Rabu, Oktober 28, 2015

Popia Sira Strawberi

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Popia Sira Strawberi

Popia Sira dari Umi Mazrah Masod ini sangat bagus dengan membuat pengeluaran pelbagai jenis aneka popia sira pelbagai jenis dan perisa didalam bekas dan mempunyai perisa seperti Popia Sira Strawberi, Oreo, Durian dan Nestum. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dibuat hidangan pada para tetamu pada hari raya dan bila-bila masa. Boleh juga untuk dijadikan doorgift. Produk dari keluaran bagi jenama Popia Sira dan juga semestinya buatan tempatan.

Produk IKS untuk jualan

Popia Sira Strawberi

Harga Popia Sira
Berat : 650 gram
Harga : RM-

Diedarkan oleh :
Umi Mazrah Masod
Alamat perusahaan :
-
Tel : 019-7113914
Facebook :
Umi Mazrah Masod

Tag : Produk IKS

Baca : Popia Sira Strawberi- INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 32- Matlamat 334>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Biskut Abah

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Biskut Abah

Biskut Abah ini sangat terkenal dengan pengeluaran pelbagai jenis aneka biskut pelbagai jenis dan perisa didalam bekas dan dalam tin dan mempunyai ramai pengedar. Bahan asas dan campuran bahan bersama Gula, garam, tepung, minyak sayuran perisa dan dan pewarna yang dibenarkan. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dibuat hidangan pada para tetamu pada hari raya dan bila-bila masa. Boleh juga untuk dijadikan doorgift. Produk dari keluaran bagi jenama biskut abah dan juga semestinya buatan tempatan.

Produk IKS untuk jualan


Harga Biskut Abah
Berat : 500 gram
Harga : RM-


Diedarkan oleh :
Band Kota Enterprise
Alamat perusahaan :
No 143, Lorong Kota 4, Taman Kota Jaya, 09100 Pulai, Baling Kedah

Facebook :
PembekBiskut.Abah
Pembekal_Biskut_Tin
Email :



Tag : Produk IKS

Baca : Biskut Abah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 31- Matlamat 333>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Dodol Durian Mama

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Dodol Durian Mama

Dodol durian cara tradisi asal dari negeri Melaka ini sangat terkenal dengan pengeluaran dodol pelbagai jenis dan perisa, bahan-bahan campuran bersama gula, tepung pulut dan santan, durian, gula melaka, glugose dan sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan doorgift. Produk dari keluaran iks di Umbai Melaka dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Dodol Durian Mama

Harga dodol durian mama
Berat : 350 gram
Harga : RM-

Diusahakan oleh :
Hamidah Food Industry
Alamat perusahaan :
3537, Km 15 Jln Melaka-Muar, Bkt Gereja 77300 Umbai, Melaka
Tel : 06-2615652 / 012-6103161 / 016-2729093
Diedarkan oleh :
Mamaku Food Industry
Alamat perusahaan :
Km 15, Kg Seri Minyak, 77300 Umbai, Melaka
Tel : 06-2615652 / 012-6995327

Tag : Produk IKS

Baca : Dodol Durian Mama - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 31- Matlamat 332>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kerepek Nenas LeaFrito

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Kerepek Nenas LeaFrito

Kerepek nenas ini diedarkan oleh Cemara Food Industries Sdn Bhd, Bahan dan kandungan seperti nenas, sirap glukoda, minyak kelapa sawit dan palm oil. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu, boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan


Harga Kerepek Nenas LeaFrito
Berat : 50 gram
Harga : RM7.00

Dikilangkan oleh :
Pusat Bimbingan Usahawan
Alamat :
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Alor Bukit, 81500 Pekan Nanas, Johor
Diedarkankan oleh :
Cemara Food Industries Sdn Bhd
Alamat perusahaan :
No 21, Bangunan 1 1/2 Tingkat, Jenis B, Bangunan IKS Perda Food Park, Kubang Merenong, 13300 Tasik Gelugor, Pulau Pinang
Tel : 04-5736111/04-5731089
Fax : 04-5731089

Tag : Produk IKS

Baca : Kerepek Nenas LeaFrito - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 30- Matlamat 331>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Asam Celagi Masam Manis Sasmi

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Asam Celagi Masam Manis Sasmi

Asam Celagi Masam Manis cara kampung dari negeri Kelantan ini diedar oleh Sasmi Rantau Trading. Sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya dan bila-bila masa. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks di Kampung dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Asam Celagi Masam Manis

Harga Asam Celagi Masam Manis
Berat : 100 gram
Harga : RM-

Diedarkankan oleh :
Sasmi Rantau Trading
Alamat perusahaan :
Kg Bukit Tandak, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Tel : 019-9246909

Tag : Produk IKS

Baca : Asam Celagi Masam Manis - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 29- Matlamat 330>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kerepek Tempe Perisa Bbq Misran

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Kerepek Tempe Perisa Bbq Misran Enterprise

Kerepek tempe perisa bbq cara kampung ini dibuat oleh Misran Enterprise, Sekinchan Sungai Besar. Sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks di Kampung dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Kerepek Tempe Perisa BBQ

Harga Kerepek Tempe Perisa Bbq
Berat : 200 gram
Harga : RM-

Diusahakan oleh :
Misran Enterprise
Alamat perusahaan :
D/A Parit 3, Sekinchan, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan
Tel : 019-6078004

Tag : Produk IKS

Baca : Kerepek Tempe Perisa Bbq Misran - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 28- Matlamat 329>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Bahulu Cermai Rozimah Bt Md Bulat

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Bahulu Cermai Rozimah Md Bulat

Bahulu Cermai cara kampung ini dibuat oleh Rozimah Md Bulat Sungai Besar. Sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks di Kampung dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan



Harga Bahulu Cermai
Berat : 200 gram
Harga : RM-

Diusahakan oleh :
Rozimah Md Bulat
Alamat perusahaan :

Tel : 

Tag : Produk IKS

Baca : Bahulu Cermai Rozimah Md Bulat - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 28- Matlamat 328>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kuih Denderam Mama

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Kuih Denderam Mama

Kuih denderam ini diedar oleh Syarikat Mamaku Food Industries, diperbuat dari bahan seperti tepung beras, gula melaka dan minyak. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu, boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Kuih Denderam Mama

Harga Kuih Denderam Mama
Berat : 250 gram
Harga : RM-.00

Diedar oleh :
Mamaku Food Industries
Alamat perusahaan :
3739 KM 15, Kg Seri Minyak 77300 Umbai, Melaka
Tel : 06-2615652

Tag : Produk IKS

Baca : Kuih Denderam Mama - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 26- Matlamat 327>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Popia simpul Nas Food Enterprise

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item popia simpul Nas Food Enterprise

Popia simpul ini dibuat di Pekan Sg Nibong Sekinchan, Selangor oleh Siti Nor Baizilah, bahan-bahan campuran bersama kulit popia, ikan bilis, cili kering, gula dan garam. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks di Pekan Sungai Nibong dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Popia simpul Nas Food Enterprise

Harga popia simpul Nas Food Enterprise
Berat : 200 gram
Harga : RM8.00

Diusahakan oleh :
Siti Nor Baizilah

Alamat perusahaan :
Tali Air 12, Pekan Sungai Nibong, 45400 Sekinchan Selangor
Hubungi
Tel : 012-6888953 010-5440221
Fax : -

Tag : Produk IKS

Baca : Popia Simpul Nas Food Enterprise - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 25- Matlamat 326>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Selasa, Oktober 27, 2015

Asam pedas isi ikan merah

Asam pedas isi ikan merah - Menu yang baik bagi masak makan malam kami ialah Resepi masakan untuk kali ini ialah masak asam pedas dan yang lebih istimewanya dengan kehadiran isi ikan merah yang pejal dan segar. Tapi kalau dapat kepala ikan merah jika buat masakan asam pedas lagi sedap dan sangat terbaik, tapi apa daya bagi kepala ikan merah ini harganya sangat mahal dan jadi beli isi ikan merah bagi kami sudah memadai untuk makcik saya membuat dan memasak asam pedas yang mudah dan ringkas disediakan.

Selain resepi asam pedas isi ikan merah juga sedap dibuat sup, masak kari lebih lagi yang sangat terkenal sekarang ini dengan kari kepala ikan, bagi kami kali ini untuk masak dan kongsi resepi masakan asam pedas adalah terbaik untuk isi ikan merah, ada rasa masam, manis, pedas, masin dan cukup rasa kesemuanya. Rasa macam makan asam pedas Melaka pun ada, jom masak dan resepi masakan yang kami kongsikan dibawah.

Asam pedas isi ikan merah

Asam pedas isi ikan merah

Resepi Masakan - Asam pedas

Bahan untuk asam pedas isi ikan merah

Bahan-bahan:
  1. 5 keping ikan merah
  2. 10 biji kacang bendi
  3. 1 batang serai - dititik
  4. 1 kuntum bunga kantan
  5. 2 keping asam keping
  6. 2 cawan air
  7. minyak
  8. garam / gula / perasa pilihan


Bahan tumbuk / kisar:
  1. 30 biji cili kering
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 5 biji bawang merah
  4. 2cm halia
  5. 5cm kunyit hidup
  6. sedikit belacan

Cara masak asam pedas isi ikan merah
  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai, bunga kantan, asam gelugur dan air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan merah dan biarkan masak selama 5-7 minit - jangan masak terlalu lama sebab isi ikan merah lembut
  4. Masukkan kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
  5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.


Bau asam pedas sahaja sudah menarik perhatian, warna merah dan kuah sedang-sedang dan campuran kacang bendi menarik perhatian, isi ikan merah yang pejal dan manis, ikan ini beli dipasar siap potong dadu, jika ikan ini besar. Kalau nak lagi sedap jika anda beli kepala ikan merah buat asam pedas memang terangkat. Selamat mencuba asam pedas ikan merah semoga berkongsi untuk manfaat, selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Asam pedas isi ikan merah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 24-Masakan325>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Isnin, Oktober 26, 2015

Cara Jadikan Blog Perusahaan

Cara Jadikan Blog Perusahaan - Tips untuk jadikan blog dan menjadi blogger dalam perusahaan dan perniagaan ialah keazaman dan usaha gigih yang berterusan.  Blog akan jadi satu perniagaan dan sebagai sumber rezeki, jadi yang paling penting adalah usaha anda dan blogger itu sendiri  adalah satu kunci bagi kejayaan. Perusahaan dalam blogger perlu ambil insentif atau kreativiti membuat satu laman blog yang baik untuk promosikan produk anda bagi pasaran yang lebih jauh. Apa yang perlu ada pada blog dan laman web perniagaan adalah seperti berikut.

Blog dalam perusahaan

blogger dalam perusahaan
Kedai Online, contoh baju raya

Produk
Paling penting untuk jadikan blog perniagaan adalah produk, tanpa produk ia tidak menjadikan anda sebuah blog perniagaan, apa produk yang ingin dijual, selain produk juga boleh juga perkhidmatan yang ingin diberikan. Produk adalah perkara asas dan selepas itu baru boleh membina jenama, penting mengambil insentif promosikan produk anda didalam blog bagi memberi tahu dan memperkenalkan produk anda kepada umum dan penguna internet. Contoh bagi Info Produk yang dihasilkan oleh saya sendiri berkenaan info bagi produk tersebut.

Lokasi
Selepas anda buat berkenaan produk serta info bagi produk anda, penting juga adalah Lokasi, Dalam anda ingin jadikan blog dalam perusahaan dan perniagaan sangat penting anda meletakkan lokasi perniagaan seperti alamat premis bagi memudahkan pelanggan yang ingin membeli produk anda secara terus. Saya sarankan anda mendaftar di google dan google+ page serta membina google maps bagi memudahkan pengunjung yang ingin datang ke premis perniagaan anda. Bagaimana ingin membina google maps? Jika ada yang bertanya inshaallah saya boleh bantu.

Hubungi
Produk dan lokasi sudah, yang ketiga paling penting ialah meletakkan nombor panggilan dan handphone 'HP' dan sekurang-kurangnya ialah email bagi memudahkan pelanggan yang berminat menghubungi perniagaan anda. Ada yang membina laman blog perniagaan tanpa dapat dihubungi, ia menyukarkan pengguna yang ingin berurusan dengan anda. Sebagai contoh blog ini membina page Hubungi bagi memudahkan pelanggan yang ingin berurusan dengan kami.

Promosi
Bab ini yang paling penting bagi jadikan blog perusahaan, 'promosi' ada dua kategori iaitu promosi percuma dan promosi berbayar, terpulang anda mengikut bajet bagi perniagaan anda. Jika ingin percuma ialah blogspot adalah salah satu medium yang mudah dan percuma dan selain itu banyak laman sosial lainya. Tapi anda boleh jadikan ia berbayar dengan menaja dan sponsor add di blog lain bagi meletakkan iklan anda bagi tujuan promosi dan mengembangkan perniagaan. Laman sosial juga ada jika anda ingin beriklan dengan syarat anda berduit.

Harga
Paling sukar untuk jadikan blog perusahaan ialah tag harga, bukan tidak ingin meletak harga tetapi seiring masa berjalan dan juga harga berubah, jadi perlu anda rajin update dan jika tidak boleh beri pilihan tidak meletakkan tanda harga seiring perubahan tersebut. Contoh seperti entri bagi tiga tahun lepas beserta harga, tidak mungkin sekarang harga sama dan tiada perubahan disebabkan kenaikkan kos. Pilihan jika ingin meletakkan tag harga di di blog perniagaan ialah tempatkan di satu sahaja page sebagai contoh Senarai Harga bagi produk anda. memudahkan anda dan juga pengunjung jika ingin tahu sebut harga.

Matlamat dan jadikan ia penting bagi blog perniagaan mempunyai anda yang pertama ialah produk dan perkhidmatan untuk jualan disertakan lokasi seperti google maps, nombor yang boleh dihubungi pelanggan, promosi yang berterusan dan yang paling penting kebanyakan pengguna ingin tahu ialah harga. Semoga perkongsian berkenaan cara jadikan blog perusahaan ini membawa makna dan manfaat pada anda yang ingin jadikan perusahaan dalam blogger menjadi kejayaan.

Sekian terima kasih, jika anda suka entri ini boleh share di laman sosial dan boleh ikuti kami juga melalui email di kotak bawah yang disediakan.

Selamat maju jaya.

Tag : Blogger

Baca : Cara Jadikan Blog Perusahaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 11 / 02- Blogger324>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, Oktober 25, 2015

Perusahaan dalam blogger

Perusahaan dalam blogger - Banyak usahawan menjadikan medium online sebagai promosi bagi memperkenalkan produk mereka kepada umum sejak meletus dunia tanpa sepadan dengan gadget yang pelbagai jenis dan dunia hanya dihujung jari anda. Carian juga pelbagai berada di internet, blog dan blogger juga tumbuh bagai cendawan ada yang guna blogspot atau wordpress dalam membina laman website perniagaan mereka, blogger baru atau yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogger di Malaysia, atau ada juga blog yang tinggal tidak diuruskan atau sudah lama tidak di update. Harap admin dan penulis bagi blog itu kembali aktif dan memeriahkan suasana dunia blogging di Malaysia tidak kira blog itu peribadi atau perusahaan dalam blogger.

Kerepek Sungai Besar
Niche kami di inamurni.com

Blog blogger kerepek

Banyak blog blogger yang berniche kerepek di Malaysia, inamurni.com niche kerepek Sg Besar termasuk dalam salah satu perusahaan dalam blogger yang aktif hingga kini Alhamdullilah, keyword perniagaan kerepek terlalu banyak jika ingin nak dimasukkan dalam page ini. Perkongsian ini menunjukkan perusahaan iks di Malaysia telah celik it dan bagi mereka internet sebagai lubuk atau carian pendapatan dalam mencari pelanggan. Contoh blog yang berniche kerepek dan sangat jelas perniagaan mereka menjual dan membuat kerepek serta perusahaan makanan tradisi, bab ini belum lagi mengunakan laman sosial lainnya seperti contohnya di facebook.

Antara pengusaha kerepek dan perusahaan dalam blogger :

  1. Raja Kerepek - kerepekjohor.blogspot.com
  2. kerepek Corner - kerepek-corner.blogspot.com
  3. d'melur kerepek - dmelurkerepek.blogspot.com
  4. Kerepek Mesrinah - kerepekmesrinah.blogspot.com
Sebenarnya banyak lagi blog yang menjual atau perusahaan kerepek di Malaysia, saya ambil ini di carian google dengan carian " kerepek " yang lain ada banyak lagi dan jangan kecil hati pula blog bagi perusahaan anda tidak tersenarai didalam entri ini, sebenarnya bila saya ada masa atau tiada halangan ingin juga membuat satu label tag " blogger " tentang blog perusahaan yang berada di Malaysia, agak mustahil jika ingin senaraikan kesemuanya kerana ia terlalu banyak.

Perusahaan dalam blogger

Seperti diatas saya sebutkan usahawan dan perusahaan dalam blogger hanya kategori kerepek, macam mana pula perniagaan lain seperti " Biskut Raya " yang boleh tahan juga banyak senarainya. Usahawan seperti " Bahulu dan kek " serta " doorgift goodies bag " atau makanan tradisi seperti dodol, kuih atau restoran kedai makan dan katering, itu baru sahaja kategori perusahaan bagi makanan belum masuk blog perlancongan seperti juga termasuk homestay, banyak juga blog berkenaan Homestay di Malaysia atau blog berkaitan perkhidmatan yang diberi dan kategori selainnya. Dibawah senarai blogger dan blog perusahaan yang ingin dikongsi sebagai rekod dalam tag blogger kami sebagai rujukan.

Cita-cita kami ingin menyenaraikan semua blog yang berkaitan perusahaan dalam blogger untuk rujukan kami dan juga umum. Harap perkongsian ini membawa manfaat untuk sama mengembangkan perniagaan masing-masing menuju era globalisasi dan diharap maju jaya pada semua dalam perniagaan masing-masing. Dibawah jika ada senarai blog perusahaan dan dengan kategori sekali.

Senarai blogger dan blog perusahaan

1-
2-
3-
4-
5- update akan datang... coming soon

Senarai blog bagi perusahaan dalam blogger belum siap sepenuhnya, nantikan update terbaru label tag ini di entri akan datang, anda boleh langgan juga entri terkini di ruang kotak   author dibawah. Akan datang juga berikan tip blog bagi cara jadikan blog perusahaan dan perniagaan, bagaimana ingin membina blog yang mudah navigasinya. 

Tag : Blogger

Baca : Perusahaan dalam blogger - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 11 / 01- Blogger323>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, Oktober 24, 2015

Masak lemak ketam makcik masak

Masak lemak ketam makcik masak - malam ini memang tidak pergi mana atau pergi makan diluar, makcik pula rajin hari ini mamasak menu istimewa iaitu masak lauk ketam pada malam ini, nak tulis entri bagi resepi masakan sudah dibuat, jadi sekarang versi jom makan dan juga kongsi dan baca resepi ketam masak lemak cili padi yang dibuat dan ikuti atau baca link yang diberikan sebentar tadi atau pilihan anda boleh buat carian di kotak diberikan diatas.

Masak lemak ketam

masak lemak ketam makcik
Layan masak lemak ketam

Jom makan kali ini tidak ada lain nak makan ketam, bukan senang kalau nak menikmati isi manis ketam ini, kulit dan cengkerang keras menjadi penghalang, kuah ketam juga manis dan sedap, tips bagi yang ingin menikmati kuah masak lemak ketam yang sedap perlulah mencari ketam yang segar dahulu. Kedua ialah jantina ketam, ketam betina lebih banyak isi berbanding ketam jantan dan kalau lebih untung anda dapat telur ketam, sangat sedap rasa dia.

Beza ketam jantan betina

Bagi yang sudah tahu abaikan entri ini, beza ketam jantan dan betina ialah dibawah dan bahagian belakang ketam jika kopak dan punggung besar itu betina, jika kecil ia jantan. Ada juga mitos atau khabar jika nak beli ketam waktu bulan penuh sebab isi ketam ini padat berbanding bulan separuh. Siang ketam juga senang, belah dua dah siap untuk dimasak. Kebiasaan masak lemak yang sedap, kalau masak kari ketam sedap juga seperti pengalaman saya makan mee kari ketam di restoran berikut, baca.

Tempat saya makan mee kari ketam di :


Jika nak makan ketam goreng juga ada, buat kelainan sedikit boleh makan ketam yang digoreng, kalau nak cari makanan ini boleh baca entri iaitu bazar ramadan Sg Hj Dorani, masa jualan bazar ternampak peniaga yang menjual ketam goreng salut tepung yang ranggup, tapi saya lebih suka ketam masak lemak cili padi, boleh hirup kuah dan makan dengan nasi panas.

Itu serba sedikit cerita pasal nak makan ketam juga kongsi resepi dan juga tempat makan atau restoren yang saya terjah, jom makan bagi yang berminat dengan isi dan manis ketam.

Tag : Jom Makan

Baca : Masak lemak ketam makcik masak - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 34- Santai Riadah322>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya