Sabtu, September 26, 2015

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan patin masak tempoyak - Hari ini saya dan adik pergi ke Bandar Pusat Jengka mencari lampu dan mentol serta wayar untuk dipasang dirumah mak, balik dari sana teringin pula nak makan gulai tempoyak yang adik suka makan tu, selalu pergi Pekan Temerloh dapat juga singgah di Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh tetapi kali ini nak merasa masak sendiri di rumah, kebetulan dirumah mak ada banyak lagi tempoyak, ni yang kenan tu. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Kami cari ikan patin segar Sg Pahang di Kampung Rumpun Makmur jalan menuju ke Jengka 25 dan ada banyak juga homestay disini atau laluan yang selalu untuk saya pergi ke Pekan Jerantut ia sebelum jambatan melalui Sungai Pahang, banyak pula gerai kecil menjual ikan patin sangkar. Patin disini tidak hanyir seperti patin kolam, tu sebab harga dia mungkin sedikit tinggi. Harga sekilo RM17 dan timbang kebetulan ngam2 dua ekor tu sekilo. Jadi hari ini nak kongsi resepi salah satu masakan ikan patin masak tempoyak ala cara Pahang.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Gambar ikan patin masak tempoyak

Resepi Masakan : Gulai Tempoyak

Masak ikan patin gulai tempoyak

Bahan-bahan
  1. 2 ekor Ikan patin
  2. 4 Senduk tempoyak
  3. 7 Cawan air
  4. Segengam Cili padi merah
  5. 1 biji Kunyit hidup
  6. Segengam Daun kesum
  7. Garam dan perasa

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Pandangan atas, gulai tempoyak ikan patin

Cara masak ikan patin tempoyak

1 - Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup tidak terlalu lumat, sedang sedang sahaja.
Campur dan gaul bersama tempoyak hingga sebati dengan cili padi, kunyit hidup.

Masakan Ikan Patin Masak Tempoyak
Gaulkan hingga naik aroma bau tempoyak

2 - Panaskan kuali, masukkan air dan bahan yang ditumbuk tadi bercampur juga tempoyak dan biar didih.

Masakan Ikan Patin Masak Tempoyak
Campurkan ikan patin dan tunggu hingga masak

3 - Masukkan segengam daun kesum juga garam dan perasa, boleh masukkan ikan dan perlahankan api, masak ikan dalam 10 minit dan sedia dihidang.

Resepi ringkas ikan patin masak tempoyak yang kami kongsikan, senang je nak buat masakan ni, kalau dapat ikan patin boleh la nak cuba masakan Pahang yang terkenal ni.

Selamat mencuba..

Tag : Masakan

Baca : Ikan Patin Masak Tempoyak - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 18-Masakan299>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, September 19, 2015

Mai Makan Tomyam Sungai Besar

Mai Makan Tomyam Sungai Besar - Ini nama kedai makan yang terletak berhampiran simpang empat di trafik light berhampiran sangat dengan Petronas, mc donald dan disebelah ada car wash untuk cuci kereta. Hari ini memang tujuan nak cuci kereta yang sudah kotor sangat, lama sangat tunggu kereta siap dicuci tu yang saya singah makan disini.

Menu wow makan tomyam Sg Besar

mai makan tomyam
Antara menu yang boleh dicuba

Wow Makan Tomyam, nama je dah tomyam, mesti menu tomyam dia rasa sedap. Tapi hari ini tiada selera la nak makan tomyam, tapi hari ini teringin nak makan sup tulang, mana tau sup tulang kat sini sedap kan. Tengok sahaja menu sup tulang hanya harga RM7.00 je, ok la harga tu' takla mahal sangat.
Sekali je rasa kuah sup dia, dah wow pedas, tapi takde la pedas sangat terasa, boleh masuk lagi kat tekak, daging pun lembut je rasa dia, takde liat sangat. Ada sambal dia, tapi tak rasa macam sambal belacan, bawang rasa segar dan bawang putih potong besar2, rasa sedikit masam seakan tomyam dan cara masak sup ala thai.

Sup tulang di mai makan tomyam

Sup tulang
Sup tulang ala thai

Order teh ais dan makan bersama nasi dan keseluruhan RM10 riya je. Wkw mai makan tomyam, rasa lain kali nak rasa pula tomyam kat sini mungkin tomyam dia sedap, seafood juga ada dan banyak pilihan masakan, review jom makan pertama kat Sg Besar ni. Mungkin ada yang pernah makan disini, sedap tak.

Makan sup tulang dengan nasi dan sambal


Terima kasih sudi baca..

Tag : Jom makan

Baca : Mai Makan Tomyam Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 28- Santai Riadah298>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Mis Mentarang Bakar Sekinchan

Mis Mentarang Bakar Sekinchan dan sup belut, antara menu yang mesti dicuba,  bagi yang meminati jenis siput laut seperti mentarang yang dibakar anda boleh datang sekitar bandar Sekinchan.  Banyak gerai jualan dan restoran mentarang bakar seperti sebelum ini kami singgah iaitu Faridah Mentarang Bakar dan yang lain-lain dan salah satunya ialah MIS MENTARANG BAKAR ini.

Papan tanda perniagaan mentarang bakar

Papan tanda Mis mentarang bakar
Sup belut juga boleh ditemui disini

Cerita mentarang bakar ni ialah rasanya yang sedap, kena lagi sesuai lagi dengan sosnya. Nampak macam kering je, tapi berjus didalam..fuhh, baca juga menu wajib di Kuala Selangor berkenaan mentarang bakar.

Mentarang bakar semangkuk

Mentarang bakar yang sedia untuk dihidang

Bakar jangan tak bakar

3 ekor je mentarang tengah bakar

Mentarang segar, dan juga kerang

Inilah rupabentuk mentarang segar yang akan dibakar hidup-hidup uhh sadisnya.

Kolam penternakan mentarang

Kolam mentarang

Bagi memastikan bekalan mentarang sentiasa mencukupi,  ada yang menternak mentarang bila masa bekalan siput laut itu sukar ditemui.


Jika berminat nak rasa kesedapan isi mentarang yang manis dan sedap sangat, datanglah ke pekan Sekinchan.. terima kasih sudi baca.

Tag : Jom makan

Baca : Mis Mentarang Bakar Sekinchan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 27- Santai Riadah297>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, September 17, 2015

Kuih Kapit Coklat Iman's Cookies

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Kuih Kapit Coklat Iman's Cookies

Kuih Kapit Coklat ini dibuat oleh Syarikat Iman's Cookies, diperbuat dari bahan seperti Tepung gandum, gula, telur, santan, coklat. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu, boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan


Harga Kuih Sepit Coklat Iman's
Berat : 500 gram
Harga : RM-.00

Dibuat oleh :
Iman's Cookies
Alamat perusahaan :
Kampunv Sungai Apong, 45100 Sabak  Bernam , Selangor
Tel : 019-6619875/010-3671997
Facebook :
Nurul Azrein Ibnu
Instagram/Telegram :
Nurul

Tag : Produk IKS

Baca : Kuih Kapit Coklat Iman's Cookies - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 19- Matlamat 296>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kuih Cakar Ayam Aiman Qaseh

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Kuih Cakar Ayam Aiman Qaseh

Kuih Cakar Ayam ini dibuat oleh Syarikat Aiman Qaseh Food Enterprise, diperbuat dari bahan sepeeti ubi keledek, minyak masak, gula, bijan dan gula merah. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu, boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan


Harga Kuih Cakar Ayam Aiman Qaseh
Berat : 200 gram
Harga : RM-.00

Diedarkan oleh :
Aiman Qaseh Food Enterprise
Alamat perusahaan :
No 121, Jalan Sultan, Rumah Rakyat, 86500 Bekok, Segamat, Johor
Tel : 019-7340881

Dikilangkan :
Ali Bin Isnin
Alamat :
Felda Pasoh 3, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Tel : 017-3728304
Tag : Produk IKS

Baca : Kuih Cakar Ayam Aiman Qaseh - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 18- Matlamat 295>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kerepek Rumpai Laut Ks Food Enterprise

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Kerepek Rumpai Laut Ks Food Enterprise

Kerepek rumpai laut ini dibuat oleh Syarikat KS Enterprise, diperbuat dari bahan seperti rumpai laut, kulit popia, telur dan minyak. Sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu, boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan


Harga Kerepek Rumpai Laut
Berat : 200 gram
Harga : RM-.00

Dibuat oleh :
Ks Food Enterprise
Alamat perusahaan :
Lot 6371 B, Jln Bt Bukit Kapar, 42200 Kapar Klang, Selangor
Tel : 016-2857359/017-3135620

Tag : Produk IKS

Baca : Kerepek Rumpai Laut Ks Food Enterprise - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 17- Matlamat 294>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, September 12, 2015

Perjalanan ke Kota Bharu Kelantan

Perjalanan ke Kota Bharu Kelantan - Sudah lama tidak menulis tentang jom jalan dan kali ini admin dengan adik ingin membuat perjalanan ke Kota Bharu Kelantan, hanya membawa kenderaan produa kancil ez 850 auto yang sudah diservis untuk memulakan perjalanan jauh dari Felda Terkis Jengka 22. Sudah ada pengalaman sebelum ini mengunakan kenderaan yang sama dan jarak yang harus ditempoh sejauh 386 kilometer, sangat jauhkan.

Permandangan perjalanan

Jalan ke Gua Musang
Highway menuju ke Gua Musang

Jam 8.30 pagi sudah mula gerak, kami  ikut arah jalan ke Jerantut, jalan selesa dan lurus melalui kebun kelapa sawit. Sampai bandar Jerantut, isi minyak penuh dan melalui jalan yang sempit serta bengkang bengkok dan mencabar melalui jalan hutan dan banyak perkampungan pendalaman sehingga ke persimpangan Benta, mujur jalan ini cantik dan tidak berlubang, dari Benta baru jalan sedikit selesa dan lebar.

Kecantikan gunung ganang

Gua Musang
Kecantikan keindahan jalan

Perjalanan diteruskan, cadang nak berehat di R&R Gua Musang. Paling best jalan dan suasana di daerah Gua Musang dengan keindahan bukit dan gunung batu kapur yang cantik membuat mata terpegun. Highway sudah mula boleh dilalui walaupun tidak siap sepenuhnya, ini yang membuatkan perjalanan yang lancar serta jimat masa. Sepanjang dari perjalanan kami dekat dengan daerah Gua Musang, lihat dibahu jalan ada jualan buah, jeruk dan hasil dari Kampung. Kami sampai ke R&R Gua Musang jam 12.05 pm.

Jalan lengang dan selesa

Area Gua Musang
Menikmati keindahan alam

R&R Gua Musang

Air Minuman Gua Musang
Cantik bekas air kat R&R Gua Musang ni

Sampai sahaja R&R Gua Musang, untuk hilangkan penat memandu, nak makan tengahari, sebab mak ada bekalkan nasi serta sambal tempoyak dengan ayam goreng, ada juga dibawakan ayam masak kicap, tapi segan pula nak bawa bekalan makan kat R&R ni. Rehat pastu beli hot n roll, beli air minum. Bersambung k, sebenarnya malas nak tulis entri ni panjang2 hek2.. Teruskan Sambungan Perjalanan Kota Bharu Kelantan.

Tag : Jom Jalan

Baca : Perjalanan ke Kota Bharu Kelantan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 06 - Santai Riadah293>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Jumaat, September 11, 2015

Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan

Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan - Jalan jalan kat Kelantan tak sah kalau tidak mampir di restauran nasi ulam cikgu ni. Cawangan ada sekitar Kota Bharu di kawasan kraftangan dan seni dan juga berada di pekan Pengkalan Chepa, bagi masyarakat Kelantan yang gemar makan pelbagai aneka ulam ulaman sangat sesuai singgah disini. Bukan ulam sahaja, sambal budu, tempoyak dan sambal belacan serta pelbagai lauk menanti kehadiran pengunjung. Pagi tadi berkesempatan bersarapan di Nasi Lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan yang sedap, teruskan jom jalan kali ini dengan nasi ulam pula.

Masa datang waktu tengahari hari itu keadaan penuh sesak, mungkin sama waktu dengan pendaftaran masuk pelajar di UMK. Konsep layan diri, ambil apa sahaja lauk dan pelbagai jenis ulam yang baik untuk kesihatan. Saya ambil hirisan mangga muda, sambal belacan dan tempoyak, ikan sardin bakar dan inilah menu simple saya. Adik ambil macam jenis ulam, tak sempat nak gambiran. Air disini mengunakan jug, kami pilih air bandung.

Nasi ulam serta lauk

Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan
Nasi berlauk ikan sardin bakar dan mangga

Sambal belacan ngan tempoyak sedap, macam tempoyak Pahang. Ikan bakar pon boleh tahan rasanya. Dan yang paling bagus kat sini, harga kami makan termasuk air bandung satu jug, kami berdua cuma RM10 riyaa je, murahkan.

Ramai pengunjung di sini

Permandangan dalam restaurant
Ramainya pengunjung datang berkunjung

Sesak dengan ramai pengunjung, tempat makan juga sangat selesa, banyak hiasan tradisi di setiap penjuru restauran dan sangat sesuai dengan makanan ala kampung serta ulam ulaman. Nasib saya di Kelantan hanya 2 hari sahaja, tak puas untuk saya jalan jalan cari makan disini, malamnya ingin pulang ke Klang menaiki bas.

Tag : Jom Makan

Baca : Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 26- Santai Riadah292>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Nasi lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan

Nasi Lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan - Sarapan pagi kami kali ini ialah nasi lemak tc atau dikenali nasi lemak bersinar, adik kata nasi lemak kat sini sedap, jadi ni yang nak cuba tu. Jam 8.30 pagi gerak dari hotel penginapan kami ditepi sungai Kelantan Kota Bharu ke Pengkalan Chepa ambil masa perjalanan dengan kereta hanya 20 minit sahaja. Sampai lokasi kami pesan apa lauk kegemaran yang akan menjadi sarapan pagi ini.

Yang sangat menarik di nasi lemak tc ialah lauk-lauknya banyak juga pilihan dan piring untuk diisi lauk dan sambal tadi asing dengan nasi lemak, juga bersama telur goreng. Dengar cerita sebelum ini meniaga nasi lemak di Teluk Cempedak Kuantan dan berpindah kesini, jadi nama singkatan tadi jadilah TC seperti sekarang juga dikenali nasi lemak bersinar. Harga nasi lemak 2 dengan lauk seperti dibawah serta tea beng ais RM13.00 keseluruhan.

Nasi lemak TC bersama lauk

Nasi lemak tc pengkalan chepa
Sambal nasi lemak yang menyelerakan

Kami ambil lauk sambal sotong, sambal daging dan juga paru lembu goreng bersama air spesial kat sini tea beng yang kaw. Sambal nasi lemak tc ni rasa sedikit manis, memang banyak ciri dan citarasa orang Kelantan. Sambal sotong juga sedap makan bersama dengan sambal daging juga nasi lemak bersinar yang sedikit pejal seperti nasi kukus. Selain dari nasi lemak tc yang terkenal kat Kelantan ini seperti restaurant nasi ulam cikgu dan juga nasi air? Pelikkan.

Permandangan di Nasi Lemak TC

Permandangan Nasi Lemak TC
Pandangan hadapan gerai makan nasi lemak tc

Tag : Jom Makan

Baca : Nasi lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 25- Santai Riadah291>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya