juga penjaja tepi jalan menjual buah berangan, kalau suka makan sambil berangan boleh la beli. Makan sambil berangan di perjalanan nanti haha, gurau je.. Sambung perjalanan kami dapat lihat jalan sebelah yang tanah runtuh itu sedang dalam proses dibaiki. Hujan sekejap lebat sekejap renyai, sampai Temerloh jam 10.30 sudah dekat nak sampai ke rumah. Kami sampai rumah mak jam 11 malam.. Alhamdulillah.

Memo : kawasan R&R Genting Sempah sedang dalam proses pembaikkan, ia bagi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Tag : Jom Makan

Baca : Makan di R&R Genting Sempah Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 40- Santai Riadah367>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, November 22, 2015

Asam pedas ikan mayong

Asam pedas ikan mayong - Masakan untuk kali ini sekali lagi masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga iaitu dengan ikan mayong, sebelum ini pernah juga kami kongsikan resepi masakan iaitu asam pedas isi ikan merah yang mudah serta ringkas untuk disediakan. Beli ikan mayong tapi tak tau nak masak apa. Masak singgang macam tak sesuai dan selain dari itu boleh juga masak lemak cili padi, fikir punya fikir nak pilih masak apa dan keputusan yang diambil masak asam pedas dengan ikan mayong juga sesuai dan juga pilihan yang tepat.

Saya beli ikan mayong atau ikan duri di baroh Sg Hj Dorani, harga ikan ini tidak mahal dan murah terutama masa beli awal pagi dan tempat ikan baru naik. Dua ekor ikan mayong yang agak sedikit besar berharga hanya RM12.00. Suka makan ikan mayong dari bahagian kepala hingga ke isi, daging ia tidak hanyir serta manis dan lembut, sesuai dengan masak asam pedas bersama dengan ikan mayong yang kami ingin kongsikan resepi mudah seperti dibawah.

Asam pedas ikan mayong

Asam pedas ikan mayong

Resepi Masakan : Asam pedas

Bahan dan cara buat resepi asam pedas ikan mayong

Bahan bahan asas
  1. 2 ekor ikan mayong potong dan bersihkan
  2. 2 batang bunga kantan di potong 
  3. 1-2  cawan air asam jawa, ikut selera anda.
  4. 2 batang serai di titik.
  5. sedikit gula.
  6. Sedikit minyak masak.
  7. Garam  secukupnya.

Bahan yang di kisar/tumbuk
  1. 8 sudu makan cili kisar.
  2. 5 ulas bawang kecil.
  3. 5 ulas bawang putih.
  4. 1 biji bawang besar.
  5. 2 cm kunyit hidup.
  6. 2 cm belacan.

Bahan untuk tumisan
  1. 2 biji bawang kecil di hiris.
  2. 1 biji bawang putih di hiris.


Cara buat asam pedas ikan mayong

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. 
  3. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
  4. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
  5. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masuk air terpulang kepekatan kuah asam pedas.
  6. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
  7. Kemudian masukkan pula bunga kantan. 
  8. Masak sehingga ikan itu empuk dan sedia untuk dihidang.

Masak asam pedas sesuai makan dengan nasi yang lembut sedikit serta mudah resap terasa bila makan asam pedas tadi. Boleh juga makan dengan telur masin, sayur tumis. Sedikit info yang ingin kami kongsikan, selamat mencuba ya ibu, makcik, akak sekalian.. Suka entri ini boleh share yea.. Terima kasih.

Tag : Masakan

Baca : Asam pedas ikan mayong - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 33-Masakan366>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, November 21, 2015

Buat Kek Coklat Moist

Buat kek coklat moist - Ini adalah kali pertama kami cuba untuk membuat salah satu resepi kek yang sangat popular sekarang ini apalagi iaitu kek coklat moist, selalu beli je yang dah siap tapi kami tak berkenan dengan rasa yang terlalu manis, cukup rasa manis yang sedang-sedang sahaja yang paling penting ia sedap gebu lembut dan juga tidak bantat, harapan dengan percubaan buat pertama kami untuk membuat kek coklat moist kukus ini berjaya dilaksana dengan sempurna walaupun rupa tidak semenggah atau cantik lagi umpama bak bidadari.

Makan sedap kek coklat moist



Makan kek coklat moist
Kek coklat moist cair dimulut

Tanpa ada hiasan coklat rice atau chip coklat serta topping buah-buahan untuk kelihatan buat cantik dan menarik.

Kek Coklat Moist
Tanpa cub cakes lebih seksi

Antara jenama produk kek coklat moist yang saya pernah makan dan promosikan :


Bekas kek coklat moist
Bekas cub cakes coklat moist

Kek dan juga bahan asas

Bahan asas bagi kek coklat moist ni senang sahaja, google di internet banyak pula blog resepi masaka  yang buat dan share serta kongsi bagi resepi kek lembab dan juga kukus ini. Saya pergi baruh di kampung Sg Hj Dorani dapat beli tepung kek jenama blue key, tepung gandum cap sauh, susu pekat manis gold coin, telur ayam biasa. Serbuk coklat pula guna stok yang kami simpan buat biskut raya ituhari sesuai untuk buat kek.

Coklat pilihan dan jenama

Banyak jenama bagi coklat sama ada serbuk dan cairan terpulang nak coklat yang sedikit kehitaman dan sedikit pahit, coklat yang sedang dan juga krim atau vanilla. Coklat bagi kek coklat moist cari yang serbuk banyak dijual di pasaraya besar dan bahan buat kek. Untuk topping lebih menarik boleh beli coklat rice bagi menarik lagi dan cantik, nak lagi cantik untuk kek boleh letak hirisan buah strawberry.. Hmm lebih menarik.

Moist dan alat mengukus kek

Kukus dalam bekas, periuk nasi juga boleh digunakan jika tiada alat untuk mengukus seperti loyang juga pengukus yang selalu kita mengunakan dapur gas, pilihan guna periuk nasi elektrik juga boleh digunakan. Masukkan setengah air dan jaring pengukus. Kami tidak guna loyang yang besar, ada baki cawan cub cakes boleh guna untuk bekas kek itu nanti, cepat sedikit masak.

Banyak kek coklat moist
Comel je bekas kek coklat moist ni

Cara buat dan resepi kek coklat moist

Bahan-bahan untuk kek

  1. 1 Cawan Tepung gandum
  2. 1 Cawan Tepung kek
  3. 1 Cawan Serbuk coklat
  4. 1 Cawan susu cair
  5. 1 Cawan susu pekat
  6. 4 Biji telur
  7. 2 Sudu besar gula
  8. 1 Cawan minyak masak
  9. Sedikit marjerin

Cara buat kek coklat moist
  1. Ayak tepung gandum bersama bikarbonat dan campurkan tepung kek.
  2. Masak serbuk coklat, susu cair, susu pekat dan minyak masak dengan api perlahan hingga ia cair sebati dan masak.
  3. Pukul telur hingga kembang, boleh juga masukkan bahan 1 tadi tepung gandum bikarbonat dan tepung kek dan gaul juga bersama coklat yang dimasak bahan nombor 2 tadi sehingga sebati.
  4. Masukkan dalam bekas, kami letak dalam cupcake, kukus selama 20 minit.


Untuk Topping pula bahagian atas
  1. Cairkan 2 sudu majerin
  2. 2 sudu serbuk coklat, 3 sudu susu pekat, kalau nak banyak topping gandakan lagi bahan diatas untuk topping kek coklat moist yang lebih tebal.


Itulah serba sedikit cara kami untuk membuat kek coklat moist guna bekas cub cakes, bahan untuk buat kek ini ringkas sahaja. Rasa kek ini manis dan cair di bahagian atas, gebu dan lembut di bahagian bawah, tidak seperti kek yang dibakar, kek kukus lebih lembab dan lembut serta gebu, itulah sebab diberi nama moist. Cubalah resepi kek kami buat yang biasa dan ada orang lain buat dengan bahan dan gaya mengikut citarasa dan selera masing-masing. Bagi kami terpulang anda jenama bahan dan dan perisa yang anda semua ingin buat dan juga sukai.

Tag : Kek

Baca : Buat Kek Coklat Moist - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 365 - Matlamat 01>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Lempeng dan sambal hitam Pahang

Lempeng dan sambal hitam Pahang - Malas nak masak yang susah dan rumit, lempeng adalah jawapan yang tepat, hanya tepung gandum, air dan garam cukup rasa dan sedikit minyak masak, cara begini dapat makan lempeng yang sedap juga kan, lebih-lebih lagi sudah ada pencicah serta juga sambalnya, cari sesuatu, tapi kali ini kita ada lebihan masakan yang sangat istimewa iaitu sambal hitam Pahang yang saya dapat beli sambal itu secara online dan produk keluaran bumiputera iks tempatan ini ialah Sambal Hitam Dari Dapur Mieza.

Lempeng dan sambal hitam Pahang bersatu serasi

Lempeng dan sambal hitam Pahang

Kombinasi terbaik antara lempeng dan sambal hitam

Jom Makan lempeng bersama sambal hitam - Masak lempeng yang dibuat secara agak ringkas sedikit, lempeng ini tidak terlalu tebal, lagi nipis ia lebih sedap, tapi bila kita dapat cicah sahaja dengan sambal hitam dari Pahang ini gajah lalu depan mata pun tak perasan tau huhu.. bertambahlah sedap selera, tak percaya anda kena buat dan mencubanya sendiri. Selain lempeng boleh juga mencicah cucur bilis dan sambal hitam. Tapi dengan lempeng, makan je mesti teringat masa kecil dahulu, lagi saya pernah makan di satu tempat dan restoren yang juga  bernama lempeng sayang, cicah lempeng dengan sambal bilis merah dan kalaulah saya dapat bagi cadangan pada tuan kedai makan itu supaya meletakkan sambal hitam sebagai pencicah lempeng di restoren mereka sudah tentu ia menarik pelangan untuk mencuba menu yang asing bagi mereka. Ayat ini sudah tulis semalam, buat ulangan.

# jom makan hari ini tidak keluar mana-mana lagi, besok mungkin akan berangkat ke Pahang. Hari ini hanya duduk dirumah dapat makan lempeng cicah sambal hitam macam semalam pula, cucur bilis dan sambal hitam Pahang, minum pula dengan kopi panas, tidak pula hujan hari ini yea.

Tag : Jom Makan

Baca : Lempeng dan sambal hitam Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 39- Santai Riadah364>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Jumaat, November 20, 2015

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang - Waktu hujan malam hari begini dapat makan cucur bilis sedap juga kan, lebih-lebih lagi dapat cicah dengan sesuatu dan kebiasaan hanya dengan sos cili sahaja, tapi kali ini kita ada menu masakan yang sangat istimewa iaitu sambal hitam Pahang yang saya dapat beli secara online dan produk keluaran bumiputera iks tempatan ini ialah Sambal Hitam Pahang Dari Dapur Mieza.

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang bersatu serasi

Cucur bilis dan sambal hitam Pahang
Kombinasi terbaik antara cekodok dan sambal hitam

Jom Makan cucur bilis bersama sambal hitam - Makan cucur bilis yang dibuat secara agak ringkas sedikit, cucur ini tidak terlalu pedas dan sedikit tawar, tapi bila kita dapat cicah sahaja dengan sambal hitam dari Pahang ini buat cekodok atau cucur bilis tadi bertambahlah sedapnya, tak percaya anda kena mencuba sendiri baru tahu. Selain cekodok atau cucur boleh juga mencicah sambal hitam dengan lempeng, ingat lagi saya pernah makan di satu restoren yang bernama lempeng sayang, cicah lempeng dengan sambal bilis merah dan kalaulah saya dapat bagi cadangan pada tuan kedai makan itu supaya meletakkan sambal hitam sebagai pencicah lempeng di restoren mereka sudah tentu ia menarik pelangan untuk mencuba menu yang asing bagi mereka.

# jom makan hari ini tidak keluar mana-mana, hanya dirumah makan cucur bilis cicah sambal hitam Pahang tengah hujan lebat, dengan kopi panas, layan.

Tag : Jom Makan

Baca : Cucur bilis dan sambal hitam Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 38- Santai Riadah363>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Cara buat resepi Biskut Semperit Dahlia

Info cara mudah tentang buat resepi biskut semperit dahlia yang rangup

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut semperit dahlia bagi sambutan hari raya anda. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Semperit Dahlia bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut yang sedap dan enak.

Biskut Semperit Dahlia


Cara buat biskut semperit dahlia

Tentang Biskut Semperit @ Dahlia

Resepi Biskut Semperit Dahlia, adalah antara Kuih Raya yang paling ramai orang suka, ia popular dan juga diminati. Nama yang unik, warna kuning, rangup, juga sangat sedap dengan rasa manis, biskut ini sentiasa tidak ditelan zaman dan juga dicari. Nama lain ialah biskut semperit bunga, Sempena dekat kedatangan Syawal yang mulia, antara persediaan kita ialah membuat kuih raya untuk tetamu yang berkunjung. Salah satu biskut raya yang popular ialah biskut semperit atau dahlia. Hari ini nak kongsi resepi dan cara buat biskut ini dari sumber di internet.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut semperit dahlia
Rank : 04/01 - p1
Update : 19 NOV 2015


Resepi cara buat biskut dan kuih dahlia atau semperit bunga bagi Sukatan Cawan

Bahan-Bahan
  1. 1 cawan mentega /butter
  2. 1 cawan gula kisar
  3. 2 biji kuning telur
  4. 2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
  5. 1 cawan tepung gandum
  6. 1 cawan tepung ubi
  7. 2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
  8. 1 sudu teh esen vanila
  9. hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan


Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia


  1. Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
  2. Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
  3. Tambah tepung jagung jika masih lembik
  4. Sapu dulang dengan butter
  5. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
  6. Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.
  7. Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
  8. Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  9. Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  10. Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  11. Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.
  12. Terima kasih sudi baca entri ini dan selamat mencuba buat sendiri Biskut semperit Dahlia Dengan Sukatan cawan.


Sumber dari : Cik Matahariku

Biskut dahlia  juga ada pelbagai rasa dan perisa seperti berikut :
  1. Biskut dahlia coklat


Tempahan biskut semperit dahlia

Tempahan awal biskut semperit dahlia boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut dahlia yang sedap dan istimewa anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk ini. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut semperit dahlia

Harga biskut semperit dahlia juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut dahlia dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

# nama bagi biskut semperit bunga ialah biskut dahlia, bentuk dan corak bunga dahlia, tiada perbezaan cuma ada pada nama.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Semperit Dahlia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 33- Matlamat 362>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, November 19, 2015

Biskut Bangkit Kacang Hijau 2015

Biskut Bangkit Kacang Hijau baru dengan citarasa terbaik kami bagi biskut yang sedap untuk yang berminat membuat tempahan bagi juadah sambutan aidilfitri dan hari raya nanti boleh hubungi kami di talian.

Kami pembuat Aneka Biskut Raya hanya yang terbaik untuk anda bagi Biskut Bangkit Kacang Hijau.

Juga berkongsi resepi biskut raya bagi anda yang ingin mencuba sendiri untuk membuatnya.


Biskut Bangkit Kacang Hijau
Gambar Biskut Bangkit Kacang Hijau 2015

Untuk info lanjut boleh juga ke Tempahan Biskut Raya 2015

Tag : Biskut Raya

Baca : Biskut Bangkit Kacang Hijau 2015 - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 08 / 25- Matlamat 361>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Cara buat resepi agar-agar kering

Info cara mudah tentang buat resepi agar-agar kering berwarna-warni

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan aneka kuih raya menjual agar-agar kering bagi sambutan hari raya. Juga berkongsi sedikit info Resepi Agar-Agar Kering bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang kuih raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut yang sedap dan enak.

Cara buat resepi agar-agar kering

Cara buat agar-agar kering
Contoh gambar agar-agar kering

Tentang Agar-Agar Kering berwarna-warni

Agar-agar kering adalah antara Kuih Raya  disukai, ia popular dan diminati. Warna yang cantik, serta bentuk yang kreatif dan perisa yang sedap dengan rasa manis. Bagi sempena kedatangan Syawal yang mulia, antara persediaan kita ialah membuat kuih raya untuk tetamu yang berkunjung. Salah satu ialah agar-agar kering yang popular untuk hantaran pertunangan, perkahwinan dan boleh juga dijadikan aneka doorgift anda. Hari ini nak kongsi resepi dan cara buat.

Kategori : Resepi Kuih Raya
Tajuk entri : Cara buat agar-agar kering
Rank : 04/01 - p1
Update : 19 NOV 2015


Bahan dan cara buat agar-agar kering

Bahan-bahan
  1. 60gm agar-agar bertali
  2. 1300ml air
  3. 150gm gula batu
  4. 1200gm gula pasir
  5. pewarna makanan pilihan anda warna seperti merah, hijau dan kuning.


Cara buat agar-agar kering

  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan juga buang airnya. 
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar.
  3. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati.
  4. Pastikan agar-agar benar-benar sudah hancur.
  5. Masukkan gula batu dan juga gula. Kacau rata hingga rata dan masak sehingga gula batu hancur.
  6. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia lebih cepat hancur baru masukkan kedalam periuk.
  7. Angkat dan bahagikan mengikut pilihan warna anda, boleh letak pewarna dan perisa pilihan.
  8. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk yang menarik.
  9. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik dan pusingkan sentiasa supaya ia kering dan sekata.


Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi bagi agar-agar kering yang mudah dan juga sedap, semoga dengan satu ilmu perkongsian ini membawa satu manfaat pada anda semua.

Agar kering  juga ada pelbagai jenis rasa dan perisa berwarna-warni seperti berikut :
  1. Warna merah
  2. Warna hijau
  3. Warna kuning
  4. Warna putih / sedikit jernih
  5. Warna purple
  6. Warna oren


Tempahan bagi agar-agar kering

Tempahan awal agar-agar kering boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan agar-agar kering yang sedap dan istimewa anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk ini. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga bagi agar-agar kering

Harga untuk agar-agar kering juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi untuk agar-agar kering berwarna-warni semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi agar-agar kering - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 33- Matlamat 360>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Keropok Ikan Sira Berlada Noriza Majid

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Keropok Ikan Sira Berlada Noriza Majid

Keropok ikan sira berlada atau boleh juga dikenali sebagai kopok ikan sira pedas dan manis ini dibuat oleh Noriza Majid di Besut Terengganu, keropok ikan cap udang, sotong dan ikan parang terbaik Noriza Majid ini diperbuat dari ikan, tepung kanji, lada, minyak sayuran, garam dan gula sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja ketika menonton tv dan minum petang mengikut cara sesuai anda hidangkan, sangat sesuai untuk anda seluruh seisi keluarga. Produk terbaik dan semestinya dari keluaran iks tempatan dan juga produk keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Keropok ikan sira berlada Noriza Majid

Harga Keropok Ikan Sira Berlada Noriza Majid
Berat : 80 gram / Bag
Harga : RM2.00


Diusahakan oleh :
Noriza Majid
Alamat perusahaan :
Jalan Beris Kayu Kelak Kuala Besut 22300 Besut, Terengganu

Hubungi :
Noriza Majid
Tel : 
Fax : -
Facebook : -


Tag : Produk IKS

Baca : Keropok Ikan Sira Berlada Noriza Majid - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 42- Matlamat 359>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya