Selasa, Mei 26, 2015

Cara buat resepi Biskut Coklat Rice

Info cara mudah tentang buat resepi biskut coklat rice dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut coklat rice bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Coklat Rice bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat dan resepi biskut coklat rice

Biskut Coklat Rice
Gambar.. Biskut Coklat Rice yang cantik lagi sedap

Tentang biskut coklat rice

Resepi Biskut Coklat rice sangat unik dihias bersama chip coklat dan rasa sedikit pahit, bagi yang gemar biskut yang rangup dan dihiasi rice coklat sangat sesuai bagi pengemar coklat anda boleh untuk mencuba biskut coklat rice.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut coklat rice
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015
Bahan-Bahan untuk biskut coklat rice

Bahan-bahan
  1. 250 gram tepung gandum
  2. 50 gram tepung jagung
  3. 60 gram serbuk koko
  4. 120 gram gula kastor
  5. 250 gram butter
  6. 1 biji kuning telur
  7. 1 sudu kecil esen vanila
Untuk hiasan
  1. Coklat rice secukupnya
  2. 1 biji putih telur



Cara cara buat biskut coklat rice

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli adunan sampai menjadi doh.
  6. Canai dan tekap dengan acuan pilihan.
  7. Susun dalam loyang.
  8. Sapukan putih telur dan taburkan coklat rice.
  9. Bakar pada 170 degree celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  10. Selepas itu, keluarkan dan biarkan sejuk seketika di dalam loyang.
  11. Setelah betul-betul sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut coklat rice yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut coklat rice

Tempahan awal biskut coklat rice boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut coklat rice kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga anda berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut coklat rice

Harga biskut coklat rice kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut coklat rice dan semoga perkongsian ini di inamurni membawa manfaat untuk anda.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Coklat Rice - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 19 - Matlamat 199>www.inamurni.com Copyright © 2014

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Cara buat resepi Biskut Coklat Rice
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan update terbaru.

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih