Jumaat, Oktober 31, 2014

Mesin cepatkan proses pengeluaran

Berita : Sebuah mesin mampu membuat pengeluaran produk IKS lebih cepat

MENGIMBAU kembali kenangan ketika mula-mula mengusahakan perusahaan kuih tradisional yang dilakukan secara kecil-kecilan di dapur rumah sejak 10 tahun lalu membuatkan Siti Hawa Md. Zin termenung seketika.

Dia terbayang kepayahan yang ditempuhi olehnya ketika itu sehingga terpaksa membanting tulang empat kerat seorang diri demi mencari pendapatan tambahan dan membantu suami.

Sudahlah terpaksa menahan panas berdiri seharian di tepi kuali dan api panas demi menghabiskan adunan 10 kilogram tepung, malah tuntutan tugas itu menyebabkan dia tidak boleh membuat kerja lain seperti mengemas, menjaga anak mahupun menguruskan tempahan kuihnya.

Menurut Siti Hawa, kaedah tradisional dalam menghasilkan rempeyek sebenarnya rumit dan memenatkan selain mengambil masa yang lama untuk memprosesnya.

“Kita yang memasaknya terpaksa ‘berdiang’ (berada dekat api) di tepi dapur untuk menggoreng snek yang sedap dan popular ini.

“Selain memenatkan, kaedah tradisional ini juga menyukarkan kita untuk mengambil tempahan dalam kuantiti banyak kerana guna tenaga yang tidak mencukupi dan terbatas oleh faktor masa,” kata ibu berusia 53 tahun itu.

Pengunaan mesin menjimatkan masa


Mesin kuih tradisional moden

TEKNOLOGI mesin yang diketengahkan MARDI dan ZullDesign banyak membantu pengusaha industri kecil dan sederhana. Menurutnya, setiap kali menjelang musim perayaan kuih-muih tradisional memang menjadi pilihan walaupun pembuatannya agak sukar. Permintaan terhadap kuih-muih tradisional seperti rempeyek, baulu, kuih ros, karas dan lemang juga semakin meningkat. Lebih mencabar, pembuatan secara manual biasanya tidak dapat menampung permintaan tersebut.

“Disebabkan tidak mampu menampung permintaan kuih yang semakin meningkat saya terfikir seketika mengenai kaedah terbaik untuk mengatasinya.

“Bagai pucuk dicita ulam mendatang, pada tahun 2003, hasil permohonan saya kepada Jabatan Pertanian dan inisiatif mereka saya berpeluang menjadi pengusaha yang juga perintis menggunakan mesin prototaip snek rempeyek di negeri Melaka ciptaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),” kata ibu beranak empat itu.

Mampu penuhi permintaan

Pengenalan mesin ciptaan Pegawai Penyelidik di MARDI, Samsudin Ahmad, telah merubah dimensi perniagaan industri kecil dan sederhana serta proses membuat kuih tradisional dengan lebih baik dan efisien bagi Siti Hawa.

Sejak diperkenalkan dengan mesin memproses rempeyek, pengeluaran dan pemprosesan rempeyek pemilik syarikat SHMZ Enterprise itu berjaya meningkat sekali gus ia mampu memenuhi permintaan pasaran yang berkehendakkan kuih tradisional buatannya itu.

“Jika dulu, saya mengambil masa satu hari untuk pemprosesan 10 kilogram tepung bagi membuat rempeyek secara tradisional.

“Tapi sebaliknya dengan menggunakan mesin, saya hanya mengambil masa setengah hari untuk menyiapkannya,” katanya yang kini telah memasarkan produk rempeyeknya ke pasar raya Jusco di seluruh negara dengan jenama Sahajat.

Katanya, mesin kuih itu mampu menjimatkan masa memproses kuih, mengurangkan guna tenaga kerja, meningkatkan kuantiti penghasilan kuih dan meningkatkan penjualan produk.
ZULKIFLI (kiri) berbincang dengan pereka muda ZullDesign bagi merealisasikan reka bentuk mesin.

“Dengan ada mesin ini dianggarkan sebanyak 80 hingga 100 keping rempeyek dapat dihasilkan oleh seorang pekerja dalam tempok satu jam berbanding cara manual.

“Kita hanya perlu bancuh tepung dan sediakan kacang mengikut kesesuaian di dalam bekas mesin yang disediakan untuk dicelup oleh acuan rempeyek ikut kesesuaian sebelum digoreng,” katanya yang menyifatkan penggunaan mesin tersebut sangat berbaloi dan menguntungkan.

Menurutnya, mesin separa automatik lebih ringkas dan mudah digunakan tetapi ia memerlukan dua orang pekerja untuk mengendalikannya manakala mesin automatik hanya perlukan seorang pekerja dan beroperasi secara berterusan bagi kerja mengisi bahan mentah dan menggoreng.

“Mesin ini berupaya menghasilkan 3 hingga 4 kali lebih banyak. Maka, harga jualan dapat dikurangkan.

“Dari segi kualiti, ia kurang berminyak dan mempunyai warna yang lebih seragam. Dari segi rasa, tiada perbezaan yang ketara malah hasil yang dibuat menggunakan mesin lebih sedap,” jelas Siti Hawa lagi.

Pelbagai mesin

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Mekanisasi dan Automasi MARDI, Samsudin Ahmad berkata, pihaknya telah menghasilkan pelbagai jenis mesin dan peralatan bagi menghasilkan makanan tradisional.

“Antaranya adalah mesin menghasilkan lemang, emping, kuih karas, rempeyek, kuih ros, tabaloi, baulu cermai, cakar ayam, keropok lekor, sate, batang buruk, biji rotan, karipap, mesin mengekstrak isi durian dan jus buah-buahan.

“Kebanyakan mesin yang dihasilkan oleh MARDI telah dikomersialkan dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana ( IKS),” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Misalnya mesin menghasilkan lemang, kuih karas, rempeyek, ros, keropok lekor dan sate telah digunakan oleh usahawan IKS seluruh negara.

Terkini pihak MARDI telah menghasilkan tiga lagi produk untuk membangunkan IKS tempatan iaitu mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu, mesin menggoreng keropok mudah susun dan mesin serba guna bagi mengekstrak sitrus dan mengasing biji benih cili.

Mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu hasil rekaan pegawai penyelidik Pusat Mekanisasi dan Automasi MARDI, Hasmin Hakim Hasbullah berupaya menghasilkan empat jenis kuih tradisional dengan hanya menggantikan acuan.

Nekad berhenti kerja

Sementara itu seorang pengusaha lain, Zaharani Abu Bakar, 49, yang menetap di Batang Kali, Hulu Selangor mula berkecimpung dalam perusahaan membuat sejak tiga tahun lalu dan mula menggunakan mesin moden pembuat kuih pada tahun 2010.

“Saya bertindak nekad berhenti kerja di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada tahun 2009 dan terus memulakan perniagaan membekalkan bahan mentah untuk sebuah institut pendidikan di Kuala Kubu Bahru.

“Selain itu, saya cuba mencari peluang mengusahakan perniagaan kuih tradisional bagi meningkatkan pendapat seisi rumah secara kecil-kecilan,” katanya. Lama-kelamaan, perusahaan kuih tradisional yang dijalankan Zaharani secara kecil-kecilan berkembang pesat ekoran khabar dari mulut ke mulut oleh para pelanggan yang berpuas hati.
Oleh itu, pembuatan kuih yang diusahakan Zaharani bertambah setiap tahun. Daripada modal permulaan sebanyak RM200, keuntungan sebulan perniagaannya kini mampu mencecah RM30,000 sebulan.

Justeru atas inisiatif sendiri, Zaharani cuba mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi jumlah permintaan kuih yang semakin bertambah dan tidak mampu dipenuhinya. Kata Zaharani yang mula fokus dan serius mengusahakan kuih sejak 2010 itu, dia mula memikirkan untuk mendapatkan bantuan mesin membuat kuih bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat setiap hari terutama bulan puasa.

Ketika itu ramai yang mengesyorkan pelbagai idea termasuk menyarankan agar dia menemui pereka ternama tanah air, Zulkifli Haron, 52, dari syarikat Zull Design Autotronic.
“Sebelum ini memang saya ada terbaca di akhbar, Internet dan rancangan televisyen mengenai Zulkifli Haron tetapi, saya tidak tahu sama ada beliau juga mereka bentuk mesin dan peralatan untuk membuat kuih-muih tradisional dan moden," cerita ibu kepada empat orang anak remaja itu.

Memudahkan perniagaan

Setelah mendapatkan maklumat, Zaharani terus bergegas ke Rawang untuk bertemu dengan Zulkifli dan hasil perbincangan mereka terhasillah Mesin Memproses Pelbagai Kuih (Mepek).

“Saya hanya perlu gambarkan idea seperti yang dikehendaki manakala Zul akan berusaha untuk merealisasikannya. Dalam tempoh masa yang singkat, mesin yang saya gambarkan telah siap dibina. Ia sangat berguna dan telah banyak membantu memudahkan perniagaan saya,” katanya lagi.

Mepek yang dihasilkan Zull Design itu dijana kuasa angin (pneumatik) yang dihasilkan daripada pemampat elektrik yang dibekalkan bersama mesin tersebut.
Bergerak secara mekanikal, pengendali Mepek harus meletakkan adunan kuih secara manual dan mengawal mesin tersebut sehingga mendapat bentuk kuih yang dikehendaki.

Kata Zaharani yang kini menyewa sebuah kedai, dia membeli mesin Mepek ciptaan ZullDesign pada harga RM6,800 untuk memproses kuih seperti semperit, tart nanas dan muruku.

“Dengan mesin yang saya beli pada bulan empat 2011 ini, saya mampu menghasilkan kira-kira 30,000 biji kuih sebulan.

“Berbanding ketika tidak menggunakan mesin kuantiti kuih yang mampu dihasilkan jauh lebih rendah,” katanya yang kini menjalankan perniagaan di bawah syarikat Nifa Jaya Enterprise.

Tambahnya lagi, selain membuat muruku, tart nanas dan samprit, dia turut membuat kira-kira lapan kuih moden lain dan beberapa jenis makan sejuk beku seperti karipap dan daging kambing perap yang mendapat permintaan ramai.

Sumber : Kosmo

Tag : Berita

Baca : Mesin cepatkan proses pengeluaran - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 11 - Matlamat 34
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Cara buat resepi Biskut Kelapa

Info cara mudah tentang buat resepi biskut kelapa dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut kelapa bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Kelapa bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut kelapa

Biskut Kelapa
Gambar.. Biskut kelapa yang sedap

Tentang biskut kelapa

Resepi biskut kelapa, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap, ia juga sedikit masin dan rasa kelapa parut bagi yang gemar rasanya, Pasti berbaloi mencuba biskut kelapa yang sedap ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut kelapa
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015

Resepi cara buat biskut kelapa yang sedap

Bahan-bahan buat biskut kelapa
  1. 225gm tepung jagung
  2. 150gm tepung gandum*
  3. 1/2 sudu teh baking powder*disatukan dan diayak.
  4. 125gm gula aising
  5. 75gm kelapa kering - kisar halus
  6. 25gm serbuk badam
  7. 1 biji telur gred A
  8. 1/2 sudu teh esen vanilla
  9. 155gm mentega
  10. Ceri merah - di potong kecil untuk hiasan.
  11. Kelapa kering
  12. 1 kuning telur - untuk di sapu pada biskut.
Cara buat dan penyediaan resepi biskut kelapa
  1. Gaul Serbuk badam dan kelapa yang di kisar tadi bersama tepung yang telah siap di ayak. Ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula aising dan esen vanilla dalam mixing bowl lalu di putar hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan-akan serbuk roti.
  3. Perlahankan acuan dan masukkan mentega sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut yang boleh di canai. Keluarkan doh dari mixer, bulatkan dan tutup dengan tuala lembab.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian, dan ambil satu bahagian serta gelek setebal 1/2cm. Terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar.
  5. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri merah serta tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150'c selama 10 - 12minit.
  6. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara setelah sejuk.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut kelapa yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut kelapa

Tempahan awal biskut kelapa boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut kelapa kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut kelapa

Harga biskut kelapa kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut kelapa dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Kelapa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 10 - Matlamat 33
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

SME packaging bantu pengusaha IKS

Usaha SME packaging bantu pengusaha IKS di Malaysia

Tahap daya saing usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya Bumiputera boleh dikatakan masih rendah berbanding kaum-kaum lain di negara ini. Golongan ini bukan sahaja dibelenggu masalah-masalah modal dan teknologi tetapi juga isu-isu pemprosesan, kualiti produk, pembungkusan yang memenuhi standard antarabangsa serta pemasaran.

Logo SME CORP Malaysia

Kepincangan inilah yang membuatkan PPIPBM menubuhkan Syarikat SME Packaging Centre Sdn Bhd (SMEP). Kilang pertama SMEP dibuka di Sungai Manggis di sini yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur. Ia dilengkapkan dengan mesin dan peralatan untuk pemprosesan dan pembungkusan makanan. Antaranya ialah mesin pemprosesan produk kering rapuh dan yang berbentuk kekacang, roti dan biskut, produk sejuk beku, peralatan sebagai dapur pusat (central kitchen) dan mesin pembungkusan untuk pelbagai produk termasuk pembungkusan produk yang akan dibekukan.

"Ambil contoh pembungkusan. Bagi sesetengah pengusaha IKS, pembungkusan ini merupakan satu perkara yang berat dan begitu sukar hendak dilakukan. Dia tak tahu reka bentuk dan bahan apa yang hendak dipakai," jelasnya. Tambah beliau, kilang berkenaan turut menjalankan kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi produk keluaran pengusaha IKS selain menyediakan kemudahan untuk pengusaha mendapatkan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber : mstar online

Tag : Berita

Baca : SME packaging bantu pengusaha IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 10 - Matlamat 32
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Khamis, Oktober 30, 2014

Cara buat resepi Biskut Kacang Hijau

Info cara mudah tentang buat resepi biskut kacang hijau dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut kacang hijau bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Kacang Hijau bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut kacang hijau

Biskut Kacang Hijau
Gambar.. Biskut kacang hijau

Tentang biskut kacang hijau

Resepi biskut kacang hijau, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap, ia juga sedikit masin dan rasa kacang hijau bagi yang gemar rasanya, Pasti berbaloi mencuba biskut kacang hijau yang sedap ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut kacang hijau
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015

Resepi cara buat biskut kacang hijau yang sedap


Bahan-bahan buat biskut kacang hijau

  1. 250gm mentega
  2. 160gm gula halus
  3. 50gm tepung kastard
  4. 2 sudu besar tepung jagung
  5. 300gm tepung gandum
  6. 100gm kacang peas bergaram - di kisar halus
  7. 1 camca teh esen vanilla
Cara Penyediaan biskut kacang hijau
  1. Mentega dan gula di pukul hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan satukan semua tepung-tepung. Jika kacang hijau yang di blender tadi tidak bergaram, bolehlah di masukkan sedikit garam dalam adunan.
  3. Masukkan juga kacang hijau sedikit demi sedikit dan di uli.
  4. Tekan dengan acuan dan sapukan sedikit dengan kuning telur.
  5. Bakar 15minit pada suhu 160 celcius.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut kacang hijau yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut kacang hijau

Tempahan awal biskut kacang hijau boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut kacang hijau kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut kacang hijau

Harga biskut kacang hijau kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut kacang hijau dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Kacang Hijau - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 09 - Matlamat 31
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Tentang IKS Malaysia

Apa itu IKS Malaysia?

Bermaksud dari perkataan dan singkatan ayat dibawah dan difinisi bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Ditakrifkan sebagai perusahaan tentang perkilangan atau syarikat yang beroperasi dan menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Mini Rempeyek Ina Murni Enterprise

Produk keluaran IKS Malaysia

Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga yang berbentuk IKS mendapat sokongan yang penuh daripada pihak kerajaan.

Difinisi lain tentang IKS Malaysia

Namun begitu, terdapat juga pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu seperti sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah.

Saiz aset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah negara berbeza menggunakan saiz piawai dan kriteria yang lain sebagai pengukuran dan pentaksiran tentang IKS Malaysia.

Produk IKS Malaysia

Produk IKS mempunyai pasaran yang kecil kerana kemampuan proses yang sederhana, seperti di kampung contoh produk seperti kerepek, rempeyek, biskut raya, bahulu dan banyak lagi yang belum disebut dan untuk dipromosikan produk mereka bagi pasaran yang lebih luas.

Mampukah produk IKS Malaysia keluar negara

Jika ia dapat sokongan penuh dari pihak kerajaan seperti penjenamaan dan sokongan dari pelbagai pihak khusus rakyat Malaysia, produk dari keluaran IKS di Malaysia boleh pergi lebih jauh, jika ada azam dan semangat dari pengusaha IKS itu sendiri.

Ucapan penutup, usahawan IKS Malaysia perlu celik IT dan majulah perniagaan untuk semua bagi mencapai wawasan 2020. Salam bagi pihak Ina Murni Enterprise.

Tag : IKS MALAYSIA

Baca : Tentang IKS Malaysia - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 02 - Matlamat 30
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Jenama untuk IKS Malaysia Fama

Fama giat promosi jenama 1 Malaysia best

1 Malaysia best

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mahu menjadikan produk ‘1Malaysia Best’ mampu menandingi produk antarabangsa menerusi pemasaran yang strategik termasuk melalui Program Jualan Transformasi Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 1Malaysia 2012.

Logo 1 Malaysia best

Pengarah Fama Selangor dan Wilayah, Mansor Omar berkata, program yang berlangsung dari 22 Mac hingga hari ini, berjaya mempromosi produk 33 usahawan IKS dari seluruh negara.

Menurutnya, program ini mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan sasaran jualan berjaya dicapai iaitu RM150,000 walaupun masih belum memasuki hari terakhir.

“Dalam masa dua hari sahaja, jumlah jualan secara keseluruhan telah mencecah RM60,000 ini menunjukkan dengan strategi pemasaran yang betul, usahawan kita juga boleh menjana pendapatan lumayan.

“Fama mahu usahawan IKS dapat keuntungan kerana mereka juga adalah peniaga, oleh yang demikian menerusi program seumpama ini, diharap dapat memberi peluang kepada mereka mengembangkan perniagaan,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Beliau sebelum itu, melancarkan Program Jualan Transformasi Produk IKS 1Malaysia 2012 yang bertempat di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam.

Menurutnya, program julung kali diadakan ini akan diteruskan berdasarkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap usahawan IKS.

“Lokasi seterusnya kita belum putuskan lagi, namun ia dijangka berlangsung di Selangor,” katanya.
Program ini adalah hasil usaha sama dengan Syarikat Awin Trading dan bertujuan untuk mempromosikan produk IKS yang diusahakan usahawan tempatan.

Produk ‘1Malaysia Best’ adalah satu perakuan jenama untuk meningkatkan jualan dan profil produk berasaskan pertanian di pasaran tempatan dan global.

Pada 19 Mac 2010 lalu, Mesyuarat Menteri Kabinet bersetuju untuk mewujudkan jenama terbabit sebagai identiti Malaysia khusus bagi meningkatkan penjualan dan pemasaran di dalam dan luar negara.

Sumber : Sinar Harian

Tag : Berita

Baca : Jenama untuk IKS Malaysia Fama - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 09 - Matlamat 29
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Usahawan IKS Malaysia perlu celik IT

Seruan kerajaan Usahawan IKS Malaysia perlu untuk lebih celik IT

Dalam mengejar cita-cita dan wawasan serta seruan kerajaan bagi pengusaha bumiputera lebih maju dalam bidang perniagaan kami di Ina Murni Enterprise usahawan IKS di Sungai Besar menyahut seruan kerajaan mengunakan it dan dunia teknologi serta mengikut arus semasa seperti laman sosial, blog dan sebagainya bagi menjadikan medium kami memasarkan produk dari IKS untuk lebih jauh.
Apa itu industri dan perusahaan IKS

Tentang IKS Malaysia ialah Usahawan  Industri  Kecil  dan  Sederhana (IKS) adalah satu istilah untuk pengusaha yang menjalankan perusahawan secara kecil-kecilan dan sederhana besar. Hasil perbuatan mereka adalah daripada bahan-bahan mentah berasaskan pemakanan, produk hasil perkayuan, pertanian, perikanan dan sebagainya.

Walaupun begitu, kebanyakkan usahawan IKS, mereka masih membuat dan melakukanya secara tradisional, berpunca dari kos yang tinggi. Jarang sekali kita dapat melihat hasil produk mereka  berasaskan teknologi terkini. Dianggarkan nilai hasil jualan tahun IKS dalam lingkungan di bawah RM25 juta. Jumlah pekerja tidak melebihi 125 orang.

Bantuan kerajaan

Walaupun banyak dana, inisiatif dan subsidi diberikan, namun Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam segalanya terutama dalam industri kecil dan sederhana (IKS). Banyak agensi kerajaan yang terlibat dalam bantuan terhadap usahawan IKS, diantaranya MARA, TEKUN untuk dana pinjaman, FELDA, FELCRA, KADA, FAMA untuk membantu meningkatkan hasil usaha mereka.

Sedikit info pengusaha IKS

Tidak ramai usahawan IKS memanfaat sepenuhnya kepentingan dunia IT dan teknologi pada masa kini, dan oleh itulah sebenarnya tujuan blog ini dicipta untuk menyahut seruan kerajaan bagi memajukan serta memperkenalkan produk IKS kepada semua rakyat Malaysia. Sedikit info, Seramai 645,136 yang berdaftar sebagai usahawan IKS hanya 27% sahaja yang celik IT, Itupun hanya menggunakan komputer dan internet untuk urusan seharian dan bukannya sebagai tujuan pemasaran produk mereka jadi bermakna masih ada 73% yang masih buta tentang IT.

Saranan kerajaan

Kerajaan telah melancarkan satu dasar ekonomi terbaru di bawah MEB, memfokuskan terhadap ekonomi Bumiputera semasa ucapan Perdana Menteri pada 14 September 2013 iaitu hari sabtu lalu. Ini kerana kedudukan ekonomi kaum terbesar Malaysia masih terkebelakang dalam arus tranformasi ekonomi negara. Penting seruan kerajaan Malaysia terhadap usahawan IKS di Malaysia maju bersama dalam gelombang ICT.

Kerjasama penting

Intel Malaysia berkerjasama dengan SME Corp dan SME bank telah menyediakan pelbagai latihan kepada usahawan IKS untuk meningkatkan kemahiran dalam  celik dunia ICT. Intel Malaysia telah menyuntik dana khas sebanyak RM20,000 kepada ramai usahawan yang berminat. Perlu juga pengurusan bijak bagi IKS Malaysia dalam merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya, boleh juga dapatkan maklumat di  Intel Level Up.

Tag : IKS MALAYSIA

Baca : Usahawan IKS Malaysia perlu celik IT - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 01 - Matlamat 28
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Peluang produk IKS Malaysia ke China

My Agro Hypermart pasar produk PKS ke China

Sumber : Bharian

MY Agro Hypermart menerusi Rukun Saksama Sdn Bhd akan mengeksport produk keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bernilai RM15 juta ke China bermula bulan ini susulan kerjasamanya dengan pemborong negara itu.


Sehingga kini 28 jenis produk PKS sudah dipasarkan di China dengan menggunakan jenama One Malaysia Best dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan usaha gigih kerajaan mempromosikan produk tempatan di luar negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata pihaknya juga telah meminta FAMA mewujudkan Agro Bazar di luar negara seperti London bagi memasarkan hasil keluaran pertanian negara.

“Syarikat ini (My Agro Hypermart) menjadi pusat pengumpulan hasil PKS untuk dipasarkan di luar negara dan mereka tidak mendapat sebarang suntikan modal ataupun pembiayaan daripada kerajaan. Pihak kerajaan hanya bekerjasama dalam memberi bimbingan serta nasihat.

“Melalui pasar raya besar ini lebih 2,000 produk PKS dipasarkan di sini dan kita sememangnya mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat swasta untuk mewujudkan pusat sehenti sebegini bagi memasarkan produk tempatan. Bayangkan kita mempunyai 13,000 produk keluaran IKS.

“Kabinet sudah meluluskan penggunaan jenama One Malaysia Best bagi terhadap semua produk tempatan yang akan memasuki pasaran antarabangsa,” katanya ketika merasmikan My Agro Hypermart di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Rukun Saksama Sdn Bhd, Datuk Jamal Yunus yang turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan FAMA, ASIA SHANGTEX serta usahawan IKS.

Noh berkata, walaupun ‘One Malaysia Best’ adalah jenama tunggal bagi produk PKS untuk memasuki pasaran antarabangsa, namun, syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan masih boleh mengekalkan jenama mereka.

Beliau berkata, penggunaan jenama tunggal itu adalah bagi membolehkan produk berkenaan senang memasuki pasaran antarabangsa selain memastikan produk terbabit mematuhi piawaian ditetapkan.

“Melalui jenama tunggal berkenaan kita akan memastikan setiap produk mematuhi piawaian seperti kualiti, aspek kesihatan dan keselamatan serta jaminan halal,” katanya.

Sementara itu, Jamal berkata, beliau yakin jumlah produk yang akan dipasarkan pasar raya besar berkenaan akan meningkat kepada 3,000 produk dalam tempoh terdekat ini.

Sumber : Bharian

Tag : Berita

Baca : Peluang produk IKS Malaysia ke China - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 08 - Matlamat 27
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Rabu, Oktober 29, 2014

Cara buat resepi Biskut Cornflake

Info cara mudah tentang buat resepi biskut cornflake dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut cornflake bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Cornflake bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut cornflake

Biskut Cornflake
Biskut cornflake

Tentang cornflake

Resepi Biskut Cornflake, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Cornflake ini sangat sedap, ia juga sedikit manis dan sedikit wangi, Bahagian atas sedikit rangup dan manis. Pasti berbaloi mencuba biskut cornflake yang sedap ini.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut cornflake
Rank : 04/01 - p1
Update : 25 OKT 2015
Resepi cara buat biskut cornflake yang sedap

Bahan-bahan buat biskut cornflake
  1. 1/2 cawan mentega
  2. 1/2 cawan gula kastor
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  5. 1 cawan cornflakes, kisar halus
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 biji telur
  8. 1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda suka.
  9. 2-3 cawan cornflakes, ramas kasar paper cupceri, untuk hiasan.
Cara Penyediaan biskut cornflake
  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur.
  3. Pukul sehingga sebati.
  4. Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati.
  6. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
  7. Rehatkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
  8. Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola.
  9. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan ceri.
  10. Bakar dalam oven bersuhu 180Âșc selama lebih kurang15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
  11. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips penyimpanan biskut cornflake
Selepas 15 minit di dalam oven, biskut masih lagi sedikit lembik. Tetapi tidak mengapa, kerana semasa proses penyejukan biskut akan berubah menjadi seperti tekstur kek di dalam dan rangup di luar.

Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut cornflake yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.

Tempahan biskut cornflake

Tempahan awal biskut cornflake boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut cornflake kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut cornflake

Harga biskut cornflake kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut cornflake dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Cornflake - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 04 / 08 - Matlamat 26
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Produk IKS Malaysia ke Jepun

Produk IKS Malaysia masuk pasaran Jepun

Wartawan Sinar Harian

December 27, 2011

TOKYO - Produk tempatan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia kini memasuki pasaran Jepun dengan pelancaran program Taste of Malaysia (TOM) di pasaraya AEON Jusco di Koshigaya Lake Town di sini, semalam.


Program dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menyaksikan 74 produk keluaran IKS tempatan dijual di pasar raya tersebut dan 194 produk dipamerkan di program TOM.

Ismail Sabri berkata, program TOM bermatlamat menyenaraikan produk Malaysia di dalam hipermarket asing di Malaysia yang mempunyai cawangan di negara luar, agar lebih mudah untuk memasarkan produk Malaysia di negara luar.

“Jadinya hipermarket ini akan komited untuk memasarkan produk kita di luar dan ini adalah kerjasama menang-menang di antara kita di Malaysia dengan hipermarket asing yang mempunyai perniagaan di Malaysia.

“Kita bagi peluang mereka untuk berniaga di Malaysia dan dalam masa sama mereka juga mesti memberi peluang kepada IKS kita untuk memasarkan produk di cawangan mereka di seluruh dunia,” katanya selepas melancarkan program itu.

Ismail Sabri berkata, kerajaan menyasarkan 100 produk tempatan akan dipasarkan setiap tahun dan angka itu dijangka bertambah setiap tahun.

Dalam masa sama, beliau menasihati pengusaha tempatan supaya melakukan kajian pasaran dan strategi pemasaran dalam usaha untuk menembusi pasaran luar.

“Pihak kerajaan hanya membuka jalan, membuka peluang melalui hipermarket ini, selepas ini mereka sepatutnya meneruskannya dari segi pemasaran, penambah baikan produk.

“Seperti kita tahu bukan produk Malaysia sahaja berada dalam pasar raya-pasar raya di luar negara ini, tetapi kita terpaksa bersaing dengan produk tempatan dan dari negara pesaing,” kata beliau.
Ismail turut menasihati pengusaha IKS supaya mengeluarkan produk yang bertepatan dengan citarasa rakyat tempatan.

“Contohnya pelabelan, kefahaman tentang bahasa Inggeris di sini kurang, jadi kita perlu keluarkan produk yang ada label bahasa Jepun dan kena bersesuaian dengan negara di mana kita ingin pasarkan produk kita,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan AEON Co (M) Bhd Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, pihak AEON akan memperomosikan produk IKS di lima lokasi di pusat beli-belah AEON Jusco di sini.

Sumber : Sinar harian

Tag : Berita

Baca : Produk IKS Malaysia ke Jepun - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 07 - Matlamat 25
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Kerepek pisang dan maruku syawal

Kerepek Pisang Dan Muruku Jadi Rebutan Sempena Syawal

Berita : sumber bernama

KUALA SELANGOR, 25 Julai (Bernama) Selain biskut raya, keenakan dan kerangupan kerepek pisang dan muruku turut mencuri tumpuan sempena Syawal ini, apabila permintaan terhadap produk tersebut meningkat sepanjang bulan Ramadan.

Gambar.. Kerepek pisang ina murni

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kamsani Mohd Salleh, 54, berkata permintaan terhadap produk itu disifatkan luar biasa apabila beliau tidak menang tangan menyiapkan semua tempahan yang diterima.

Menjalankan operasi perniagaan di kediamannya di Kampung Bukit Kucing, Jeram di sini sejak Jun tahun lalu, Kamsani bertuah apabila perniagaan diusahakan bersama keluarga turut mendapat sokongan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau berkata pada hari biasa, mereka hanya mengeluarkan sekitar tujuh hingga lapan kilogram kerepek dan muruku, namun pada bulan puasa, jumlahnya meningkat sekitar 15 kilogram sehari.

"Bagi hari-hari biasa, pasaran kerepek dan muruku lebih bertumpu kepada pelanggan kami di pasar tani di Shah Alam, Putrajaya dan Kelana Jaya berikutan kami membuka tapak jualan di situ.

"Tetapi sepanjang bulan Ramadan ini permintaan meningkat dua kali ganda kerana kami bukan sahaja menerima tempahan khas daripada orang perseorangan, tetapi juga beberapa syarikat yang memuatkan kerepek kami dalam hamper raya mereka," katanya kepada Bernama.

Kamsani berkata bagi mengatasi masalah kekurangan stok, pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan sebelum produk itu dapat disediakan.
"Kerepek pisang dan muruku ini seakan sudah menjadi menu wajib setiap kali menjelang Syawal, mungkin kerana ia sesuai sebagai kudapan sebab itu banyak permintaan.

"Bagi mengelak sebarang masalah, kita nasihatkan pelanggan yang nak beli dalam kuantiti yang banyak, supaya buat tempahan kepada kita dahulu sebab sekiranya kita ada kekangan untuk peroleh bahan mentah seperti pisang, sekurang-kurangnya kita boleh maklum kepada pelanggan," katanya.
Beliau berkata kerepek pisang dan muruku itu dijual pada harga RM10 bagi setiap 1kg.

"Selain tidak menggunakan mesin, kesemua produk kami dihasilkan menggunakan ramuan asli...tidak mengandungi pewarna atau perisa tambahan dan faktor inilah yang menjamin kepuasan pelanggan kami," kata Kamsani.

Sumber : BERNAMA

Tag : Berita

Baca : Kerepek pisang dan maruku syawal - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 06 - Matlamat 24
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya