Sabtu, Januari 31, 2015

Kepentingan IKS diambil kira TPPA

Kepentingan IKS diambil kira TPPA

Kepentingan IKS diambil kira dalam TPPA

KUALA LUMPUR 29 April - Dewan Negara hari ini dimaklumkan bahawa penyertaan Malaysia dalam rundi­ngan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) turut mengambil kira kepentingan industri kecil dan sederhana (IKS).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, kepentingan itu bukan sahaja daripada aspek seperti akses pasaran tetapi meliputi jalinan kerjasama dan pembinaan kapasiti.

“Secara amnya, TPPA tidak me­ngenakan peruntukan atau obligasi yang sukar untuk IKS tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang meminta kementerian itu menyatakan kepen­tingan kepada IKS jika termeterainya TPPA dengan 12 buah negara terlibat sedangkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perdagangan Dunia (WTO) belum dilaksanakan sepenuhnya.

Menurut Hamim, kerajaan sedar wujud kebimbangan mengenai kedudukan IKS yang bakal menghadapi persaingan semakin sengit daripada syarikat antarabangsa.

Katanya, semua kebimbangan itu telah ditangani dan sebagai contoh, kerajaan telah mengetengahkan cadangan yang membolehkan IKS diintegrasikan ke dalam rangkaian bekalan dan nilai serantau.

“Selain itu, kerajaan memastikan usaha-usaha transisi diwujudkan bagi membolehkan IKS menyesuaikan diri dengan persaingan yang semakin meningkat," kata beliau.

Tambahnya, kerajaan akan memastikan syarikat besar tidak menyalahgunakan kedudukan dengan mengamalkan sikap monopoli yang akan memberi kesan kepada IKS.

Sebagai tambahan, ujar beliau, pengecualian juga dilakukan bagi bidang perolehan kerajaan dengan sejumlah projek akan dikhususkan dan dibuka untuk IKS negara ini sahaja.

Jelas beliau, rundingan TPPA juga tidak mengabaikan komitmen Malaysia di bawah WTO dan serantau.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: Kepentingan Iks diambil kira TTPA - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 84 - Matlamat 123>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia

Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia

Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia - mengatasi cabaran terbesar yang dihadapi oleh syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia, Ingram Micro Malaysia dan Microsoft Malaysia hari ini melancarkan satu set aplikasi Mercado dengan kerjasama Mercado agar dapat membantu syarikat-syarikat IKS tempatan untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat (IT) dan kadar produktiviti di tempat kerja.

Set aplikasi Mercado ini merupakan produk keluaran syarikat tempatan dengan matlamat“satu harga untuk sebuah syarikat selama setahun”. Produk dengan harga lebih mampu milik, praktikal serta berupaya menampung lambakan kerja ini memudahkan syarikat-syarikat IKS tempatan menikmati dan menggunakan solusi IT bagi meningkatkan kadar produktiviti kerja. Ini sekali gus dapat mengatasi pelbagai isu yang menyebabkan syarikat IKS enggan menerima penggunaan solusi IT seperti bebanan kos serta kekurangan teknologi yang dapat menampung lambakan kerja.

Lebih 50 pemborong telah hadir untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam majlis pelancaran hari ini berhubung tanggungjawab mengedar dan memasarkan semula produk tersebut di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ingram Micro juga menyasarkan penglibatan seramai 500 orang pemborong dengan bilangan pelanggan tetap set aplikasi Mercado yang mencecah 10,000 orang menjelang 2015 nanti.

Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran itu, Pengurus Besar Ingram Micro Malaysia, CY Leong berkata Mercado berfungsi sebagai satu stor aplikasi tempatan yang membolehkan syarikat IKS tempatan memilih mengikut keperluan pada harga yang berbaloi. Konsep tersebut juga akan diperluas ke peringkat pasaran IKS serantau.

“Yuran pendaftarannya hanya serendah RM1,500 untuk setiap syarikat dan tiada had bilangan pengguna. Malah, latihan juga akan disediakan secara percuma. Justeru, Mercado adalah langkah paling kos efektif untuk membantu meningkatkan kadar produktiviti kerja,” katanya.
Tambahnya lagi, langkah memperkenalkan Mercado di pasaran Malaysia adalah seiring dengan matlamat kerajaan agar sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan menyumbang hingga 40% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

“Malaysia merupakan negara pertama yang berpeluang mengakses Mercado. Selepas Malaysia, kami akan memperluaskan penggunaan Mercado di pasaran ASEAN. Semua aplikasi ini dapat diakses dengan mudah melalui tablet dan telefon pintar serta boleh didapati dalam pelbagai bahasa. Misalnya bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Cina dan bahasa Vietnam,” tambah Leong.
Set aplikasi Mercado yang direka khas untuk syarikat IKS tempatan ini berfungsi di atas platform Microsoft Office 365 dengan 99% kelancaran operasi selama 24 jam sehari. Setakat ini, hanya terdapat tujuh aplikasi dan bilangan aplikasi dijangka meningkat kepada 30 hingga 35 jenis menjelang 2015.

Syarikat-syarikat IKS hanya perlu membayar yuran tahunan yang rendah bagi menikmati perkhidmatan mengakses sejumlah aplikasi tanpa had seperti aplikasi Sumber Manusia, sistem automasi pejabat, pengurusan inventori dan sebagainya.

“Hakikatnya, penerimaan dan penggunaan IT dalam kalangan syarikat IKS merupakan satu cabaran besar. Bukan setakat di Malaysia, malah di rantau ini. Namun, syarikat IKS sedar bahawa penggunaan IT adalah satu keperluan dan langkah strategik kepada keseluruhan nilai rantai bagi meningkatkan tahap produktiviti. Oleh itu, Mercado adalah produk terbaik mampu milik yang dapat memenuhi keperluan syarikat IKS ini,” jelas Pengurus Besar Mercado, Poo Ching Loong.

“Kami amat mengalu-alukan lebih ramai penjual atau pembekal perisian (ISV) agar menyertai atau menyokong inisiatif Mercado ini. Dengan penglibatan lebih banyak pihak, baik golongan ISV mahupun pelanggan, aplikasi Mercado ini akan bertambah baik. Model produk ini cukup unik kerana ia dihasilkan mengikut kehendak pasaran,” terang Poo.

Aplikasi Mercado ini menawarkan banyak manfaat. Antaranya termasuk:
· Kaedah penggunaannya mudah dengan hanya tiga klik
· Hanya satu bayaran untuk lesen sebuah syarikat dan tiada had bilangan pengguna
· Latihan kemahiran disediakan secara percuma. Majikan boleh membuat tuntutan daripada Dana 

Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)
“Kerjasama dengan Mercado ini telah mempertingkatkan taraf solusi pengkomputeran awan untuk rangkaian pemborong kami, sekali gus mewujudkan keberkesanan operasi perniagaan yang lebih baik dan cemerlang. Sebagai pengedar utama Microsoft Cloud, kami perlu merapatkan tali persahabatan dengan semua peniaga solusi pengkomputeran awan tempatan bagi meningkatkan nilai dan kedudukan solusi ini di pasaran,” jelas Leong.

Tag: IKS Malaysia

Baca: Aplikasi Mercado untuk IKS Malaysia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 10 - Matlamat 122>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Berita mengenai Kek Balang

Berita mengenai Kek Balang

Berita Kosmo

Berita mengenai Kek Balang Kecil dan mudah dibawa

PENANGAN kek balang atau kek jar mencetuskan fenomena baharu terutama dalam industri pembuatan kek ketika ini kerana keunikan kek yang berada di dalam balang kecil.

Selain keenakan rasanya, ia juga mudah dibawa sehingga menjadi pilihan ramai terutama dalam kalangan penggemar kek.

Melihat kepada senario itu, ia turut memberi nafas baharu kepada pengusaha-pengusaha kek untuk membuat kek di dalam balang.

Tidak terkecuali, pasangan suami isteri Rosazliza Ramli, 34, dan Ahmad Nazrol Hud, 35, yang turut mengusahakan kek tersebut.

Rosazliza berkecimpung dalam dunia pembuatan kek sejak tiga tahun lalu, namun kehadiran kek balang tidak disedari sehingga salah seorang pelanggan memintanya untuk membuat kek dalam bekas balang kaca. Dia yang mula belajar membuat kek berkenaan kira-kira sebulan lalu mengakui tertarik apabila diberitahu mengenai keunikan kek tersebut.

Bakar dahulu baru isi
Pada mulanya, akui Rosazliza, dia sendiri tidak tahu cara-cara menghasilkan kek tersebut dalam balang. Namun, itu tidak menghalangnya untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Justeru, dia mempelajari selok-belok membuat kek itu menerusi internet.

Bertutur lanjut mengenai pengalaman pertamanya, ibu kepada tiga orang anak itu memberitahu, cara-cara yang diajar menerusi kebanyakan pengusaha kek meletakkan terus adunan kek ke dalam balang lalu membakarnya.

“Ia mudah memandangkan proses membuat kek tersebut adalah seperti biasa iaitu mengadun bahan-bahan yang terdiri daripada tepung, keju, gula lalu membakarnya.

“Sebelum membakarnya, kesemua balang perlu diletakkan di dalam loyang yang diisi dengan air lalu masukkannya dalam ketuhar,” katanya sambil menyifatkan ia umpama seperti mengukus kek.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, kaedah itu dilihat sukar kerana untuk menghasilkan corak di dalam itu bukan kerja yang mudah.

Cara tersebut akan menyebabkan ukiran yang dihasilkan dalam balang kecil itu akan menjadi comot.

KEK balang juga sesuai dijadikan kek hari jadi dengan hiasan tambahan seperti lilin di atasnya.

Justeru, dia yang kreatif dalam pembuatan corak mengambil inisiatif sendiri untuk mencipta resipi terbaharu dengan membakar adunan kek terlebih dahulu.

Sejurus itu, dengan menggunakan acuan bulat dan kecil mengikut bentuk balang, anak jati Taiping, Perak itu memberitahu, dia akan masukkan kek yang telah siap dibakar itu secara berperingkat.
Kaedah itu membantunya untuk menghasilkan pelbagai corak dalam balang kecil tersebut.

“Ia lebih mudah dan apa yang penting saya boleh mengukir pelbagai jenis corak yang menarik dalam ruang balang yang kecil itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Taman Seri, Meru, Klang, Selangor.

Wanita yang tidak lekang dengan senyuman itu menyifatkan selain cara penghasilannya yang remeh, kek balang memerlukan seseorang kreatif bagi penghasilan corak yang cantik dan kemas.

Menurutnya lagi, sesiapa sahaja boleh menghasilkan kek balang tetapi untuk menaikkan seri dalam balang itu bukan mudah. Ia memerlukan seseorang lebih kreatif dalam bermain dan mencuba pelbagai jenis corak.

Mengulas lanjut mengenai kek berkenaan, ujar suri rumah itu, dia menghasilkan empat jenis kek seperti red velvet, oreo cheese, kek pelangi dan kek keju durian.

Dia juga menyarankan kek yang diperbuat daripada keju dan krim disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan mudah rosak.

Begitupun, satu balang kek itu yang boleh dinikmati oleh dua orang boleh bertahan lebih seminggu.

MEMASUKKAN krim ke dalam balang merupakan tugas yang sukar kerana ia mudah menyebabkan balang comot.

Kesemua kek itu dijual pada harga RM8 hingga RM12, tetapi harganya bergantung kepada jenis kek dan gubahan balang itu yang terdiri daripada reben dan bunga.

Kek tersebut juga sesuai dijadikan hantaran, majlis hari jadi, ole-ole untuk tetamu dan banyak lagi.
Tidak menang tangan

Pasangan suami isteri tersebut mengakui disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan pelanggannya, ia membuka lebih rezeki mereka.

“Sejak mengusahakan kek itu, saya mendapat tempahan sehingga 2,000 balang. Saya tidak sangka sampai begitu banyak tempahan. Namun, mujur suami, anak-anak dan adik-beradik membantu untuk menyiapkan tempahan,” katanya yang tidak mengupah pekerja kerana menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Sejak jumlah pelanggan meningkat dan permintaan terhadap kek balang berganda, operasi membuat kek balang dijalankan dengan penuh teliti.

“Saya mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kesemua pelanggan. Walaupun terpaksa mengambil masa selama tiga hari (jika tempahan banyak) saya menggunakan ruang masa dengan sebaik mungkin.

“Bagi saya, hasil kerja perlu kemas dan bersih, barulah pelanggan berpuas hati,” ujarnya sambil memberitahu kek tersebut turut menarik minat pelanggan dari Tanjung Malim, Perak dan Rawang, Selangor yang sanggup ke rumahnya.

KEK balang mula mendapat perhatian peminat sejak sebulan lalu.

Selain kek dalam balang, pasangan itu turut menjual beberapa jenis kek lain seperti kek cawan, mufin, kek fondant dengan pelbagai hiasan mengikut cita rasa pelanggan.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba atau menempah kek balang, anda boleh hubungi Ahmad Nazrol di 019-5720 120 atau layari blogspot di kekdihatiku.blogspot.com.

Perlu teliti
Sementara itu, lain pula bagi seorang pengusaha kek di Ipoh, Perak, Muhammad Zafri Zakaria, 39.

Menurutnya, dia lebih gemar meletakkan adunan kek terus ke dalam balang lalu membakarnya seperti biasa.

“Proses pembuatannya mudah, tetapi jika mahu mengukir corak ia menuntut ketelitian. Pada kebiasaan, jika meletakkan adunan terus ke dalam balang, agak sukar untuk membuat corak.

“Oleh itu, saya tidak membuat corak kerana tidak mahu kek dalam balang itu comot dengan gubahan yang dilakukan dengan sapuan krim,” jelasnya

Sumber: Kosmo online

Tag: Berita

Baca : Berita mengenai Kek Balang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 83 - Matlamat 121>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Agrobazaar Malaysia ke Singapura

Agrobazaar Malaysia ke Singapura

SINGAPURA, 21 Ogos (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob berkata, Agrobazaar Malaysia di republik ini akan menjadi model untuk agrobazaar lain di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong dijadual melancarkan secara rasmi Agrobazaar itu pada 27 Ogos ini.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) merancang membuka agrobazaar di beberapa tempat lagi, tetapi saya berpendapat Singapura akan menjadi penanda aras atau model untuk agrobazaar lain di dunia," katanya kepada pemberita di MeTFAMA 2014-Lawatan Media Agrobazaar Malaysia@Singapore dan pelancaran awal Agrobazaar Malaysia di sini, pada Khamis.
Sebelum ini dilaporkan Fama merancang membuka agrobazaar di Brunei, Beijing dan beberapa negara lain.

Agrobazaar Malaysia yang terletak di 37-43 Sultan Gate, Singapura itu adalah idea Najib yang dilaksanakan oleh Fama.

Antara lain ia menawarkan buah-buahan terbaik Malaysia seperti durian, mangga, duku, nangka dan pulasan.

Produk berasaskan pertanian termasuk keropok, sos serta produk berasaskan buah-buahan turut disediakan.

Ia juga menawarkan makanan dan minuman seperti hidangan popular Malaysia, jus, pembuka selera, pembasuh mulut dan KopieSatu, satu produk Fama.

Husni Zai berkata, Singapura dipilih kerana ia jiran yang dekat dan paling rapat.

"Hubungan di antara Malaysia dan Singapura sangat baik, malah ia paling baik sekarang.

"Sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memilih Singapura sebagai lokasi agrobazaar pertama," katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Kamsiah Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Fama, Sharifah Hashim serta pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Husni Zai berkata, alasan lain Singapura dipilih ialah 'kita perlu mempromosi produk berasaskan pertanian kita kerana republik ini adalah hab untuk perdagangan dan kewangan.'

Menurutnya, Singapura akan menjadi tapak pelancaran produk Malaysia untuk dieksport ke negara lain.

"Kami juga berharap dengan Agrobazaar ini ia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan ini juga selaras dengan Tahun Melawat Malaysia.

Husni Zai berkata, pelancongan adalah industri yang sangat penting kepada Malaysia.
Tahun lepas, katanya: "Kita menerima kira-kira 25 juta pelancong asing dan lebih daripada 13 juta adalah dari Singapura.

"Setakat enam bulan pertama tahun ini, kita melihat peningkatan kira-kira 10 peratus pelancong dari Singapura ke Malaysia," katanya.

Di segi perdagangan, Singapura adalah rakan kongsi perdagangan kedua terbesar Malaysia selepas China.

"Walaupun perdagangan kita bertumpu kepada produk elektrik, elektronik dan petroleum, produk berasaskan pertanian menjadi semakin penting."

Malaysia mengeksport hampir 20 peratus produk makanan berasaskan pertanian dianggarkan bernilai RM4 bilion setahun ke Singapura, katanya.

Sumber: Bernama

Tag: Berita

Baca: Agrobazaar Malaysia ke Singapura - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 82 - Matlamat 120>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Agro Bazaar diperkenal di seluruh negara

Agro Bazaar diperkenal di seluruh negara

BUKIT MERTAJAM 8 Nov. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memperkenalkan konsep jualan Agro Bazaar yang bakal menghimpunkan lebih 100 jenis produk industri asas tani di semua pusat beli-belah di seluruh negara.

Buat permulaan, tiga Agro Bazaar sudah dibuka sejak Mei lalu iaitu di Carrefour Seberang Jaya dan Jusco Bandar Perda di sini serta di Tesco Jelutong.

Pengarah FAMA Wilayah Utara, Mohd. Ariffin Awang berkata, konsep jualan Agro Bazaar diperkenalkan bagi menyediakan pasaran baru untuk produk-produk industri asas tani yang dihasilkan para usahawan tempatan.

Dengan cara itu, katanya, produk tempatan terutamanya yang berasaskan makanan dan minuman tradisional dapat bersaing dengan barangan yang sudah dijual di pasar raya atau pusat beli-belah sedia ada.

''Ini adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan produk-produk berkualiti yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan dapat dipasarkan ke peringkat lebih tinggi.

''Kita sedang mencari lokasi-lokasi baru di seluruh negara bagi membolehkan konsep seumpama ini dapat diperluaskan," katanya pada majlis perasmian Agro Bazaar di Carrefour Seberang Jaya di sini hari ini.

Turut hadir pengarah pasar raya itu, D. Siva dan Pengarah FAMA Pulau Pinang, Anuar Mohamed.
Mohd. Ariffin berkata, bagi wilayah Utara, FAMA akan membuka Agro Bazaar menjelang hujung tahun ini.

Katanya, sambutan terhadap Agro Bazaar dalam tempoh Mei hingga Oktober lalu amat menggalakkan dengan jualan lebih 100 jenis produk industri asas tani mencecah sehingga RM202,000.

''Dalam tempoh itu, nilai jualan Agro Bazaar secara purata menyumbang sebanyak 58.7 peratus daripada keseluruhan jualan produk industri asas tani yang dikendalikan FAMA Pulau Pinang," katanya.

Bagi negeri lain pula, Mohd. Ariffin menjelaskan, perbincangan sedang dijalankan dengan pengurusan pasar raya dan kompleks beli-belah.

Menurut beliau, kegiatan promosi secara berkala juga dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura bagi membolehkan produk industri asas tani tempatan dapat menembusi pasaran negara terbabit.

''Kami percaya kalau ada kesungguhan dan strategi yang betul, produk berasaskan pertanian negara kita dapat dieksport ke banyak lagi negara pada masa akan datang.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: Agro Bazaar diperkenal diseluruh negara - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 81 - Matlamat 119>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Jumaat, Januari 30, 2015

Mahu pasar ke seluruh Malaysia

Mahu pasar ke seluruh Malaysia

Takdir Allah menemukan saya dengan biskut ini. Ketika menginap di sebuah inap desa di Batu Pahat, Johor, tuan rumah berpesan supaya makan kuih-muih yang dihidangkan di atas meja tetamu. Ia rezeki yang tidak mungkin ditolak. Antara yang terhidang ialah biskut yang menimbulkan rasa pelik di hati penulis. Namanya biskut belinjo bermadu.

Selepas menikmati beberapa keping, penulis tidak tunggu lama untuk berhubung dengan pembikinnya dan mengatur temu janji segera di kediamannya di Parit Sulong, Batu Pahat.

Di Malaysia, kita mungkin biasa mengenali belinjo atau melinjo sebagai emping yang digoreng menjadi keropok. Di Indonesia, ia lebih popular dengan pel­bagai kegunaan. Pucuk daun mudanya dijadikan sayuran. Ada yang memasak pucuk belinjo dengan resipi masak lemak dicampur tempe.
Bijinya dijadikan emping dan digoreng sebagai keropok yang biasa kita nikmati itu. Sekarang ini pula ada peniaga belinjo di negara kita yang menjual produk itu yang sudah disira menjadi pedas, manis dan masin.

123 N 123
123 N 123

Nama belinjo mungkin juga disebut lain di negeri dan daerah tempat tinggal kita di seluruh Malaysia. Ada yang memanggilnya belinjau, melinjau, malinja dan pelbagai nama lain lagi. Ada antara kita mempunyai pokok ini di sekitar rumah di kampung dan ada yang langsung tidak mengenali rupa bentuk pokoknya.

Ruhayah Asahari, 40, yang membawa jenama Alleeya Cookies sempena gabungan nama dirinya, suami dan anak tunggal mereka mula menjual biskut belinjo bermadu sekitar enam tahun lalu. 
Guru tadika sekolah agama Johor itu mula membuat biskut pada 2003 sebagai menambah pendapatan sampingan kini semakin seronok berniaga kerana gembira dengan pulangannya. 

“Saya mula membuat biskut belinjo bermadu ini apabila ia dibuat oleh kawan-kawan. Ia memang mengambil idea daripada biskut emping jagung bermadu yang biasa dihasilkan. Resipi kemudian diolah supaya ia lebih sempurna dan lazat,” katanya.

Menurut Ruhayah, sekiranya resipi tidak kena, ia boleh jadi terlampau keras, berterabur atau terlalu rapuh. Jadi mendapatkan resipi yang betul memang ­sangat perlu.

Kejayaan Ruhayah bersama biskut belinjonya semakin ketara kerana tahun ini saja pada Ramadan lalu, dia berjaya menjual sehingga 5,000 balang biskut belinjo. Dia bertuah mempunyai pekerja yang berpengalaman dan cekap sehingga boleh menyiapkan 80 loyang sehari. 

Musim raya ialah musim bonus bagi kebanyakan penjual kuih termasuk Ruhayah kerana jualan harian biasa tidak sebanyak musim itu. Tetapi ia tetap ada terutama permintaan daripada ejen dan pelanggan tetap yang mahukan kuih itu di luar musim perayaan. 

Pelanggan dan penggemar biskut belinjo bermadu Ruhayah sudah melangkaui Batu Pahat hingga ke Johor Bahru, Melaka dan juga Kuala Lumpur. Ia belum meluas ke seluruh Malaysia, tetapi tidak mustahil dalam masa terdekat dengan promosi ejen dan daripada hebahan mulut ke mulut, biskut belinjo Ruhayah ini boleh terkenal ke seluruh negara. 

“Di daerah saya dan di Johor, kebanyakannya sudah tahu mengenai biskut ini dan mereka tak terkejut sangat. Tetapi bagi orang luar, mereka rasa sedikit pelik. Belinjo dibuat biskut?” katanya.

Memang itulah yang penulis sendiri rasai kerana belinjo pada hakikatnya sedikit pahit. Mungkin keistimewaan sisi rasa yang lain iaitu gabungan pahit dan lemak membuatkan ia mudah menarik selera. 

Tidak menafikan belum ramai yang membuat biskut belinjo seperti dirinya. Walaupun tetap ada, Ruhayah tidak merasakan ia satu masalah.

“Biskut ini sentiasa mendapat sambutan. Walaupun ada pesaing ia tidak harus dijadikan masalah kerana cita rasa pelanggan tidak sama,” tegas anak jadi Parit Sulong itu. 
Menggunakan belinjo sebagai bahan utama juga bukan mudah dan ada risikonya sendiri. 

“Apabila tiba musim perayaan, mendapatkan bekalan belinjo memang payah dan saya perlu membeli beratus-ratus kotak belinjo daripada pembekal,” katanya.

Selain itu menurut ­Ruhayah, harga akan melambung naik. Memilih belinjo yang baik juga bukan mudah. Untuk menjamin rasa yang sedap, belinjo perlu daripada gred terbaik saja.

“Belinjo juga tidak tahan lama dan perlu berhati-hati dalam proses penyimpanannya. Ia mesti disimpan di tempat kering.

“Penggemar biskut belinjo terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak. Orang dewasa memang mudah suka. Cuma kanak-kanak ada yang tidak suka sebab rasanya yang sedikit pahit. Tetapi ada juga kanak-kanak yang menggemari­nya,” katanya.

Perniagaan Ruhayah asalnya kecil dan beroperasi dengan modal dan ketuhar kecil di ruang tamunya saja, tetapi sekarang tidak lagi. Ketuhar sudah semakin besar bagi memenuhi kapasiti tempahan. 

“Dulu loyang pun saya ada tiga saja kerana harga­nya mahal. Sekarang alhamdulillah, untuk membuat biskut dengan jumlah yang banyak tiada masalah,” katanya.

Resipi yang diolah Ruhayah memang menjadikan biskut belinjonya sedap kerana ada gabungan antaranya madu, gula dan badam. Hiasan ceri hijau dan merah pula menambah rasa dan ceria biskut itu. 

“Ketika mula membuat biskut belinjo ini saya tidak terfikir pun ia akan jadi sebesar ini dan mendapat sambutan. Kebanyakan orang tua yang tidak suka biskut emping jagung apabila diberitahu ia belinjo terus mencuba dan menyukainya sebab memang ramai ma­syarakat kita yang menggemari belinjo,” katanya.

Tahniah kepada wanita kreatif ini dalam menghasilkan biskut unik sebegini apatah lagi mampu menambah pendapatan keluarga.

Sumber: Hmetro

Tag: Berita

Baca: Mahu pasar ke seluruh Malaysia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 80 - Matlamat 118>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Set bantu usahawan IKS

Set bantu usahawan IKS

Set yang dapat membantu usahawan Iks di Malaysia

Ingram Micro Malaysia dan Microsoft Malaysia melancarkan set aplikasi dengan kerjasama Mercado yang membantu industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat (IT) dan kadar produktiviti di tempat kerja.?

Set aplikasi Mercado ini menjadi produk keluaran tempatan dengan matlamat 'satu harga untuk sebuah syarikat selama setahun'.

Pengurus Besar Ingram Micro Malaysia, CY Leong berkata, Mercado berfungsi sebagai setor aplikasi tempatan yang membolehkan syarikat IKS tempatan memilih mengikut keperluan pada harga yang berbaloi.

"Set aplikasi Mercado direka khas untuk syarikat IKS tempatan yang berfungsi di atas platform Microsoft Office 365 dengan 99 peratus kelancaran operasi selama 24 jam sehari," katanya.

Produk dengan harga lebih mampu milik, praktikal serta berupaya menampung lambakan kerja ini memudahkan IKS tempatan menggunakan penyelesaian IT bagi meningkatkan produktiviti kerja yang mana sebelum ini dikekang faktor kos.

Ingram Micro mensasarkan pembabitan 500 orang pemborong dengan bilangan pelanggan tetap set aplikasi Mercado mencecah 10,000 unit menjelang 2015 nanti.

Sumber: Hmetro

Tag : Berita

Baca: Set bantu usahawan IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 79 - Matlamat 117>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, Januari 29, 2015

Pengusaha kerepek usahawan terbaik KUAZ

Pengusaha kerepek usahawan terbaik KUAZ


Pemimpin berbual mesra bersama pemenang
Shah Alam–Pengusaha IKS-Bahulu dan kerepek, Mohd Tohid Sidek,41 memenangi anugerah Usahawan Terbaik Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ) 2005 (keseluruhan) dalam Konvensyen Asnaf Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS yang diadakan di sini pada 25 Februari lalu.


Beliau memenangi hadiah bernilai RM9,000 berbentuk pakej umrah untuk seorang tajaan Syarikat Permaidani Indah, satu set komputer dan coaching programme tajaan syarikat Paisley Training & Consulting serta satu set cash register dan penginapan tiga hari dua malam di Delta Inn Apartment Hotel tajaan Delta Inn selain hamper dan plug.

Selain itu beliau turut memenangi anugerah Usahawan KUAZ 2005 (kategori pembuatan). Beliau yang tidak menyangka akan menjuarai agnugerah ini merasa bersyukur dan akan terus berazam untuk terus berusaha maju dalam perniagaannya.

Beliau yang telah bergiat dalam bidang ini selama 12 tahun mengakui bantuan daripada LZS (MAIS) adalah salah satu punca kejayaannya. Daripada pendapatannya hanyalah sebanyak RM5 semasa mula bergiat dalam bidang ini kini beliau mampu memperoleh pendapatan bersih melebihi RM3,000 sebulan.

Tohid yang telah bebas daripada golongan asnaf telah mula membayar zakat dua tahun yang lalu. Nasihat beliau kepada asnaf zakat yang lain agar tidak berputus asa untuk memajukan kehidupan. Baginya kegagalan itu adalah perkara biasa tetapi ketabahan dan kesungguhan amat perlu jika ingin berjaya.

Selain beliau, kategori anugerah Usahawan Harapan KUAZ 2005 (keseluruhan) pula telah dimenangi oleh Afidah bt Sahit, 32. Beliau mengusahakan makanan pagi, kuih muih dan kek. Afidah memenangi hadiah bernilai RM7,000 berbentuk pakej bantuan modal bernilai RM4,000 tajaan LZS (MAIS), Satu set komputer dan ‘coaching programme’ tajaan syarikat Paisley Training & Consulting, satu set ‘cash register’, penginapan tiga hari dua malam di Delta Inn Apartment Hotel tajaan Delta Inn, hamper serta plug.

Manakala bagi anugerah Usahawan Contoh KUAZ 2005 pula dimenangi oleh Mohd Izhar Abdul@Saidon, 44 yang menerima hamper dan plug. Beliau yang kudung ke dua kakinya mengusahakan minuman kacang soya.

Selain itu, konvensyen kali ini turut mempertandingkan anugerah Usahawan KUAZ 2005 (kategori pembuatan), Usahawan KUAZ 2005 (kategori perkhidmatan/peruncitan), Usahawan Harapan KUAZ 2005 (kategori pembuatan) dan Usahawan Harapan KUAZ 2005 (kategori perkhidmatan/peruncitan).

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Tag: Berita

Baca : Pengusaha kerepek usahawan terbaik KUAZ - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 78 - Matlamat 116>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
IKS mungkin keliru dengan GST

IKS mungkin keliru dengan GST

KUALA LUMPUR 17 April - Tahap kesedaran yang rendah mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terutamanya di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) dikhuatiri akan menimbulkan kekalutan apabila ia diperkenalkan.

``GST yang akan dimulakan pada 1 Januari 2007 juga boleh memberikan kesan langsung kepada aliran tunai peniaga dan perniagaan,'' kata Pengarah Eksekutif Ernst & Young, Bhupinder Singh.

Menurut beliau, pelaksanaan GST di Malaysia dalam tempoh lebih kurang 20 bulan sahaja lagi memerlukan setiap syarikat membuat perubahan dalam amalan perakaunan dan proses perniagaan masing-masing.

``Sekiranya mereka memandang remeh perkara ini dan tidak memahami secara mendalam pelaksanaannya, saya bimbang akan berlaku situasi-situasi seperti kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak.
Penalti

``Selain itu, mereka juga mungkin berdepan dengan kemungkinan dikenakan penalti disebabkan tidak mempunyai rekod invois GST yang tersusun,'' katanya dalam satu temu ramah di sini baru-baru ini.
Ia diadakan sempena seminar `GST dan Implikasinya Kepada Syarikat IKS Malaysia' anjuran Mind Your Own Busines (MYOB) Asia Sdn. Bhd. yang diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut Bhupinder, GST merupakan cukai penggunaan berasaskan konsep nilai ditambah yang dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan.

Jelasnya, melalui GST, harga barangan dan perkhidmatan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST dan organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah diambil kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan.

Beliau menambah, kadar ini akan ditetapkan oleh kerajaan dan beliau optimis kerajaan akan mengenakan kadar minimum apabila ia dilancarkan kelak.

Katanya lagi, dengan mengambil kira kadar GST di negara-negara lain di ASEAN, beliau percaya kerajaan akan mengenakan kadar GST antara lima hingga 10 peratus.

``Disebabkan pelaksanaan GST ini dilihat agak mencabar, justeru saya ingin menasihatkan setiap masyarakat perniagaan agar menyimpan rekod kewangan masing-masing dengan baik.

``Adalah lebih teratur sekiranya syarikat-syarikat ini bersedia lebih awal dan mempunyai atau membeli perisian khusus yang telah mengambil kira semua aspek-aspek GST,'' katanya lagi.

Bhupinder menjelaskan, jika diuruskan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak, pelaksanaan GST dilihat mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.

Selain itu, katanya, ia juga seterusnya dilihat mampu mengurangkan kadar cukai perseorangan dan korporat.

Sementara itu, Pengurus Besar (Asia) MYOB, Bernard Yap berkata, syarikat tersebut telah bersedia sepenuhnya untuk membantu syarikat-syarikat di Malaysia terutama IKS memahami amalan GST dengan sepenuhnya.

Jelasnya, selain menyediakan perisian khusus mengenai GST, pihaknya turut mengatur sesi seminar di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat perniagaan di Malaysia.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: IKS mungkin keliru dengan GST - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 77 - Matlamat 115>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Selangor pusat antarabangsa IKS

Selangor pusat antarabangsa IKS

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Selangor bakal menumpukan usaha mewujudkan pasaran antarabangsa bagi industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dan sekaligus menjadikan Selangor sebagai pusat perdagangan antarabangsa dalam Belanjawannya nanti.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata, langkah ini diambil bagi memberi peluang syarikat IKS tempatan mengembangkan potensi mereka dengan mengeksport produk masing-masing ke luar negara.


“Sekarang kita alihkan tumpuan kepada pembangunan IKS dan ingin melihat kita membantu IKS memasarkan barangan mereka berbanding memberi pinjaman sebab memberi pinjaman dilakukan Kerajaan Persekutuan dan Exco Keusahawanan Selangor.

“Saya tidak sepatutnya mengulangi usaha sama tetapi saya sepatutnya memberi perhatian kepada usaha membesarkan pasaran. Ini lebih penting.

“Kalau kita beri bantuan kewangan besar pun tetapi kalau pasaran terhad hanya pasaran tempatan membantutkan potensi kereka,” kata Chang Khim dalam wawancara eksklusif di Pejabat Exco Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam.

Chang Khim yang sebelumnya membentangkan kertas kerjanya dalam mesyuarat Exco turut melahirkan keyakinan Kerajaan Negeri bersedia menyediakan peruntukan lebih besar berbanding tahun sebelumnya bagi menjaya hasrat itu.

“Ini dah dibawa ke Mesyuarat Exco sebagai usaha yang baru dan memerlukan suntikan modal untuk menjayakannya,” kata Chang Khim lagi.

Sementara itu ketika menyentuh portfolio pengangkutan yang juga disandang Chang Khim, beliau berkata Kerajaan Negeri turut merangka rancangan mewujudkan sistem pengangkutan awam lebih sempurna di negeri terkaya itu.

“Kita sedia maklum isu pengangkutan dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kerana di peringkat negeri kita tidak mempunyai kuasa untuk memungut cukai.

“Bagaimanapun memandangkan pertumbuhan ekonomi negeri sangat pesat dan kemampuan kewangan sedia ada untuk kita bantu Kerajaan Persekutuan bangunkan satu sistem pengangkutan awam lebih sempurna.

“Ia dilaksanakan dengan langkah pertama menyediakan bas-bas perbandaran. Ini masih dalam perbincangan,” kata beliau lagi.

Sumber: selangorku gov my

Tag: Berita

Baca: Selangor pusat antarabangsa IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 76 - Matlamat 114>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Rabu, Januari 28, 2015

Perbanyak jumlah usahawan IKS

Perbanyak jumlah usahawan IKS

MARAN 29 Jun - Kerajaan negeri berusaha meningkatkan jumlah usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera di negeri ini dalam pelbagai sektor perniagaan yang selari dengan transformasi ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Penggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, terdapat lebih 800 pengusaha IKS di negeri ini menjalankan pelbagai perniagaan dalam skala kecil.

Menurutnya, kebanyakan golongan bumiputera yang gagal dalam IKS disebabkan faktor kewangan, ruang berniaga, kelemahan pengurusan dan kekurangan tenaga kerja.

"Semua masalah itu akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh kerajaan melalui agensi terlibat bagi memastikan lebih ramai usahawan bumiputera berwibawa menceburi bidang IKS.

"Agensi kerajaan yang terbabit dengan IKS perlu mengambil pendekatan mesra rakyat iaitu menemui golongan sasar dalam menyampaikan maklumat mengenai pelbagai faedah serta manfaat diperoleh mereka," katanya dalam mesyuarat agung Koperasi Pekebun Kecil Getah Daerah Kuantan dan Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini kelmarin.

Menurutnya, golongan itu perlu diberikan bimbingan, perhatian dan pendedahan tentang cara sektor IKS boleh maju dan berdaya saing.

Katanya, sebahagian besar golongan berkenaan sudah lama menceburi bidang tersebut dan wajar diberi pelbagai bantuan sebagai pemangkin kemajuan dalam perniagaan.

Beliau memberitahu, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka tetapi disebabkan kurang mendapat penerangan, maka golongan itu tidak mengetahui kemudahan serta manfaat tersebut.

"Saya berharap dengan majlis penerangan yang diadakan seperti ini akan dapat memberi bimbingan kepada pengusaha terbabit untuk terus maju ke hadapan.

"Langkah ini akan mendorong peniaga lebih berdikari sekali gus memajukan perniagaan masing-masing selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan lebih ramai pengusaha IKS," katanya.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: Perbanyak jumlah usahawan IKS - INA MURNI ENTERPRISE

Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 75 - Matlamat 113>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Ahad, Januari 25, 2015

Tempahan Biskut Raya 2015

Biskut Raya Homemade Ina Murni Enterprise bagi tempahan biskut raya 2015 / Bagi pemborong dan pengedar diperlukan segera bagi urusan dan tempahan awal.

* Tempahan awal bagi memudahkan kami memenuhi permintaan anda.

Gambar sekadar hiasan

Tempahan biskut raya 2015 bagi pilihan anda dan ada pelbagai Aneka Biskut Raya pilihan terbaik dari kami. Kami boleh beri jaminan ia sedap & berkualiti dan ia juga dibuat oleh 100% produk muslim bumiputera IKS berpusat di Sg Besar dan ia ialah buatan tangan sepenuh (home made) bagi produk berkualiti tinggi pada harga terendah di pasaran.

Kami pembekal Biskut murah di Sungai Besar yang juga telah berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang pembuatan, pengedaran dan pembuat biskut raya bagi tahun 2015 bagi pemborong yang berminat dan juga untuk pelanggan baru kami.

Biskut yang dipilih adalah biskut yang terlaris jualannya sepanjang tahun dan bagi biskut raya terbaik sahaja dipilih bagi memastikan semua tempahan dapat dipenuhi bagi tahun 2015 ini.

Untuk sebarang info tempahan boleh berkunjung ke Biskut untuk tempahan Ina Murni, ada pelbagai jenis biskut raya pilihan untuk tempahan untuk tahun ini.

Biskut Raya pilihan

Biskut Tart Cheese
Tempahan - Biskut Tart Cheese

Biskut Almond Biscotti

Biskut Florentine
Tempahan - Biskut Florentine


Produk untuk Tempahan Biskut raya kami seperti dibawah.

Biskut Makmur
1- Biskut Makmur

Biskut Tart Nenas
2- Biskut Tart Nenas

Biskut Oat Coklat3- Biskut oat coklat


Biskut Almond London
4- Biskut almond london


Biskut Semperit Bunga
5- Biskut semperit bunga



Biskut Mama Carry
6- Biskut mama carry
7- Biskut mazola

Biskut Cornflake8- Biskut cornflake

Biskut Kacang Hijau
9- Biskut kacang hijau

Biskut Lapis Strawberry10- Biskut lapis strawberry


Biskut Kelapa

11- Biskut kelapa

Biskut Badam Cincang
12- Biskut badam cincang

13- Biskut coklat oren


Biskut Nestum14- Biskut nestum
15- Biskut cendawan
Biskut Suji Almond16- Biskut suji almond

17- Biskut badam
18- Biskut aiskrim


Tempahan Biskut Raya 2015


Biskut Coklat Chip20- Biskut coklat chip
21- Biskut salju


Biskut Marble
22- Biskut marble

Biskut Coklat Rice23- Biskut coklat rice

-Kuantiti sebalang 40 biji – 50 biji satu bekas.

-Kuantiti / Carton (Kotak)
* 1 carton mengandungi 24 bekas/balang 

Pengesahan Tempahan biskut raya :

- 30% deposit untuk tempahan. Baki 70% perlu dijelaskan apabila barang sedia untuk dihantar dan bayaran penuh jika biskut raya sudah sampai ke tangan penerima.

- Disarankan ambil sendiri bagi kepuasan pelanggan dan mengelak biskut raya itu hancur.

- Penghantaran boleh diaturkan untuk kawasan area Sungai Besar dan juga bagi kawasan sekitarnya mengikut jumlah minima tempahan anda, mengikut terma dan syarat.

Terima kasih berkunjung disini, Sesuai pencarian anda disini dan untuk sebarang pertanyaan boleh pergi ke HUBUNGI dan jika berminat untuk tempahan biskut raya 2015 dari kami, anda boleh berkunjung juga ke premis di LOKASI kami, Kedatangan anda sentiasa dialu alukan.

* Entri ini tidak bergambar - Boleh klik dibawah untuk melihat Aneka Biskut Raya Homemade kami.

Sekian Terima Kasih.

Tag : Tempahan

Baca : Tempahan Biskut Raya 2015 - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 05 / 03 - Matlamat 112>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya