Selasa, Mac 31, 2015

Mr Cendol Giant Setia Alam

Mr Cendol Giant Setia Alam - Minggu lepas saya pergi ke Giant Setia Alam untuk membeli belah barang keperluan. Ditingkat bawah tempat parking kereta ada satu ruang kecil untuk peniaga termasuk premis Mr Cendol, sudah diberi nama Mr Cendol? Ni mesti cendol yang paling sedap, agaknya.

Pandangan hadapan Mr Cendol di Giant Setia Alam

cawangan giant setia alam
Mr Cendol Since 1952.. woooo

Saya datang tiada orang yang sedang makan cendol, tengok kedai warna hijau, sedang hari ini cuaca sangat panas, itu yang terfikir dan membuatkan hati saya ingin singgah. "Mr Cendol nak cendol satu" tapi pekerja semua Ms.. Perempuan! Tak kisah nama kedai je.. Rasanya Mr Cendol banyak cawangan termasuk di Giant Setia Alam, pernah terlihat di Teluk Intan Perak semasa bercuti tahun lepas. Lokasi ini dekat sangat dengan Ayam Penyet AP Klang yang saya review minggu lepas, perkena ayam penyet.

Cendol @ Mr Cendol Giant Setia Alam

Cendol biasa
Cendol.. nampak tidak menarik..kan

Cendol juga banyak pilihan menu, nak dalam mangkuk atau dalam plastik, cendol perisa apa? Lihat dalam katalog yang diberi.. emm tiada yang bagus sangat pun, biasa-biasa sahaja. Rasa tak boleh nak cakap sedap sangat. Ada nasi lemak rojak dan yang lain-lain. Saya pesan nasi lemak biasa sahaja.

Nasi lemak di Mr Cendol

nasi lemak biasa
Nasi lemak makanan kegemaran

Nasi lemak ialah salah satu makanan kegemaran saya, lihat gambar macam menarik, rasa ikan bilis sudah tidak berkenan.. Manis! Ikan bilis digoreng sira gula dan disalut bijan.. Motif? Jadi kurang selera. Sambal biasa dan kurang ummp.. Nasi dia boleh tahan lemak dan lembut, cuma ikan bilis goreng bersalut gula dan bijan yang tidak berkenan dengan selera saya, tapi tidak tahu pula selera orang lain, mungkin sedap barangkali.

Jom makan di Mr Cendol
  • Harga Nasi Lemak biasa dengan Cendol RM8.00 keseluruhan. Tempat duduk simple sangat, nak sandar pun tidak boleh.
  • Tiada wifi kalau nak curi line pon.
  • Bolehlah setakat nak hilangkan haus.
  • Makanan tak banyak pilihan, sedikit sahaja menu.


Tag: Jom makan

Baca: Mr Cendol Giant Setia Alam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 11- Santai Riadah178>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Isnin, Mac 30, 2015

Bajet menurut pakar ekonomi

Bajet menurut pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Bajet 2015 akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdapat beberapa istilah dan ungkapan ekonomi khusus bagi menjelaskan butiran penting dalam bajet, yang perlu difahami umum.

Untuk membantu pemahaman ini, Bernama menemu bual seorang pakar ekonomi Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin, yang merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM).

S: Apakah sebenarnya bajet negara?
J: Bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat. Setiap tahun bajet dibuat satu kali dan merangkumi satu tahun fiskal yang bermula pada 15 Jan sehingga 15 Jan tahun berikutnya.

Bajet akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Jumaat terakhir bulan September atau Jumaat kedua, ketiga atau terakhir bulan Oktober.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan bajet seimbang?
J: Bajet seimbang bermaksud dapatan kerajaan seimbang dengan perbelanjaan. Dalam erti kata lain, kerajaan tidak meminjam dan berbelanja daripada apa yang dikutip (cukai). Namun begitu, bajet seimbang ada bahayanya kerana jika kutipan sedikit dan belanja juga sedikit, projek-projek mungkin dikurangkan. Oleh itu, rakyat jangan terlalu teruja dengan bajet berimbang.

Kita harap kutipan besar, bajet pun besar, seimbang dan tiada defisit serta kekurangan. Selain itu, belanjawan berimbang boleh dikaitkan dengan pemberian bantuan dan subsidi kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika semua rakyat meningkatkan perbelanjaan mereka, maka ia akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Jika kerajaan tidak beri BR1M, orang miskin tidak akan berbelanja. Namun pada masa sama, kita perlu ingat jika banyak belanja tanpa kawalan akan mengundang inflasi. Justeru, antara galakan penggunaaan wang dan usaha kawal inflasi perlu ada kebijaksanaan.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan bajet defisit?
J: Bajet defisit bermaksud negara berbelanja lebih daripada apa yang dikutip. Maknanya kita kutip cukai sedikit tetapi kita berbelanja banyak dalam mengurus dan pembangunan negara.

S: Apakah maksud istilah fiskal dan defisit fiskal?
J: Kita jarang guna istilah tersebut. Dalam bajet ada dua istilah iaitu fiskal dan monetori. Yang selalu disebut adalah fiskal. Monetori disebut secara tidak langsung kerana ia dijalankan oleh Bank Negara secara bebas dan melibatkan kadar kaedah pasaran, kuantiti wang, syarat pinjaman bank dan sebagainya.

S: Bagaimana kerajaan boleh mengurangkan defisit bajet?
J: Amatlah penting bagi kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet kerana jika dibiarkan defisit fiskal atau defisit bajet, lama-kelamaan akan menjejas mata wang negara. Di samping itu, ia juga akan menjejaskan keyakinan orang luar terhadap mata wang negara, nilai dan kekuatan Ringgit akan jatuh, import mahal, eksport murah dan banyak perkara lagi akan terjejas.

Apabila orang tidak yakin dengan mata wang kita, maka ia akan menjadi sesetengah mata wang negara lain seperti Rupiah dan sukar untuk kembali kukuh.

Faktor lain yang mungkin menyumbang kepada defisit bajet ialah defisit dalam imbangan bayaran antarabangsa di mana kita lebih banyak import berbanding eksport. Selain itu, ia berlaku disebabkan negara lebih banyak berbelanja berbanding apa yang kutip.

S: Apakah pula peranan rakyat dalam langkah pengurangan defisit ini?
J: Rakyat perlu berbelanja lebih di dalam negara, berjimat-cermat dan jangan mengelak daripada membayar cukai. Kakitangan awam pula perlu bekerja dengan lebih cekap dan telus serta jangan melibatkan diri dengan perkara yang tidak meningkatkan produktiviti, termasuk menjauhi rasuah.

S: Sejauh mana bajet boleh menentukan penarafan kredit negara?
J: Bajet yang dibentangkan esok akan dinilai dari segi sama ada kerajaan berhemat atau tidak dalam membelanjakan wang. Biasanya soalan pertama adakah kita mempunyai kemampuan untuk mengadakan projek kerana jika banyak projek, kita berkemungkinan akan meminjam duit dan akan menjejaskan kredibiliti negara.

Terdapat dua tempat pinjaman wang iaitu di dalam atau luar negara. Dalam negara boleh juga kalau hendak disorok-sorok namun jika luar negara, ia akan terdedah dalam pasaran terbuka. Justeru, bajet yang bagaimana yang boleh menentukan penarafan kredit negara ialah ia perlu seimbang dan produktif.

Jika boleh, subsidi dikurang dan kesan agihan ditingkatkan supaya orang miskin mendapat bantuan dan turut berbelanja serta membantu dalam pertumbuhan ekonomi.

S: Wajibkah ada 'goodies' dalam bajet?
J: Memang wajib. Ini kerana bajet memerlukan sokongan rakyat dan kita sentiasa mengharapkan sokongan itu dalam apa juga perkara yang kita rancang untuk negara.

Misalnya dalam pertumbuhan ekonomi atau pertumbuhan sektor pelancongan, kita mengharapkan rakyat sokong. Apa makna pelancongan jika pelancong datang ke negara kita yang dalam keadaan huru-hara, rakyat tunjuk perasaan kerana tidak cukup makan, tidak cukup gaji.

Kerajaan mesti adakan 'goodies'. Di Amerika dan Britain pun ada kerana itu memang tanggungjawab pemimpin. Sebut tentang 'goodies' selalunya diberikan kepada kakitangan kerajaan, memang tidak dinafikan ada pertikaian tentang perkara itu apabila ada pihak yang menganggap pihak lain mendapat lebih.

Masyarakat perlu dididik agar tidak mempunyai pemikiran negatif sebegitu. Orang miskin dapat subsidi atau dapat BR1M, orang yang bergaji tinggi akan tanya, sedangkan mereka golongan yang berkemampuan.

S: Apakah kesan bajet di peringkat individu?
J: Kesan bajet di peringkat individu bermaksud kesan sampingan bajet atau kesan langsung bajet. Seperti bantuan buku kepada individu dan dalam keluarga individu tersebut (dalam keluarga yang sama), ada juga yang menerima BR1M atau subsidi nelayan sebagai contoh.

Begitu juga dengan individu yang makan gaji dan membayar cukai, kita beri bonus setengah atau sebulan gaji. Jadi okaylah bila harga minyak naik, kerajaan bagi bonus, di situ ada penyesuaian.

Sumber : -- BERNAMA

Tag : Berita

Baca : Bajet menurut pakar ekonomi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 108 - Matlamat 177>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
IADA majukan pertanian barat laut

IADA majukan pertanian barat laut

Berita - IADA majukan pertanian barat laut Selangor

KAWASAN Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) atau Projek Barat Laut Selangor dilancarkan pada 6 Jun 1978.

Ia adalah satu projek pembangunan melibatkan daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam merangkumi keluasan asal 80,000 hektar kawasan tanaman kekal seperti kelapa, kelapa sawit dan lain-lain serta 20,000 hektar tanaman padi.

Bagaimanapun menurut Pengarah IADA, Abdul Hamed Bakir, semenjak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), tumpuan pembangunan hanya kepada tanaman padi sahaja.

Kata beliau, kawasan IADA mula ditanam dengan padi pada tahun 1936 setelah Jabatan Pengairan dan Saliran membina sebuah saliran terkawal di Panchang Bedena yang kemudiannya dikenali sebagai Kawasan Skim Pengairan Tanjung Karang.

“Beberapa infrastruktur asas seperti ibu empangan, tali air, parit dan struktur kawalan telah dibina pada tahun-tahun berikutnya. Pada 1962, tanaman padi dua kali setahun telah diperkenalkan dan keseluruhan kawasan skim telah mula menanam dua kali menjelang tahun 1966,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Jelas beliau, objektif utama IADA ialah untuk membangun sebagai kawasan tanaman padi dan zon makanan keperluan.

“Ia juga bertujuan meningkatkan purata pengeluaran hasil padi kepada 7.5 tan sehektar untuk satu musim. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi bagi membantu menyumbang kepada pengeluaran padi ke arah 90 peratus pengeluaran padi negara kepada 127,300 metrik tan semusim atau 254,660 metrik tan setahun menjelang 2010,” jelasnya.

IADA juga, jelas beliau, bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah kepada sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hasil penanaman padi melalui penggunaan sumber atau input secara efisien dan menjalankan aktiviti sampingan.

Jelas beliau, bagi tujuan-tujuan tersebut, IADA dilengkapi dengan infrastruktur ladang bertaraf dunia seperti tali air utama sepanjang 34.58 kilometer (km), tali air kedua (26.62km) dan tali air ketiga konkrit (525.92km), parit (663km), jalan ladang (1,178km), ban sungai (8.6km) dan pelbagai struktur lain.

“Dengan adanya infrastruktur bertaraf dunia, sikap positif petani dalam mengendalikan ladang mereka secara komersial, pengurusan air sistematik, amalan agronomi tepat serta penggunaan jentera yang maju telah mewujudkan jelapang padi yang mengeluarkan hasil purata tertinggi di Malaysia,” jelasnya.

Kata Abdul Hamed, IADA memperlihatkan peningkatan hasil yang ketara iaitu sebanyak 4.8 juta tan sehektar semusim atau hampir 200 peratus yang dicapai sekarang iaitu 7.3 metrik tan sehektar semusim berbanding 2.5 metrik tan sehektar semusim pada 1977.

Peningkatan hasil itu, kata beliau, telah meningkatkan pendapatan purata petani dari RM238 sebulan pada 1977 kepada RM1,326 sebulan pada tahun 2006.

“Dengan peningkatan pendapatan ini juga berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan barat laut Selangor dari 67 peratus sebelum IADA (sebelum 1977) kepada hanya 0.26 peratus pada tahun 2003,” katanya.

Kata Abdul Hamed, IADA juga menjadi penyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi serta beras negara.

Ia sekali gus melonjakkan tahap sara diri (SSL) kepada 90 peratus menjelang 2010 dengan menyasarkan pengeluaran padi yang lebih tinggi.

Jelas beliau, IADA memiliki banyak impak pembangunan yang positif yang lain selain membasmi kemiskinan di kalangan petani di kawasan barat laut Selangor.

Sumber: Utusan online

Tag : Berita

Baca : IADA majukan pertanian barat laut - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 107 - Matlamat 176>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Sabtu, Mac 28, 2015

Usaha untuk kenalkan stevia

Usaha untuk kenalkan stevia

Berita -  Usaha untuk kenalkan stevia

Beberapa tahun lepas, industri berkaitan stevia agak meletup ekoran banyak syarikat tempatan menyedari kepentingan pokok tersebut yang digelar pemanis semula jadi dan sesuai menggantikan gula.

Entah mana silapnya, industri kecil dan sederhana (IKS) berkaitan stevia yang ketika itu bagi matahari yang mula terbit, kini bertukar menjadi suram dan tidak sehebat dulu meskipun pengguna sudah semakin sedar keajaiban pokok tersebut yang menawarkan kemanisan tanpa kalori.

Pada masa yang sama usaha-usaha penyelidikan dijalankan bagi menambahbaik industri di peringkat primer termasuk menghasilkan baka atau klon yang lebih baik.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai contoh pernah menjalankan kajian kesesuaian klon-klon pokok yang berasal dari Paraguay di Amerika Selatan itu apabila ditanam di iklim tropika negara ini.

Oleh kerana masalah IKS di Malaysia kebanyakan berkaitan bahan mentah atau sumber bekalan, hal yang sama berlaku pada stevia kerana kesukaran mendapat benih bermutu.

Industri pemanis terbahagi kepada dua iaitu pemanis semula jadi dan pemanis tiruan. Jepun memainkan peranan besar sebagai pengeluar pemanis semula jadi dengan 40 peratus daripadanya menggunakan stevia sejak 1970-an lagi.

Sebab itu ada potensi besar mengembangkan industri ini tetapi perlu kepada penyelesaian peringkat awal dengan menghasilkan stevia yang bernilai ekonomik.

Menyedari keperluan tersebut, pensyarah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama kumpulan penyelidik beliau sedang menjalankan penyelidikan menghasilkan baka stevia yang sesuai untuk industri dengan menghasilkan hibrid menggunakan teknologi yang dianggap pertama di dunia.

Kajian tersebut diketuai oleh Profesor Dr. Mohamad Osman bersama penyelidik seliaan beliau iaitu Mohd. Farit Ab. Hamed, Amanina Alwani Arshad, Azila Ismail, Afifah Khamis, Syahidah Sulaiman, Hassuna Johari, serta beberapa pelajar lain.

Beliau sebelum ini terkenal dengan penghasilan baka tanaman industri lain termasuk rosel semasa berkhidmat di universiti lain.

Kajian awal bermula pada 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kejayaan membuktikan konsep pendebungaan semula jadi menggunakan lebah kelulut boleh digunakan.

Selepas berjaya membuktikan konsep tersebut (POC), pendekatan yang sama digunakan untuk menjalankan pendebungaan antara varieti bermutu tetapi kali ini menggunakan stevia.

Penyelidikan ini bertujuan membangunkan varieti stevia tempatan supaya pengusaha tempatan tidak bergantung daripada luar.

“Kita menghadapi cabaran produktiviti yang rendah apabila stevia ditanam dalam iklim tropika.

Kalau ditanam dalam iklim temperat seperti China, hanya boleh tuai sekali setahun, tetapi di Malaysia kita perlu tuai lebih kerap untuk mengatasi masalah pembungaan awal,” ujarnya sambil memberitahu bahawa Malaysia terpaksa mengimport bahan mentah dari China.

Secara keseluruhannya, penyelidikan tersebut adalah untuk menambahbaik stevia melalui pelbagai strategi atau pendekatan termasuk menggunakan mutasi aruhan.Ia juga mencari proses membiakbakaan untuk menghasilkan pokok hibrid dengan bantuan kacukan oleh lebah kelulut spesies Trigona, menggunakan teknologi RNAi untuk menghalang pembungaan awal, dan mengurangkan rasa pahit.

Penyelidikan tersebut menggunakan dua dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) sebanyak RM135,000 dan RM105,000, dan satu Skim Geran Penyelidikan Penerokaan (ERGS) sebanyak RM 60,000.

Pada akhirnya kata beliau, penyelidikan tersebut boleh menghasilkan industri IKS berasaskan stevia, dan mereka yang ingin kelihatan langsing boleh meminum rosel yang mengguna pemanis tersebut.

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, terdapat 65 varieti stevia yang pernah dikaji oleh MARDI sebelum ini.

Setakat ini, penyelidikan yang sedang di dijalankan di UiTM telah berjaya mengumpul lebih daripada 27 varieti dari seluruh negara tetapi yang dikenal pasti berpotensi setakat ini hanyalah tiga sahaja.

Ketika ini terdapat dua jenis komponen utama pemanis semula jadi daripada daun stevia iaitu stevisoide dan juga rebaudioside A.

Penggunaan lebah Trigona atau kelulut boleh membantu sebagai ejen pendebungaan dalam kawasan bertutup.

Lebah yang hinggap dan menghisap madu pada nektar stevia dan terbang ke bunga stevia lain secara semula jadinya telah bekerja melakukan pendebungaan antara varieti.

Penggunaan lebah kelulut sangat sesuai kerana debunga stevia sangat halus dan agak rumit untuk dipindah ke varieti lain tanpa menggunakan lebah jenis itu.

Masalah kedua ialah selepas penghasilan biji benih kacukan, penyelidik berdepan dengan peratus percambahan biji benih yang sangat rendah iaitu kira-kira satu peratus sahaja.

“Untuk itu, percubaan kami ini dianggap yang pertama di dunia dengan menggunakan lebah sebagai agen pendebungaan untuk menghasilkan benih stevia kacuk” ujarnya.

Menurut beliau, penggunaan serangga sebagai agen pendebungaan bukan perkara baharu kerana lalat pernah digunakan dalam proses pendebungaan tanaman lain seperti sawi dan bawang.

Kaedah penyelidikan beliau dan kumpulannya adalah dengan meletakkan pelbagai varieti stevia induk yang berpotensi di dalam kawasan bertutup dengan jaring kecil dan membiarkan lebah menjalankan pendebungan atau sebagai agen pendebungaan.

Beliau berkata, pada peringkat awal kajian tersebut, kumpulannya telah pun berjaya menuai benih stevia yang telah pun dicambahkan. Penyelidikan tersebut dijalankan di kawasan khas di UiTM Puncak Alam, Selangor.

Bagaimanapun menurut Mohamad, pihaknya belum dapat menentukan sama ada benih tersebut jenis hibrid melainkan kajian penandaan molekul dijalankan oleh Mohd. Farit terlebih dahulu.

Beliau memberitahu, terdapat tiga jenis warna biji benih stevia yang berjaya dituai iaitu hitam, coklat dan coklat muda.

Pihaknya menggunakan biji benih berwarna hitam dan proses percambahan dijalankan di makmal dengan pendedahan kepada cahaya merah. Penggunaan cahaya dikatakan mampu meningkatkan kadar percambahan biji benih sehingga 60 peratus.

Sementara itu, kajian salah seorang pelajar dalam kumpulan tersebut tertumpu kepada pengenal pastian debunga yang melekat pada badan lebah kelulut. Ini kerana mungkin terdapat lebih daripada satu jenis debunga atau varieti pada kaki lebah yang dipindahkan ke pokok lain.

Kajian tersebut juga cuba menentukan spesies kelulut mana yang sesuai untuk agen pendebungaan memandangkan terdapat 30 spesies lebah kelulut yang ada ketika ini.

Dalam pada itu, menurut Mohamad, daripada 27 vartieti yang ada, pihaknya telah mengenal pasti enam yang sesuai yang dijadikan induk untuk menghasilkan stevia hibrid.

“Sebelum ini dalam kajian awal saya, sudah ada penemuan tetapi pokok tersebut mati ketika percambahan kerana faktor tumbesaran,’’ katanya.

Penggunaan varieti terpilih yang mempunyai ciri ciri dikehendaki adalah perlu untuk menjadikannya satu varieti hibrid yang bagus dari segi penyesuaian iklim tropika Malaysia, kandungan komponen manis semula jadi yang tinggi dan banyak lagi.

Kadangkala varieti induk terpilih itu berdaun besar tapi mempunyai satu batang dan varieti satu lagi berdaun halus tetapi mempunyai banyak cabang. Oleh itu apabila hibrid dihasilkan, diharapkan ciri ciri dominan yang terbaik dapat diperoleh.

“Setakat ini, kebanyakannya yang kita tuai adalah induk betina,” katanya.
Kajian juga dilakukan untuk mencari masa sesuai untuk menuai kerana kerja–kerja tersebut perlu dilakukan sebelum proses pembungaan berlaku. Ini kerana rasa manis stevia akan beransur hilang dengan cepat apabila pokok telah berbunga.

Oleh itu kajian perlu dilakukan bagi mengelakkan stevia berbunga cepat dalam jangkaan sebulan hingga dua bulan dengan cara melakukan kerja pemangkasan lebih kerap dan pada masa yang sama percambahan daun lebih banyak.

“Oleh itu, kerja-kerja menuai mungkin dilakukan tidak terlalu kerap iaitu hanya dua atau tiga kali setahun berbanding di China hanya sekali.

Satu lagi fokus kajian yang dijalankan ialah penggunaan dua jenis hormon bagi menggalakkan pertumbuhan pokok. Hormon tersebut ialah asid giberelik (GA3) dan sitokinin (BAP).

Sementara Mohd. Farit Ab. Hamed berkata, tumpuan kajian beliau adalah bagi mengenal pasti sama ada hasil yang dituai selepas pendebungaan benar-benar datang daripada induk bagi mengenal pasti ia jenis hibrid atau sebaliknya,’’ ujarnya.

Katanya, ciri-ciri istimewa hibrid diuji dengan penanda molekul DNA jenis IRAP dan REMAP yang dianggap lebih kompleks .

Setakat ini tiga klon yang disyorkan MARDI ialah MS012, MS007 dan MS028 tetapi kelemahannya ialah mempunyai produktiviti pengeluaran daun yang masih tidak optimum dalam iklim tropika.

Sumber: Utusan online

Tag : Berita

Baca : Usaha untuk kenalkan stevia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 106 - Matlamat 175>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Penting guna barang tempatan

Penting guna barang tempatan

Berita - Penting guna barang tempatan atau pentingnya penggunaan barangan tempatan

Soalan: Suatu aspek yang penting dalam pakej rancangan fiskal ialah menggalakkan penggunaan tempatan. Ini bermakna, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia meningkatkan perbelanjaan. Bagaimana ini boleh membantu mengatasi kelembapan ekonomi? Tidakkah rakyat sepatutnya membuat simpanan untuk kegunaan masa depan?

Jawapan: Dalam keadaan di mana permintaan luar terhadap barangan eksport negara semakin merosot, perbelanjaan penggunaan dalam negeri, terutamanya penggunaan swasta, perlu ditingkatkan bagi mengekalkan momentum pertumbuhan yang berterusan. Ini kerana jika penggunaan swasta dalam negeri turut merosot semasa kelembapan ekonomi maka aktiviti ekonomi dalam negara akan mengalami pengecutan dan seterusnya memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Misalnya, jika orang ramai membuat keputusan tidak membeli pakaian baru semasa kelembapan ekonomi maka permintaan terhadap barangan industri pakaian akan berkurangan. Ini akan memaksa kilang-kilang tekstil mengecilkan saiz operasinya manakala banyak gedung pakaian, peniaga dan industri lain yang berasaskan tekstil turut mengecilkan saiz atau menutup operasinya dan memberhentikan pekerja.

Bagi menggalakkan penggunaan dalam negeri, pendapatan boleh guna (disposable income) di kalangan pengguna perlu ditingkatkan. Dalam hubungan ini, dalam Belanjawan 2001 yang lalu, kerajaan telah memberi kadar rebat yang lebih tinggi kepada pembayar cukai bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang melibatkan 1.2 juta pembayar cukai dan mengurangkan hasil kerajaan daripada cukai pendapatan kira-kira RM434 juta.

Melalui pakej ransangan fiskal, baru-baru ini kerajaan mencadangkan supaya potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan daripada 11% kepada 9%. Bagaimanapun, pencarum dibenarkan membuat pilihan sama ada membuat potongan 9% atau 11% atau lebih. Namun demikian, pencarum tidak perlu bimbang kerana langkah ini adalah bersifat sementara, iaitu selama tempoh satu tahun dari tarikh 1 April 2001 semasa negara dijangka mengalami kelembapan ekonomi.

Dalam menggalakkan penggunaan swasta, kerajaan juga melaksanakan langkah-langkah lain. Antaranya, bagi meningkatkan jualan kereta penumpang, kerajaan telah mengurangkan tempoh kelayakan pinjaman kenderaan bagi kakitangan kerajaan dikurangkan dari 7 tahun kepada 5 tahun. Sementara itu, kakitangan kerajaan yang tempoh perkhidmatan mereka genap setahun adalah layak membuat pinjaman kenderaan.

Selain itu, bagi menggalakkan penggunaan kad kredit, cukai RM50 ke atas kad kredit yang diperkenalkan pada tahun 1997 dimansuhkan.

Langkah-langkah di atas tidak mengurangkan pendapatan pengguna. Oleh itu, ia tidak mempengaruhi kecenderungan menyimpan di kalangan pengguna. Sebaliknya, apa yang dilakukan ialah pendapatan 'boleh guna' di kalangan rakyat ditingkatkan supaya mereka boleh membuat perbelanjaan penggunaan tambahan.

Soalan: Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dikenal pasti sebagai tunjang kepada sektor perindustrian negara. Kerajaan mengiktiraf sumbangan IKS menerusi pembesaran dana dan penubuhan tabung usahawan baru. Bagaimanakah kerajaan melihat sumbangan IKS ketika kelembapan ekonomi dan strategi baru bagi sektor berkenaan.

Jawapan: Sebarang kelembapan ekonomi akan memberi kesan keatas semua industri sama ada besar atau kecil. Ianya akan memberi impak yang berlainan ke atas industri yang berbeza. Walau apa pun impak yang akan dihadapi, dan strategi serta langkah-langkah yang akan diambil, perkara yang perlu diutamakan adalah memberi perhatian kepada daya saing dan kos yang kompetitif.

Di bawah langkah-langkah persediaan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menghadapi kesan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, salah satu fokus adalah untuk memperbaiki akses kepada pembiayaan terutamanya untuk industri kecil dan sederhana. Ianya bertujuan untuk memastikan pertumbuhan yang berterusan bagi IKS sedia ada dan menggalakkan pertumbuhan IKS baru.

Kita mahukan IKS keluar daripada kelembapan ekonomi dengan lebih kukuh dan bersedia menghadapi persaingan yang semakin sengit. Ini adalah kerana:
IKS menyediakan industri sokongan dan perkhidmatan yang kukuh kepada industri-industri besar.

IKS mewujudkan hubungan rantaian yang lebih luas antara industri dan sesama industri khususnya bagi sektor elektrik dan elektronik, telekomunikasi, automotif dan tekstil serta industri makanan dan minuman.

Walaupun sebahagian besar IKS adalah berorientasikan domestik, namun ianya mempunyai potensi untuk menjadi industri berorientasikan eksport dan menghasilkan tukaran asing untuk negara.

'Ekonomi baru', khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sektor teknologi, lebih memilih untuk membangunkan IKS daripada perusahaan besar.

Bantuan untuk sektor IKS adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Memandangkan pentingnya peranan IKS dalam pembangunan perindustrian negara maka kerajaan telah memperkenalkan beberapa strategi baru melalui pakej ransangan fiskal. Antaranya ialah memperluaskan kriteria kelayakan pinjaman dan menambah saiz tabung-tabung seperti berikut: 

Tabung Untuk Makanan (RM1.3 bilion), Tabung Usahawan Baru (RM1.5 bilion), dan Tabung IKS (RM400 juta). Sebuah Tabung Pemulihan dan Pembangunan Usahawan yang baru juga ditubuhkan merangkumi langkah-langkah pemulihan, seperti khidmat nasihat, kontrak baru dan bantuan kewangan. Selain itu, kadar faedah bagi tabung-tabung dikurangkan, iaitu Tabung Untuk Makanan (3.75%), Tabung Usahawan Baru (5.5%) dan Tabung IKS (5.5%).

Soalan: Adakah kerajaan menjangkakan berlakunya pemberhentian pekerja secara besar-besaran berikutan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat? Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. Fong Chan Onn telah mengumumkan bahawa lebih kurang 2,000 pekerja diberhentikan setiap bulan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka yang dihentikan?

Masalah pemberhentian pekerja di negara ini adalah berpunca daripada kemerosotan permintaan terhadap barangan eksport keluaran negara ini, terutama barangan elektronik dan elektrik kesan daripada kelembapan ekonomi Amerika Syarikat. Akibatnya, sesetengah syarikat, terutamanya syarikat asing di negara ini mengambil langkah untuk sama ada mengecilkan saiz operasi, menutup operasi atau memindahkan operasi mereka ke lokasi yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah dalam negara atau ke negara lain.

Bagi tempoh Januari hingga April 2001, sejumlah 3,927 orang pekerja telah diberhentikan di mana sebahagian besarnya adalah pekerja tempatan. Pemberhentian pekerja ini sebahagian besarnya berlaku dalam sektor perkilangan di mana kawasan-kawasan perindustrian di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Kedah mempunyai jumlah pemberhentian pekerja yang tinggi. Sebahagian besar mereka yang diberhentikan terdiri daripada kategori pekerjaan sebagai operator pengeluaran, peralatan dan buruh.

Walaubagaimanapun, fenomena pemberhentian pekerja ini adalah bersifat jangka pendek dan ia tidak membimbangkan terhadap prospek pasaran buruh di negara ini. Ini adalah berasaskan kepada faktor-faktor seperti berikut:

Permintaan terhadap barangan elektronik dan elektrik adalah berbentuk struktural dan bergantung kepada keadaan ekonomi dunia. Permintaan dijangka meningkat apabila ekonomi dunia mengalami pemulihan. Dalam hubungan ini, risiko kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sebahagiannya dapat dibendung oleh kekukuhan ekonomi negara-negara Eropah dan beberapa buah negara Asia di mana kadar pertumbuhan negara-negara tersebut dijangka melebihi Amerika Syarikat.

Ekonomi Amerika Syarikat dijangka mengalami `pembetulan' bagi tempoh suku tahun ketiga dan keempat 2001 diikuti dengan pemulihan pada tahun 2002. Ini adalah berasaskan kepada langkah-langkah Federal Reserve menyesuaikan dasar kewangan dengan mengurangkan kadar faedah dan melaksanakan dasar fiskal yang lebih fleksibel.

Malaysia masih menjadi tumpuan pelaburan asing yang lebih berkualiti bagi membuka dan mengembangkan aktiviti pelaburan mereka di negara ini, terutama bagi industri yang berteknologi tinggi. Misalnya, pada bulan Mac 2001 jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MITI) adalah berjumlah RM2.1 bilion, manakala permohonan pelaburan yang belum diluluskan adalah berjumlah RM1.9 bilion.

Walaupun berlaku pemberhentian pekerja tetapi pada masa yang sama masih terdapat permintaan tenaga pekerja yang tinggi di negara ini. Misalnya, bagi tempoh Januari hingga April 2001 terdapat sejumlah 7,368 kekosongan jawatan yang belum diisi dalam pelbagai sektor dalam ekonomi. Oleh itu, masalah pekerja yang diberhentikan sedikit sebanyak dapat diatasi apabila berlakunya penyerapan tenaga pekerja tersebut ke dalam sektor-sektor ekonomi yang masih mengalami kekosongan jawatan.

Dalam hal ini, Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan pelbagai program latihan, sama ada untuk lepasan sekolah atau mereka yang dihentikan kerja. Dengan ini, diharapkan lebih ramai pekerja yang dulunya tidak mempunyai apa-apa latihan mengambil kesempatan untuk mendapat kemahiran yang akan membolehkan mereka mencari kerja yang lebih baik di pasaran.

Oleh itu, masalah yang berlaku ke atas pasaran tenaga buruh berikutan daripada pemberhentian pekerja di negara ini adalah bersifat jangka pendek. Dalam jangka panjang, prospek bagi pasaran tenaga buruh di negara ini adalah positif. Ini adalah berasaskan kepada keadaan ekonomi Amerika 

Syarikat yang dijangka mengalami pemulihan pada suku tahun ketiga dan keempat 2001, kedudukan ekonomi negara-negara Eropah dan Asia yang masih kukuh serta usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia dalam meneroka peluang-peluang pasaran baru yang dijangka dapat meningkatkan permintaan barangan eksport negara. Langkah yang sama penting ialah meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti supaya barangan keluaran Malaysia adalah kompetitif di pasaran antarabangsa.

Sumber: Utusan online

Tag : Berita

Baca : Penting guna barang tempatan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 105 - Matlamat 174>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Pemborong makanan ringan tradisi

Pemborong makanan ringan tradisi

Tawaran pemborong makanan ringan dan tradisi - Salam berbahagia semua, tawaran terbaik bagi pemborong yang ingin menjadi pembekal produk makanan ringan dan tradisi dari kami.

Kami dari Ina Murni Enterprise merupakan pengusaha dan pembekal kepada pemborong pelbagai jenis aneka kerepek, keropok, kekacang, aneka biskut raya, rempeyek, kuih siput, kuih karas, aneka kek dan bahulu, meruku, makanan dan minuman ringan. Pusat operasi kami terletak di Sungai Besar, Selangor.

Kami pemborong dan pembekal makanan ringan dan tradisional

Kami menawarkan produk-produk tersebut pada harga terbaik di pasaran, ini bagi mendorong peniaga-peniaga runcit seperti anda semua untuk meraih keuntungan yang lumayan dari hasil jualan bagi produk keluaran kami.

Pilihan produk makanan ringan terbaik untuk anda

Antara produk-produk yang popular seperti kerepek pisang tanduk, pisang abu masin dan manis, pisang salai,pisang puteri rasa seaweed, kerepek ubi masin, pedas kering, pedas basah, black pepper, bbq dan juga jejari ubi. Boleh jika nak  borong untuk harga terbaik bagi pihak anda.

Pemborong kerepek emping

Kami juga merupakan antara pemborong makanan ringan seperti kerepek emping malinja di Malaysia dan kami akan tawarkan kepada anda harga terendah untuk kerepek emping melinja. Ini adalah harga termurah yang anda boleh dapat di pasaran bagi makanan ringan tersebut.

Jaminan dari kami untuk makanan ringan dan tradisi

Produk yang kami hasilkan adalah berkualiti tinggi, rangup, enak dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Kami berbesar hati jika anda semua dapat kepuasan dari produk makanan ringan dan tradisi kepada pelanggan kami.

Di sini disertakan link untuk anda dapatkan senarai harga produk makanan ringan dan tradisi kami, untuk lebih lagi tepat boleh sahaja hubungi kami untuk info yang lebih tepat dan lanjut.

Ingin info lanjut berkenaan - Senarai Harga

Pesanan dan tempahan dibuka sekarang dan selamanya

Inilah peluang anda untuk menjana pendapatan tambahan dan pasti menguntungkan bagi semua makanan ringan dan tradisi yang kami hasilkan. Boleh jual secara runcit dan perniagaan anda semua bagi mendapat untung besar. Sesuai juga dijadikan Doorgift / Goodies bag kepada para tetamu.

Sekian Terima Kasih.

Hubungi kami :
Kak Ina = 013-2026549

Tag: Pembekal

Baca: Pemborong makanan ringan tradisi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 06 / 05 - Matlamat 173
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Jumaat, Mac 27, 2015

Bermula kecil-kecilan dirumah

Bermula kecil-kecilan dirumah

Berita - Bermula kecil-kecilan dirumah dan kini telah berjaya
Keropok pedas dan kerepek ubi kayu juga di hasilkan di kilang ZS Maju Products di Pasir Puteh, Kelantan.

PASIR PUTEH 5 Mei - Sebelum ini, perusahaan kerepek bilis yang dijalankan oleh Zainun Salleh, 48, hanya dikenali oleh penduduk di Kampung Panggong dekat sini.

Malah, ibu kepada enak orang anak itu, hanya menjalankan perusahaan memproses kerepek itu di anjung rumahnya secara kecil-kecilan dengan dibantu anggota keluarga lain.
Namun, berkat kegigihan mengusahakan resipi masakan tradisional yang diwarisi daripada keluarganya sejak 20 tahun lalu, ia semakin berkembang sehingga dia menjadi pembekal kerepek bilis ke seluruh negara.

Lebih membanggakan, Zainun kini memiliki sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama ZS Maju Products bagi membolehkannya meluaskan skop perniagaan dan pasaran ke luar negara.

Menurut Zainun, kini kerepek bilis keluaran ZS Maju telah memasuki pasaran Johor, Kedah dan Kuala Lumpur selain negeri Pantai Timur.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memajukan syarikat ZS Product terutama Bahagian Industri Bukan Padi, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bukan sahaja membekalkan khidmat kepakaran tetapi turut menyalurkan peruntukan untuk membesarkan kilang pemprosesan serta peralatan canggih.

"Tanpa sokongan kerajaan pastinya sukar bagi saya untuk bertapak dan berdikari sebagaimana sekarang dengan mendapat permintaan berterusan daripada pengusaha kedai runcit, pasar tani, pasar besar, pemborong dan pasar raya besar dari Gombak, Putrajaya, Bangi dan Kepong serta lain-lain pasar raya terkemuka di sekitar Lembah Klang," katanya di sini baru-baru ini.

Kejayaan Zainun turut menarik perhatian Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah yang melawat kilangnya baru-baru ini.

Zainun berkata, dengan bantuan suaminya yang juga seorang petani, mereka mengumpulkan wang sebanyak RM20,000 bagi dijadikan modal awal untuk membesarkan perusahaan kerepek bilis berkenaan.

Kesungguhannya itu telah menarik minat KADA pada 2001 untuk membantu dengan memberikan pelbagai khidmat nasihat dan bimbingan termasuk penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan kualiti produk, promosi dan strategi pemasaran.

Bantuan KADA itu membolehkan kilangnya pada 2004 mula mengeluarkan produk tambahan seperti gegetas, buah rotan, keropok pedas, kerepek bawang, mini karipap dan popia mini untuk memenuhi permintaan.

"ZS adalah singkatan nama Zainun Salleh iaitu seorang petani wanita yang sebelum ini turut gigih bercucuk tanam di kawasan operasi KADA.

''ZS Product mulai dikenali ramai dan akhirnya pada 2007 syarikat ini mendapat Sijil Halal bagi membolehkan produk yang dihasilkan menembusi pasaran lebih meluas," katanya.

Menurutnya, pada 2006 juga KADA memberi bantuan untuk mengubah suai bengkel sebagai persediaan sebelum dinilai oleh pihak berkenaan bagi mendapatkan pensijilan halal.

"KADA juga membantu saya menyertai pameran industri kecil dan sederhana (IKS) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA); Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Suarasa, Pameran Makanan Halal di Singapura dan lain-lain tempat.

"Saya turut dilantik oleh KADA sebagai tenaga pengajar kepada usahawan baru dalam bidang memproses makanan ringan di bawah pengurusan KADA di samping menerima jemputan jabatan dan agensi lain di Kelantan bagi tujuan yang sama," katanya.

Zainun bercadang untuk mengeskport produk yang dihasilkan ke negara China dalam tempoh terdekat dalam usaha memperkenalkan barangan tempatan ke pasaran antarabangsa.

Setakat ini, katanya, kilangnya mampu menghasilkan lebih 2,000 peket makanan ringan sehari dan kapasitinya akan diperbesarkan jika berpeluang mendapat kontrak perniagaan di luar negara.

"Ini termasuk menghasilkan satu produk baru berasaskan hasil pertanian iaitu kerepek ubi vitato dalam usaha membantu petani yang mengusahakan tanaman jangka pendek ini," katanya.

Zainun berkata, anggaran jualan kasar tahunan syarikatnya mencecah sehingga RM300,000 dan ia memberi semangat kepadanya untuk meneroka pasaran dunia yang sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : Bermula kecil-kecilan dirumah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 104 - Matlamat 172>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, Mac 26, 2015

Jualan kuih tradisi lumayan

Jualan kuih tradisi lumayan

Berita - Jualan kuih tradisi lumayan
Hayani Azrari (kiri) dan pembantunya sedang sibuk menyiapkan kuih bahulu di bengkelnya di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam.
- Gambar TAJUL SAFUAN ABU HASSAN

SUNGAI SIPUT 23 Sept. - Penyediaan kuih dan biskut tradisional negeri Perak kini bukan sekadar untuk disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri tetapi ia kini muncul sebagai makanan sepanjang musim.

Kemunculannya dapat bertahan begitu lama hasil daripada ciptaan serta pengubahsuaian resipi baru supaya ia terus diminati sebagai bahan sajian untuk dinikmati sesiapa sahaja.

Bagi Hayani Azrari, 30, beliau menyediakan lebih 16 kuih tradisional asli sepanjang masa sejak 14 tahun lalu dan sehingga kini ia terus mendapat permintaan yang semakin bertambah.

Katanya, antara kuih tradisional asli Melayu yang popular ialah kuih bakar, baulu, rempeyek, tumpi, kueh siput, kerepek dan pelbagai lagi.

Beliau berkata, setelah begitu lama berkecimpung dalam perusahaan tersebut, pelbagai usaha dicetuskan untuk menghasilkan kuih tradisional yang lebih bermutu dengan memasukkan adunan-adunan terbaru.

"Bagi kuih bakar sahaja saya mencipta beberapa resipi baru seperti kuih bakar dengan perasa strawberi, coklat dan pandan berbanding kuih bakar berwarna putih yang sudah dikenali sebelum ini.

"Apa yang menarik lagi tentang kuih bakar yang dihasilkan ini ia mudah cair, gebu, lazat dan boleh dimakan begitu sahaja dan menjadi makanan ringan sepanjang musim," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Hayani yang mengusahakan bersama keluarganya dengan jenama 'Sri Ayunie' membuat kuih-muih tradisional ini hasil bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia.

Oleh kerana ciptaan kuih bakarnya yang menarik dan lazat beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kuih tradisional Melayu peringkat kebangsaan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Katanya, beliau mempelajari resipi ini yang diwarisi daripada saudaranya sejak 16 tahun yang lalu dan kini beliau menghasilkan secara sepenuh masa mengeluarkan kuih-muih tersebut.

Beliau berkata, selain mengusahakan sendiri beliau juga turut memasarkan produk-produk yang diambil daripada pengusaha lain.

Hayani berkata, semasa musim perayaan Aidilfitri ini, beliau menghasilkan sebanyak 3,000 hingga 4,000 paket kuih itu sehari untuk dipasarkan ke seluruh negara.

Katanya, sepanjang Aidilfitri ini beliau menjangka dapat menghasilkan sebanyak 80,000 hingga 100,00 paket kuih untuk dipasarkan ke seluruh negara.

"Kita dapati kuih tradisional ini mendapat permintaan yang menggalakkan asalkan kita mengekalkan kualiti yang baik kerana pengguna kini sangat mementingkan kualiti serta keunikan produk," katanya.

Ketika ditanya langkah yang diambilnya bagi membendung kenaikan bahan mentah seperti tepung, minyak dan keperluan lain untuk pembuatan kuih, beliau berkata, apa yang penting ialah mengekalkan kualitinya.

Katanya, walaupun harga bahan mentah telah meningkat antara 30 hingga 40 peratus, namun kualiti perlu dijaga tetapi harga tidak akan dinaikkan.

"Apa yang dilakukan ialah mengurangkan sedikit kuantiti supaya semua pihak merasakan keenakan kuih tradisional ini," katanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai kuih tradisional Sri Ayunie boleh menghubunginya di 61 Kampung Jalong, Sungai Siput Utara Perak. Tel 05-597 1429 atau 019-4771 283.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca : Jualan kuih tradisi lumayan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 103 - Matlamat 171>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Tentang popia mini

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Baca juga tentang produk popia mini dan cara buat resepi ia dihasilkan.

Tentang popia mini
Gambar.. Popia mini

Popia terdiri daripada tiga bahagian tertentu iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng.

Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain dengan memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi dapat menghasilkan rasa yang lebih sedap lagi.

Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi ramai penduduk yang berada di Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

Isi kandungan


Variasi terpulang kreativiti anda
Sayur dan aneka sayuran
Serunding daging / ayam / ikan
Jenis jenis popia yang diketahui


Tidak Bergoreng 
Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, lobak merah, tauhu,taugeh,dan sengkuang yang dihiris-hiris.


Bergoreng
Serunding yang sering digunakan adalah dari daging ikan tenggiri dan ikan bilis. Hasil laut yang lain ialah udang kering. Boleh juga dibuat dari daging lembu dan ayam.


Sejuk beku
Ikan sardin dalam tin selalu menjadi pilihan untuk dijadikan inti popia. Manakala, industri makanan beku di Malaysia telah memperkenalkan popia berinti otak-otak.

Sumber: Wikipedia

Tag: Info

Baca: Tentang Popia mini - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 03 / 14 - Matlamat 170>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya