Selasa, Jun 30, 2015

Resepi tempe goreng berempah

Resepi tempe goreng berempah - Siapa suka makan tempe boleh salin resepi ringkas ini, tempe bersama rempah dan digoreng ia rangup di luar dan lembab didalam. Kalau orang jawa tak makan tempe bukan orang jawa namanya. Tempe yang sedap cara tradisi yang dibalut dengan daun pisang, goreng kosong pon sodap. Tapi kali ini resepi istimewa sikit dengan rempah, bau wanggi rempah sebati dengan tempe setelah diperap meresap kedalam tempe itu tadi. Bawah ada bahan dan cara buat tempe goreng berempah. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi tempe goreng berempah

Resepi tempe goreng berempah
Rangup dan sedap tempe goreng berempah ni

Resepi Masakan : Masak Goreng / Gorengan

Bahan tempe goreng berempah

Bahan bahan
  1. Tempe
  2. Tepung beras
  3. Jintan manis
  4. Rempah biji
  5. Garam
  6. Serbuk perasa
Cara buat tempe berempah
  1. Bancuh dengan air, tepung beras, jintan manis, rempah biji, garam dan serbuk perasa.
  2. Potong tempe sedang2, masukkan ke bancuhan tadi dan gaulkan.
  3. Bahan tadi perap selama 3 - 4 jam ikut sesuai dan selera anda.
Bancuhan tempe goreng berempah
Bancuhan tempe untuk perapan
  1. Sedia untuk digoreng, panaskan minyak masak, goreng hingga kekuningan dan masak, sedia untuk dihidang.
Rasa tempe berempah ni sedap, boleh nak makan macam itu sahaja atau makan dengan nasi, ikut kesesuaian dan selera anda.

Tag : Masakan

Baca : Resepi tempe goreng berempah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 16- Masakan260>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Resepi sambal tumis udang

Resepi sambal tumis udang - Kali ini nak kongsikan masakan sambal tumis udang, ia adalah salah satu hidangan dan makanan kegemaran yang saya suka, ia pedas sedap dan juga sangat menyelerakan, hari ini makcik saya masak sambal tumis pedas guna cili kering pula, kebiasaan guna cili padi yang sebelum ini kami kongsikan. Memang masa nak menumis tu dia punya naik bau aroma yang sangat menusuk hidung. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Bau sahaja dah sedap, terasa sedap dengan warna yang cantik kemerahan buat orang sekeliling pasti terliur nanti dengan kesedapan rasa sambal tumis udang yang sangat menyelerakan ini. Bawah ini kami kongsikan bahan dan cara buat sambal tumis udang yang ringkas dan mudah disediakan oleh semua orang.

Resepi sambal tumis udang

Resepi sambal tumis udang
Memang menyelerakan sambal tumis udang ni

Resepi Masakan : Masak Sambal Tumis

Bahan sambal tumis udang

Bahan bahan
  1. 1/2 kg Udang kopek kulit
  2. 3 Bawang merah
  3. 2 Bawang putih
  4. 1 mangkuk Cili kering kisar
  5. 1 Halia
  6. Sedikit Asam jawa
  7. Sedikit Belacan
  8. Sedikit Minyak masak
  9. Garam secukup rasa
  10. Gula secukup rasa
Cara masak sambal tumis udang
  1. Panaskan minyak, tumiskan potongan bawang merah, bawang putih, halia dan belacan hingga warnanya jadi kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi, cili kering seketika hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan asam jawa, garam secukup rasa perisa dan juga gula.
  4. Masukkan udang gaulkan sebati, jadi hingga udang kemerahan dan sambal tumis tadi masak, siap untuk dihidang.
Mata sudah tidak tahan menahan lihat kemerahan sambal tumis udang tadi dengan aroma yang menusuk hidung, selamat menjamu mata dan selera anda boleh mencuba pula, salam ramadan.

Tag : Masakan

Baca : Resepi sambal tumis udang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 15- Masakan259>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Timun gerbes di Sungai Hj Dorani

Timun gerbes di Sungai Hj Dorani, Pernah dengar buah gerbes, buah manek, manik atau timun aceh boleh juga nak cakap macam buah tembikai susu, nak tau apa nama buah ini, misteri bagi saya atau kita yang tidak mengetahui. Tanya pada orang yang jual buah pun dia ada cakap iaitu ini buah manek, saya search di google buah manek atau manik tak jumpa pun gambar buah tu, yang ada cuma gambar manik perhiasan yang ditampal di baju kesemuanya.

Rupa bentuk buah timun gerbes
Buah timun gerbes
Masak ranum, sedap buah ni

Buah timun aceh kot, kategori buah memang sejenis timun, bukan kategori tembikai walaupun bentuk rupa macam buah tembikai susu. Tapi bukan jenis tembikai sebab dia berbentuk bujur dan juga kulit buah ini nipis, search di google timun aceh masih tak sama gambar, yang banyak rupa warna hijau, rupa bentuk dah sama. Makcik cakap buah ini namanya timun gerbes dalam perkataan bagi sebutan jawa. Cuba juga nak cari info berkenaan buah timun gerbes ini di internet, kecewa juga tiada gambar yang berkaitan.

Isi dalam buah gerbes

Isi buah gerbes
Isi buah timun gerbes rupa macam madu

Cara nak makan buah timun gerbes

Rasa buah timun gerbes ni tawar, bau je wangi. Nak sedap buah gerbes ni potong dadu selepas itu letak gula dan simpan dalam peti sejuk, dah sejuk baru sedap nak makan buah timun gerbes ni. Bulan puasa ni kalau nak sedap, potong buah ini waktu tengahari, dah siap potong dadu campur gula sikit lepas itu simpan dalam peti sejuk, waktu berbuka nanti boleh keluarkan isi buah gerbes ini. Semalam beli kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar dan hari ini nak makan buah gerbes, dua-dua pelik namanya bagi saya.

Jadikan air buah gerbes

Air asli dari timun gerbes

Boleh juga kalau kreatif, buat air pun sesuai, tapi jarang orang buat air buah ni sebab rasa dia yang tawar. Buah ini sendiri juga banyak mengeluar airnya sendiri. Tektur buah gerbes ini gebu dan lembut, bau dia kuat dan terasa lagi2 bila disimpan sejuk dalam peti ais, terpulang kalau nak makan macam tu je atau buat kuih.. Ada ke yang buat kuih guna buah gerbes, tiada. Harga buah gerbes murah je, saya beli 2 biji harganya cuma RM3.50.

Lagi satu, kebiasaan timun banyak jenis, ia sejenis sayuran dan tembikai pula jenis buah, jadi kategori timun gerbes ini apa. Petang ramadan disini juga ada Bazar ramadan Sg Hj Dorani, banyak juadah berbuka puasa yang menyelerakan. 

Tag : Ramadan

Baca : Timun gerbes di Sungai Hj Dorani - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 21- Santai Riadah258>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Isnin, Jun 29, 2015

Kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar

Kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar - pejam celik dah masuk hari ke 12 kita berpuasa di bulan ramadan 1436 Hijrah, hari ini berpeluang pergi ke bazar ramadan Sungai Besar dan nak lihat ada pelbagai jenis juadah serta kuih muih dan lauk pauk yang dijual disini yang membuat rambang mata pula bila nak buat pilihan. Nak cari sesuatu yang unik kat sini bila ramai yang jual kuih bila puasa dan juga di bazar ramadan. Apa ada dengan nama kuih yang ingin dikongsi.

Jika anda ingin mencuba membuatnya, bawah ada cara buat dan resepi bagi kuih ini :

Masak kuih gandus

Kuih gandus
Masak kuih gandus

Carian kuih muih di bazar

Pusing pusing banyak jual kuih bila puasa dan ramadan, juadah yang sama seperti di bazar ramadan Kapar dan pekan Meru, dalam masa singkat pencarian saya yang rare di bazar ramadan Sungai Besar ini ada satu je yang saya rasa unik kat sini, namanya ialah "Kuih Gandus" nama pun dah tak pernah dengar, ini pun tau sebab tanya penjual kuih tersebut.. 'Ini kuih apa' saya tanya? dia cakap ini kuih gandus.

Harga kuih gandus

Sebab saya tak pernah makan pun kuih gandus ni yang teringin, satu ketul harga 40 sen. Ada pelbagai jenis perisa pilihan seperti ada strawberry, nenas dan juga perisa coklat. Saya pilih kuih gandus perisa strawberry dan juga kuih gandus perisa nenas sebanyak RM4.00. Nak tau asal juga asal usul kuih gandus ni saya pun pergi google la, kut la dapat info orang share kuih gandus ni. Dikatakan kuih gandus ni dijual mula di Kg Datuk Keramat.

Masak kuih gandus

Ada juga yang share resepi dan cara buat kuih gandus, ada yang kata apam jepun la dan info juga mengatakan yang jual kuih gandus ni pernah juga masuk tv di majalah 3, jadi ketinggalan la pulak. Tengok cara masak diatas grill tuang bancuhan separuh, tunggu separuh masak selepas itu letak inti perisa strawberry, coklat dan nenas dan tutup dengan bancuhan yang sama, kering sedikit boleh terbalikkan kuih gandus tadi dan masak sampai kekuningan.

Rasa bagi kuih gandus

Rasanya seakan lempeng tapi gebu sedikit macam kuih apam, ditengah ada perisa dan rasa memang lembut, rasa macam apam balik pun ada, tapi apam balik lebih pejal, kuih gandus ni takde la sedap mana pun. Lihat orang meniaga disini sangat meriah, pasang khemah besar macam canopy orang kenduri kahwin memang selesa orang yang meniaga disini. Balik dari bazar Sungai Besar cadang nak singgah sekejap di bazar ramadan Kg Sg Hj Dorani, tapi tak jadi, cukup beli kuih gandus, roti john dan air.

Bazar ramadan Sungai Besar

Bazar ramadan Sungai Besar
Suasana meriah pengunjung di bazar

Balik nak tunjuk kuih gandus kot2 diorang tak pernah makan. Saya kongsikan juga Jadual berbuka dan imsak Selangor 2015, selamat berpuasa.

Tag : Ramadan

Baca : Kuih gandus bazar ramadan Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 20- Santai Riadah257>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Ahad, Jun 28, 2015

Resepi ayam masak lemak cili padi

Resepi ayam masak lemak cili padi - Bau aroma yang sangat asyik bila kita dapat rasakan masak lemak cili padi yang pedas, berlemak dan sedap ini. Makan dengan nasi panas, nak best lagi kalau ada ikan masin goreng kan lagi layan. Makcik saya yang masak untuk juadah berbuka hari ini, resepi biasa2 sahaja..k. Kalau rajin sikit tu boleh cuba resepi kami yang sangat ringkas mudah untuk disediakan. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Sebelum ini ada juga kami share dan kongsikan resepi ketam masak lemak cili padi yang makcik saya masak, dia duduk di Parit Changkat sebelah Kg Sungai Hj Dorani. Ok tanpa buang masa lagi anda boleh lihat resepi bagi ayam masak lemak cili padi yang kami akan kongsikan dibawah ini.

Resepi ayam masak lemak cili padi

Resepi ayam masak lemak cili padi
Gambar ayam masak lemak cili padi

Resepi Masakan : Masak Lemak

Bahan ayam masak lemak cili padi

Bahan-bahan
  1. 1 Ayam
  2. 2 Kunyit hidup
  3. 10 Cili padi
  4. 1 Pek santan
  5. 2 Serai
  6. 3 Daun limau purut
  7. Garam dan perisa
Cara buat ayam masak lemak cili padi
  1. Tumbuk bahan kunyit hidup,cili padi dan serai hingga lumat.
  2. Potongan ayam itu lumurkan dan gaulkan dengan bahan diatas tadi.
  3. Panaskan kuali dan masukkan ayam yang telah rempah atas tadi, gaulkan sekejap hingga naik baunya semerbak.
  4. Masukkan santan, garam dan perasa, biar mendidih sedikit masukkan daun limau purut untuk bau wangi.
  5. Masak sehingga ayam itu empuk dan santan naik minyak, sedia untuk dihidang. Selamat mencuba masakan yang paling mudah untuk disediakan ini.
Setakat ini sudah dua resepi masak lemak cili padi yang paling ringkas dan mudah kami kongsikan untuk anda semua, Tapi sebelum itu ada satu lagi resepi iaitu masak lemak cekur ikan keli juga boleh anda boleh buat, yea selamat memasak dan mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi ayam masak lemak cili padi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 14- Masakan256>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Sabtu, Jun 27, 2015

Resepi kerabu daging

Resepi kerabu daging - Hari ini buat satu hidangan mudah juga sedap iaitu resepi bagi kerabu daging, sebelum ini ada kongsikan juga resepi kerabu kerang dan ini kali kawan ada buat satu hidangan istimewa iaitu kerabu daging, kongsepnya lebih kurang juga sama, tapi bahannya sangat ringkas dan juga senang dibuat, bawah ini ada senarai bahan dan cara buat, selamat mencuba. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi kerabu daging

Resepi kerabu daging
Gambar resepi kerabu daging

Resepi Masakan : Masak Kerabu

Bahan buat kerabu daging

Bahan-bahan
  1. Daging.
  2. 1 Lemon
  3. 1 Bawang besar
  4. 1 Limau kasturi
  5. 3 Cili besar merah kisar
  6. 10 Cili padi
  7. 1 Tomato
  8. Sedikit garam
Cara buat kerabu daging
  1. Rebus daging hingga empuk dan masak, potong hiris nipis2.
  2. Cincang bawang besar, tomato dan cili padi dan campurkan dengan hirisan daging tadi.
  3. Kisar cili besar dan gaulkan bersama bahan tadi sebati, masukkan sedikit garam.
  4. Perah sebiji limau kasturi dan sedikit potongan lemon, dah siap.Selamat mencuba.
Cari daging yang lembut, rasa pedas dan sedikit masam, memang terbaik.

Tag : Masakan

Baca : Resepi kerabu daging - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 13- Masakan255>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Jumaat, Jun 26, 2015

Resepi masak lemak cekur ikan keli

Resepi masak lemak cekur ikan keli - kali ini kisah saya kongsikan resepi masak guna cekur, jarang orang melayu yang masak mengunakan cekur atau kencur dalam bahasa jawa, sebab bau aroma yang kuat dari cekur itu tadi buat orang jawa sudah biasa, cekur diminati lebih lagi bila masak lemak cili padi dan akhir sekali tambah cekur untuk tambah aroma wangi dan hilangkan rasa hanyir ikan. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Ikan keli mesti dibakar dahulu hingga masak baru boleh masak lemak cekur yang sangat sedap bila dimakan. Boleh juga nak masak cekur guna ikan salai dan dibawah bahan dan resepi serta cara buat masak lemak cekur resepi dan masakan makcik saya.

Masak lemak cekur ikan keli

Resepi masak lemak cekur ikan keli
Gambar masak lemak cekur ikan keli

Resepi Masakan : Masak Lemak

Bahan masak lemak cekur ikan keli

Bahan bahan
  1. 7 Ikan keli dibakar
  2. 3 Bawang merah
  3. 4 Bawang putih
  4. 10 Cili padi
  5. 1 Santan secukupnya
  6. 5 biji Cekur
  7. Minyak masak
  8. Garam dan perasa
Cara buat masak lemak cekur ikan keli
  1. Panaskan kuali, minyak masak sedikit.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi sampai naik wangi.
  3. Siramkan santan masukkan ikan keli yang dibakar tadi, masak hingga mendidih masukkan garam dan perasa.
  4. Tutup api masukkan cekur yang ditumbuk kedalam masak lemak yang sudah dimasak tadi, sudah siap.
Sedia untuk dihidang, kenapa letak cekur akhir sekali sebab nak mengekalkan rasa dan aroma cekur dan kencur itu tadi.

Senangkan, selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi masak lemak cekur ikan keli - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 12- Masakan254>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Khamis, Jun 25, 2015

Resepi cekodok sosej

Resepi cekodok sosej - Masakan kali ini nak share satu resepi adik yang sangat ringkas dan mabeles kipidap, sebelum ini ada buat resepi cekodok sotong dari Pulau Kapas yang kami kongsikan. Kalau orang selalu sebut cucur dan asal goreng tepung je kami selalu panggil cekodok. Kali ini kami nak buat pula guna sosej, cari bahan senang je, simple dan sedap. Jemu dah buka puasa beli makanan kat bazar ramadan. Jom masak resepi cekodok sosej dan bahanya seperti dibawah. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Cekodok sosej terbaik kami

Resepi cekodok sosej
Gambar cekodok sosej


Resepi Masakan : Masak Cekodok / Cucur

Resepi cekodok sosej

Bahan-bahan
  1. Tepung gandum
  2. Tepung goreng ayam - paklong
  3. Bawang besar
  4. Cili padi
  5. Ikan bilis
  6. Sosej Ramly
  7. Daun sup
  8. Garam
  9. Serbuk perasa kiub ayam
Cara buat cekodok sosej
  1. Sediakan bekas, masukkan tepung gandum dan tepung goreng ayam gaulkan.
  2. Bahan seperti bawang, cili padi, bilis dikisar halus dan campurkan kedalam bancuhan tepung tadi.
  3. Sosej perlu digoreng selepas itu baru potong kecil dan campurkan kedalam tepung tadi.
  4. Gaulkan bahan tadi dan masukkan air campuran garam dan perasa kiub ayam masukkan potongan daun sup lalu gaul sebati selepas itu.
  5. Panaskan minyak lalu goreng cekodok sosej sehingga kekuningan dan boleh angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidang, bila makan cekodok sosej cicah dengan sos, memang menyelerakan dan sangat sedap mentua lalu pun boleh tak perasan hoho.. Selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi cekodok sosej - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 11- Masakan253>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Kami di majalah dot com

Kami di majalah dot com - Tujuan untuk pemasaran, mencari pembekal dan juga cari pengedar di majalah dot com yang ahlinya mencapai jumlah yang ramai, satu peluang yang baik bagi kami kembangkan perniagaan. Beri peluang pada usahawan yang bakal bergelar pengusaha untuk sama- sama maju dalam bidang yang diminati atau diceburi.

Nama id admin majalah dot com

majalah
Salam perkenalan warga majalah

Kami di majalah dot com

Kami baru sahaja daftar ahli di dalam Majalah dot com dan ia adalah satu laman sesawang untuk forum bagi tujuan perniagaan di Malaysia dan juga boleh membuka peluang pada yang bijak mencari keperluan disana. Nak cari pelanggan, cari alatan bagi tujuan perniagaan, cari pekerjaan tawaran kerja kosong atau iklankan produk dan perkhidmatan juga boleh dilakukan. Kenapa kami pilih majalah dot com dan bagi kami seperti dibawah.

Peluang bagi carian pekerjaan

Cari kerja di majalah dot com, mungkin ada cara terbaik anda iklankan carian kerja di sini, banyak syarikat yang berdaftar jadi ahli disini, beri atau membuka peluang pekerjaan untuk anda. Iklankan carian kerja anda atau anda sendiri yang perlukan pekerja dengan menawarkan pekerjaan pada orang ramai.

Peluang bagi kembang perniagaan

Sesuai bagi yang baru sahaja ceburi perniagaan, intai peluang yang sesuai bagi carian peluang perniagaan anda di Majalah dot com. Banyak juga pengusaha pelbagai bidang untuk anda cari disini, tapi perlu juga hati-hati takut anda nanti tertipu. Carian untuk alatan atau deal dengan banyak pembekal dan juga untuk kembangkan perniagaan.

Iklan produk dan juga perkhidmatan

Cari pembekal, bakal pembeli dan beri peluang untuk iklankan produk anda pada umum, beri perkhidmatan untuk peluang orang ramai mengetahui tawaran khidmat anda dan juga beri peluang bagi yang berminat ceburi perniagaan. Banyak peluang terhidang jika bijak mengunakannya.

Bagi kami disini sederhana, cukup untuk cari peluang pasaran dan juga carian peralatan yang diperlukan untuk majukan perniagaan.

Tag : Ina Murni

Baca : Kami di majalah dot com - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 07 / 06- Matlamat 252>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Rabu, Jun 24, 2015

Cerita Biskut Raya

Cerita biskut raya, Salam ramadan Semua dari kami semua Ina Murni Enterprise group ucapkan pada semua pelanggan dan rakyat Malaysia amnya, selamat menyambut puasa dan semoga anda semua dilimpahi keberkatan bulan ramadan hendaknya.

Nak Cerita BISKUT Raya ni

Aneka pilihan biskut raya dan cerita
suku je ni, banyak lagi biskut raya kami

intro :
Salute pada negara, salute pada agama, salute berbilang bangsa, macam dalam iklan tv pulak, Ini kali la nak cerita bab biskut raya sebenarnya. Kawan selalu sangat nak bertelagah dengan saya berkenaan dengan sebutan dan ejaan "biskut" nak cakap ejaan biskut bagi dia sebenarnya salah, dia kata kuih raya dan kalau nak tahu sebenarya biskut ni apa? Kat google betul je, itu dah jadi trademark kita kan.

Asal usul perkataan biskut

Cari kalau jumpa info ini di wikipedia, kau ado" berkenaan pengunaan perkataan biskut, "biscuit" dalam perkataan bahasa inglish diterjemah ke bahasa melayu dengan sebutan baru "biskut" jadi perkataan asli bagi kita yang sebenarnya tiada, "la ni nak sebut apa" Jadi nak dibezakan antara kuih dan biskut. Jadilah ikutan kita biskut, tiru mat salleh lagi dan lahirlah pula "Biskut Raya" pulak.

Cerita saya disebalik biskut raya

Masa kecil2 dulu, sudah terbiasa sebut biskut marry, lagenda ini. Selain juga orang tua-tua yang suka sangat bila dapat makan biskut kering "biskut tawar" Boleh juga sesuai dihidang dengan jiran sebelah rumah kan, jangan pula hidang orang jauh ngan biskut kering, Kesian pula orang yang datang dari jauh tu "penat2 berjalan hidang biskut kering je". Ingat boleh lupa bila biskut tawar tu cicah dengan kopi panas "Pergh memang sangat mengujakan" ikut style dan cara arwah nenek saya dulu suka sangat rendam biskut tawar ngan air gula. Sudah lembut baru makan, memang sedap k, faham-faham la kan orang tua sudah tiada gigi. Ada 2 jenis aje, memang 2 jenis pun. Ini je yang saya tau dan selalu dibeli , Biskut marry, Biskut tawar.

Biskut raya pilihan akhir

Adik beradik kurang suka la sangat makan Biskut Raya semuanya sekali. Terutamanya orang lain yang suka sangat beli, makcik saya yang sponsor semua biskut raya yang ada, dah tokey kuih raya biskut raya kan. Sebab itulah jarang sangat beli biskut raya, gemar? akhir pilihan, bukan tak sedap' sedap sangat sampai sayang nak makan. Kebiasaan dah habis menu juadah yang lain baru serang dan hadap biskut raya, alang2 dah tinggal serdak pun rasa terbaik dan sedap je.

Kalau dah biskut Raya tu pun bikin sekali setahun, itu yang seronoknya, nak buat baru sibuk cari resepi, tapi sekarang ini senang je, pakcik google kan ada, haha masuk keyword aku. Memang banyaklah yang nak buat sendiri, kalau malas sangat nak buat senang beli je, tunjuk ngan duit" kan banyak pilihan yang anda akan dapat nanti, tak pening kepala, anda senang kami gembira, adilkan hmm.

Kenapa sibuk buat website

Orang lain ada blog, kita nak ada blog jugak, walaupun blog ini yang tak berapa cukup sifat haha...trafik nak mencanak hari2 'bedo'oh, la.. itu pun kalau ada visitor sesat sudi datang" dah rasa sangat happy dan OK je, no komen. Warna blog ini kuning oren pilihan sesuai dengan perasa kari. Tu sedap weyh jadinya! Macam rasa makan kari mamak. Makcik suruh buat blog, lagi pun sekarang ini zaman it dan juga teknologi, jadi saya tolong buatkan satu. Jadilah inamurni dot com. Berminat nak buat, boleh contact saya, lagipun saya suka buat benda ni. Promote barang tanpa rasa malu huhu.

Senarai biskut raya

Bekas makwe dulu suka sangat biskut semperit! Tak tau la kenapa dia suka sangat semperit, malas nak tanya lebih2. Orang sebok buat, dia pun sibuk buat, teringin nak buat jugak hehe. Orang lain punya jadi, dia punya hmm no komen. Biskut top carian macam biskut makmur, mazola, almond london, kacang hijau, kelapa, semperit bunga, oat coklat, aiskrim dan banyak lagi. Masa famous almond london, semua sibuk ngan almond london, tak payah pergi London pun dapat biskut tu, hebat.

Raya tahun ni, biskut apa lagi yang terbaru, sekarang tren biskut Itali pula, almond biscotti yang ini suka betul makan, rangup je serupa makan kopok, memang best. Florentine ada pernah dengar, serius korang tak tau punya dan tau makan je. Dah rasa dan namanya sedap, nama apa ada hal, Janji Itali mari.

Bila ternampak ada jual biskut mazola kat econsave masa teman kawan beli barang, gila murah, RM10.50 je, tengok! Beli la, 1 balang dan dalam saiz mini, bulat kecil rasanya mesti buat guna mesin. Belum puasa dah rasmi biskut raya, ni dah jadi rekod peribadi ni. Kalau nak rasa biskut yang sedap' tetap buatan homemade yang terbaik. Kami keluarkan biskut raya pada anda semua, gerenti terbaik.

Biskut homemade seperti dibawah

Biskut makmur, Biskut tart nenas, Biskut oat coklat, Biskut almond london, Biskut semperit bunga, Biskut mama carry, Biskut mazola, Biskut cornflake, Biskut kacang hijau, Biskut lapis strawbery, Biskut kelapa, Biskut badam cincang, Biskut coklat oren, Biskut nestum, Biskut cendawan, Biskut suji almond, Biskut badam, Biskut aiskrim, Biskut royal cookies, Biskut coklat chip, Biskut salju, Biskut marble, Biskut coklat rice, Biskut Florentine, Biskut Almond Biscotti, Biskut Tart Cheese dan banyak lagi.

Ucapan raya tahun ini

Selamat makan biskut raya anda dengan senang hati, ceria selalu dan toksah skema sangat, salam aidilfitri pada yang suka makan biskut raya je. Hahaha.

Tag : Ucapan raya

Baca : Cerita Biskut Raya - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 22- Santai Riadah251>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya

Selasa, Jun 23, 2015

Tentang produk kuih sepit / kapit

Info serta resepi bagi kuih sepit / kapit

Dalam kepelbagaian kami di Ina Murni Enterprise berlokasi di Sungai Besar adalah pembekal dan menjual Aneka kuih tradisi serta memberi sedikit info bagi pemprosesan dan cara buat kami bagi menghasilkan dan membuat kuih sepit / kapit.

Sedikit info kuih sepit / kapit

Kuih sepit / kapit ialah salah satu makanan tradisi yang sedap dan rangup seperti keropok, manis dan rasa berlemak serta garing. Sangat sesuai jadi kudapan di waktu petang dan waktu santai seperti berkelah atau untuk jamuan sambutan hari raya dan sebarang perayaan atau majlis bagi anjuran anda. Sebab itu ia telah menjadi pilihan semua.

Contoh gambar kuih sepit / kapit

info dan resepi kuih sepit/kapit
Gambar contoh kuih sepit / kapit

Tentang kuih sepit / kapit

Kuih sepit dan kapit adalah salah satu makanan tradisi zaman dahulu kala, cantik bentuknya sedikit manis dan berlemak dan rangup, orang dulu buat kuih sepit dan kapit mengunakan dapur arang, sebab zaman sudah mula berubah, pembakar kuih sepit dan kapit sekarang ini mengunakan elektrik, tetapi keaslian rasa tetap sama seperti makanan tradisional yang lain, nama lain ialah kapit-kapit.

Kami ingin berkongsi serba sedikit cara membuat kuih sepit dan kapit dan dibawah ada sedikit info tentang resepi mudah membuat kuih sepit / kapit sedap lagi rangup, kalau anda hendak lagi senang boleh beli sahaja dari kami.

Bahan-bahan kuih sepit / kapit
  1. ½ kg tepung gandum
  2. 1 biji kelapa (diambil santannya)
  3. ½ kg gula pasir
  4. 2 cawan tepung gandum
  5. Sedikit minyak untuk menggoreng
  6. 3 biji telur
Cara buat kuih sepit / kapit dan penyediaan
  1. Telur dikepuk/pukul sehingga naik kembang dan gebu.
  2. Masukkan santan, gula dan tepung, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair.
  3. Panaskan minyak di atas api yang sederhana dan tunggu sehingga minyak panas.
  4. Curahkan adunan ke dalam acuan kuih sepit, kapit dan kapit adunan tadi.
  5. Goreng di dalam minyak panas dengan suhu 100 darjah Celsius.
  6. Keluarkan adunan tadi lalu digulung atau dilipat.
Itulah serba sedikit info tentang kuih sepit / kapit yang kami ingin kongsi.

Tempahan kuih sepit / kapit disini

Jika ingin membuat tempahan kuih sepit / kapit untuk majlis tertentu atau perayaan boleh klik link kami di sini HUBUNGI.

Harga kuih sepit / kapit kami

Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami.

Harga ... Belum update

Selamat datang ke inamurni semoga perkongsian dari kami membawa sedikit manfaat.

Tag : Info

Baca : Tentang produk kuih sepit / kapit - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 03 / 16 - Matlamat 250>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Ahad, Jun 21, 2015

Resepi ketam masak lemak cili padi

Resepi ketam masak lemak cili padi - Masakan ketam yang kami buat ini resepi yang paling ringkas dan senang, kalau nak buat lagi hebat, kita belum ada rasa nak cuba buat lagi buat masa ini yang paling senang mudah dengan bahan-bahan yang sentiasa ada didapur. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Baru sahaja balik dari bazar ramadan Sg Hj Dorani, Sg Besar, kat bazar ada peniaga jual ketam goreng bersalut tepung, 3 ekor ketam goreng yang bertepung berharga RM10, baik duit RM10 itu beli ketam segar dan bila kita balik nanti boleh kita masak lemak cili padi, kuah dia boleh makan dengan nasi untuk juadah berbuka puasa untuk hari ini, alhamdulillah.

Minta maaf kalau anda rasa resepi kami ini sangat ringkas dan juga sangat mudah disediakan, tak mencabar kata orang, senang sangat, untuk ini resepi bagi orang yang tidak tau masak je, kalau yang sudah pro, pejam mata je masak ketam, ok cara untuk buat dan resepi masak lemak ketam makcik masak seperti dibawah.

Resepi ketam masak lemak cili padi

Resepi ketam masak lemak cili padi
Gambar ketam masak lemak cili padi

Resepi Masakan : Masak Lemak

Bahan untuk masak lemak ketam

Bahan-bahan
  1. 5 × Ketam
  2. 1 biji kelapa - Santan
  3. 3 ulas - Bawang merah
  4. 2 ulas - Bawang putih
  5. 1 biji - Kunyit hidup
  6. 2 ulas - Serai
  7. 1 gengam - Cili padi
  8. Garam - secukup rasa
Cara buat ketam masak lemak cili padi
  1. Belah ketam ditengah 2 bahagian.
  2. Tumbuk halus semua bumbu tadi seperti bawang merah, bawang putih, serai, cili padi dan kunyit hidup.
  3. Rebus air hingga mendidih, masukkan ketam, selepas itu masukkan bumbu yang ditumbuk tadi.
  4. Mendidih sedikit baru masukkan santan, garam dan perasa secukup rasa, selesai sedia untuk dihidang.
Dah siap masak lemak ketam cili padi paling senang ringkas mudah sangat disediakan, cubalah, makan dengan nasi panas serta hirup kuah masak lemak yang pedas dan manis isi ketam, memang terbaik dan cubalah.

Tag : Masakan

Baca : Resepi ketam masak lemak cili padi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 09- Masakan249>www.inamurni.com Copyright © 2015
Baca selengkapnya