Sabtu, Februari 28, 2015

Kek dan bahulu untuk tempahan Ina Murni

Tempahan kek dan bahulu untuk anda

Kami di Ina Murni Enterprise pembekal bagi makanan tradisional iks tempatan yang berlokasi di Peket 60 Sg Nipah, Sungai Besar, sedia menerima tempahan aneka kek dan bahulu murah pada harga berpatutan dan pelbagai produk keluaran syarikat kami untuk anda bagi memenuhi tempahan dan program yang dianjurkan oleh pelangan. Kek dan bahulu juga sangat sesuai dijadikan juadah pilihan bagi acara anjuran anda seperti dibawah.

Acara terbaik dan kegunaan kek dan bahulu :

  1. Kek dan bahulu untuk kenduri kahwin
  2. Kek dan bahulu untuk goodies bag kahwin
  3. Kek dan bahulu untuk kenduri aqiqah
  4. Kek dan bahulu pertunangan
  5. Kek dan bahulu pernikahan
  6. Kek dan bahulu jamuan aktiviti
  7. Kek dan bahulu untuk riadah
  8. Kek dan bahulu untuk raya dan perayaan
  9. Kek dan bahulu  diraikan untuk majlis

Kenapa pilih kek dan bahulu kami

Pengalaman kami membuat Aneka Kek Dan Bahulu di Sungai Besar sudah lama dan sering mendapat tempahan dari pelangan pada harga berpatutan serta murah berbanding tempat lain.

Kami membuat dan menerima pesanan  dan mengusahaan proses pembuatan kek dan bahulu secara terus kepada anda, Rasanya memang sangat sedap!! insyaallah rasa sekali hendak lagi. Kami mengambil tempahan pelbagai aneka kek dan bahulu dalam kuantiti yang banyak, sekurang - kurangnya 5 kg keatas, untuk pelbagai majlis.

Dengan keenakan rasa dikekalkan, sudah pasti majlis hari bahagia anda akan lebih berseri dan bermakna dengan hidangan kek dan bahulu berperisa asli keluaran syarikat kami. Jika ingin lihat info produk kek dan bahulu kami, secara terperinci mengenai produk keluaran iks bumiputera dan dijamin halal serta melalui proses yang terbaik. Kepada semua pelanggan kami dan semua penggemar kek dan bahulu sekalian yang mengemari snek rasa bahulu homemade kami.

Sedia menerima tempahan kek dan bahulu

Gambar.. contoh pilihan tempahan aneka kek dan bahulu Ina Murni

senarai produk aneka kek dan bahulu terbaik kami tawarkan pada anda seperti dibawah :

  1. Bahulu Kemboja
  2. Bahulu Cermai
  3. Bahulu Ikan

Harga yang kami sediakan memang sangat berpatutan bagi pembekal dan pemborong Kek dan bahulu murah di Sungai Besar, Senarai harga kek dan bahulu syarikat kami anda boleh sahaja lihat di sini, senarai harga terbaik kami.

SENARAI HARGA KEK DAN BAHULU MURAH DI SUNGAI BESAR

Syarat tempahan kek dan bahulu dari kami

Bayaran perlu dibuat sebanyak 50% sebagai deposit, seminggu sebelum majlis berlangsung secara online atau cash. Tempahan diambil tertumpu hanya kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. 

Tiada penghantaran buat masa ini, anda boleh terus ke lokasi kami di Peket 60 Sg Nipah dan jika anda tidak pasti lokasi gerai Ina Murni Enterprise dimana, klik link kami beri dibawah ini.

>>  LOKASI

Tempahan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk bungkusan (cas tambahan untuk special plastik, balang atau tin mengikut kehendak pelanggan plastik  balang tin plastik berbunga untuk goodies bag dan lain - lain mengikut kemahuan pelangan. Tempahan perlu dibuat awal, sebaiknya sebulan sebelum majlis, untuk memastikan bekalan kek dan bahulu kami mencukupi.

Tempahan kek dan bahulu ini juga bergantung kepada bekalan bahan mentah yang kami perolehi.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi saya (call & sms)  Kak Ina, atau detail pergi ke link dibawah.

>> HUBUNGI

Tag : Tempahan

Baca : Kek dan bahulu untuk tempahan Ina Murni - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 05 / 04 - Matlamat 142>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Taman ikan air tawar Kuala Selangor - Hari minggu bila waktu cuti tidak ada aktiviti hendak kami lakukan, Jom Jalan untuk melihat panorama keindahan alam ciptaan tuhan.

Lokasi pilihan kami juga sangat berhampiran dengan Taman Alam Kuala Selangor dan ia juga berada dibawah kaki Bukit Melawati yang cukup terkenal dengan lotong dan monyet ada juga yang sebut dengan gelaran budeng ! yang sangat jinak dan ramah dengan pelancong. baca juga lawatan kami ke Bukit Melawati Kuala Selangor.

Kenapa kami pilih Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Ikan sungai air tawar
Gambar salah satu Ikan Air Tawar

Pertama - Sudah tentu sekali sebab murah, Tiket untuk dewasa hanya RM2.00 dan kanak-kanak dikenakan cuma RM1.00 bagi bayaran masuk, tapi jika anda ingin sekali dengan pakej Trak Train yang menuju ke Bukit Melawati cuma bayar masuk RM5.00 seorang siap pakej keduanya. Seronok sebab dapat naik juga Trak Train dan tengok ikan.

Kedua - Tidak sesak seperti Trak Train, kami malas hendak beratur panjang untuk menaiki ke puncak Bukit Melawati, tapi itu adalah perancangan kami, akibat ramai sangat pengunjung yang tunggu giliran, jadi malas dan kami pilih lokasi kedua.

Ketiga - Teringin tengok ikan, haha.. Macam tidak pernah lihat ikan air tawar. Lagi pula Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor ini saya belum pernah lagi jejaki.

Luar Jangkauan kami di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Monyet di taman ikan air tawar
Monyet makan kueh karipap

Dalam taman ikan air tawar ini sudah tentu ada spesis ikan air tawar, cuma anggapan kami hendak lihat ikan besar punya. Dalam taman ini bukan ada ikan sahaja, burung merak, ayam hutan pun ada, cuma kolam ikan itu airnya sangat keruh, jadi tidak kelihatan ikan didalam tasik kecil.

Selain akuarium dan pameran   terdapat juga ruangan muzium kecil di Taman Ikan Air Tawar, didalam terdapat gambarajah dan bubu serta peralatan bagi cara menangkap ikan air tawar.

Kedai cenderahati juga ada di Taman Ikan Air Tawar, tetapi jumlah terlalu sedikit, jadi kami cuma beli air untuk menghilangkan dahaga.

Burung merak di taman
Cantik burung merak juga ada di Taman Ikan Air Tawar

Surau juga disediakan, jadi tidak perlu risau ingin mencari tempat solat disini. Tandas juga disediakan secara percuma hmm.. Kan sudah bayar tiket masuk.

Tempat duduk berbumbung dan sekeliling dengan kehijauan pokok sangat sesuai untuk mencari ketenangan disini.

Kami beri monyet makan karipap. Monyet disini pula makan makanan seperti manusia, melihatkan kebiasaan binatang yang sudah terbiasa dengan kehadiran pelancong.

Selfie sebelah kolam
Bergambar bersama di kolam ikan air tawar

Yang kurang bagusnya Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Tempat ini kecil sangat, boleh habiskan lawatan cuma ambil waktu yang pendek, keluasan taman ini tidak memuaskan. Jom jalan tapi terhad, kalau anda ingin puas berjalan kaki, baik anda pergi ke Zoo, lagi seronok.

ini sahaja pengalaman kami melawat Taman Ikan Air Tawar di Kuala Selangor. Banyak juga lokasi menarik seperti dibawah.
  • Puncak Bukit Melawati boleh lihat matahari terbenam sangat cantik dan bermesra bersama lotong, budeng dan monyet.
  • Main Bowling di Mega lanes Plaza Kuala Selangor.
  • Cari jeruk Pak Ali di Kuala Selangor - suka sangat jeruk buah
  • Tengok wayang di (LFS) lotus five star Kuala Selangor.
Tag: Jom Jalan

Baca : Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 01 - Santai Riadah141>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Jumaat, Februari 27, 2015

Kueh bakar sejuk beku dapat sambutan

Kueh bakar sejuk beku dapat sambutan

NURA Mardi bersama kuih bakar sejuk beku berperisa jagung, pandan dan keladi buatan syarikatnya
HIDANGAN kuih bakar memang popular di kalangan komuniti masyarakat Melayu negara ini.

Rasanya yang enak, manis dan bertekstur lembut menjadikannya sesuai dibuat santapan ringan untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut.

Walaupun terdapat pelbagai jenis kuih moden muncul di pasaran, namun makanan tradisional ini masih terus diterima baik.

Ia biasanya dijual di pasar-pasar malam dan juga bazar-bazar jualan pada hujung minggu.
Mencari peluang mempromosi kuih bakar secara komersial, ia kini disediakan dalam bentuk sejuk beku.

Pendekatan baru itu dijalankan oleh syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan iaitu Perusahaan As-Nura.

Bercerita mengenai bisnesnya, pengusaha syarikat itu, Nura Mardi, 51, memberitahu, dia telah terlibat dalam perniagaan kuih-muih dan kerepek sejak tahun 2001 namun hanya mula dikomersialkan menjelang 2008.

''Saya sudah biasa berniaga kerana dahulu saya selalu membantu keluarga menjual hasil tanaman jagung dan ubi.

''Selepas berkahwin, saya terlibat pula dalam bisnes kacang goreng, pelbagai jenis kuih dan kerepek di kantin sekolah,'' katanya ketika di temui di kilang kuih bakarnya di Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Bagi menambah pengetahuan dalam bidang perniagaan, dia aktif menyertai aktiviti-aktiviti anjuran Persatuan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) sehingga dilantik sebagai Pengerusi.

''Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti kelas membuat kuih, khidmat nasihat dan lawatan ke kilang-kilang perusahaan.

''Ilmu yang diperolehi dimanfaatkan untuk memperluas dan mempertingkatkan perniagaan saya,'' jelas ibu kepada lima orang anak ini.

Nasib terus menyebelahi Nura apabila dia terpilih menerima dana perusahaan daripada kerajaan bernilai RM10,000.

Dana tersebut digunakan untuk membeli peralatan membuat kuih seperti mesin pembancuh dan ketuhar.

Kesemua aktiviti perusahaan dijalankan di rumahnya dengan bantuan suami dan anak-anak.
Melihat potensi perniagaan itu, dia kemudiannya membuat pinjaman modal Kredit Mikro daripada Agrobank sebanyak tiga kali bernilai RM10,000, RM20,000 dan RM30,000.

''Sambutan pengguna sangat menggalakkan terutama untuk kuih bakar. Jadi, bagi memenuhi permintaan itu, saya mendapat idea untuk menghasilkan kuih bakar secara sejuk beku.

''Tujuannya supaya kuih bakar sejuk beku ini boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan disimpan sebelum dipanaskan sekiranya terdapat permintaan.

''Selepas menyertai Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) pada tahun 2008, permintaan terhadap kuih bakar ini terus meningkat termasuk daripada Singapura dan juga Brunei,'' katanya yang mempunyai seramai tujuh orang kakitangan.

Tahun 2010 pula menyaksikan Nura membina kilang perusahaan kuih bakarnya di Semenyih dengan kos RM250,000 selain bantuan dana pembungkusan produk daripada RISDA bernilai RM44,000.

Melihat keunikan kuih bakar sejuk beku ini, ia tersedia dalam empat pilihan perisa iaitu pandan, labu, jagung dan keladi selain boleh disimpan untuk tempoh enam bulan.

Hari ini, kilang perusahaan Nura mampu mengeluarkan sebanyak 800 biji kuih bakar sehari dengan penggunaan 64 kilogram tepung.

Produk kuih bakar sejuk beku ini telah memasuki pasaran kedai-kedai runcit, hotel-hotel, pasar raya besar Mydin dan juga kedai FAMA dengan harga RM4.20 sebungkus.

Untuk perancangan masa hadapan, Nura turut bercadang menghasilkan kuih bakar berlauk seperti daging, ayam dan udang.

Bagi memantapkan perniagaannya pula, dia turut menghadiri beberapa siri kursus anjuran Jabatan Pertanian dan juga RISDA selain mengikuti ekspo Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sumber: Utusan Online

Tag: Berita

Baca: Kueh bakar sejuk beku dapat sambutan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 91 - Matlamat 140>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Asam Pedas Sungai Sembilang

Asam pedas Sungai Sembilang - Makan malam hari ini teringin pula nak makan asam pedas ikan pari, dah lama tak merasa, jadi jom makan kali ini berkunjung ke lokasi Sungai Sembilang Jeram semata-mata ingin merasa makan asam pedas ikan pari. Perjalanan tidak jauh dari lokasi kami dan restaurant ini sedikit tersorok dan terpencil berhadapan dengan kolam pancing air masin sebelah Sungai Sembilang dan kunci air serta jeti nelayan ia tidak jauh dari lokasi santai di Pantai Remis.

Menu dan gambar papan tanda Asam Pedas


Asam Pedas Ikan Pari
Sungai Sembilang Klasik Ent ( asam pedas )


Permandangan
Suasana sekeliling Asam Pedas Sungai Sembilang

Kami sampai jam 9.00 malam, suasana sedikit hening di Asam Pedas Sungai Sembilang, tidak ramai pengunjung dan pelanggan seperti biasa,Tunggu order dan sesi bergambar lol.. mungkin hari biasa barangkali. Kami memesan asam pedas pari, 3 claypot dari bekas dari tanah liat panas seperti kebiasaan, tetapi sedikit kecewa apabila diberitahu asam pedas pari kehabisan, cuma tinggal satu, terpaksa kami tukar kepada asam pedas ikan kembung dan ingin makan asam pedas sembilang pun kehabian, mungkin tiada bekalan. Sedikit kecewa kerana asam pedas ikan pari lebih sedap dari asam pedas ikan kembung, tapi apa boleh buat sebab bukan rezeki kami.

Asam Pedas Jeram
Suasana damai di Asam Pedas Klasik Ent

Tempat disini bila malam hari sangat cantik, dekorasi seperti duduk dalam taman, kucing ada banyak disini dan lantai berpasir dan ia tidak di simen, seperti dapat alami suasana kampung dan damai, dekat dengan pantai tetapi tidak dapat rasa angin suasana pantai. Paling bagus banyak tempat duduk, sama ada ingin duduk yang berbumbung atau udara segar dibawah pokok dan ia selesa. Berteman pohon pisang, pokok kelapa dan ia diberi nama Klasik Ent Asam Pedas sangat sesuai dengan suasana damai kampung di kawasan jajahan Jeram yang terkenal juga dengan Aroma ikan bakar Jeram dekat dengan lokasi ini.

Asam pedas kami order dah sampai dengan claypot panas, dah teruja nak makan ni..k

claypot asam pedas pari
Asam pedas ikan pari

Tunggu nasi tak kunjung tiba.. snap gambiran dulu

Dari segi rasa Asam Pedas Sungai Sembilang

Nasi disini dimasak lembut beserta telur masin dan sangat sesuai dimakan dengan asam pedas. Asam pedas pekat dengan kuah beserta kacang bendi dan tomato untuk bagi memekatkan kuah, rasa memang sedap dan tidak terlalu pedas, cukup rasa ia memang kena dengan selera saya.. perghh ini kalau ikan sembilang atau asam pedas ikan pari, lagi sedap.. tapi apa daya dapat ikan kembung, adik saya dapan makan yang ikan pari punya, bagilah peluang je pada dia.

Apa yang tidak berpuas hati

Satu - Asam pedas ikan kembung je, mahal ! ikan kecil je, tapi harga tidak berpatutan dan sama sahaja harga dengan asam pedas pari yang bagi saya tidak sama dari segi harga, dan rasa ikan pari lebih berbaloi dibanding ikan kembung yang dirasa lebih murah dan harga agak mencurigakan.

Dua - Lagi satu tidak berpuas hati, yang dikatakan asam pedas pari kehabisan tetapi orang lain order boleh ada pula, Pelik! rasa macam pelangan kena tipu pula, mungkin mau habiskan lebihan ikan kembung barangkali, jadi boleh kata asam pedas pari kehabisan.

Tiga - Paparan banyak menu, ditanya tiada. restaurant ini sinonim dengan asam pedas, jadi menu lain sedikit hambar.
  • Keseluruhan 3 claypot asam pedas beserta dengan air RM32.00, Harga agak tidak berbaloi rasanya.
  • Kami sudah kenyang, alhamdulillah.. itu pengalaman kami makan di Asam Pedas Sungai Sembilang Jeram Kuala Selangor.
  • Semoga dan diharapkan servis lebih baik baik akan datang
Tag : Jom Makan

Baca : Asam Pedas Sungai Sembilang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 02 - Santai Riadah139>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, Februari 26, 2015

Tentang produk kueh siput

Info serta resepi bagi kueh siput

Dalam kepelbagaian kami di Ina Murni Enterprise berlokasi di Sungai Besar pembekal dan menjual Aneka kerepek serta memberi sedikit info cara pemprosesan kami mengenai penghasilan kami berkenaan kueh siput.

Sedikit info kueh siput

Tentang kueh siput diberi gelaran tetapi kenapa ia diberi nama kueh siput disebabkan oleh jalur lapisan permukaan dan bentuk seakan sama seperti siput.

Contoh gambar kueh siput

Tentang Kueh Siput
Gambar Kueh Siput

Resepi kueh siput dan cara buat


Bahan Bahan
2 cawan tepung gandum
1-2 sudu besar rempah kari (daging)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2-3 sudu besar margerine/butter
1 biji telur
sedikit air (untuk diuli)
1-2 helai daun kari (1 dihiris halus dan satu untuk dimasukan semasa menggoreng)
sedikit garam, lada sulah dan serbuk perasa
3-4 cawan minyak untuk menggoreng

1. Dalam mangkuk yang besar, masukan tepung, rempah kari, serbuk cili, jintan putih, telur ,daun kari, garam dan kacau adunan hingga sebati.
2. Masukan butter/margarine dan sedikit air. Uli hingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
3. Dengan menggunakan acuan yang leper dan bergigi, cubit sebesar ibu jari, bulatkan, tekap pada acuan dan gulung untuk mendapatkan bentuk siput.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana, goreng hingga kekuningan, masukkan daun kari lebihan.

Proses mengoreng kueh siput

Selanjutnya goreng kueh siput tadi dengan minyak yang penuh dan panas sehingga warna seakan kekuningan dan coklat kemudian toskan, sedia untuk dihidang. Itulah serba sedikit info tentang kueh siput yang kami ingin kongsi.

Tempahan kueh siput

Jika ingin membuat tempahan kueh siput untuk majlis tertentu atau perayaan boleh klik link kami di sini HUBUNGI.

Harga kueh siput

Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami.

Harga ... Belum update

Selamat datang ke inamurni semoga perkongsian dari kami membawa sedikit manfaat.

Tag : Info

Baca : Tentang produk kueh siput - INA MURNI ENTERPRISE

Admin and technical support powered by Ahmad Munir 03 / 11 - Matlamat 138>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Cara buat resepi Biskut Aiskrim

Info cara mudah tentang buat resepi biskut aiskrim dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut Aiskrim bagi sambutan hari raya dan sebarang anjuran majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Aiskrim bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut aiskrim

Biskut Aiskrim
Gambar Biskut Aiskrim

Tentang Biskut Aiskrim

Resepi Biskut Aiskrim, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap dengan aroma tersendiri dengan bentuk yang unik menjadi kesukaan agak anda, bagi yang gemar rasanya, Pasti berbaloi mencuba biskut aiskrim yang sedap ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut aiskrim
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015

Bahan cara buat biskut aiskrim

Bahan-bahan biskut aiskrim
  1. 130gm butter
  2. 60gm gula icing
  3. 160gm tepung gandum
  4. 30gm tepung jagung
  5. 20gm tepung ubi
  6. 1/4 sudu teh baking powder
  7. 20gm serbuk badam
  8. Sdkt vanilla essence
Hiasan

  1. 1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
  2. Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan
Cara-cara buat biskut aiskrim
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  2. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam.
  3. Gaul rata sehingga menjadi doh dan canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
  4. Terap mengikut acuan yang telah dikhaskan.
  5. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak
  6. Terlebih sapu kuning telur gamaknya.
  7. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
  8. Hiaslah biskut ikut kreativiti anda.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut aiskrim yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut aiskrim

Tempahan awal biskut aiskrim boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut aiskrim kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut aiskrim

Harga biskut aiskrim kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.
Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut aiskrim dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Aiskrim - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 14 - Matlamat 137>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Rabu, Februari 25, 2015

Cara buat resepi Biskut Cendawan

Info cara mudah tentang buat resepi biskut cendawan dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut cendawan bagi sambutan hari raya dan sebarang anjuran majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Cendawan bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut cendawan

Biskut Cendawan
Gambar contoh Biskut Cendawan

Tentang Biskut Cendawan

Resepi Biskut Cendawan, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap dengan aroma tersendiri bagi yang gemar rasanya, Pasti berbaloi mencuba biskut cendawan yang sedap ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut cendawan
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015

Bahan dan cara buat biskut cendawan

Bahan-bahan biskut cendawan
  1. 1 buku butter
  2. 3/4 cwn gula kastor
  3. 1 cwn tepung jagung
  4. 2 1/2 cwn koko krunch - dikisar halus
  5. 1/4 cwn kelapa kering
  6. 1/4 cwn bijan (aku gantikan dgn oat.bijan takde stok)
  7. 2 cwn tepung biskut / tepung gandum
  8. 1 biji kuning telur
Hiasan biskut cendawan

  1. coklat masakan
  2. coklat rice (boleh guna flower nibs)
Cara-cara buat biskut cendawan

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung.
  3. Adunkan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum sikit2 hingga adunan menjadi doh.
  4. Gelek dan terap adunan menggunakan acuan bentuk cendawan. (nak pakai acuan bentuk lain pun boleh juga).
  5. Bakar dan setelah sejuk, celupkan bahagian kepala cendawan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil.
  6. Hiaskan dengan coklat rice. Biarkan biskut dan coklat masakan mengeras di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut cendawan yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut cendawan

Tempahan awal biskut cendawan boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut cendawan kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut cendawan

Harga biskut cendawan kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut cendawan dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Cendawan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 13 - Matlamat 136>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Cara buat resepi Biskut Nestum

Info cara mudah tentang buat resepi biskut nestum dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut nestum bagi sambutan hari raya dan sebarang anjuran majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Nestum bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut nestum

Biskut Nestum
Gambar Biskut Nestum

Tentang Biskut Nestum

Resepi Biskut Nestum, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap dengan aroma nestum bagi yang gemar rasanya, Pasti berbaloi mencuba biskut nestum yang sedap ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut nestum
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015

Bahan cara buat resepi biskut nestum

Bahan - Bahan 
  1. 125 gram butter premium Anchor butter
  2. 1/2 cawan gula kastor
  3. 1 sudu teh esen vanilla
  4. 1 biji telur
  5. 1 cawan tepung gandum
  6. 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  7. 1 cawan Nestum original, kisar halus
  8. 1 cawan Nestum original, tak perlu kisar
Bahan untuk hiasan
  1. Ceri merah atau hijau, hiris kecil
  2. Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh
Cara buat resepi biskut nestum
  1. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik.
  2. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
  5. Rehatkan doh seketika.
  6. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil).
  7. Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter.
  8. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
  9. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut nestum yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut nestum

Tempahan awal biskut nestum boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut nestum kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut nestum

Harga biskut nestum kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut nestum dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Nestum - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 12 - Matlamat 135>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Selasa, Februari 24, 2015

Faridah Mentarang Bakar Sekinchan

Faridah Mentarang Bakar Sekinchan Sg Besar Sabak Bernam. Kami makan disini hanya untuk mencuba salah satu makanan laut yang sangat terkenal di kawasan Sekinchan iaitu mentarang bakar. Jom Makan buat pertama kali untuk blog ini yang sangat berniche kerepek dan biskut tetapi cerita hal makan pula’ sangat lari dari tema dan niche kami tetapi ia juga berkisar tentang pengusaha dan perusahaan makanan. Kami juga selalu cerita tentang IKS di Malaysia, jadi tidak salah untuk kami kongsikan sedikit pengalaman kami menjamu selera di Faridah Mentarang Bakar Sekinchan tidak begitu jauh dari lokasi perniagaan kami.

Cerita Tentang Mentarang bakar

Cerita tentang mentarang yang sangat terkenal, banyak gerai tepi jalan yang menjual mentarang segar di sepanjang jalan dari Sekinchan menuju ke Sg Besar di daerah Sabak Bernam Selangor. Hasil mentarang telah memberi rezeki pada penduduk kampung untuk mencari sumber pendapatan halal, Mentarang sangat sukar dicari kerana ia mendiami kawasan berlumpur disepanjang pantai, untuk mencari juga sangat sukar bila berhadapan selut yang dalam' bagi mentarang ini kulit cengkerangnya juga sangat rapuh dan ia mudah pecah tidak seperti jenis siput yang lain yang mempunyai cengkerang yang lebih keras. Hasil dari mentarang disini memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat, jadilah mentarang bakar.

Faridah Mentarang Bakar

Restaurant yang menjual mentarang bakar yang terkenal setakat ini di Faridah Mentarang Bakar, tetapi bukan setakat bakar sahaja’ mentarang rebus, mentarang goreng, tumis mentarang dan pelbagai pilihan lagi seperti nasi goreng mentarang juga ada untuk pilihan jom makan kali ini. Selain itu belut pun ada huhu.. bagi saya makanan eksotik tu, jadi saya tak makan belut’ menu belut seperti belut berlada, asam pedas sembilang, ikan haruan juga ada untuk pengunjung yang mengemari ikan air tawar, bak kata makanan sekeliling dan sekitar kawasan sawah padi ada untuk hidangan disini.

Permandangan di Faridah Mentarang Bakar Sekinchan

Selfie dan Santai
Selfie sekejap di titian Faridah Mentarang Bakar
Kawasan dan tempat makan juga sangat menarik, ada titi atau jambatan lintasan antara parit dekat tempat untuk bakar mentarang di bahagian hadapan, saya ternampak ada ikan keli bermain di parit tersebut, mungkin ternakan tuan kedai barangkali. Tempat menjamu selera di belakang’ boleh pilih nak makan cara bersila atau duduk dikerusi. Kami pilih bersila atau boleh baring sekali kalau sudah kekenyangan, satu pilihan terbaik bagi kami. Hiasan biasa sahaja, adat kawasan kampung’ jadi sangat sederhana. Tujuan datang memang hendak rasa mentarang bakar, selalu sangat lalu tengok papan tanda besar Faridah Mentarang Bakar tetapi tidak pernah singgah.

Tunggu makanan di Faridah Mentarang Bakar

Tunggu Pesanan
Air semua sama.. Teh O ais limau

Nasi goreng pepahat

Nasi goreng pepahat
Nasi goreng pepahat yang saya pesan

Kami dah sampai sini untuk jom makan’ jadi masa untuk ambil order untuk lapan orang, Sepinggan mentarang bakar RM8.00 jadi kami order 3 pinggan, kami makan tidak sampai 2 minit’ pantaskan? Nak order nasi goreng mentarang katanya belum kopek lagi, jadi kami makan nasi goreng pepahat, bentuk rupa macam ulat haha makcik saya tidak makan, rupa macam ulat’ dia geli.

Gambar kulit mentarang bakar

Mentarang bakar
Teruja nak makan mentarang bakar sampai lupa nak snap gambar, jadi gambar kulit sahaja untuk santapan anda haha.

Rasa mentarang bakar, memang sedap dan unik’ ada pencicah sos untuk mentarang bagi menaikkan lagi rasanya tetapi kurang pedas sos tersebut dan sedikit manis. Bagi kami hanya untuk masa dan waktu santai sahaja, operasi Faridah Mentarang Bakar seperti dibawah.

Waktu perniagaan
9.00 AM - 7.00 PM

Waktu sudah petang' kami pun sudah kenyang, masa untuk balik, masih sempat lagi nak berselfie
Selfie tepi jalan
Tepi jalan besar Faridah Mentarang Bakar
  • Sekian cerita jom makan untuk kali ini di Faridah Mentarang Bakar Sekinchan
  • Misi saya untuk jadikan blog ini lebih santai
  • Majulah perusahaan IKS di Malaysia
Tag : Jom Makan

Baca : Faridah Mentarang Bakar Sekinchan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 01 - Santai Riadah134>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya