Selasa, Disember 30, 2014

Usahawan IKS diingat tidak lupa jasa kerajaan

Usahawan IKS diingat tidak lupa jasa kerajaan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Golongan usahawan kecil dan sederhana perlu lebih dinamik, tidak berada di takuk lama dan tidak melupakan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberikan bantuan dan peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 usahawan kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan mereka.

"Jangan lupa jasa kerajaan, yang sokong (kerajaan) dapat (pinjaman Tekun), yang tidak sokong pun dapat, kadang-kadang kita sedih juga, kita buat susah-susah, mereka kutuk, bila dapat apa-apa bantuan dia yang tercegat di depan kita.

"Yang paling penting kita sudah faham, sudah tahu siapa yang tolong kita selama ini. Kalau dapat mandat dari rakyat, bukan sahaja Tekun bertambah maju dan dapat lahirkan ribuan usahawan tetapi negara ini dapat dimartabatkan sebagai negara maju dan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun dan Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 bertemakan "Melahirkan Komuniti Usahawan Tekun yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.

Najib berkata usahawan juga perlu menetapkan strategi perniagaan mereka yang boleh merangsang perniagaan untuk berkembang sehingga boleh menembusi pasaran antarabangsa.

"Selain daripada perancangan perniagaan, juga perlu fikir bagaimana kita sebagai seorang peniaga disenangi oleh pelanggan, apakah ciri-ciri yang patut ada yang boleh menyebabkan pelanggan menyukai kita," katanya.

Beliau berkata sama seperti politik, perniagaan juga menuntut supaya setiap janji kepada pelanggan haruslah ditepati agar pelanggan terus meletakkan kepercayaan kepada mereka sekali gus dapat membina reputasi yang baik.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang, Anugerah Kelab Komuniti Usahawan Tekun (KKUT) Terbaik dan menyampaikan sijil pelantikan kepada pengerusi KKUT negeri-negeri. – Bernama

Sumber : Sinar harian

Tag : Berita

Baca : Usahawan IKS diingat tidak lupa jasa kerajaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 66 - Matlamat 100
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
PSM Jangka RM10 Juta Tempoh Tiga Tahun

PSM Jangka RM10 Juta Tempoh Tiga Tahun


PSM Jangka Jualan Meningkat Kepada RM10 Juta Dalam Tempoh Tiga Tahun


BAGUS... Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukan kerepek ubi kepada para wartawan semasa mengadakan lawatan ke perusahaan Sepang Maju Sdn Bhd. Foto: Shaifuldin 

SEPANG, 3 Jan (Bernama) - Pengusaha kerepek ubi kayu, Perusahaan Sepang Maju Sdn Bhd (PSM) menyasarkan jualan RM10 juta setahun dalam masa tiga tahun dengan pembesaran kapasitinya.
Syarikat itu kini mencatatkan hasil jualan antara RM120,000 dan RM140,000 sebulan.

Bagi memenuhi keperluan bahan mentah, ia telah memetarai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Tembakau Malaysia untuk mengusahakan tanah seluas 400 hektar di Pasir Putih Kelantan.
MoU tersebut telah dimeterai pada 18 Dis tahun lalu sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Selangor.

Dalam tempoh terdekat, PSM bercadang meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 30 sehingga 40 tonne sebulan mulai Febuari ini, berbanding 25 dan 30 tonne sekarang.

Di bawah MoU itu, PSM akan mendapatkan bekalan ubi kayu daripada para petani yang mengusahakan ladang tanaman ubi kayu sebagai mengganti tanaman tembakau dalam tempoh 10 ke 15 tahun.

"Usaha ini adalah untuk membantu para petani yang sebelum ini mengusahakan tembakau dengan beralih kepada tanaman ubi kayu," kata Pengarah Urusan syarikat tersebut, Zamri Jamaluddin kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Pada masa ini, seluas 40 hektar ladang tersebut telah ditanam dengan ubi kayu, dan dijangkakan akan diperluaskan kepada 400 hektar, katanya.

Menurut Zamri, projek ladang ubi kayu tersebut adalah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan tanaman tembakau dengan mencari tanaman alternatif.
Ladang ubi kayu yang akan diusahakan di Kelantan itu dijangka bermula pada Februari depan, katanya.

Buat masa sekarang, PSM mendapatkan bekalan ubi kayunya dari ladang sendiri seluas 10 hektar di daerah Sepang dan juga dari para petani di sekitar kawasan berkenaan.

"Bagi membantu petani di sekitar sini, kami menjadi vendor produk mereka, dengan membeli produk dan melakukan pembungkusan semula dan memasarkan produk tersebut," kata Zamri.

"Saya yakin perusahaan kerepek ubi sebegini mampu pergi lebih jauh lagi dengan rancangan pemasaran yang teratur dan penambahbaikan terhadap produk yang dihasilkan," kata Zamri.

Bagi perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) seperti yang diusahakannya, katanya memerlukan persediaan yang rapi sebelum menerokai pasaran antarabangsa dari segi mempunyai bekalan bahan mentah yang mencukupi, pembungkusan yang menarik dan paling penting memastikan produk kerepek ubi kayu mampu bersaing dengan produk yang sedia ada di pasaran.

Buat masa sekarang PSM memberi tumpuan kepada pasaran tempatan, katanya sambil menyatakan sebahagian dari kerepek ubi syarikatnya dipasarkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan mengguna jenama Agromas.

PSM memasarkan kerepek ubi kayu menggunakan jenama Mr Rizal's. Ia boleh didapati dalam tujuh perisa: masin, asli, lada hitam, pedas basah, pedas kering, kari dan barbeku.

Produk syarikat itu juga telah meraih beberapa anugerah antaranya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga pada Karnival Hari penternak dan Peladang peringkat negeri Selangor bagi tahun 2007 untuk kategori kerepek ubi kayu.

Menurut Zamri, Mr Rizal's pernah memenangi Anugerah Pemasaran Gemilang daripada FAMA pada tahun 2007.

Zamri menceritakan perusahaan kerepek ubi kayu itu diasaskan oleh bapanya, Jamaluddin Singah pada tahun 1986, seorang pesara tentera. Kini syarikat itu menjadi sebuah perusahaan keluarga.

Zamri, bekas graduan kejuruteraan dari Jerman berkata, PSM berjaya mengembangkan perniagaannya dengan lebih agresif selepas menjalankan kajian pasaran dengan bantuan serta bimbingan Jabatan Pertanian Selangor, FAMA serta Institut Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca :  PSM Jangka RM10 Juta Tempoh Tiga Tahun - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 65 - Matlamat 99
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Isnin, Disember 29, 2014

IKS hadapi cabaran ekonomi baru

IKS hadapi cabaran ekonomi baru

IKS hadapi cabaran dalam ekonomi baru

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Industri Kecil dan Sederhana (IKS) masih lagi bergelut dengan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi "lama," dan sekarang terpaksa pula menghadapi keperluan untuk menangani cabaran-cabaran yang membentuk rupa dan kandungan ekonomi dunia "baru".
Kebanyakan cabaran itu adalah berkaitan dengan proses-proses globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Dr. Ragayah Mat Zin, profesor madya ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata bahawa sementara mereka yang berdaya ketahanan untuk terus hidup daripada kelembapan ekonomi terus bergelut dengan isu-isu yang sentiasa menghantui IKS, cabaran-cabaran baru pula telah muncul.
Cabaran-cabaran itu, sebahagian besarnya di dalam bentuk perubahan pesat dalam teknologi, kesan globalisasi dan liberalisasi perdagangan dan kemunculan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).

Penerusan isu-isu "ekonomi lama" termasuklah masalah kekurangan modal, kekurangan sumber manusia, tahap teknologi yang rendah dan kawalan mutu yang lemah, prasarana perindustrian tidak mencukupi, dan kurang penggunaan bantuan kerajaan.

''Di dalam persekitaran baru ini, kita boleh melihat IKS sebagai satu sumber pertumbuhan diperbaharui cuma jika mereka boleh menangani masalah-masalah kewangan mereka, mengatasi halangan-halangan sumber manusia mereka, menerima pakai dan menyesuaikan teknologi-teknologi baru dan juga mengatasi kekurangan maklumat," beliau berkata di dalam kertas kerja yang dibentangkan pada persidangan Tinjauan Masa Depan Ekonomi Kebangsaan MIER 2001 di sini hari ini.

Satu pendekatan penting bagi IKS untuk mengatasi cabaran-cabaran itu ialah menubuhkan ikatan strategik dengan pelbagai pihak.

Dr. Ragayah berkata memandangkan daya saingan semakin didefinisikan oleh teknologi utama, IKS Malaysia mestilah membangun keupayaan bagi menerima pakai dan menyesuaikan teknologi-teknologi itu bagi kegunaan mereka sendiri.

"Sementara langkah ini akan menambah kepada masalah-masalah yang mereka telah hadapi, ia perlu diambil sekiranya mereka mahu meneruskan hidup di dalam order ekonomi baru," katanya. - Bernama

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : IKS hadapi cabaran ekonomi baru - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 64 - Matlamat 98
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Bantu produk desa pusat IKS

Bantu produk desa pusat IKS

Bantu produk desa, pusat pengumpulan IKS diaktifkan semula

Kerajaan Negeri merancang untuk mengaktifkan semula pusat-pusat pengumpulan industri kecil dan sederhana di seluruh Selangor bagi membantu usahawan desa memasarkan produk masing-masing.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Daroyah Alwi berkata ini merupakan satu lagi strategi bersepadu Kerajaan Negeri merangsang pembangunan desa, serta membantu usahawan menerobos pasaran yang lebih luas.

“Kita akan aktifkan semula pusat pengumpulan ini. Kita akan jadikan kemudahan ini sabagai ‘One Stop Center’ untuk usahawan desa memasarkan barangan,” kata Daroyah.

Menurut beliau, pusat pengumpulan IKS di Selangor terletak di Gombak, Kuala Langat dan Sepang.
Jelas Daroyah, lokasi kemudahan di laluan strategik seperti di Sepang yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga dirasakan boleh membantu para usahawan.

“Ia juga berpotensi menjadi tumpuan pelancongan dan pelancong boleh membeli produk-produk rakyat Selangor,” kata beliau.

Serentak dengan rancangan itu, Daroyah berkata Kerajaan Negeri sedang menyenaraikan semua usahawan di Selangor bagi mengikuti perkembangan mereka dengan lebih rapat.

Antara yang menjadi perhatian adalah piawaian kandungan bahan makanan, dan peningkatan kualiti produk.

“Untuk pemberdayaan usahawan kita memberikan khidmat nasihat, sijil halal, dan mencantikkan lagi pembungkusan. Kita akan mengadakan satu program dengan kerjasama Sirim Malaysia selain menganalisa kandungan nutrisi produk makanan,” jelas Daroyah.

“Produk bersesuaian kita akan cuba pasarkan ke pasaraya memandangkan ianya dilengkapi dengan kod bar,” tambah beliau.
- HM

Sumber : Selangorku

Tag : Berita

Baca : Bantu produk desa pusat IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 63 - Matlamat 97
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

MIDF pendukung industri IKS negara

Di antara peralatan terkini dan juga ruang penyimpanan barangan yang dimiliki oleh Hyper Region Labels Sdn. Bhd. di Johor Bahru.

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Hyper Region Labels Sdn. Bhd. (HRL) merupakan sebuah syarikat perkhidmatan yang menyediakan percetakan label produk industri berkualiti tinggi. HRL juga merupakan anak syarikat Kumpulan Hyper Region yang telah mula beroperasi pada tahun 1998 di Johor Bharu, Johor.

Bermula dengan operasi yang hanya terdiri daripada lima orang pekerja dan dua buah unit mesin pencetak label, HRL kini berkembang pesat dari segi perniagaan, operasi dan kapasiti pengeluaran. HRL kini mempunyai tiga buah cawangan kilang percetakan label produk industri di sekitar Johor Bharu yang beroperasi dengan lebih dari 100 tenaga kerja yang terlibat dalam pengendalian mesin dan peralatan yang berteknologi tinggi.

Berpandukan visi utama syarikat untuk menjadi Dynamic Benchmark and World Class Integrated Printing Provider, HRL sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan skala perniagaan kepada tahap yang lebih maju dan berdaya saing. Kini HRL telah bergiat dalam empat cabang percetakan label komersil antaranya Labels & Stickers Printing, Silkscreen Printing, Offset Printing, High Precision Die-cutting. Di samping bergiat dalam perkhidmatan percetakan komersil industri, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan produk perindustrian sebagai sebuah cabang perniagaan yang berprospek tinggi. Ini selaras dengan hasrat HRL untuk menjadi pusat sehenti dalam industri percetakan komersial khusus untuk para pelanggannya.

Usaha bagi menjayakan matlamat ini diteruskan lagi dengan penggunaan Fasiliti Class 10,000 Clean Room oleh pihak syarikat bagi menguruskan produk-produk yang berkualiti tinggi. HRL sentiasa berusaha untuk memberikan kepuasan optimum kepada para pelanggan syarikat melalui perkhidmatan yang cemerlang dan harga yang kompetitif.

Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan meningkatkan kepuasan pelanggan syarikat, HRL memberikan komitmen penuh bagi memajukan operasi pengeluaran dari segi kepakaran teknikal dan tahap inovasi dalam produk syarikat. Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) telah memainkan peranan penting dalam membantu HRL untuk mencapai matlamat mereka.
MIDF, sebuah institusi pembangunan kewangan yang juga merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai salah satu inisiatif daripada International Monetary Fund (IMF) untuk menggerakkan sektor perindustrian Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan. Kepakaran dan pengalaman lebih lima puluh tahun dalam industri kewangan negara membolehkan MIDF untuk membantu industri kecil dan sederhana (IKS) dan juga syarikat korporat besar bagi mendapatkan pembiayaan pembangunan yang diperlukan untuk kekal relevan dalam industri sekaligus mempertingkatkan daya saing dan daya pengeluaran.

Sejajar dengan visi MIDF untuk memajukan industri IKS dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, institusi kewangan itu telah memberikan sokongan yang konsisten kepada HRL. Pembiayaan mesin-mesin berteknologi tinggi baru untuk setiap cabang percetakan komersil di pusat-pusat operasi HRL oleh MIDF bukan sahaja secara langsung meningkatkan produktiviti dan kelancaran proses pengeluaran, malah dengan adanya teknologi moden tersebut, ianya telah membuka peluang baru kepada HRL dalam pasaran produk percetakan industri yang lebih sofistikated.

Pembiayaan pinjaman yang diterima oleh HRL daripada MIDF adalah di bawah program bantuan kewangan kerajaan yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Mudah untuk Industri Kecil & Sederhana (SLSME) dengan jumlah terkumpul sebanyak RM4.5 juta. Skim SLSME bukan sahaja membiayai pembelian aset tetap seperti tanah dan bangunan kilang/komersial, mesin dan peralatan tetapi juga untuk membiayai pemerolehan sistem perisian/perkakasan ICT . Sebagai tambahan kepada skim ini, HRL juga telah membuat pinjaman pembiayaan Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Modernisasi (SLSAM) sebanyak RM1.4 juta.

SLSAM adalah skim pinjaman yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan meluas mesin automasi dalam proses pengeluaran yang dapat mengurangkan pergantungan kepada aktiviti intensif buruh terutama sekali buruh asing. MIDF juga menyediakan Skim Pinjaman Mudah bagi Pembangunan Automotif (SLSAD) kepada syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pengeluaran komponen automotif dalam meningkatkan aktiviti pengeluaran mereka.

Dengan bantuan pembiayaian MIDF, HRL telah dapat mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan pelanggan-pelanggan dari Amerika Syarikat, Jerman, Singapura, Jepun, Myanmar dan Indonesia. Pelanggan-pelanggan antarabangsa HRL merupakan nama-nama besar daripada pelbagai industri. Ini membuktikan bahawa kualiti perkhidmatan dan produk syarikat telah berjaya menembusi pasaran global.

Kejayaan dalam menceburi pasaran antarabangsa telah meletakkan cabaran-cabaran baru untuk dihadapi HRL. Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah seperti persaingan sengit dari syarikat percetakan domestik dan luar negara, persaingan harga dan kos bahan mentah yang dipengaruhi oleh pasaran mata wang dunia dan juga isu-isu alam sekitar yang sering dikaitkan dengan industri percetakan.

HRL bertindak menangani cabaran-cabaran tersebut melalui perancangan teliti dari aspek kewangan syarikat, operasi pengeluaran, penjagaan kualiti produk dan pemantauan ekonomi dunia. HRL juga memberikan komitmen penuh dalam pemeliharaan alam sekitar dengan mematuhi syarat-syarat ISO 14001: 2004 Environmental Management System Standard. HRL juga memastikan barangan yang digunakan dalam proses pengeluaran memenuhi syarat-syarat pematuhan pemeliharaan alam sekitar antarabangsa.

Melalui usaha-usaha yang dijalankan untuk memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan dan juga memastikan kepuasan para pelanggan sentiasa terjaga, HRL telah berjaya untuk berkembang maju dalam perniagaan pada kadar yang membanggakan. HRL telah berjaya memperoleh anugerah piawaian ISO 9001 (Quality Management System) pada tahun 2004 dan juga ISO 14001 (Environment Management System) pada tahun 2010.

Tahun 2011 merupakan antara tahun yang membanggakan bagi HRL di mana keuntungan syarikat telah merekodkan peningkatan sebanyak 1.5 kali ganda berbanding tahun pertama ianya beroperasi. Ini merupakan pencapaian yang memberansangkan bagi HRL untuk memulakan tahun 2012 yang serba mencabar.

Sumber : Utusan

Tag : Berita

Baca : MIDF pendukung industri IKS negara - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 62 - Matlamat 96
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Ekonomi Langkawi Bersama IKS Di TV1

MENGGILAP POTENSI EKONOMI LANGKAWI BERSAMA IKS DI TV1

Landskap ekonomi di Pulau Langkawi dilihat berkembang maju. Bukan sekadar di sumbang sektor pelancongan malah juga oleh industri kecil dan sederhana yang diaktifkan penduduk tempatan. 

Saranan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika Langkawi masih digilap potensinya, agar penduduk disini mengubah sikap dengan merebut peluang ekonomi, nampaknya berhasil. Di daerah Wang Tok Rendong misalannya, industri pembuatan bot dan kraftangan batu marmar yang dijalankan masyarakat tempatan semakin pesat berkembang.

Lalu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha untuk menyuntik kesedaran sekaligus membuka mata masyarakat terhadap keistimewaan bumi Langkawi yang sememangnya semakin meningkat maju membawa tumpuan orang ramai untuk mengikuti program IKS pada 26 Mac 2011 (Sabtu), jam 11.05 pagi di TV1.

Menampilkan pengacara Rozaihan Abdul Rahim, antara yang berpotensi untuk dikongsi sama dengan penonton adalah berkaitan kraftangan batuan marmar dimana sememangnya umum sedia maklum 

Gugusan Kepulauan Langkawi, menyimpan pelbagai khazanah alam yang sangat berharga. Batuan marmar salah satu darinya. Dengan kurniaan alam ini, ia boleh menjadi sumber ekonomi lumayan kepada penduduknya.

Kualiti dan keunikan batu marmar yang terdapat di kepulauan ini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ramai yang tidak sedar, Langkawi sebenarnya merupakan antara pengeluar batu marmar terbaik di dunia.


Di daerah Wang Tok Rendong, Fabillah Rahim, anak jati Langkawi tampil mengusahakan produk kraftangan berasaskan batu marmar sejak 17 tahun yang lalu. Melalui syarikat Fabillah Marble Kraft Sdn Bhd. beliau mencurahkan segala minat dan pengalaman luasnya dalam bidang pembuatan marmar. Batu Marmar Langkawi begitu unik jika hendak dibandingkan dengan marmar lain di dunia.
Istimewanya, setiap pulau di sini menghasilkan jenis batuan marmar yang berbeza.Pulau Dayang Bunting umpamanya, mempunyai marmar antara yang terbaik di dunia iaitu dari jenis Royal White. 
Marmar jenis Royal White berwarna putih, biasanya digunakan untuk menghasilkan lampu hiasan.
Nama Fabillah Marble Kraft terus meniti di bibir peminat seni kraf terutamanya di Langkawi apabila terus-terusan mendapat perhatian pelancong tempatan juga antarabangsa. Antaranya pelancong Jepun, Jerman dan Rusia.

Di Fabillah Marble Kraft, pelbagai produk kraf berasaskan marmar boleh didapati. Lebih 50 jenis produk kraf mampu dihasilkan tanpa mengira saiz, jenis dan reka bentuk. Antaranya, pasu, jam, meja, candle light dan pelbagai jenis cenderahati.

Pelbagai produk kraf marmar keluaran Fabillah Marble Kraft mendapat permintaan yang amat menggalakkan daripada hotel-hotel terkemuka di sekitar Langkawi. Antaranya batu-batuan marmar bagi tujuan hiasan landskap dan kegunaan spa.

Di mata pelancong tempatan mahupun antarabangsa, Langkawi amat unik jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain di Malaysia. Dengan kewujudan 4 buah marina di Pulau Lagenda Mahsuri ini, ia pasti menjanjikan keselesaan kepada pelayar-pelayar kapal dan bot yang singgah berlabuh di sini. 

Bagi peminat kapal layar atau bot, Langkawi ada tarikannya yang tersendiri.
Tidak ramai yang tahu bahawa Langkawi mempunyai tenaga kepakaran dalam pembuatan bot. Daripada bot anjal, fiberglass mahupun aluminium, ada seorang anak tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Faridudin Abdullah Sani, yang berpengalaman dalam dunia permotoran, mengusahakan pembuatan dan perkhidmatan baikpulih bot melalui Swift Inflatables Sdn Bhd. 

Menariknya, beliau berjaya membuktikan sekalipun bermodal kecil, hanya RM 20 ia bukanlah penghalang untuk memulakan perniagaan ini. Beliau melihat potensi yang cukup besar dalam industri pembuatan bot terutamanya untuk kegunaan pelayar-pelayar antarabangsa yang kebanyakkannya singgah di Langkawi.

Kepakaran dan kelebihan Swift Inflatables dalam menghasil serta membaik pulih pelbagai jenis bot, membuatkan namanya menjadi bualan ramai pelayar antarabangsa. Promosi dari “mulut ke mulut” sesama pelayar inilah, membuatkan servis dan bot keluaran Swift Inflatables terus mendapat permintaan yang amat menggalakkan sehingga kini.

Dengan pelbagai tarikan pelancongan yang ada di Pulau Langkawi ini, ia sememangnya banyak menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi penduduk setempat. Saksikan IKS, hari Sabtu, 26 Mac 2011, jam 11.05 pagi di TV1 untuk mengikuti kisah selanjutnya bagaimana usahawan IKS ini menggilap potensi ekonomi di Langkawi.


Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca : Ekonomi Langkawi Bersama IKS Di TV1 - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 61 - Matlamat 95
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Ahad, Disember 28, 2014

Menjadi tarikan pelancong asing

Menjadi tarikan pelancong asing

Kerepek Masri bukan hanya terkenal kalangan penduduk kampung malah kerepek dan produk jenama itu dikenali hingga ke Brunei.


SERIBU langkah itu bermula daripada langkah pertama. Itulah kata-kata perangsang kemajuan perniagaan MHP Enterprise milik pasangan suami isteri, Punari Salleh dan Mastura Senon bersama anak sulung mereka, Musleha.

Menjalankan perniagaan berasaskan perusahaan makanan ringan dari sumber daripada sumber pertanian, pasangan itu sepakat mengambil singkatan nama Mastura dan Punari. Maka, wujudlah Masri sebagai jenama pada produk makanan yang mereka hasilkan.

Cerita insan tabah yang membangunkan MHP Enterprise itu, semua yang dimiliki hari ini bermula dengan perniagaan pertanian secara kecil-kecilan di pasar tani.

"Berkat kesabaran yang tinggi, perniagaan ini sudah berkembang sampai ke tahap ini. MHP Enterprise dibangunkan dengan modal RM10,000. Pada masa itu, modal saya gunakan hanya untuk beli, bungkus dan pasarkan jualan.

"Semua kerja juga dijalankan secara tradisional. Tidak ada mesin mahupun tenaga kerja yang ramai untuk bangunkan perniagaan ini," ujar Punari dengan loghat jawa yang pekat ketika ditemui di kilang MHP Enterprise, Sekinchan, Kuala Selangor, baru-baru ini.

Usaha gigih pasangan itu menerusi perniagaan kerepek telah membuka mata pihak tertentu untuk sama-sama membangunkan perusahaan tersebut.

Pada peringkat awal perniagaan itu, Punari memasarkan produk ke pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA di sekitar Lembah Klang.

"Waktu itu, pendapatan syarikat yang disumbangkan oleh pasar tani ialah 70 peratus dan pusat jualan di Parit 7 Sungai Leman hanya 30 peratus.

"Tetapi kini peratusan pendapatan itu dah terbalik. Ia menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan," kata Punari.

Cabaran
Bagi Punari, tidak ada istilah putus asa dalam mengusahakan perniagaan. Malah, baginya setiap turun naik dalam perniagaan memberikan cabaran tersendiri.

DUA orang pekerja wanita sibuk meletakkan adunan kuih ke dalam acuan.

Katakan apa sahaja jenis cabaran. Semua dihadapi dengan tabah. Apa yang pasti sabar adalah resipi asas apabila terpaksa berdepan dengan kesukaran.

Tanpa berselindung, Punari mendedahkan bahawa perniagaannya diuji dengan sikap pelanggan yang tidak membayar hutang, persaingan, kenaikan dan kekurangan bahan mentah yang menyebabkannya mengalami kerugian.

"Untuk berjaya dalam perniagaan, tiada jalan pintas. Kejayaan memerlukan masa, pengorbanan, kerajinan dan kreativiti," pesan Punari.

Buka peluang
Jelas Punari, tempat dia menjalankan perniagaan sekarang merupakan kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah. Sebab itulah Punari terus bertapak di sana.
Selain itu, Punari juga berniat untuk membela nasib ibu tunggal di kampung berkenaan mencari rezeki.
PUNARI bersama anaknya, Musleha menunjukkan antara produk yang dihasilkan oleh syarikat MHP Enterprise.

Selain ibu tunggal, Punari ada mengambil pelajar dari beberapa kolej komuniti berdekatan untuk menjalani latihan amali.

"Saya juga pernah menerima seorang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menjalankan sesi praktikal di sini. Saya juga asuh dia menjadi usahawan.

"Syukur, dia menunjukkan minat dan khabarnya bakal membuka perniagaan baulu di kampus pengajiannya," ujar Punari dengan bangga.

Bersara
Pada usia awal 50-an, Punari mengambil keputusan untuk bersara. Dia kemudiannya menyerahkan perniagaan yang dimulakan pada tahun 1992 itu kepada anak sulungnya, Musleha, 28.

Sejajar dengan pekembangan perniagaan, Musleha yang memiliki Ijazah Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), tampil memberi inspirasi baru kepada MHP Enterprise.

Apa yang membanggakan, sejak Musleha mengambil alih perniagaan bapanya, dia telah berjaya melonjakkan pendapatan kasar hingga RM2.3 juta. Musleha juga berusaha mendapatkan pengiktirafan halal daripada jabatan agama.

"Mula-mula nak ambil alih perniagaan ini saya rasa macam tak berapa gembira. Sebabnya, saya rasa lebih seronok kalau dapat kerja di syarikat antarabangsa dengan kelulusan yang ada.

"Tetapi, lepas beberapa bulan bekerja, saya rasa seronok. Bukan sahaja dapat mewarisi perniagaan malah, boleh mendapat pendapatan dan aset yang tak mampu saya dapat kalau kerja makan gaji dengan orang lain,"ujarnya.

Justeru, Musleha meneruskan usaha mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

PRODUK keluaran MHP semakin mendapat tempat di pasaran tempatan.
Buktinya, Musleha berjaya memasarkan kerepek jenama Masri ke dalam pasar raya besar seperti Giant.

"Jenama ini juga sudah dikenali di Brunei sehingga ada orang Brunei yang datang ke Kuala Selangor semata-mata untuk membelinya," katanya.
Musleha kini menguruskan perniagaan dengan bantuan lebih 40 orang kakitangan tetap dan sementara.

Tarikan pelancong
MHP Enterprise menjadi antara perusahaan yang berjaya di kampung berkenaan. Ia kini menjadi salah satu lokasi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.
PENGELUARAN kerepek Masri dibantu oleh mesin berteknologi tinggi.

Antara pusat pelancongan yang membawa pelanggan melawat MHP Enterprise termasuklah Hotel De Palma Kuala Selangor, homestay Sungai Sireh, homestay Parit 7 Sungai Leman dan homestay Sungai Haji Dorani.

Tidak ketinggalan peserta kursus Institut Perakaunan Negara, Kemas, Perhebat, FAMA, Perkim, Intan, PDRM, Jabatan Pertanian serta pelajar pusat pengajian tinggi.

Pelancong asing yang pernah melawat kilang Masri termasuklah dari Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar dan Thailand.

Begitulah kehebatan aura perusahaan Masri.

"Kalau datang ke Kuala Selangor, orang mesti cari Masri. Alhamdulillah... kami akan terus memberi yang terbaik kepada pelanggan,"tambah Musleha.

Masa depan
Menurut Musleha, MHP Enterprise menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang. Tidak sekadar cawangan, kualiti produk juga akan ditingkatkan.

"Kami akan menjalankan penyelidikan bersama FAMA, SIRIM dan MARDI dengan matlamat untuk memasarkan produk Masri ke pasaran global,"katanya yang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai pelbagai pameran makanan di Kuala Lumpur.


MHP Enterprise kini menjadi salah satu lokasi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.
Harapan Punari, Mastura dan Musleha, semoga MHP Enterprise terus maju. Menurutnya, kejayaan bukanlah destinasi, tetapi satu perjalanan yang mesti diiringi dengan usaha demi membangunkan ekonomi.

"Kami juga mahu membangunkan ummah lebih gemilang pada masa hadapan," akhiri Musleha.

Sumber : Kosmo online

Tag : Berita

Baca : Menjadi tarikan pelancong asing - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 60 - Matlamat 94
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Penduduk Jal Besar kerepek bayam

PENDUDUK JAL BESAR HASILKAN KEREPEK BAYAM

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Kampung Jal Besar yang popular dengan pembuatan makanan ringan daripada pisang dan ubi menaikkan nama wanita di sini apabila satu lagi produk kerepek bayam diusahakan secara komersial.

Sarihah Omar, 45, yang sebelum ini terkenal dengan penghasilan kerepek pisang dan ubi mengorak langkah setapak lagi apabila memperkenalkan produk baru iaitu kerepek bayam kepada peminat kerepek di negeri ini. Menurutnya, jika sebelum ini, daripada pisang dan ubi dia boleh menghasilkan makanan ringan lebih daripada 10 jenis dan dengan daun bayam yang kaya dengan khasiatnya dijadikan kerepek.


“Setakat ini, dia terpaksa mendapatkan bekalan daun bayam terus dari ladang bagi menjamin kesegarannya. Kebiasaannya saya dapat bekalan daun bayam ini di Kampung Gelang Kecik dan Kampung Bendang Kerian di sekitar Tumpat ini sahaja,” katanya.

Sarihah berkata, walaupun kerepeknya mampu bertahan selama tiga bulan selepas digoreng, tetapi disebabkan permintaan yang tinggi, kerepek bayam stoknya tidak banyak. Menurutnya, dia dibantu dua pekerja dan jika sebelum ini mengusahakan pelbagai jenis kerepek di rumah tetapi dengan bantuan Jabatan Pertanian Tumpat, pusat pemprosesan kerepeknya telah berpindah di Pusat Aparantis di Chabang Empat.

Katanya, dia memulakan perusahaan itu hanya bermodalkan RM500, dipinjamnya daripada Amanah Ikhtiar pada tahun 1995, dia tidak menduga penghasilan kerepek pisang dan ubi secara kecil-kecilan di rumah bertukar menjadi seorang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Kelantan.

“Daripada pisang boleh menghasilkan kerepek pisang masin, kerepek pisang sira, daripada ubi keledek, boleh hasilkan cakar ayam dan juga kerepek ubi pelbagai bentuk dan perasa,” katanya.
Sepanjang penglibatan dalam perniagaan itu, dia menerima banyak anugerah dan yang membanggakannya adalah dalam pertandingan hasil pertanian dan industri asas tani program perkampungan Hadhari 2007 kerana mendapat johan produk industri asas tani (kerepek ubi).

“Saya juga mendapat johan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan bagi makanan ringan (kerepek pisang) pada bulan Ogos tahun lepas, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya. Sarihah berkata, kejayaannya hari ini kerana bantuan Jabatan Pertanian Kelantan dan tanpanya, agak sukar untuk dia berada di tahap sekarang.

Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca : Penduduk Jal Besar kerepek bayam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 59 - Matlamat 93
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Galeri Ina Murni Enterprise

Selamat Datang

Galeri dan suasana beserta gambar kami di Ina Murni Enterprise pada waktu malam, Pelbagai produk keluaran IKS Bumiputera dijual disini. Jika anda ingin berkunjung ke tempat pemprosesan serta pembuatan kerepek kami di Sungai Besar, Anda boleh dan dialukan atau sila pergi ke link Lokasi Ina Murni Enterprise

Update 28/12/2014








Tawaran terbaik kami di Ina Murni Enterprise
Update
Tempahan Biskut Raya 2015
Baca : Galeri Ina Murni Enterprise - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 07 / 02 - Matlamat 92
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya

Biskut murah di Sungai Besar

Kami tawarkan harga biskut raya yang murah dan terbaik

Bagaimana persiapan untuk sambutan hari raya anda? Untuk kali ini hendak tunjuk tempat dan lokasi kami dimana hendak borong atau beli Aneka Biskut Raya yang murah terbaik dan sedap.

kami Ina Murni Enterprise berlokasi di No 4, Lorong Laverda, Peket 60, Sungai Nipah, Sungai Besar Selangor menawarkan harga sesuai untuk anda bagi pemborong terbaik membuat biskut raya di Sungai Besar Selangor.

Gambar Biskut raya kami


Kami juga sedia menerima Biskut untuk tempahan Ina Murni dan pembekal produk aneka biskut raya murah di Sungai Besar, aneka jenis kerepek, rempeyek, kueh siput, kueh karas dll bagi memenuhi keperluan pelangan.

Permintaan tempahan biskut secara pukal untuk hari raya atau bila - bila masa mengikut tempahan sesuai majlis seperti goodies kahwin, doorgift kenduri atau sebarang majlis anjuran anda, hubungi kami di talian untuk tempahan awal bagi memastikan kami mempunyai masa dan bekalan terbaik untuk anda.

Gambar biskut raya untuk diborong
Gambar.. Biskut raya kami

Produk Biskut raya kami untuk tempahan seperti dibawah :

  1. Biskut makmur
  2. Biskut tart nenas
  3. Biskut oat coklat
  4. Biskut almond london
  5. Biskut semperit bunga
  6. Biskut mama carry
  7. Biskut mazola
  8. Biskut cornflake
  9. Biskut kacang hijau
  10. Biskut lapis strawbery
  11. Biskut kelapa
  12. Biskut badam cincang
  13. Biskut coklat oren
  14. Biskut nestum
  15. Biskut cendawan
  16. Biskut suji almond
  17. Biskut badam
  18. Biskut aiskrim
  19. Biskut royal cookies
  20. Biskut coklat chip
  21. Biskut salju
  22. Biskut marble
  23. Biskut coklat rice
  24. Biskut Florentine
  25. Biskut Almond Biscotti
  26. Biskut Tart Cheese

Pelbagai jenis biskut raya selain diatas
Gambar.. Biskut raya

Jika berminat hendak jadi pemborong atau pembekal pengedar pelbagai jenis biskut raya terbaik keluaran kami, Hubungi kami atau datang sendiri ke premis kami.

Tawaran terbaik kami di Ina Murni Enterprise
Update
Tempahan Biskut Raya 2015
Tag : Pembekal

Baca : Biskut murah di Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 06 / 04 - Matlamat 91
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya
Upm ketengah rekacipta bantu IKS

Upm ketengah rekacipta bantu IKS

UPM-TPM ketengah rekacipta pelajar bantu usahawan IKS

SERDANG, 17 Julai – Hasil rekacipta pelajar tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (KPM) Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menarik minat Technology Park Malaysia (TPM) untuk mengetengahkan hasil rekaan mereka bagi meningkatkan produktiviti usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Pengurus besar TPM Engineering, Aggus Salim Halmee Haidar berkata kerjasama UPM -TPM itu lebih tertumpu kepada aspek pembangunan teknologi dalam penghasilan produk makanan.

“Hasil inovatif pelajar UPM sangat efektif terutama dari aspek kos dan penggunaannya. TPM merasakan lebih baik bekerjasama dengan UPM dengan hasil rekacipta yang sedia dibangunkan daripada kami mengeluarkan dana yang besar mencipta teknologi baru.

“Kos penghasilan mesin menjadi lebih murah dan tidak membebankan. Ini memberikan keuntungan kepada usahawan IKS yang membelinya kerana produk yang dihasilkan lebih banyak dan keuntungan dapat dipertingkatkan,” katanya pada sidang media MoU UPM -TPM Engineering Sdn Bhd sempena Pameran Rekacipta dan Penyelidikan Inovasi Malaysia di sini.

Aggus turut menyatakan bahawa permintaan dari industri terhadap lapan prototaip UPM itu sangat menggalakkan.

“Kesemua mesin dan teknologi yang dibangunkan adalah 100% dihasilkan oleh anak tempatan. Harga sebuah mesin adalah dari serendah RM20 ribu hingga RM50 ribu bergantung kepada saiz dan kapasiti yang diinginkan oleh pengusaha.

“Mesin yang sedia ada akan sentiasa ditambahbaik. Kami juga turut mengambilkira sebarang spesifikasi yang diinginkan oleh pengusaha itu sendiri,” katanya. 


Sementara itu, ketua kumpulan penyelidikan KPM, Dr. Rosnah Shamsudin berkata mesin yang dihasilkan mestilah mesra pengguna, mudah dikendalikan dan tidak terlalu berteknologi tinggi.

“Mesin itu haruslah mengikut spesifikasi pengusaha industri dan sesuai dengan persekitaran premis.

“Mesin-mesin rekacipta UPM ini boleh diberi penambahbaikan untuk penyesuaian di lapangan. Ia juga sebagai alternatif kepada mesin yang sedia ada di pasaran dan mengurangkan pembelian dari China dan Korea yang adakalanya tidak sesuai mengikut keperluan tempatan,” katanya.

8 prototaip yang dibangunkan
Ezy Cooker
Ezy Cooker direkabentuk sebagai usaha membangunkan alat memasak jem yang lebih efektif, bersih, menjimatkan masa dan tenaga berbanding cara tradisional yang masih dipraktikkan sehingga kini.
Ia mempunyai dua fungsi utama iaitu  proses memasak dan pengacauan. Mesin ini mempunyai bilah pengacau automatik boleh laras dan turut dilengkapi dengan pengawal suhu memasak secara digital.
Kapasiti mesin adalah berdasarkan kepada kapasiti ramuan yang dimasukkan iaitu di antara dua hingga 15 kilogram.

Coconut Auto Squeezer
Coconut Auto Squeezer adalah mesin yang digunakan untuk memarut dan memerah santan. Ia merupakan alternatif kepada mesin pengeluaran santan yang pelbagai di pasaran.
Direkabentuk untuk mencapai kecekapan yang efisien, selamat dan mudah digunakan untuk memarut kelapa dan seterusnya diperah untuk mendapatkan santannya.

Multi-Ezy Cutter
Direkabentuk khas untuk memotong kiub makanan secara seragam terutamanya jeli Nata De Coco, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kelebihan mesin adalah mata pisau pemotong yang mudah ditukar, menghasilkan potongan pelbagai bentuk dan boleh beroperasi secara manual atau automatik.

Pineapple Multi-Peeler Plus
Sebuah mesin yang direkacipta bagi memudahkan proses mengupas kulit, membuang empulur dan memotong nanas ke saiz dan bentuk yang dikehendaki. Mesin ini boleh membantu pengusaha industri hiliran nanas mengatasi masalah tenaga kerja serta penjimatan kos operasi.

Mesin Pencetak Koye/Putu Kacang
Mesin ini direkabentuk untuk mencetak biskut Koye Kacang. Penghasilan mesin ini adalah untuk menggantikan kaedah tradisional dalam percetakan biskut Koye atau Putu Kacang.

Mesin ini mempunyai tiga fungsi yang utama iaitu bahagian pengisian, bahagian pemampatan dan bahagian pengetukan. Kelebihannya ialah mudah dikendalikan dan berkeupayaan memproses 15 kg 
campuran serbuk kacang dan jem bagi satu-satu tempoh masa.


Mesin Tart Gulung
Mesin Tart Gulung direkabentuk bagi memenuhi keperluan pengeluar kuih Tart gulung Nanas. Kuih Tart Gulung adalah kuih kegemaran ramai dan permintaannya meningkat terutamanya semasa musim perayaan Hari Raya Puasa.
Mesin ini mampu mengatasi masalah kekangan tenaga manusia dan memercepatkan proses membuat Tart Gulung. Kadar pengeluaran mesin adalah di antara 360 biji tart/jam dan bergantung kepada kelajuan mesin yang dilaraskan.

Mesin Pengupas dan Pemecah Buah Jatropha
Mesin ini mempunyai dua bahagian yang utama iaitu bahagian pengupasan kulit buah dan bahagian pengasingan kulit buah daripada isi.
Dimensi mesin adalah 1.5 meter (panjang) Χ 0.7 meter (lebar) Χ 1.4 meter (tinggi). Kapasiti pengeluaran mesin adalah 40 kg/jam.

Mesin Pengredan Buah
Mesin ini direkacipta untuk menggredkan buah berdasarkan saiz yang dikehendaki. Mesin ini dibentuk bagi memenuhi keperluan standad yang ditetapkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Mesin ini beroperasi secara automatik dan buah diasingkan berdasarkan kepada berat buah.

Sumber : Ukm edu

Tag : Berita

Baca : Upm ketengah rekacipta bantu IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 58 - Matlamat 90
>www.inamurni.com Copyright © 2014
Baca selengkapnya