Selasa, April 14, 2015

Tentang produk kerepek tempe

Info serta resepi bagi kerepek tempe

Dalam kepelbagaian kami di Ina Murni Enterprise berlokasi di Sungai Besar pembekal dan menjual bagi pelbagai jenis Aneka Kerepek serta memberi sedikit info cara bagi pemprosesan mengenai penghasilan iks bagi membuat kerepek tempe.

Info asal kerepek tempe
resepi kerepek tempe
Contoh gambar kerepek tempe

kerepek tempe dihasilkan daripada biji soya yang telah menjadi tempe. Proses pembuatanya bermula dari menghiris tempe daripada saiz yang besar kepada saiz yang kecil dan nipis. Tempe yang telah dihiris akan digoreng. Kebiasanya minyak yang digunakan untuk menggoreng kerepek tempe akan dicampurkan dengan sedikit garam halus dan bawang.

Ini untuk menghasilkan aroma dan rasa kerepek tempe yang lebih wangi dan tahan lama. Kebanyakan pengusaha kerepek tempe terdiri daripada keturunan jawa yang menetap di Sijangkang, banting, johor, Telok Panglima Garang.

Produk dari kerepek tempe

Diantara kerepek tempe yang ada di pasaran ialah kerepek tempe berempah, kerepek tempe pedas,kerepek tempe original. Asal usul kerepek tempe berasal daripada tempe yang biasa dijual dipasar.kandungan protein yang tinggi serta rasanya yang sedikit lemak dan masam.Ini merupakan revolusi daripada tempe yang biasa digoreng.

Kerepek tempe begitu terkenal di kalangan orang indonesia dan melayu keturunan jawa.Jika di malaysia johor, banting dan telok panglima garang terkenal dengan tempe dan kerepek tempe.kerepek tempe juga boleh didapati dalam perisa ketumbar,sambal pedas,dan original.

Cara pembuatan kerepek tempe

1. Tempe akan dihiris nipis-nipis
2. Dicelup kedalam tepung gandum,tepung rangup,kunyit.
3. Digoreng kedalam minyak berempah ketumbar serta garam.
4. Di sira bagi pembuatan kerepek tempe pedas.
5. Di keringkan pada suhu bilik.

Sumber : Wikipedia

Tempahan kerepek tempe

Jika ingin membuat tempahan kerepek tempe untuk majlis tertentu atau perayaan boleh klik link kami di sini HUBUNGI.

Harga kerepek tempe

Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami.

Harga ... Belum update

Selamat datang ke inamurni semoga perkongsian dari kami membawa sedikit manfaat.

Tag : Info

Baca : Tentang produk kerepek tempe - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 03 / 15 - Matlamat 194>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Isnin, April 13, 2015

Penuhi permintaan biskut raya

Penuhi permintaan biskut raya

Menurut Zurliyanti, beliau tidak mengupah pekerja kerana perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan sahaja. Perniagaan itu dijalankan di rumah.


Katanya, setiap tahun masuk sahaja minggu pertama Ramadan, beliau tidak lagi mengambil tempahan.

“Bimbang tak sempat nak siapkan. Lagipun, sebagai peniaga saya perlu ukur kemampuan sendiri sebelum mengambil tempahan,” katanya yang menetap di Subang Perdana, Subang.

Anak kelima daripada lapan beradik itu berkata, beliau telah menyiapkan lebih 150 kotak biskut Sanggul Mak Dara yang dijual pada harga RM35 setiap sekotak.

Produk - Biskut Raya

Rata-rata pelanggannya yang membuat tempahan terdiri daripada penduduk Kuala Lumpur, Kedah dan Johor.

“Mereka ini semuanya kenalan, saudara-mara yang terdekat dan ada juga kalangan yang hadir ketika pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 yang berlangsung pada 17 Jun lalu di pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur,”ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Demi tuntutan rezeki, Zurliyanti bangun seawal 6 pagi setiap hari untuk menyediakan bahan-bahan membuat biskut berkenaan.

Selepas solat Subuh beliau akan mula menyediakan adunan biskut seperti tepung dan telur yang akan berakhir sekitar pukul 11 malam termasuk menguli, membakar dan mengukir bentuk di atas biskut berkenan.

Dalam sehari, Zurliyanti menghabiskan sebanyak tiga paket tepung gandum, satu paket tepung jagung, gula satu kilogram (kg), kelapa kering 500 gram(g) dan satu botol minyak jagung Daisy untuk menyediakan untuk menyediakan kira-kira 250 keping biskut.

Rahsia biskut sedap

Berbekalkan berpengalaman hampir sedekad dalam pembuatan biskut dan kek, beliau mengakui rahsia biskut raya menjadi sedap kerana menggunakan minyak jagung Daisy.

“Selalunya untuk membuat biskut, bahan utama yang digunakan ialah marjerin atau mentega tetapi berbeza pula apabila menggunakan minyak jagung Daisy. Biskut akan cair di mulut selain gebu dan rangup.

“Sejak sedekad lalu, saya tidak pernah menggunakan minyak dalam pembuatan biskut tetapi setelah menyertai pertandingan Daisy, barulah saya mengetahui tekstur biskut menjadi lebih sedap jika menggunakan minyak Daisy,” jelasnya yang turut mempraktikkan segala tip dan petua yang ditimba bersama Chef Liza Zainol.

Selain itu, ulian tepung perlu digaul dengan teliti. Jika tidak kena gayanya, ia akan mengakibatkan ulian tersebut tidak menjadi.

Baca juga - Cabaran usahawan aidilfitri

Menyingkap pengalaman seminggu sebelum menyertai pertandingan Daisy, Zurliyanti mengakui berhadapan dengan tekanan setiap kali menguli tepung dengan minyak.

“Dengan menggunakan minyak, saya memang berasa tertekan kerana biskut seringkali tidak menjadi sekali gus menyebabkan beberapa dulang biskut terpaksa dibuang begitu sahaja.

“Namun, mujur saya berminat membuat biskut, jadi tidak mudah berputus asa sebaliknya melakukan beberapa kali sehingga berjaya,” katanya sambil memberitahu suaminya, Ahmad Lamhali, 39, sentiasa memberi dorongan.

Dalam pada itu, anak kepada guru masakan itu mengakui menceburi bidang pembuatan biskut mahupun kek menuntut ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

Cabaran hias biskut

Salah satu cabaran membuat biskut ialah ketika membuat hiasan.

“Ia nampak mudah untuk melukis garisan empat segi di atas inti nanas, hakikatnya ia amat sukar kerana garisan tersebut susah untuk dibentuk supaya kelihatan sama rata,”ungkapnya.

Bagi mengelakkan perkara itu, beliau melakukan garisan secara dekat agar ia tidak mencacatkan bentuk biskutnya itu. Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, beliau merancang untuk membuka tapak di bazar Ramadan untuk menjual biskut-biskut ciptaannya itu.

Baca juga - Biskut raya, kini mudah beli

Justeru, beliau akan mengupah beberapa pekerja untuk menghias biskut sahaja memandangkan Zurliyanti sendiri akan melakukan kerja-kerja mengadun tepung.

“Jika tiada apa-apa halangan, saya dan suami akan menjalankan perniagaan itu nanti. Ia akan mudah dengan bantuan pekerja dan boleh menerima tempahan yang banyak,” katanya yang membuka kelas membuat biskut.

Sehubungan itu, kepada yang berminat mengikuti kelas membuat biskut dan kek, boleh menghubungi Zurliyanti di talian 016-268 9094.

Sementara itu, Rosni Johari, 36, yang aktif dalam perniagaan kek sejak lima tahun lalu berjinak-jinak dengan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual muruku yang dihasilkan oleh ibunya, Fatimah Junuh, 57.

Guru mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukti Mertajam Pulau Pinang itu menjual kuih berkenaan kepada rakan-rakan dan guru di sekolah.

“Selalunya apabila tiba musim perayaan, tempahan akan meningkat mendadak sehinggakan ibu saya terpaksa membuatnya hampir setiap hari bagi memenuhi permintaan.

“Apa yang lebih menggembirakan, muruku yang dihasilkan ibu saya ini turut mendapat permintaan daripada para pelajar Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat," kata Rosni ketika ditemui di rumahnya di Lunas, Kedah baru-baru ini.

Baca juga - Biskut Raya tepati cita rasa

Menurut Rosni, muruku yang dijual pada harga RM8.50 bagi setiap 500 gram itu turut mendapat permintaan yang tinggi di Sabah dan Sarawak hasil inisiatif rakannya yang membawa maruku tersebut untuk dijual sejak beberapa tahun lalu.

Apakah keistimewaan muruku ibunya? Rosni memberitahu, ibunya menggunakan rempah ratus yang dihasilkan sendiri dalam menghasilkan kuih berkenaan.

“Dengan menggunakan rempah yang dihasilkan sendiri, muruku akan menjadi lebih sedap dan warnanya juga menjadi lebih menarik,” kata juara kategori kek pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 itu.

Walaupun muruku yang dihasilkan oleh ibunya itu masih dalam kuantiti yang sedikit, namun beliau juga ada perancangan untuk memperbesarkan perniagaan tersebut.

“Saya bercita-cita untuk memasarkan muruku tersebut ke kedai-kedai dan pasar raya di dalam negara.

“Namun, disebabkan masalah modal, kami menangguhkan hasrat tersebut dan apa yang kami mampu buat setakat ini hanyalah menghasilkan maruku berdasarkan tempahan sahaja,” katanya.

Sumber : Kosmo online

Baca : Penuhi permintaan biskut raya - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 120 - Matlamat 193>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Ahad, April 12, 2015

Pemborong kerepek untuk perniagaan

Pemborong kerepek untuk perniagaan

Kami pembekal bagi pemborong bagi produk pelbagai kerepek untuk sebarang urusan perniagaan bagi peruncit dan perniagaan yang berminat mencari aneka kerepek keluaran syarikat kami di Ina Murni Enterprise, serta juga individu perseorangan yang berminat.

Kami juga pemborong makanan ringan tradisi berlokasi di Sungai Besar Sabak Bernam Selangor bagi perusahaan IKS bagi bumiputera tempatan ingin beri peluang luas perniagaan pada yang berminat menjadi pemborong pada produk keluaran syarikat kami. Kami sedia buat Jualan kerepek secara bundle untuk anda.

Peluang perniagaan untuk anda

Boleh juga dan sangat sesuai bagi dijadikan Doorgift / Goodies bag untuk majlis perkahwinan dan majlis kenduri dan sebagainya ia simple dan murah - Kami bagi pengusaha IKS bumiputera bagi produk yang halal, Rangup, Produk tahan lama, Tiada perisa MSG, Traditional dan Sedap. Baca juga kerepek untuk goodies kahwin, kesesuaian untuk anda.

Anda juga boleh buat promosi melalui / e Niaga atau dimana-mana, Jika berminat boleh juga ingin bantuan kami untuk promosi. Hubungi Admin jika ingin membuat promosi melalui talian.

Sesuai dijual di mana-mana

Jualan aneka kerepek seperti ditempatkan di lokasi yang sangat sesuai seperti contoh lokasi di Pasar Malam, Karnival, Kiosk, Bazaar, Semua Jenis Gerai, booth jualan, Kedai, Cafe, Kilang, Kantin / Koperasi Sekolah, Kolej, Universiti, Pasaraya mengikut kreativiti dan pilihan anda.

Boleh juga ceburi Peluang Niaga, seperti Door Gift, Cenderahati Kahwin, Goodies, Event, Karnival, Perniagaan, Perayaan di Malaysia dan Jamuan. Wedding Door Gift siap di pack pun ada atau belian dan pack sendiri pun boleh dimana mengikut cita rasa dan pilihan serta peluang anda untuk menjana keuntungan bagi perniagaan anda.


Perniagaan Sihat :
HALAL, Tiada MSG ; Tiada pewarna, Pengawet, Ajinamoto dan bahan terlarang yang kami sediakan.


Perniagaan Selamat :
Produk tahan 4-6 bulan , inshaallah dan kami sudah lama dalam Bidang Makanan dan ia adalah keutamaan kami semua.


Perniagaan Mudah :
Servis Siap bungkus disediakan (Botol, Plastic, Packet) Stickers, Packet Printing boleh juga kami uruskan. Kami dalam perancangan masa depan bagi realisasi impian.


Produk sedia untuk dimakan :
Kami menghasilkan produk yang sedia untuk dimakan bagi jualan dan pemborong yang berminat mencari peluang perniagaan.


Perniagaan menguntungkan :
Kadar keuntungan sesuai Bagi Repacking Kecil Keuntungan adalah mengikut formula matematik anda.


Kaedah pemBayaran :
Deposit : 10% daripada Jumlah  sebut Harga bagi tempahan anda.
2) C.O.D , Baki 90% : Bayaran Semasa Pengambilan bagi produk yang telah siap.

Untuk info lanjut tentang produk kerepek kami bagi tujuan tempahan produk aneka kerepek kami boleh baca Kerepek untuk tempahan Ina Murni, Semoga bermanfaat.

Terima kasih, dari kami di Ina Murni Enterprise

Selamat berurus niaga

Pengurus - Jumaiah Salim / Kak Ina

Tag : Pembekal

Baca : Pemborong kerepek untuk perniagaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 06 / 06 - Matlamat 192
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Sabtu, April 11, 2015

Legasi perniagaan kerepek melonjak

Legasi perniagaan kerepek melonjak

Berita - Legasi perniagaan kerepek melonjak

Dua pekerja mengupas kulit ubi kayu sebelum diproses menjadi kerepek.

KOTA TINGGI 20 Nov. - Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Perumpamaan itu yang menggambarkan kelangsungan perniagaan memproses dan membekal makanan ringan tradisional yang diusahakan Mohd. Jofrry Selamat, 65, dan isteri, Sabiah Saleh, 61, dari Felda Papan Timur di sini sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Bermula secara kecil-kecilan dengan modal sebanyak RM500, produk antaranya kerepek ubi dan cakar itu kemudiannya dijual sendiri oleh Mohd. Jofrey di sekeliling tanah rancangan itu dengan menggunakan motosikal.

Berkat kesungguhan dan kerja keras pasangan itu, mereka akhirnya berjaya mengembangkan perniagaan sedia ada hinggalah mampu menyewa sebuah kedai di Felda berkenaan untuk dijadikan pusat pemerosesan dan jualan.

Kelangsungan perniagaan pasangan itu tidak terhenti di situ malah diteruskan oleh dua daripada empat anaknya iaitu Rozaimah, 45, dan Shaifuzi, 35.

Baca juga - Kerepek Ubi Kayu Tawau Yang Unik

Syarikat Usaha Sama (SUS) yang ditubuhkan keluarga tersebut kini semakin berkembang maju dan telah menghasilkan lebih 20 produk makanan ringan, antaranya ubi masin, kerepek pisang, semperit dan yang paling popular iaitu ubi pedas.

Menceritakan tentang perniagaan anak beranak itu, Shaifuzi yang bertindak sebagai pengurus syarikat mengakui kejayaan yang ditempa hari ini tidak datang bergolek kerana mereka pernah mengalami turun naik dalam perniagaan.

Pada mulanya, emak hanya mengusahakan perniagaan ini di belakang kedai runcit dengan hanya berbekalkan sebuah kuali dan produk-produk yang dihasilkan ketika itu dijual menggunakan motosikal selain diletakkan di kedai-kedai runcit berhampiran.

"Bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah. Produk emak ketika itu pernah dilarang dijual di kedai apabila peniaganya mendakwa tidak sedap dan tidak laku," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Baca juga - Berita kerepek ubi Batu Pahat

Shaifuzi memberitahu, apa yang terjadi tidak pernah mematahkan semangat ibunya, malah dijadikan sebagai satu cabaran bagi menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti tinggi.

Keazaman dan sikap cekal yang ditunjukkan oleh Mohd. Jofrry dan Sabiah itu sedikit sebanyak menjadi pendorong dan ikutan dua beradik itu apatah lagi sering mengikuti ibu bapa mereka itu berniaga sejak kecil.

"Mungkin sebab sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan alam perniagaan memberi kelebihan kepada kami kerana lebih awal merasai asam garam dalam perniagaan.

"Alhamdulillah, produk-produk kami ini bukan sahaja telah berkembang sehingga ke Lembah Klang, malah turut dikenali pelancong khususnya dari Singapura yang berkunjung ke daerah ini," katanya.
Menurutnya, syarikat tersebut yang mempunyai 13 pekerja turut dilengkapi dengan beberapa mesin berteknologi tinggi bagi memastikan pengeluaran produk dalam kuantiti yang lebih besar dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Ini kerana permintaan terhadap produk makanan ringan tradisional tersebut akan bertambah setiap kali menjelangnya perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Kalau musim perayaan, kami memperuntukkan lebih 100 tan metrik ubi kayu. Seperkara menarik yang saya boleh kongsi pada hari raya, orang ramai terpaksa beratur untuk dapatkan ubi pedas kerana permintaannya sangat luar biasa," katanya.

Ditanya perancangannya pada masa depan, Shaifuzi dan Rozaimah sepakat mahu mengembangkan lagi produk-produk keluaran SUS di seluruh negara selain memastikan anak cucu mereka dapat meneruskan legasi perniagaan tersebut sampai bila-bila.

Kejayaan syarikat SUS tidak hanya dinikmati Mohd. Jofrry dan Sabiah bersama anak-anaknya, malah mereka turut membantu peniaga lain khususnya yang baharu bertapak dalam bidang perniagaan.


Shaifuzi memberitahu, pihaknya membantu menjual produk-produk usahawan lain, antaranya dari Felda Waha, Felda Lok Heng termasuk Pusat Dalam Komuniti Mas Timur.

Antara produk-produk yang dijual itu ialah makanan sejuk beku, epok-epok mini, kuih siput, popiah dan kuih kapit.

"Dulu kita susah, jadi kita tahu macam mana jerih perih berniaga. Justeru, bila diberi kesenangan, janganlah kita lupa diri sebaliknya gunakanlah kesempatan itu untuk membantu orang lain pula.

"Jika kita ikhlas dalam berniaga ini, pintu rezeki akan sentiasa terbuka. Itulah pegangan saya dari dahulu lagi," katanya.

Baca juga - Kisah kejayaan usahawan IKS Malaysia

Katanya, kewujudan SUS di Felda sedikit sebanyak membantu warga tanah rancangan itu, khususnya golongan suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan.

Bagi Normah Mohd., 38, bekerja di syarikat tersebut memberi kelebihan kepadanya untuk memperoleh pendapatan sampingan.

"Daripada buang masa baik kami bekerja, dapat jugalah duit untuk beli barangan harian. Waktu kerja pula fleksibel kerana waktu tengah hari boleh pergi ambil anak balik sekolah.

"Lagipun, saya dah beberapa tahun bekerja di sini dan suka dengan suasana kerjanya selain mempunyai majikan yang baik," katanya.

Sumber: Utusan Online

Baca : Legasi perniagaan kerepek melonjak - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 119 - Matlamat 191>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Zayn Malik ditawarkan jawatan di kilang kerepek

Zayn Malik ditawarkan jawatan di kilang kerepek

Zayn Malik ditawarkan jawatan sebagai Ketua Penguji Rasa di sebuah kilang kerepek di Bradford.

LONDON: Zayn Malik telah ditawarkan jawatan di sebuah kilang kerepek.
Penyanyi berusia 22 tahun itu telah ditawarkan jawatan sebagai Ketua Penguji Rasa di kilang kerepek Seabrook di tempat lahirnya di Bradford, lapor Daily Star.

Zayn Malik pada Rabu telah mengumumkan keluar daripada kumpulan terkenal One Direction untuk menjalani "kehidupan biasa."

Sebuah surat yang turut memaparkan judul terkenal kumpulan pop itu bertulis: ''Kami simpati mendengar berita tentang keputusan anda untuk meninggalkan kumpulan One Direction, namun Seabrook ingin memberi peluang yang kami harap akan dapat buat anda tersenyum.

''Kami faham keinginan anda untuk menjalani kehidupan biasa dan kami rasa dapat membantu memenuhi hasrat anda untuk pulang dengan membantu anda kembali ke tempat asal anda di Bradford.

''Kami ingin menawarkan jawatan sebagai Ketua Penguji Rasa role dan jika anda anak jati Bradford, maka kami yakin anda pasti tahu bagaimana rasanya kerepek yang sedap.''

Surat tawaran kerja itu ditulis oleh pengarah pemasaran Seabrook Kevin Butterworth.

Sumber: Astro awani

Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 118 - Matlamat 190>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Jumaat, April 10, 2015

Kulit popia bawa kejayaan

Kulit popia bawa kejayaan

Berita - Kulit popia bawa kejayaan

Faiz Asraf Sulaiman bersama produk kulit popia goreng yang berjaya dikomersialkan di bawah jenama Empire's Crackers.

PEMBABITAN Faiz Asraf Sulaiman dalam dunia perniagaan berlaku secara kebetulan, malah dia sama sekali tidak pernah menduga percubaan pertama dengan tiada pengalaman serta kemahiran 'menjadi'.

Apa yang dilakukannya adalah semata-mata memenuhi permintaan ramai yang ingin merasai kudapan hasil resipi ibunya.

Yang pasti, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor, ini mampu membuktikan kemampuan diri dan tidak malu untuk belajar dari bawah.

Bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam bidang perniagaan ini, ulas Faiz, kesemua idea datang daripada kakaknya yang gemar makan kulit popia digulung dan digoreng rangup bersalut cili.

Tambah Faiz, kakaknya sudah berusaha mencari makanan tersebut di merata tempat tetapi tidak ketemu malah semakin kerap menyuruh ibunya menyediakan kudapan tersebut.

Faiz turut memberitahu, setiap hari kakaknya tidak akan ketinggalan membawa bekal kulit popia gulung goreng tersebut ke pejabat untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Bermula daripada situlah Faiz berkata, permintaan daripada rakan-rakan kakaknya semakin banyak secara tidak langsung memberi idea untuk memasarkan secara komersial.

Baca juga - Rezeki popia mini

"Segala-galanya berlaku dengan pantas kerana ketika itu saya masih bekerja di salah sebuah hotel di ibu kota sebagai chef pastri.

"Apabila setiap hari melihat kakak balik dan memberitahu ibu bahawa rakan-rakannya meminta untuk dibawa ke pejabat dan mereka ingin membelinya, terus saya mendapat idea kenapa tidak memasarkan sahaja produk tersebut kerana permintaannya banyak.

"Setelah berbincang dengan ibu serta ayah, akhirnya mereka setuju untuk membantu saya seterusnya memasarkan produk tersebut di pasaran," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak terhenti setakat itu, perniagaan yang diusahakan Faiz sejak Mei tahun lalu semakin mendapat perhatian dan permintaan.

Walaupun berkelulusan dalam bidang kulinari, Faiz sanggup mengikuti kelas mempelajari selok belok bahagian pemasaran dan tidak ketinggalan bidang perniagaan.

Kesemua usahanya ini adalah untuk mencari pasaran produknya yang dikenali sebagai Empire's Crackers.

Hanya menampilkan resipi yang ringkas dan mudah, kulit popia gulung ini sebenarnya sedap dikunyah pada waktu lapang.

Hari ini dengan berpendapatan satu hari menyamai gajinya sebulan ketika bekerja dahulu, anak ketiga daripada empat beradik ini merancang pelbagai strategi masa depan perniagaannya.
Selain menjual produknya secara dalam talian, Empire's Crackers juga boleh didapati di kedai bakeri dan juga kedai mesra stesen minyak.

Tidak terhad di situ, Empire's Crackers juga kini telah berada di pasaran Brunei.
Kegigihan anak muda ini ternyata mencabar usianya yang baru mencecah 22 tahun kerana segala-galanya dilakukan hanya dengan bantuan keluarga tercinta.

Cuma mempunyai pekerja seramai tiga orang untuk menggulung kulit popia, Faiz berbangga kerana walaupun hanya setahun berada di pasaran, dia berjaya mengeluarkan dua lagi perisa Empire's Crackers selain perisa cili iaitu nestum dan milo.

Juga kini dalam perancangan untuk menembusi pasaran Sabah dan Sarawak, Faiz memberitahu kajian turut diadakan untuk menambah dua lagi perisa produknya iaitu BBQ dan bersalut madu.

"Saya tahu apa yang dirancang ini mungkin nampak terlalu tamak ataupun terlalu mendadak tetapi disebabkan permintaan yang semakin tinggi ia menjadikan saya begitu bercita-cita tinggi.

"Mungkin selepas dua perisa baru berada di pasaran, saya ingin mengembangkan produk saya kepada produk makanan segera.

"Yang pasti, jenama Empire akan dikekalkan untuk setiap produk keluaran saya," katanya.

Sumber: Utusan Online

Baca : Kulit popia bawa kejayaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 117 - Matlamat 189>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Dulu tumpang, kini tauke

Dulu tumpang, kini tauke

Bermula dengan meman­faatkan lambakan bekalan ubi kayu dari ladang bapa­nya sebagai kerepek ubi pedas basah yang dijual di pasar tani, Zarinah Ibrahim, 51, kini antara pengusaha dan pembekal kerepek ubi utama di Selangor.

Pada 1986, kerepek ubi pedas keluarannya cuma dipasarkan dengan menumpang lot perniagaan seorang rakan di pasar tani Sulaiman Court, Kuala Lumpur (kini bangunan Sogo). 

Sambutan menggalakkan daripada pelanggan memberi semangat untuknya berniaga secara serius. Dia kemudian memohon tapak perniagaan sendiri di pasar tani berkenaan untuk berniaga kerepek ubi pedas dan tapai. 

“Saya mula berniaga tapai pada 1985 bagi menambah pendapatan keluarga. Suami (Mohd Nasir Miskam, 55) yang juga guru akan meletakkan tapai berkenaan di kedai dan warung sepanjang laluan untuknya ke sekolah di Cheras.

“Ketika berniaga di pasar tani, kerepek ubi pedas yang saya bung­kus dalam paket kecil habis dijual. Habis bekalan ubi kayu dari ladang ayah di Ampangan, Seremban, saya dapatkan bekalan ubi kayu di Sungai Pelek, Sepang, iaitu kampung kelahiran suami.

“Setiap minggu kami pulang ke Sungai Pelek untuk mengambil bekalan ubi. Apabila perniagaan semakin maju, pada 1992, kami mengambil keputusan berpindah ke Sungai Pelek dan membeli tanah bagi mendirikan rumah dan kilang kerepek,” katanya ketika ditemui di Kampung Hulu Chuchuh, Sungai Pelek, Sepang. 

Pengarah Ketemu Rezeki Maju (M) Sdn Bhd itu berkata, antara cabaran ialah mendapatkan bekalan ubi kayu berterusan. 

“Kami menghadapi masalah kekurangan bekalan ubi kayu dua tahun lalu. Ubi kayu mengambil masa sembilan bulan sebelum dituai, menyebabkan berlaku kekurangan bekalan jika ia tidak ditanam secara berperingkat. 

“Apabila harga bahan mentah meningkat, kami juga terpaksa menaikkan harga kerepek. Harga ubi kayu pernah naik 100 peratus menyebabkan timbul idea untuk menanam sendiri ubi kayu bagi menjamin bekalan berterusan. 

“Selain itu, wujud per­saingan daripada pengusaha kerepek lain. Di kampung ini saja ada sehingga 30 pengusaha yang menghasilkan kerepek ubi,” katanya. 

Zarinah mengusahakan 40 hektar ladang ubi kayu yang ditanam di tanah yang dipajak di kampung berkenaan dan ladang Teluk Merbau. 

Baca juga - Berita kerepek ubi Batu Pahat

Dia bersyukur usaha gigihnya membangunkan perniagaan berjaya membuahkan hasil. Menerusi sebuah agensi, Zarinah mengeksport kerepek ubi keluarannya ke London dan Dubai pada 2011. 
Bagaimanapun, disebab­kan masalah kekurangan bekalan bahan mentah, dia tidak berani meneruskan kontrak berkenaan. 

“Jika ada rezeki, saya berhasrat memasarkan kembali kerepek ubi saya ke luar negara,” katanya yang kini melatih dan membimbing usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), memproses, mengedar, membekal dan memborong makanan ringan serta hamper. 

Memiliki 10 pekerja, Zarinah meraih pendapatan bersih kira-kira RM7,000 sebulan selepas ditolak gaji pekerja dan kos. 

Pendapatannya berkurangan berbanding dulu kerana menanggung kos bahan bagi penghasilan kerepek yang semakin meningkat. Sebelum ini, dia mampu meraih antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan. 

Zarinah bersyukur usahanya membangunkan perniagaan itu mendapat banyak galakan daripada agensi berkaitan. 

Baca juga - Kisah kejayaan usahawan IKS Malaysia

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) antara agensi awal yang banyak memberi laluan untuknya berniaga, iaitu dengan menyediakan tapak perniagaan di pasar tani dan Jabatan Pertanian memberi bantuan mesin menggoreng, mesin pemotong ubi kayu dan mesin pemutar bancuhan perisa kerepek secara percuma dan berperingkat. 

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang pula menanggung kos pembinaan bangunan yang menjadi pusat sehenti atau jualan kerepek. Selain produk keluarannya, Zarinah membantu pengusaha kecil lain memasarkan produk mereka menerusi pusat sehenti berkenaan. 

Zarinah turut mendapat tunjuk ajar Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam menghasilkan perisa berlainan untuk kerepek ubi keluarannya.

Sumber: Metro

Baca : Dulu tumpang, kini tauke - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 116 - Matlamat 188>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, April 09, 2015

Resepi Burger Homemade Ringkas

Resepi Burger Homemade ringkas - Kami ingin membuat kelainan dan ini ingin berkongsi sedikit resepi burger homemade ringkas dan mudah untuk dibuat. Daging yang dibeli menggunakan daging burger jenama ramly untuk dikisar. Bawah ada bahan untuk resepi burger homemade simple kami. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Bahan - bahan burger homemade

Burger Homemade
Patty burger homemade kami

Resepi Masakan : Masak Western

Bahan burger homemade ringkas

Bahan-bahan
  1. Roti Burger
  2. Daging Burger Ramly
  3. Cheese
  4. Sos Cili
  5. Salad
  6. Tomato
  7. Bawang Besar
  8. Bawang Putih
  9. Lada Hitam
  10. Serbuk Cili
  11. Kicap manis
  12. Perasa Cukup Rasa Maggi
Saiz hidangan Burger Homemade Ringkas

Burger homemade ringkas dan simple
Hidangan Burger Simple dan Ringkas

Cara buat burger homemade ringkas
  1. Lenyek daging burger jenama ramly hingga hancur dan lumat
  2. Campurkan bawang besar,bawang putih,lada hitam,serbuk cili,kicap dan perasa cukup rasa Maggi yang dikisar halus dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Buat acuan mengikut cita rasa anda menjadi bentuk patty
  4. Masuk peti ais untuk pejalkan dalam masa 30 minit.
  5. Panaskan kuali dengan minyak masak yang nipis, masak patty tadi hingga masak dan sedikit garing, api pastikan tidak terlalu besar takut hangit.
  6. Letak cheese diatasnya patty masak tadi dan terus angkat.
  7. Belah roti dua bahagian dan panaskan bawahnya untuk sedikit garing.
  8. Sediakan salad,tomato dan letak sos cili.. Siap untuk dimakan.
Info sedikit untuk resepi jom makan kami kali ini, lepas ni tak tau nak masak apa, burger homemade paling ringkas dan simple yang kami kongsi dan buat.. Cubalah.

Tag: Masakan

Baca : Resepi Burger Homemade Ringkas - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 01Masakan187>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Rabu, April 08, 2015

Ucapan Hari Raya pelbagai bangsa

Ucapan Hari Raya pelbagai bangsa

Ucapan Selamat Hari Raya dari pelbagai negara dan pelbagai bahasa.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami ucapkan.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Berbagai Bahasa dan pelbagai benua negara.

Malaysia : Salam Aidilfitri
Banjar : Salamat Bahari raya
Jawa : Sugeng Riyadin
Padang : Selamet Idul Fitri
Sunda : Wilujeng boboran siyam
Afghanistan : Kochnay Akhtar
Arab : Aid Mubarok
Bangladesh : Rojar Eid
Belanda : Eigendom Mubarak
Bosnia : Ramazanski Bajram
Bulgaria : Pritezhavani Mubarak
Chech : Vlastnictvi Mubarak
Cina : Guoyou Mubalake
Denmark : Ejet Mubarak
Finland : Omistama Mubarakiin
Inggeris : Happy Eid El Fitr
Israel : Bebe’lanat Mawba’rak
Itali : Proprieta Mubarak
Jepun : Chuuko Mubaraku
Jerman : Besitz Mubarak
Korea : Junggo mubarakeu
Croatia : Vlasnistvu Mubarak
Kurdishtan : Cejna RemezanĂȘ
Mesir : Ed Karim atau Eid Sahid

Tag: Ucapan Raya

Baca : Ucapan Hari Raya pelbagai bangsa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 01- Santai Riadah186>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Buat rempeyek secara suka-suka

Buat rempeyek secara suka-suka

SUZI Sabtu menunjukkan rempeyek yang siap sedia untuk dipasarkan di sekitar Jerantut dan kawasan lain semasa musim perayaan Aidilfitri, baru-baru ini.

JERANTUT 5 Sept. – Rempeyek dan tumpi merupakan kuih tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu di negara ini kerana mempunyai keenakan tersendiri.
Kuih itu turut digemari kaum lain termasuk Cina dan India serta boleh dianggap sebagai Rempeyek kuih 1 Malaysia.

Berdasarkan sejarah, kuih tersebut popular dalam kalangan masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu.

Justeru, setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai pengusaha mewarisi pembuatan kuih tersebut kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Namun, tidak ramai pengusaha yang masih mengekalkan bentuk, mutu dan rasa asli kerana ia diubah suai bentuk serta ramuannya.

Justeru, sekumpulan suri rumah dari Kampung Koi, Hulu Cheka dekat sini memajukan kuih tersebut sebagai satu industri makanan tempatan.

Pengusaha Rempeyek, Suzi Sabtu, 37, berkata, perusahaan rempeyek di bengkel miliknya kini memasuki tahun ke-13 yang memberi manfaat menjana pendapatan sampingan khususnya membantu golongan suri rumahtangga di kampung itu mengisi masa lapang.

Menurutnya, sejak dimulakan pada 1999 dengan bermodalkan RM500, usahanya kini berbaloi kerana menjadi model usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di daerah ini.
“Peringkat awalnya, saya membuat rempeyek secara suka-suka untuk makanan keluarga dan jiran sahaja.

“Namun tidak disangka pula, rempeyek mula mendapat permintaan dan menerima tempahan pelanggan di sekitar Hulu Cheka, Damak dan Bandar Jerantut,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika di sini, baru-baru ini.

Baca juga - Usahawan Rempeyek Mini

Menurutnya, apabila sambutan yang diterima menggalakkan, Jabatan Pertanian dan RISDA memberi bantuan kewangan serta bimbingan sehingga membolehkan sebuah bengkel diwujudkan.

Antara suri rumah yang bekerja sambilan menyediakan rempeyek di bengkel Kampung Koi, Hulu Cheka, Jerantut.

Suzi berkata, perusahaan makanan itu bukan sahaja dilakukan memenuhi permintaan musim perayaan, tetapi menjadi rutin tetap produk tersebut memenuhi pasaran di daerah ini dan kawasan lain.

“Saya menceburkan diri dalam bidang IKS ini bagi menyahut seruan kerajaan iaitu untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar terutama di kalangan suri rumah tangga’' katanya yang kini mempunyai lima pembantu terdiri daripada orang kampung di situ.

Kini katanya, dia dibantu oleh lima suri rumah di kampung tersebut untuk menyiapkan tempahan.

‘‘Ini antara amal jariah saya dalam membantu mereka memperoleh pendapatan sampingan dan mengurangkan beban keluarga berkenaan,” katanya.

Katanya, setiap kali musim perayaan pendapatan bersih diterima mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada hari biasa iaitu antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

Bagi seorang suri rumahtangga, Fatimah Mustafa, 28, berkata, sejak bekerja di bengkel itu beban perbelanjaan dapurnya sedikit ringan hasil upah bekerja di situ.

“Pendapatan juga bertambah apabila menjelang perayaan dan ketika banyak tempahan rempeyek dari luar,” ujarnya.

Rakannya, Salana Jamikon, 37, berkata, bekerja di situ dapat membantu meningkatkan kemahiran cara membuat rempeyek kerana ia tidak semudah seperti yang disangkakan.

Katanya, pendapatan yang diterima dapat menanggung beban kewangan keluarganya dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan suri rumah kampung tersebut.

Sumber: Utusan online

Tag : Berita

Baca : Buat rempeyek secara suka-suka - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 115 - Matlamat 185>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya