Rabu, Julai 29, 2015

Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh

Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh - Balik ke Pahang sebab nak hantar mak balik pulang ke kampung, lalu ikut jalan lama Karak, sahaja tidak melalui jalan lebuhraya sebab banyak kenangan lalu jalan ni. Hari berangsur nak mahgrib baru kami sampai ke pekan Temerloh, Pahang. Solat dulu di masjid. Selepas itu nak teruskan perjalanan pulang, mak pula lapar dan lagipun nak masak di rumah penat sebab perjalanan jauh.

Kepala ikan patin gulai tempoyak


Dalam pencarian kedai makan, adik pula teringin nak makan gulai patin tempoyak, lalu disimpang tiga jalan tepi sungai Pahang berhampiran jambatan lama, bersebelahan stesin minyak ternampak papan tanda besar di GOBANG MAJU PATIN TEMPOYAK SRI RAMPAI. Kami masuk dalam dan cari tempat duduk yang sesuai, kelkatu dan serangga berterbangan mengejar lampu, rasa rimas pun ada. Kami duduk selepas itu ada pelayan datang, katanya layan diri. Kat sini menu makanan lain tidak banyak pilihan. Hanya gulai patin tempoyak, ikan talapia bakar, ada juga sambal tempoyak dan makan dengan petai.

Sekitar gobang maju


Semangkuk gulai patin tempoyak RM12, boleh pilih bahagian mana, kami pilih bahagian kepala dan ekor. Dua mangkuk dah jadi RM24 harganya cukup untuk kami empat orang makan. Rasa kuah cukup pekat dan terasa tempoyaknya, ikan patin pun tidak hanyir dan sedikit manis, bukan selera mak saya makan manis2. Bersama sambal jika yang suka pedas sebab gulai tempoyak patin ni kurang pedas sesuai juga untuk kanak2. Nasi dengan salad dan telur masin. Gulai patin tempoyak dihidang panas. Makan keseluruhan campur nasi dan air semua kena RM42.


Kalau nak makan gulai tempoyak ikan patin boleh datang ke gobang maju Temerloh, bukan disini sahaja gerai yang menghidangkanya. Ada banyak lagi kedai makan disekitar bandar Temerloh yang sedia untuk dikunjungi jika ingin merasa kesedapan gulai tempoyak ikan patin dan semestinya di bandar Temerloh adalah yang terbaik. Kebanyakan ikan patin sangkar di sekitar, kurang hanyir banding ikan patin kolam. Kalau nak yang lagi sedap dan mahal boleh cuba patin sungai liar, tapi harganya sedikit mahal.

Habis licin gulai tempoyak ikan patin


Ini kegemaran adik perempuan, kalau dia ada mesti beli sama ada di pasar dan bazar, kalau anda ingin mencuba boleh ke link ini, resepi masakan sendiri Ikan Patin Masak Tempoyak, Selamat Datang ke bandar Temerloh, Pahang.

Tag : Jom makan

Baca : Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 24- Santai Riadah279>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Selasa, Julai 28, 2015

Pintu gerbang hari raya 2015

Pintu gerbang hari raya 2015 - Dalam hari kita menyambut syawal juga aidilfitri dan hari raya, Sekarang saya di lokasi kini di Kg Tok Muda dan juga Kg Sg Serdang, Jeram Selangor. Cantik dengan sangat meriah akan kelipan cahaya dari pelita dan juga lampu yang bewarna warni aidilfitri. Dapat pusing keliling kampung di setiap lorong jalan sangat gah dengan pintu gerbang hari raya pelbagai corak dan bentuk dengan dihiasi lampu neon LED warna warni mewarnai tema sambutan hari raya bagi tahun 2015. Bagi saya untuk tahun 2015 yang ketara dan menarik seperti dibawah.

Rumah mini tradisi


Paling menarik di Jalan Masjid Kg Tok Muda tahun ini dengan tema rumah tradisi mini yang cantik, terletak betul di tepi jalan dan simpang, dekat dengan sekolah rendah, sangat cantik. Dihiasi lagi dengan lampu led warna warnu berkelipan.

Dibawah antara pintu gerbang raya yang berjaya diambil gambarnya.

Pintu gerbang Jalan Bukit Kerang


Pintu gerbang Kg Sungai Serdang


Ucapan Raya

Walaupun dah masuk hari ke 11 Syawal, berkesempatan masa ini, kami di ina murni ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada pelanggan kami, juga pelawat dan juga rakyat Malaysia amnya.

Tag : Ucapan Raya

Baca : Pintu gerbang raya 2015 - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 23- Santai Riadah278>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Rabu, Julai 15, 2015

Bazar ramadan Temerloh, Pahang

Bazar ramadan Temerloh, Pahang - Bandar ini kembali pulih selepas dilanda bencana banjir, banyak kedai sudah beroperasi seperti biasa, pergi ke bazar ramadan Temerloh agak lewat sedikit selepas selesai repair kereta dan juga pergi ke expo raya 2015 Temerloh, Pahang. Sudah ramai peniaga bazar ramadan mula hendak mengemas jualan, saya datang tiada apa yang ingin dibeli disini. Yang sempat hanya berbuka puasa di restaurant yang berhampiran sahaja.

Papan tanda bandar Temerloh
Kesan kerosakan selepas banjir

Kompleks Ikan Patin

Mercu tanda bandar Temerloh masih kukuh walaupun dilanda banjir teruk, bukti dan kesan dalamnya banjir tersebut. Mercu tanda baru, Kompleks ikan patin ia terletak dekat tepi sungai Pahang. Cadang nak makan gulai tempoyak ikan patin, tapi restaurant tu dah penuh, tiada tempat nak duduk dah. Jadi saya beralih di kedai yang kosong yang tidak ramai pengunjung disitu, ada juga yang berbuka di bazar ramadan dalam keadaan sedikit gelap, dengan cahaya bulan sahaja. Tetapi cukup sudah bagi mereka.

Laicykang

Laicykang bandar Temerloh

Ini laicykang di bandar Temerloh, tidak la sedap sangat, tapi boleh basahkan tekak, rasanya manis sangat sampai kena pesan ais kosong untuk campur bagi kurangkan sedikit manis. Dalam tiada bahan campuran yang menarik, hanya cincau, laicy, telur katak dan sedikit kacang tanah' tu je bahanya. Saya makan nasi goreng ayam kat sini bersama laicykang, harga kedua duanya RM10.50, mahal sangat bagi saya.


Dapat juga beli baju melayu warna purple di bandar Temerloh. Butang baju belum beli lagi, nak cari di expo raya Sungai Besar pula..hmm.

Tag : Ramadan

Baca : Bazar ramadan Temerloh, Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 11- Matlamat 277>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Selasa, Julai 14, 2015

Expo Raya 2015 Temerloh, Pahang

Expo Raya 2015 Temerloh, Pahang - Jalan-jalan ke bandar yang terkenal dengan ikan patin di Temerloh, Pahang. Banyak jualan seperti aneka kerepek dan juga biskut raya dijual disitu. Harga pula bagi kebanyakan biskut raya sebalang RM25.00 dan harga kerepek ubi pula RM10 bagi 400gram, jauh beza dengan harga biskut raya dan kerepek di Selangor.


Masa saya ke expo Temerloh suasana sepi dengan pengunjung, mungkin mereka akan datang saat akhir atau malam hari. Masa saya datang dalam jam 3 petang. Bukan biskut sahaja, ada jualan pakaian dan juga eksesori lainya di sebelah. Tidak banyak pilihan untuk baju raya tetapi jika ingin cari bag, dompet, tali pinggang dan selipar ada juga jual disini.

Expo Raya di Temerloh tidak luas serta kecil jika nak banding keluasan expo raya 2015 Sungai Besar di dalam perkarangan stadium. Saya hanya beli tali pinggang RM20 disini. Selepas ini jika sempat nak ke bazar Temerloh pula. Cari apa yang unik disini bandar Temerloh. Gulai tempoyak semestinya terkenal dan sedap.

Tag : Ramadan

Baca : Expo Raya 2015 Temerloh, Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 10- Matlamat 276>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Bazar ramadan Jerantut, Pahang

Bazar ramadan Jerantut - Hari yang ke 25 menunaikan kewajipan ibadah puasa, saya sekarang berada di bandar Jerantut, berada di negeri Pahang Darul Makmur. Bazar ramadan disini berbeza dari negeri selangor dan kebanyakan dari segi masakan dan makanan yang dijual. Banyak kelainan di bazar Jerantut, kalau dilihat ada ikan patin bakar, terubuk bakar dan juga gulai tempoyak ikan patin. Masak gulai serung dan macam2 kuih yang ada di negeri Pahang dan terkenal banyak masakan dari Kelantan.

Bulatan Pawang Nong, Jerantut Pahang


Ayam golek meriah, pelbagai jenis cara perapan dan bahan untuk pilihan anda ada di bazar Jerantut. Pelbagai juga jenis mertabak, paling bagus disini mertabaknya sangat tebal, banding di Selangor, mertabak disini lebih sedap, bagi saya. Sekeping mertabak daging disini berharga RM6.00, kalau di bazar negeri Selangor kebanyakan RM3.00 saiz kecil. Ada juga yang jual saiz besar tapi kurang banyak yang menjualnya banding disini. Harga pula lingkungan RM5.00 ke RM6.00 sekeping. Ada juga mertabak kambing, tapi saya malas nak beratur panjang, seumur hidup belum pernah makan mertabak kambing, uniknya bazar di Jerantut.

Ayam golek di bazar ramadan Jerantut


Nasi kerabu, masak berlauk dan pelbagai jenis lauk pauk, ikan bakar yang menaikkan aroma, cuma gambar yang tiada nak mengambarkan disini. Saya penat dan mengantuk, kurang tidur dan penat juga shopping disini, walaupun keluasan bandar Jerantut ni kecil, banyak juga pilihan disini. Masa sekarang pun musim durian, banyak jual durian dan harga murah. Tempoyak juga ada jual disini, tapi kalau tempoyak mak buat lagi sedap. Hari dah petang nak balik Jengka pula berbuka bersama keluarga disini.

Tag : Ramadan

Baca : Bazar ramadan Jerantut - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 09- Matlamat 275>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, Julai 12, 2015

Rempeyek Rozimah Bt Md Bulat

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Rempeyek kacang tanah, kacang dhal, kacang hijau

Rempeyek tradisional cara kampung ini dibuat oleh Rozimah Bt Md Bulat di Rumah Panjang, Sungai Besar. Sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks di Kampung dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Harga rempeyek kacang tanah, kacang dhal, kacang hijau
Berat : 400 gram
Harga : RM10.00

Diusahakan oleh :
Rozimah Bt Md Bulat
Alamat perusahaan :
Rumah Panjang, 54300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan
Tel : 013-2624501

Tag : Produk IKS

Baca : Rempeyek Rozimah Bt Md Bulat - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 08- Matlamat 274>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Jumaat, Julai 10, 2015

Jehan Kuih Bangkit Ent

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Jehan Kuih Bangkit Ent

Kuih bangkit  kacang hijau ( inti tart nenas) ini dibuat di Simpang 5, Sungai Besar oleh Norlehan Binti Malek. Sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks di Kampung Simpang 5, Sungai Besar dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan
Jehan kuih bangkit ent

Harga kuih bangkit kacang hijau
Berat : 400 gram
Harga : RM14.00

Diusahakan oleh :
Norlehan Binti Malek
Alamat perusahaan :
Tali Air 14, Simpang 5, 54300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan
Tel : 017-3559264

Tag : Produk IKS

Baca : Jehan Kuih Bangkit Ent - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 07- Matlamat 273>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Biskut Kelapa Shahrinie

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item biskut kelapa coconut cookies Shahrinie

Kuih biskut kelapa ini dibuat di Karai Perak oleh Shahrinie Foods Industries, bahan-bahan campuran bersama kelapa, tepung roti dan gula sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk anda. Produk dari keluaran iks di Kampung Enggor dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan
biskut kelapa shahrinie

Harga biskut kelapa
Berat : 850 gram
Harga : RM17.00

Diusahakan oleh :
Shahrinie Foods Industries
Alamat perusahaan :
Lot 342, Kampung Enggor, Jalan Kuala Kangsar 33600 Karai, Perak
Tel : 019-5102968 / 019-5725420
Fax : 05-2552792

Tag : Produk IKS

Baca : Biskut Kelapa Shahrinie - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 06- Matlamat 272>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kek Butter SF

Produk keluaran tempatan : Nama item kek butter San Francisco Food Enterprise

Kek butter SF oleh San Francisco Food Enterprise, bahan-bahan campuran bersama tepung gandum, gula, telur dan bahan perisa yang dibenarkan sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan anda.

Produk untuk jualan
Kek butter sf

Harga kek butter
Berat : 300 gram
Harga : RM5.00

Diusahakan oleh :
San Francisco Food Enterprise
Alamat perusahaan :
No 2, Jalan Perusahaan 4, Kaw Perusahaan Ringan Tupai 3400 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-8080377

Tag : Produk IKS

Baca : Kek Butter SF - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 05- Matlamat 271>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kuih Cincin Ommas

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item kuih cincin warisan Resepi Sabah

Kuih cincin asal dari negeri Sabah ini dibuat di Rawang Selangor oleh Ommas Cincin Enterprise, bahan-bahan campuran bersama tepung gandum, tepung beras, gula pasir, gula enau, kelapa, minyak dan sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan hidangan untuk tetamu. Produk dari keluaran iks di Jalan Desa Kundang dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

kuih cincin ommas

Harga kuih cincin
Berat : 310 gram
Harga : RM14.00

Diusahakan oleh :
Ommas Cincin Enterprise
Alamat perusahaan :
No 22, Jalan Desa Kundang 2, Taman Desa Kundang 48050 Rawang, Selangor.
Tel : 06-2615652 / 012-6103161 / 016-2729093

Diedarkan oleh :
Koperasi Aman Nusantara Selangor Berhad
Alamat perusahaan :
No 3, Jalan Desa 1/14, Taman Desa, Bandar Country Homes 48000 Rawang, Selangor
Tel : 016-5293725


Tag : Produk IKS

Baca : Kuih Cincin Ommas - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 04- Matlamat 270>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Dodol Asli Kiub Melaka

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item dodol asli kiub Melaka Mama

Dodol asal dari negeri Melaka ini sangat terkenal dengan pengeluaran dodol pelbagai jenis dan perisa, bahan-bahan campuran bersama gula, tepung pulut dan santan, gula melaka, glugose dan sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Boleh juga dijadikan doorgift. Produk dari keluaran iks di Umbai Melaka dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan
Dodol Asli Kiub Melaka IKS

Harga dodol asli kiub Melaka
Berat : 500 gram
Harga : RM9.00

Diusahakan oleh :
Hamidah Food Industry
Alamat perusahaan :
3537, Km 15 Jln Melaka-Muar, Bkt Gereja 77300 Umbai, Melaka
Tel : 06-2615652 / 012-6103161 / 016-2729093

Diedarkan oleh :
Mamaku Food Industry
Alamat perusahaan :
Km 15, Kg Seri Minyak, 77300 Umbai, Melaka
Tel : 06-2615652 / 012-6995327

Tag : Produk IKS

Baca : Dodol Asli Kiub Melaka - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 03- Matlamat 269>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Dodol Istimewa

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item dodol istimewa

Dodol Istimewa, bahan-bahan campuran bersama gula, tepung pulut dan santan, dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya. Produk dari keluaran iks di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan
dodol kg sg hj dorani
Harga dodol istimewa
Berat : 400 gram
Harga : RM7.00

Diusahakan oleh :
Keluarga Hajjah Kasmirah Munasir
Alamat perusahaan :
Parit 2, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03:32247982

Tag :Produk IKS

Baca : Dodol Istimewa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 02- Matlamat 268>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Selasa, Julai 07, 2015

Sambal kering tempe ikan bilis

Produk keluaran IKS tempatan : Nama item Sambal kering tempe sira ikan bilis, kacang tanah, bersama kentang.

Sambal kering tempe ikan bilis, bahan-bahan campuran bersama kacang tanah, sambal cili kering juga kentang yang digoreng garing disira lagi dengan cili kering pedas sangat sesuai juga dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan pada tetamu pada hari raya dan sambutan aidilfitri nanti. Produk keluaran iks di Sabak Bernam, Selangor dan semestinya juga keluaran muslim bumiputera.

Produk IKS untuk jualan

Sambal kering tempe ikan bilis
Sambal kering tempe ikan bilis

Nama produk sambal kering tempe ikan bilis, tempe yang digoreng pedas dan rangup meresap pada ikan bilis, bersama campuran kacang tanah dan lembut pada kentang serta cili kering pedas yang garing meresap sebati didalam. Kanak kanak pun boleh makan, jangan risau, juga tidak terlalu pedas dan sedang sedang sahaja rasanya, manis dan masin serta juga sedikit pedas.

Rasa terbaik tempe sambal pedas

Sambal kering tempe ikan bilis
Tempe disira bersama bilis,kacang dan kentang

Boleh juga nak makan dengan nasi impit, roti dan juga makan dengan nasi, bertambah selera anda, berminat nak beli.

Harga sambal kering tempe ikan bilis sebekas : RM16.00
Berat Bersih : 500 gram

Tag : Produk IKS

Baca : Sambal kering tempe ikan bilis - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 07 / 01- Matlamat 267>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Pusat memborong GM Klang

Pusat memborong GM Klang - 5 Julai yang lalu kami berpeluang pergi ke pusat membeli belah untuk mencari barang keperluan untuk sambutan raya, tempat ini lebih dikenali dengan pemborong pelbagai jenis barangan bagi yang ingin memborong atau yang ingin berniaga ia sangat sesuai jika anda datang kesini. Jualan juga banyak terbuka untuk orang ramai yang ingin membeli belah sempena persediaan hari raya ini. Tak jumpa apa yang kami cari dari Expo Raya Sungai Besar, itu sebab kesini.

Perkarangan pusat memborong GM Klang

Perkarangan pusat borong GM Klang
Kami diluar perkarangan GM Klang

Masa kami datang ke GM Klang haritu suasana sunguh sesak dengan kehadiran orang ramai yang keluar beresak sesak, kereta penuh dan padat, parking terhad, jadi kami ambil parking kereta jauh sedikit dari Pusat memborong GM Klang. Barisan depan GM Klang terletak tempat bagi jualan barangan perkahwinan seperti aneka pelbagai jenis bunga hiasan, doorgift dan barangan keperluan perkahwinan. Tiada apa2 yang kami beli disini, hanya lihat dan tinjau sahaja.

Pusat memborong GM Klang, bahagian barangan perkahwinan

Bahagian perkahwinan
Sesi bergambar latar bunga

Selepas puas tengok bunga dan barangan perkahwinan, sudah tiba masa kami masuk ke dalam pusat memborong GM Klang, sebelum ini kami pergi shopping di expo raya Sungai Besar, tiada barang menarik untuk dibeli. Ini yang pergi jauh sedikit, masuk kat dalam, banyak jualan seperti baju, tudung, beg, jam, Kerongsang, barang kemas tiruan dan pelbagai barangan keperluan rumah. Harga borong atau nak beli satu pun boleh nak buat pilihan, kalau nak jimat beli borong, tapi kalau beli borong banyak pula barangan yang ingin digunakan nanti hmm.

Ada majlis anjuran di GM Klang

Acara membuat wau bulan
Luar GM Klang kita lihat ada festival

Festival Ramadan GM Klang, 26 JUN - 12 JUL 2015, masa kami datang mereka tengah buat hiasan serta membuat wau bulan, banyak acara menarik juga disediakan, petang ada pengagihan bubur lambuk secara percuma, tapi kami tak sempat nak ambil, balik awal sikit takut tak sempat nak berbuka dirumah nanti. Ada juga jualan seperti biskut raya, baju raya diluar dan perkarangan festival ramadan GM Klang, cuma tidak besar dan banyak pilihan.

Bazar ramadan di perkarangan GM Klang

Review ringkas kami disini, Setelah penat beli belah, masa balik kami singgah di bazar ramadan yang terletak di perkarangan GM Klang, beli la apa yang patut, dah malas masak" penat shopping" beli roti john, lauk pauk sikit, balik dari bazar GM Klang kami singgah juga di bazar ramadan pekan Kapar, sebab kat GM Klang ni bazar ramadan dia kecil sangat, tidak banyak pilihan.

Tag : Ramadan

Baca : Pusat memborong GM Klang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 23- Santai Riadah266>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, Julai 05, 2015

Resepi sambal tumis sotong petai

Resepi sambal tumis sotong petai - Masak sambal tumis lagi, kali ini sotong besar atau sotong rendam bersambal bersama petai, sambal yang mudah disediakan dan juga sedap, sebelum ini ada buat dan juga kongsikan resepi sambal tumis udang yang mabeles makcik saya masak. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Sotong rendam ni banyak jual di pasaraya besar, boleh juga nak letak sotong biasa, banyak dan biasa dicampur dalam sambal nasi lemak. Kebiasaan harga sotong ini mahal, tapi bila ramadan harga dia murah, agak kurang permintaan buat sambal nasi lemak mungkin. Bawah ini juga kami kongsikan resepi sambal sotong mudah dan cara nak buat sambal pedas terbaik, layan.

Baca juga resepi masakan dari sotong yang kami kongsikan

Resepi sambal tumis sotong petai

Resepi masakan sambal sotong petai
Petai bersama sotong masak sambal tumis

Resepi Masakan : Masak Sambal Tumis

Bahan sambal tumis sotong petai

Bahan bahan
  1. 1/2 kg Sotong rendam
  2. 2 Tangkai petai
  3. 3 Bawang merah
  4. 2 Bawang putih
  5. 1 mangkuk Cili kering kisar
  6. 1 Halia
  7. Sedikit Asam jawa
  8. Sedikit Belacan
  9. Sedikit Minyak masak
  10. Garam secukup rasa
  11. Gula secukup rasa

Cara masak sambal tumis sotong petai
  1. Panaskan minyak, tumiskan potongan bawang merah, bawang putih, halia dan belacan hingga warnanya jadi kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi, cili kering seketika hingga naik bau dan pecah minyak, boleh juga masukkan petai.
  3. Masukkan asam jawa, garam secukup rasa perisa dan juga gula.
  4. Masukkan sotong rendam gaulkan sebati, jadi hingga sotong tadi masak dan sambal tumis tadi sudah siap untuk dihidang.

Mata sudah tidak tahan menahan lihat kemerahan sambal tumis sotong petai tadi dengan aroma yang menusuk hidung, aroma petai huhu.. selamat menjamu mata dan selera anda boleh mencuba pula, salam ramadan.

Tag : Masakan

Baca : Resepi sambal tumis sotong petai - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 17-Masakan265>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, Julai 04, 2015

Expo Raya 2015 Sungai Besar

Expo Raya 2015 Sungai Besar - Shopping raya, jualan raya kini dibuka dan expo yang dimaksudkan berada di perkarangan stadium Sungai Besar. Kami berkesempatan untuk pergi lihat sendiri apa yang dijual di expo raya 2015. Apa yang dijual kebanyakan baju raya, baju melayu, baju kurung, tudung, kasut dan ada jualan seperti kerepek dan biskut raya di hadapan tapak expo.

Jualan kini bermula
Aneka biskut dan kerepek
Banyaknya jualan biskut dan kerepek

Ada juga yang jual makanan dan minuman, bahagian hujung tempat jamu selera terletaknya bila orang ramai sudah penat membeli belah boleh singgah untuk istirehat. Kami datang keadaan masih lenggang. Tapak expo ini tidak jauh dari bazar ramadan, baca juga kami dapat kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar yang kami kongsikan.

Carian baju raya

Kami jalan jalan cari baju
Suasana masih sepi pengunjung

Banyak pakaian disini, belum tertarik

Kami datang sini nak beli baju raya sebenarnya, dalam pencarian itu tiada yang sesuai dihati. Pilihan banyak tapi tidak menepati citarasa kami. Harga sederhana, kalau nak murah biasanya masa saat akhir, mungkin ada jualan lelong dan harga runtuh, Pusing expo Sungai Besar, boleh tahan keluasan tempat ini, bagi sesiapa yang rasa nak selesa membeli belah, masa awal ini lah peluang, bila waktu sudah dekat nak raya dijangka akan sesak.

Tak dapat apa yang dicari

Tempat makan di expo raya
Tempat untuk jamu selera juga ada

Keadaan masih sunyi dan sepi

Rancangan terbaru, bila tidak jumpa apa yang dihajat disini, rancangan kami ketempat lain pula. Lain kali nak pergi siang, bukan apa' bila malam tak nampak pakaian yang ingin dibeli, lagi pula pilihan baju yang ingin dibeli tidak menepati citarasa. Rancangan nak pergi KL ke Jalan TAR nak lihat jualan dan expo raya kali ini, mesti meriah.

Sambungan kami jalan2 dan pergi shopping2 raya - Pusat memborong GM Klang

Tag : Ramadan

Baca : Expo raya 2015 Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 22- Santai Riadah264>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, Julai 02, 2015

Resepi sotong tumis kunyit

Resepi sotong tumis kunyit - Balik sahaja dari bazar ramadan Sg Hj Dorani, jam menunjukkan sudah jam 6.30 petang, biasa waktu begini untuk masak hidangan berbuka untuk hari ini. Sotong lagi kali ini dan terbaik kali ini masak tumis kunyit campur serai, daun kari ha spesial kan. Bahan sama macam masak rebus2 je tapi tetap sotong tumis kunyit letak juga cili padi. Kami kongsi juga resepi sambal sotong cili padi yang dibuat adik. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi sotong tumis kunyit

Resepi Masakan - Sambal Tumis

Bahan untuk sotong tumis kunyit

Bahan-bahan
  1. 1 Mangkuk Sotong
  2. 3 Bawang merah
  3. 2 Bawang putih
  4. 1 Serai diketuk
  5. 1 Kunyit hidup diketuk
  6. 10 Cili padi
  7. Daun kari
  8. Minyak masak
  9. Garam

Cara masak sotong tumis kunyit
  1. Sedikit minyak masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai biar masak naik bau.
  2. Sudah bumbu tadi masak dan kekuningan, masukkan sotong, daun kari, garam serta cili padi dan gaulkan.
  3. Bila sotong sudah masak dan sebati dengan bumbu tadi, bolehlah angkat.

Sotong tumis kunyit juga sangat sedap, "terima kasih sudi baca" selamat mencuba.

Baca : Resepi sotong tumis kunyit - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 16-Masakan263>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya