Sabtu, Oktober 25, 2014

Cara buat resepi Biskut Makmur

Info cara mudah tentang buat resepi biskut makmur dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut makmur bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Makmur bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat dan resepi biskut makmur

Biskut Makmur
Gambar.. Biskut makmur yang cantik lagi sedap

Tentang biskut makmur

Resepi Biskut Makmur, Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini. Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dahulu, memang menjadi kegemaran orang kampung dahulu sebab agak senang juga hendak buat biskut makmur ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut makmur
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015

Bahan-Bahan untuk buat biskut makmur

Bahan untuk doh
  1. 500g tepung gandum
  2. 2/3 cawan gula icing
  3. 1 tin kecil minyak sapi
  4. Paper cup
Bahan untuk inti
  1. 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  2. 3/4 cawan gula icing
  3. 1 sudu besar mentega kacang,optional.
Bahan untuk salut
  1. Sedikit gula icing
Cara buat Penyediaan resepi biskut makmur
  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.
  2. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  3. kemudian kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  4. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat biskut yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.
  5. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  6. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
  7. Sudah siap dan sedia untuk proses pembungkusan dalam balang dan bekas yang cantik serta kedap udara.


Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut makmur yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut makmur

Tempahan awal biskut makmur boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut makmur kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut makmur

Harga biskut makmur kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.


Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut makmur dan semoga perkongsian ini di inamurni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Makmur - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 01 - Matlamat 12
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Cara buat resepi Biskut Makmur
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan update terbaru.

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih